Pages

Come and be with me

20100527

petang yang gila...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:30 pm 0 komen dari pembaca
mungkin ni la pertama kali aku gunakan ruang ni sebagai diari.

perjalanan balik ke rumah adalah sesuatu yang melelahkan sejak aku mula bekerja di Skudai. Pagi bertemu dengan jem di lebuhraya pasir gudang menghala ke perling.. tapi berakhir di jambatan tebrau. hari2 sesak.. keluar la awal mcm mana pun.. mesti jem jugak.. dah takde tempat nak lari.. kalau lalu adda height turun kat kempas pun.. kempas pun jem jugak. Nak tak nak kena jugak rempuh perjalanan ni hari ke hari.

Balik keje pulak mesti jem sekejap antara jalan sutera utama menghala ke tun aminah.
Kalau tak jem memang tak sah. Mujur aku tau jalan lalu Impian Emas ke Taman Daya...
Hari ni, aku rasa mood aku ni baik sikit la sebab banyak bagi kenderaan lain jalan. Tapi, yang aku bengang tu.. dah bagi jalan boleh pulak kereta tu tak gunakan peluang yang ada. Ape lagi, orang lain pun bengang gak.. Dah kete kat belakang hon2..

Ape la.. orang da bagi jalan pun tak berterima kasih. Akhirnya, aku tak bagi gak kete tu jalan... sebab aku rasa orang macam tu tak perlu bertolak ansur.

Ada pulak tu kereta yang 'over'. Dalam pemanduan ni memang kena bg 100% perhatian pada jalan raya. Kalau tak, macam2 perkara boleh berlaku..

20100513

Dia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:52 am 0 komen dari pembaca
aku kenal dia setahun yang lalu... dalam waktu itu terlalu banyak perkara yang berlaku.. dan perubahan secara drastik itu berlaku... aku masih tetap bersamanya..

aku akui.. aku pernah mengalami satu situasi yang membodohkan diriku... kami masih terus bersama... aku juga insaf atas segala yang berlaku..

perkara yang berlaku pd pertengahan tahun yang lalu cukup besar ertinya bagi ku.. aku tidak mampu lagi utk truskan hidup bersama dengan yang lain.. ckup la dia hadir utk ku.. aku sayang sgt dirinya..

bersamanya.. pemikiran aku berubah.. dia juga banyak mengubah aku.. aku terima walaupun pd mulanya sukar untuk mengubah cara aku...

orang lain tak akan faham kenapa dan mengapa aku benar2 menyayanginya... cukupla hanya aku sahaja yang tahu siapa dia dan menerimanya seadanya aku. sayangku padanya makin bertambah walaupun pelbagai dugaan berlaku.. aku tidak merasa kesakitan yang dirasanya.. tapi aku cukup mengerti akan situasinya... perjalanan setahun itu benar2 menduganya... dan aku tetap bersamanya utk memastikan dia kuat mengharungi cabaran yang datang.. luka ditangan nampak berdarah.. luka dihatinya siapa yg tahu...

setiap kali mendengar ceritanya... air mataku mengalir deras. mengalir laju bagaikan empangan yang pecah.. aku sangat terharu.. aku berjanji dengan diriku.. aku mesti bersamanya... menjaganya, mencintainya apa adanya dan berusaha memahami dirinya..

fizikalnya berubah mendadak.. matanya yang cengkung... badannya mula susut. dia kurang tidur... makannya pula tidak menentu.. aku risau keadaan dirinya..sebab itu aku mahu sentiasa bersamanya supaya aku boleh menghilangkan rasa sakitnya..

benarlah... setiap perkara memerlukan pengorbanan.. akhirnya jalan yang paling baik adalah berhijrah.. awalnya pada akhir tahun aku ke penang.. dan dalam masa yang sama dia juga berhijrah ke kuala lumpur.. itulah saja cara yang paling baik. dan mungkin itulah cara yang baik utk atasi segala masalah itu...

alhamdulillah... walaupun pelbagai cabaran yang datangnya pada aku sendiri... dapat diselesaikan.. dan paling penting dia mula tenang dan kembali ceria.. aku dapat merasakannya.. walaupun luka itu belum benar2 pulih.. tapi dia makin sihat..

ckup la tahun lepas yang penuh dengan dugaan yang berpanjangan..

tahun ini adalah tahun perubahan.. setakat ini alhamdulillah. keadaan sudah semakin pulih..

aku dapat rasakan cabaran yang begitu besar berlaku sepanjang perkenalan kami. dan aku pula merasakan. ckup la sebuah hubungan pendek ini diakhiri dengan sebuah ikatan rasmi. aku sudah bersedia utk berdepan dgn cabaran akan datang...

Semoga hari2 yang datang akan menambahkan lagi keceriaan dlm hubungan kami..

Aku sentiasa berdoa semoga Allah merahmati ibu bapaku.. ibu bapanya dalam golongan orang2 yg beriman... amin.

20100506

AF ... bila lagi kita nak sedar??

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:21 am 0 komen dari pembaca
Akademi Fantasia atau lebih mudah disebut AF. Sekarang ni da masuk AF8. Bermakna dah 8 tahun AF ni bertapak di MAlaysia. Hakikatnya rancangan realiti ni dah makin tawar dan dah tak semenarik masa awal-awal disiarkan di TV. Dinaungi pulak di bawah ASTRO. Makin meriah dan gamat. Kalau tak guna astro macam mana la nak tengok siaran tu. Tak dapek la den nak nolong...

Tapi pada pendapat aku lebih baik tak tengok daripada tengok. Ye, memang lah kita nak lahirkan artis seni yang berbakat. Tapi mungkin agenda yang orang lain tak tau berada di belakang siaran itu.

Manakan tidak, setiap peserta AF akan mempunyai peminat masing-masing yang pada awalnya terdiri daripada ahli keluarga peserta, kemudian diundi pula oleh penonton-penonton.
Apa yang penting, matlamatnya sama untuk mengeluarkan artis yang serba boleh dalam bidang seni hasil RANCANGAN REALITI.

ya, realitinya ramai yang entah sedar atau tidak... atau buat2 tak tau akan hal ni..
Macam yang kita pernah tengok dalam drama "Anak Aku Penyanyi / Popular"... lakonan Dina,Didie Alias dan beberapa pelakon lagi. Drama itu mengisahkan tentang seorang anak perempuan yang nak sangat jadi penyanyi, dan dia pun memang sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi malangnya dia memiliki fizikal yang kurang menarik.
(Badan berisi dan gempal).

Hasil penculikan juri utama daripada Akademi Bintang itu telah membuatkan masing2 sedar akan betapa realitinya rancangan itu.
Agenda memang tlah dibuat dalam rancangan realiti itu, seperti dimasukkan beberapa peserta yang cantik, kurang cantik, berbakat, cun, hensem, macho, gedik dan macam2 lagi. Walaupun begitu, seorang peserta sebenarnya telah dipilih walau macam mana buruk nyanyiannya sekalipun, dia tetap telah dipilih untuk menjadi pemenang musim itu.

Kita berbalik pula kepada kisah rancangan realiti AF kita ni.. Perasan tak lagu2 yang diberi kepada seorang penyanyi tu. Sama dengan kehendak dan personaliti dirinya. Namun, peserta lain pula tak pulak dapat lagu macam tu. Alasannya peserta kena menyanyi pelbagai lagu. Tapi, seorang peserta tu pulak boleh plak bagi lagu yang sesuai dengan jiwanya... Bukan seorang. Tapi rasanya macam2 la alasan yang akan keluar..

Kita pun da tau kan siapa yang akan menang macam tu.. Walaupun undian tu tak naik2 daripada awal sampai ke hujung. tapi last2 orang yang duduk ditangga tercorot tu jugak yang menang. Nampak sangat la betapa realitinya rancangan ni.
Kamu buat la banyak mana pun undian. Yang untung pihak komunikasi jugak. Yang menang pun tetap orang yang telah ditentukan tu jugak. Tapi kenapa masih ramai yang tak peduli dengan pembohongan ini?
Masih berterus-terusan nak tengok rancangan macam ni? itu, tanya la pada diri sendiri.
Ramai yang memang suka buang masa dan suka membazir pada tempat yang bukan sepatutnya...

Hakikatnya bukan AF sahaja.. tapi rancangan realiti yang lain pun macam tu jugak..
Kalau tak percaya, buatlah analisis sendiri...
sampai bila kita nak diperbodohkan oleh media..

Oleh itu, anda fikirkan la mana yang baik dan yang buruk.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea