Pages

Come and be with me

20100727

Soal Pertimbangan ....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:15 pm 1 komen dari pembaca
Diperoleh daripada Selak, Utusan Arkib

BANYAK cerita menarik dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sesi soal jawab dan perbahasan memang panas. Malahan sebelum persidangan dirasmikan oleh Tun Abdul Rahman Abbas, DUN sudah terasa panasnya. Ini berikutan kejadian siling di bahagian pemerhati dan media jatuh.

Tidak pasti kenapa kejadian seperti itu berlaku. Dulu, pernah terjadi siling Dewan Rakyat bocor menyebabkan DAP mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan isu itu.

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika mencelah mengenai usul itu berkata: Bagaimana bangunan Parlimen yang diubah suai berharga RM100 juta boleh berlaku masalah sedemikian (bocor)''. Ada juga wakil DAP menyifatkan kebocoran itu membazirkan wang rakyat.

Tidak pasti pula apakah tindakan pembangkang (BN) di Pulau Pinang berhubung isu itu. Sejauh mana tindakan diambil oleh kerajaan negeri yang dikuasai DAP? Terserahlah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Turut menarik perhatian apabila ketua pembangkang, Azhar Ibrahim (BN-Penaga) akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan Khamis lalu. Beliau dikatakan menggunakan perkataan '13 Mei' ketika berlaku pertikaman lidah dengan Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Berikutan kenyataan itu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo mencadangkan usul berkaitan dan diluluskan. Kata Jagdeep, semua wakil rakyat dilarang menyebut perkataan yang mengandungi maksud hasutan, memberontak dan permusuhan kaum.

Sehari sebelum itu, Azhar nyaris dikenakan tindakan berikutan perkataan 'punggung' yang turut melibatkan pertikaian antara Jagdeep dan Azhar. Apakah 'suara' Azhar akan hilang di DUN selepas ini? Bak kata orang sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Mungkin juga ini yang dikatakan bertindak tanpa pertimbangan yang wajar.

Mungkin selepas ini, semua orang perlu lebih berhati-hati ketika menyebut dan mengingati 13 Mei. Eloklah diingat tarikh lain dalam bulan Mei seperti 1 Mei (Hari Pekerja), 3 Mei (Hari Kebebasan Media), 9 Mei (Hari Ibu), 11 Mei (Hari UMNO), 12 Mei (Hari Jururawat), 15 Mei (Hari Belia), 16 Mei (Hari Guru), 18 Mei (Hari Muzium), 28 Mei (Hari Wesak) dan banyak lagi. Tetapi biar terbalik dunia ini, 13 Mei tidak boleh dipadam daripada sejarah hitam negara dan tidak mungkin 13 Mei digugurkan daripada kalendar.

Kembali kepada Guan Eng, kenyataannya mengenai Musa Hassan tidak layak memegang jawatan Ketua Polis Negara mengundang rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak.

Guan Eng dilaporkan berkata, kes kematian Aminulrasyid Amzah, 15, membuktikan anggota-anggota polis terlibat telah bertindak tanpa membuat pertimbangan yang wajar.

Maknanya hilang pertimbangan atau tidak memikirkan buruk baiknya.

Sememangnya sudah lumrah manusia, mereka akan hilang pertimbangan atau gagal membuat pertimbangan wajar dalam keadaan-keadaan tertentu. Selagi mereka bergelar manusia maka sikap itu tetap ada kecualilah robot yang akan mengikut program yang dicipta oleh manusia.

Manusia akan hilang pertimbangan ketika berada di jalan raya. Ada pemandu yang memecut sesuka hati tanpa mempedulikan had laju atau keselamatan orang lain. Ada yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang lain. Disebabkan hilang pertimbangan juga, ada yang enggan bayar tol di lebuh raya, ada mat motor yang tidak menggunakan laluan khas motosikal di lebuh raya kerana hilang pertimbangan untuk menjaga keselamatan mereka. Di jalan raya juga, mat rempit hilang pertimbangan sehingga sanggup melanggar polis yang bertugas. Akibatnya ada polis yang mati, cedera parah, koma dan macam-macam lagi.

Itu kisah manusia hilang pertimbangan di jalan raya dan lebuh raya.

Manusia yang hilang pertimbangan juga sanggup mendera anak dan membuang bayi atau membakar bayi bagaikan sampah terbuang. Ada juga yang sanggup melontar telur busuk dan bom api ke rumah ibadat. Ini juga hilang pertimbangan.

Di Parlimen, atau di negara kita dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, ramai juga orang politik yang hilang pertimbangan. Parlimen bagaikan gelanggang gusti atau macam di zoo! Mereka sanggup mengeluarkan ucapan dan perkataan yang menyakitkan hati. Ada di kalangan ahli politik yang begitu mudah melabelkan penipu, pembohong, perompak, penyamun, penyangak, perasuah dan pelbagai kata-kata kesat yang lain. Adakah itu semua diucapkan atas pertimbangan yang wajar yang tidak akan menyakiti hati atau menimbulkan rasa kurang senang di kalangan wakil rakyat dan orang lain di luar gelanggang politik?

Selain perkataan, disebabkan hilang pertimbangan, ada juga wakil rakyat yang sanggup membaling objek tertentu ke arah Speaker. Begitulah sikap manusia apabila mereka hilang pertimbangan.

Dalam hal ini, bukanlah tujuan penulis mahu membela atau menyindir mana-mana pihak.

Kita simpati dengan keluarga yang kehilangan anak remajanya. Kita simpati dengan keluarga remaja yang cedera ditembak polis. Naluri seorang ibu, anak tetap anak, maruah anak perlu dipertahankan dan mendapat keadilan sewajarnya.

Maka dalam situasi yang ada pada hari ini, eloklah semua pihak tidak menuding jari mencari kesilapan mana-mana pihak. Janganlah telunjuk lurus, kelingking berkait. Jangan ada yang menangguk di air keruh. Selesailah dengan baik. Bak kata orang bertungkus lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur.

Akhir kalam, sesuatu yang turut menarik perhatian mengenai Guan Eng ini apabila beliau membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.

Wartawan menegur kesilapan itu seperti ejaan kerajaan ditulis 'kearaajaan' dan penghinaan ditulis 'penghinaaan'. Dua-dua terlebih huruf 'a'. Entah apa yang mengganggu fikiran mereka yang menyemak dan mencetak risalah itu sehingga begitu ghairah dengan huruf 'a'. Hairan juga risalah yang tidak seberapa itu boleh tersilap. Penulis pun kadang kala tersilap tetapi apa nak buat untuk membaca kesemua perkataan dalam 32 muka surat bukanlah satu kerja mudah. Silap haribulan ke mahkamah.

Apa pun tindakan Guan Eng itu menunjukkan sekurang-kurangnya beliau peka kepada kesilapan ejaan. Malunya kalau risalah itu disemak oleh orang Malaysia sendiri. Kalau setakat bercakap yang dalam keadaan tunggang-langgang boleh dimaafkan. Tetapi jangan lupa, orang Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu atau bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik juga berlambak dalam negara. Mereka harus malu kepada orang Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar yang lebih baik turut kata bahasa Malaysia mereka!

20100722

DAP vs. PAS (2 kali 5)

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:27 am 0 komen dari pembaca
Tok Guru oh Tok Guru: Siapa yang kena sepak? (Diperoleh dprd Utusan-5/5/2010)

DOA Tok Guru Nik Aziz yang gemar mengadakan solat hajat satu stadium untuk musuh-musuhnya nampaknya tidak menjadi. Doanya tidak makbul, sebaliknya beliau yang bermasalah.

Syed Azidi @ Kickdefella kini menjadi musuh No.1-nya. Syed Azidi menjadi duri dalam daging Nik Aziz. Syed Azidi yang dihajatkan menjadi seperti Osama Ben Ladin oleh CIA, kini memakan tuan.

Syed Azidi kini sudah menjadi seperti al-Qaeda oleh Amerika Syarikat. Osama pernah dibentuk oleh AS untuk menjahanamkan Rusia satu ketika dulu. Tapi kini Osama ialah musuh Amerika No.1.

Dalam dunia ini banyak benda yang boleh jadi terbalik. Hari ini kawan, esok lawan dan begitulah putarannya.

Blogger Kickdefella (bererti: Sepak Orang Itu) diberi misi untuk merosakkan imej Perdana Menteri, Pak Lah ketika itu. Jika imej PM rosak ia sekali gus akan merosakkan imej BN dan UMNO, khususnya di Kelantan.

Imej-imej grafik yang direka bentuk oleh Kickdefella amat hebat. Poster-poster wayang yang memaparkan wajah hero-hero Hollywood, ditukar menjadi wajah-wajah jelik Pak Lah, Tun Mahathir, malah Najib.

Dipendekkan cerita PRU 2008, pembangkang menang besar. Kelantan terus diperintah oleh Tok Guru. Rakyat ketika itu sudah jadi keliru. Pemikiran mereka sudah termakan dengan dakyah yang direka oleh orang seperti Syed Azidi. Syed Azidi mendakwa kepada SPRM beliau dibayar RM4 juta oleh operatif Pas untuk operasi gerak sarafnya. (Sehingga kini tiada siapa dari Pas yang mahu mengaku).

Pada waktu operasi itu kencang dicanang oleh Syed Azidi, para pemimpin pembangkang senyap-sunyi. Nik Aziz pun tak komen apa-apa. Pada waktu itu Syef Azidilah segala-galanya. Beliau ialah permata hati pengikut Pas.

Kini, apabila Syed Azidi membongkar segala-galanya, Nik Aziz mula melalut sehingga sanggup cakap macam-macam terhadap Syed Azidi. Kasihan Tok Guru. Beliau sudah tua dan sudah terlalu lama, agaknya?

Cukup-cukuplah wahai Tok Guru. Kalau ambo di tempat Tok Guru, buat apa pening-pening kepala, berhenti sahajalah dari politik. Dan duduk diam-diam di Pulau Melaka tu. Beribadat dan serahkan diri kepada-Nya. Ingatlah kita ini bukan insan yang sempurna. Wallahualam.

Cara kita tangani krisis...

KES 1: Kisah wanita 'didera' polis ketuk-ketampi. Ia menjadi riuh satu Malaysia pada Jun 2005. DAP menangguk di air keruh mengatakan seorang wanita dari tanah besar China didera polis dalam lokap.

Gambaran wanita itu hanyalah dari imej video telefon tangan.

Akhirnya kerana kerajaan terlalu defensif atau mungkin terdesak dek public opinion yang kuat, maka sebuah suruhanjaya bebas dibentuk bagi menyiasat dakwaan itu. Suruhanjaya yang dipengerusi oleh mantan Hakim Tun Mohd. Dzaiddin Abdullah itu bolehlah dianggap sebagai yang terhebat di negara ini.

Ramai yang kena panggil. Mahu dipendekkan cerita yang panjang, maka suruhanjaya itu mendapati pihak polis bersalah 'mendera' wanita itu.

Kerajaan kemudian menghantar seorang wakil bertaraf menteri Kabinet, Datuk Seri Azmi Khalid ke Republik Rakyat China pada November 2005 bagi memohon maaf. Maka maaf pun dipinta dan kerajaan China yang mungkin 'tidak begitu kisah dengan isu itu kerana rakyatnya berjumlah lebih 1 bilion orang' pun terimalah maaf itu.

Mahu dijadikan cerita lagi, wanita yang dikatakan berasal dari China itu, rupa-rupanya ialah seorang wanita Melayu - warganegara Malaysia. Namanya ialah Hemy Hamisa Abu Hassan Assari.

Semua orang tergamam. DAP, sebaliknya buat-buat tak dengar, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

KES 2: Kisah Beng Hock yang didakwa 'dibunuh' oleh SPRM. Ia juga menjadi riuh. Sama seperti kisah ketuk-ketampi, DAP juga yang menjuarainya. Satu inkues bagi menyiasat bentuk kematian pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu pun dibentuk.

Sehingga hari ini, siasatannya belum berakhir. Pakar forensik dari UK yang dilantik oleh SPRM, Dr. Peter Vanezis telah membuat konklusinya dengan mengatakan Beng Hock tidak dibunuh. Berdasarkan post-mortem kali kedua tiada kesan yang menunjukkan bahawa lelaki itu dicekik atau diseksa dengan kejam sebelum dibuang dari tingkat 14 bangunan SPRM cawangan Selangor itu.

Semasa bedah siasat itu dijalankan kali kedua, pakar forensik bagi pihak Kerajaan Selangor turut hadir. Pakar forensik bernama Dr. Pornthip itu berasal dari Bangkok, Thailand.

Namun, kini nampaknya kes itu mulai sejuk. DAP dan mana-mana pihak yang menuduh SPRM terbabit membunuh saksinya sendiri itu, mulai membisu. Yang peliknya pakar forensik Siam mereka itu entah ke mana.

Beliau sepatutnya hadir untuk memberi keterangannya terhadap bedah siasat kedua itu. Namun, beliau memberi alasan takut hendak datang ke negara ini.

Beliau takut nyawanya terancam. Beliau mahukan 'jaminan negara Malaysia' bagi melindunginya. Persoalannya siapa pula yang mahu mengancam nyawa beliau?

KES 3: Kisah kematian murid tingkatan tiga Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis. Sejak kejadian murid itu berlaku dua minggu lalu banyak pihak yang mahu tumpang semangkuk. Masing-masing mahu menjadi juara untuk membela kematian budak sekolah itu. DAP nampaknya tidak berapa kisah.

Tapi Ketua Polis Negara (KPN) nampaknya tetap mempertahankan anak-anak buahnya. Oleh kerana public opinion sekali lagi mengatasi kes jenayah itu sendiri, maka sebuah badan siasatan dibentuk.

Bekas KPN, Tun Hanif Omar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusuf, Suhakam, peguam dan pensyarah adalah antara lapan panel khas dilantik memantau siasatan itu.

Keluarganya mahukan sebuah suruhanjaya diraja. Keputusannya belum ada lagi. Sekiranya badan siasatan itu merasakan perlu, mungkin ia akan ditubuhkan. Jika ia ditubuhkan maka sekali lagi ia akan memakan masa yang panjang dan wang rakyat yang besar.

Namun, public opinion daripada golongan muda, NGO berhaluan kiri semuanya menyalahkan pihak polis. Perkara pokok bagaimana kejadian itu boleh berlaku tiada siapa peduli. Persoalan tanggungjawab keluarga terhadap anak jagaan tidak dipersoalkan. Semua kesalahan diletak di bahu polis.

Ada juga yang mempertahankan polis. Oleh kerana terlalu banyak versi yang timbul mengenai kes itu, kita tidak perlu campurlah.

Kes-kes di atas adalah sebahagian daripada cara kita menangani krisis yang berlaku membabitkan orang awam di negara ini.

Persoalannya apakah kita mengambil iktibar daripada kesemua kes itu, atau kita tidak kisah.

Saya mahu tanya apakah sistem kita ini semakin matang ke depan, atau semakin gostan ke belakang?

^^^^^^^^^^^^^^^^^^
1. Betapa mudahnya kita meminta maaf.
2. Betapa mudahnya kita dipergunakan oleh orang lain
3. Betapa mudahnya parti politik menggunakan cerita remeh untuk menutup sesuatu hal yang lebih besar.
4. Nampak sangat mereka guna cerita remah, panjangkan cerita utk tutup pekung di dada...
Hampeh!!!!!

20100721

Undang2 dan Disiplinnya kita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:24 pm 0 komen dari pembaca
Bukankah undang2 muka bumi ini manusia juga yang mengurusnya??
Ya.. ingatlah bahawa walaupun undang2 itu dicipta dan direka oleh manusia... masih ada baik dan buruknya....

Apa yang penting, ikutlah peraturan .. kerana peraturan itu melambangkan disiplin diri kita dan personaliti kita di mata umum. Ramai yang dah tak sedar dan tak fikir hal yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka..

Sebab itu mereka dengan mudah melanggar peraturan. Peraturan ini ada 2. 1 milik Allah, 2 Milik manusia. Hormatilah kedua-duanya supaya kita tidak dianggap manusia yang tidak berdisiplin, beretika dan moral. Runtuhnya moral itu adalah dari kelemahan kita sendiri. Bukan orang lain. Hakikatnya adalah kelemahan diri kita yang kurang mengambil tahu tentang diri sendiri (kurang muhasabah la tu)....

Dan bila kita ditahan polis contohnya.. diatas kelalaian kita..
Mengapa kita nak tinggikan suara? Nak pertahan diri kita? Kalau memang kita salah...

Jadi... sebelum melakukan sesuatu, ingatlah. Segala kebaikan dan keburukan yang kita lakukan adalah dilihat daripada penilaian orang lain. Patuh bukan takut.
Tetapi untuk menjaga kepentingan diri khususnya dan orang lain amnya.
Adalah menjadi satu ibadah kita, menjaga kepentingan demi kebaikan sejagat.

Wallahua'lam

fardhu Kifayah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:16 pm 0 komen dari pembaca
bila aku sebut perkataan ni mesti ade antara kita yang fikir bila sorang dah buat, yang lain tak payah..
macam tu la konsep ibadah...

Semalam hujan turun dengan lebatnya tengahari.. Aku yang dalam perjalanan ke Pekan Rabu memandu jalan tampoi, banyak sungguh dahan-dahan pokok yang tumbang..
ada sebatang dahan yang jatuh ke jalan raya dan memakan sepruh jalan.
tiba-tiba aku terpandang 5 orang pelajar lelaki dari sekolah berhampiran yang sedang menunggu bas mengalihkan dahan yang menutup ruang jalan itu..

alangkah baiknya budi mereka ini... mujur masih ada lagi pelajar yang masih mahu membantu orang ramai. walaupun baju mereka sudah lencun dihujani air yg turun, tetapi mereka tetap mahu membantu orang ramai yang memandu...

sesungguhnya budi mereka sangat la luar biasa...

tahniah diucapkan!!!!

20100708

Q.S

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:56 pm 0 komen dari pembaca
kerja aku ni la...
kalau orang tanya.. what is the job description for ur post...
Ha.. bleh la jawab macam ni...

* undertaking costs analysis for repair and maintenance project work
* advising on procurement strategy
* managing costs on a wide variety of new building projects and structures
* assisting in establishing a clients requirements and undertaking feasibility studies
* performing risk and value management and cost control
* providing advice on contractual claims

tapi bukan la semua kena buat. bergantung jugak kepada syarikat tu..

e.m.p.t.y

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:47 pm 0 komen dari pembaca
i felt so empty and lonely.. such a lonely day.. walk without him..
i walk slowly when the clouds so heavy... with the leaf tear down breezing...

how could i say ... i shout in my deeply heart.. it was so hurt.. when i'm lonely.. i felt there's nothing left behind such a lot of miserable thing...
ouch... i couldn't run.. i must survive in this journey... to make sure the hing will be fine and safe...

when the sunrise again.. i'm not sure when... and i'm still here in a rainy cloud..
scream in the hard rain...

Kerja

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:57 pm 0 komen dari pembaca
Alhamdulillah, lepas habis belajar dan lepak kat rumah selama 2 minggu aje rasanya.. aku hantar resume di sebuah pejabat Mount Austin. Ada la dalam seminggu lebih menunggu panggilan temu duga. Kemudian aku dipanggil untuk temu duga.

Memang jawatan yang aku pohon ni bukanlah jawatan semasa aku belajar ijazah pun. Memandangkan peluang kerja ini terbuka dan aku pernah bekerja dalam masa aku belajar. Alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja.

Awalnya aku ingat kerja di Mount Austin ni juga, rupanya di Skudai. Jauh pun jauh la. Yang penting ada kerja, ada gaji dan aku dapat tambah pengalaman.

Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa sebab mudah diterima untuk bekerja. Ha, jangan dilupakan tunang aku yang bawa aku semasa menghantar resume. Setakat ini memangla ada temuduga aku yang tidak berjaya, tapi bukanlah mematahkan semangat aku pun. Yang pasti aku tak pernah tolak kerja yang aku mintak. Mungkin juga itu lah rezeki. Kenapa nak tolak kalau kita yang nak sangat masa mintak. Selidik la dulu masa mula-mula nak pohon kerja. Jangan sambil lewa.

Biasala, masa mula-mula kerja bukan semua kita tahu pun walaupun kita ada pengalaman di syarikat lain. Yang pasti kita kenal kawan-kawan baru. Dan suasana tempat kerja yang baru.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea