Pages

Come and be with me

20121227

Kucing pun lagi baik lah!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:19 pm 0 komen dari pembaca
Tau tak yang kalau bela anak kucing ke binatang, ia lebih baik daripada nak bela manusia?

Sekurang-kurangnya kucing pun sayang dan hormat tuan dia. Walaupun tuan tu tak baik sangat. Tapi, kucing tetap akan sayang bila tuan dia bagi dia makan. Sebab dia tau, kalau tuan dia tak bagi makan. Mungkin dia susah nak dapat makanan lain dan mungkin juga akan mati. Atau kucing tu perlu cari tuan yang baru. Sekurang-kurangnya kucing pun sayang dan hormat kat tuan dia.

Kucing tu ada perasaan. Sama jugak macam manusia, nak rasa disayangi, nak dibeli. Kucing memang nakal. Tapi kalau diajar cara yang betul, dia takkan buat lagi kesalahan tu. Dan dia pun belajar untuk tau yang mana tuan dia suka.. dan yang mana tuan dia tak suka.

Tapi manusia, ada tuan pun masih nak cari kesempatan. Masih nak bagi alasan itulah inilah. Masih tak boleh nak hormat apa yang tuan cakap. Apa pun tak boleh. Padahal tuan yang dok bela, bagi makan. Masih lagi tak rasa apa-apa. Jangan kan nak hormat. Tak bagi apa-apa sumbangan pun. Ada ke patut manusia macam neh?? Tak reti bersyukur. Itulah ungkapan yang paling sesuai.

Kucing pun tau nak hormat tuan dia.... sayang tuan dia... ucapkan terima kasih pada tuan yang bagi makan dan tempat tinggal.

Tapi manusia tak pernah nak rasa bersyukur dengan apa yang tuan dah bagi kat dia. Asik nak dengar cakap dia aje.

Kalau kucing jumpa kawan dia pun, dia tetap kucing. Perangai dia tak ikut berubah bila balik daripada keluar bermain atau jumpa kawan.

Tapi manusia.... Kalau dah jumpa kawan, lupa diri. Selalu sangat lupa diri. Ingat kawan dia tu yang bagi makan kat dia. Tapi bila susah boleh ingat plak kat tuan dia. Pelikkan perangai manusia??

Tuhan bagi akal kat dia, tapi dia masih tak boleh fikir mana yang baik dan yang buruk.


Memang lebih baiklah membela yang boleh menghargai daripada yang lupa diri, tak bersyukur dan tak mahu berfikir. alias MALAS.

20121226

How could u....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:29 pm 0 komen dari pembaca
Oh.. Please la.....

Could u understand what i'm try to do???
Could u respect me???
Could u help me???
Could u give me a favour without my ask???

Could u done for yourself???
Could u just finish yourself???
Could u just be matured???

Could u take care of yourself???
Could u pleased to do???
Could u understand what u should do????

How could u??
How could u just being ignore with these???
How could u let it be just it be??
How could u be so cruel with others???
How could u???

To know what is this.... Just asking yourself.

20121224

MURTAD in my opinion

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:39 pm 0 komen dari pembaca
Berkaitan dengan isu murtad yang di baca dari dalam majalah Mastika.

"Cerita itu berkisar tentang seorang lelaki yang telah terlanjur dengan seorang wanita, lalu berhasrat untuk bernikah. Malangnya pihak lelaki tidak menerima. Kemudian, bila dirujuk untuk berkahwin pelbagai tohmahan telah diberikan oleh pihak-pihak yang dianggap jalan penyelesai masalah. Namun akhirnya mereka mencari jalan dengan nikah ditempat lain. Kemudian anak itu lahir.. Sudahlah begitu, diharapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang diharapkan untuk menyelesaikan isu pernikahan sah ini pula mendapat tahu bahawa sijil pernikahan yang diperoleh pula tidak sah. Ibarat jatuh dtimpa tangga, mereka sudah melahirkan anak kedua. Apa yang menjadi isu bila mereka nak daftar kelahiran anak mereka. Mereka dikatakan tidak sah taraf. Betapa sukarnya untuk melalui kehidupan seperti itu. Mereka mengambil kesempatan untuk keluar dari negara ini dan memulakan hidup baru. Keadaan di sana baik kerana tiada siapa yang peduli akan agama mereka. Namun, disebabkan oleh pemergian bapanya, dan meninggalkan si ibu yang tidak sihat. Mereka kembali ke tanah air. Mereka tinggal di kawasan setinggan. Sekali lagi malang berlaku bila anak-anak mereka dijangkiti penyakit denggi. Mereka perlukan kos yang tinggi untuk mengubati anak mereka. Kemudian isterinya pula jatuh sakit. Dia telah nekad untuk berhenti kerja, tetapi telah dinasihati oleh ketua majikannya supaya terus bertahan dan dia akan membantu menguruskan segala kos perbelanjaan hospital. Disebabkan oleh pertolongan yang diberikan itu membuatkan dia ingin keluar daripada agama asal. Kerana menganggap orang-orang seagama dengannya tidak pernah memberikan bantuan dan peduli langsung akan nasib mereka sekeluarga. Akhirnya dia nekad untuk bertukar agama setelah diberi pertolongan oleh seorang lelaki yang juga telah keluar daripada agama ini. "


Ok, ini satu cerita.. Ada lagi satu cerita. Tapi tak payah lah nak coret lagi panjang kan... Soalan-soalan pun dah ditanya pada mufti-mufti dan orang agama. Dan jawapan yang dikeluarkan pun agak memeranjatkan. Memang tak sangka jugak kan. Agak mudah dan ringkas jawapannya, tapi amat sini dan tajam. Apa pun itu hak mereka nak cakap.

Ini pendapat saya... Tak ada dipengaruhi oleh media dan mana-mana pihak. Ini pandangan saya sendiri.

Berdasarkan apa yang saya baca dan buku-buku yang saya baca, dikatakan satu masa nanti agama yang bertahan adalah agama Kristian. Bukan nak cakap agama Islam itu tidak bagus. Bukan. Apa yang saya nak bagitau adalah disebabkan oleh kerana sikap orang-orang kristian ini lebih bersabar dibandingkan agama-agama lain. Bukan saya yang cakap, tetapi ini berdasarkan pembacaan saya. Dan saya tak nafikan, kita boleh lihat bagaimana pengaruh kristian dalam kehidupan kita. Bagaimana cara mereka berdakwah. Dana-dana yang mereka peroleh. Sikap mereka sangat mengambil berat.

Ya, Islam mengajar umat Islam untuk menjadi sabar dalam menempuhi kesusahan dan kesulitan. Agama itu tidak bersalah. Yang salah adalah umatnya. Terutama apabila umat itu secara lahirnya sudah menjadi umat Islam. Betapa ramai yang nama saja Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran agama Islam dengan sepenuhnya.

Kita lihat di Mesia, berapa ramai diantara kita yang memeluk agama Islam. Tetapi gemar menyakiti hati orang lain. Mudah sangat sakit hati tanpa sebab. Dan sukar untuk membantu orang-orang yang dalam kesusahan. (Bukan yang bagi sedekah kat peminta sedekah tu). Kita senang sangat menuduh orang tanpa usul periksa. Kita mudah sangat menyalahkan orang lain. Menganggap diri kita terlalu baik dan terlalu suci. Menganggap diri kita tak pernah buat dosa walaupun sezarah. Bila perkara tak baik berlaku depan mata, kita mudah tuding jari dan menyalahkan. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar tahu akan kehidupan individu-individu itu. (Walaupun ada diantara mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita, itu tidak perlu lah kita pertikaikan)--> kita fikir yang benar-benar ingin berubah tetapi mereka dihampakan oleh makhluk-makhluk yang rasa diri mereka ni baik lah sangat.

Satu hal la... Bila orang yang buat salah nak kawin .. dan fikir nak selesaikan masalah dengan baik. Menggunakan saluran terbaik. Namun malangnya, mereka telah diperlekehkan sedari berada di kaunter Jabatan Agama. Padahal jawatan diorang ni kerani je. Bukan Pegawai pun. Tapi cara, sikap dan layanan dah macam mufti negeri. Rasa diri mereka tu bagus sangat. Bukanlah semua. Tapi inilah realitinya. Bergurau senda tak kira jantina. Lupa duduk di jabatan mana. Ini bukan hal yang direka-reka.

Berdepan pula dengan jiran... Ada jiran yang suka cari pasal. Bab mengutuk nombor satu. Bukan nak bagi bimbingan. Tak habis-habis nak cari masalah. Asik nak mengejek, membuat fitnah. Inilah sebabnya masalah kita tak selesai.

Kita ni cuma insan biasa saja. Ada juga pegawai-pegawai atasan jabatan agama (bukan semua, sesetengahnya) rasa diri mereka bagus. Mereka bagi jawapan sinis dan menyindir. Suruh pasangan itu ke Bahagian Kaunselor. Bagaimana nak ke bahagian kaunselor kalau dari kaunter depan pun dah berlagak macam kaunselor. Jawapan yang diberi oleh Pihak Atasan juga adakalanya seperti mereka terlalu sempurna. Terasa sangat hina bila diperlakukan begitu. Jangan ingat mereka itu sempurna. ada yang mengambil dan menjaga premis-premis pelacuran dan rumah urut. Kalau tak, masakan masih tumbuh macam cendawan selepas hujan walaupun dah banyak kali dibanteras. Berapa ramai umat Islam yang tak puasa, tak de pulak kantoi. Nih.. Padahal ramai je lelaki yang tak puasa bulan ramadhan. Berapa ramai mereka yang betul-betul menjaga kesucian Islam?????

Dari isu murtad tadi.. kita pusing balik.... Sebenarnya isu ini berpusing dan kena balik pada diri kita. Berapa ramai diantara kita yang sedar semuanya berpunca dari diri kita sendiri? Berapa ramai yang rasa mereka juga terlibat dalam hal2 ini?? Ya, kita semua terlibat. Kerana kita tidak membantu insan malang itu, kita juga telah menanggung doa dia. Kita ramai-ramai ok. Jangan ingat kita tak terlibat.

Kita fikir sejenak... Negara kita tak dilanda tsunami, tak dilanda gempa bumi, tak dilanda ribut, taufan .. Tapi kita lihatlah di mana masalah masayarakat kita. Masalah sosial yang semakin teruk dan semakin membimbangkan. Seperti tidak wujud apa-apa ketakutan dalam diri masing-masing. Kita lihat kerajaan yang mentadbir kita hari ini juga melibatkan wujudnya masalah-masalah ini. Sedihkan.... So, fikirlah yang terbaik. Apapun, kita doakan yang terbaik. Semoga kita dapat membantu insan-insan yang malang. Yang perlukan pertolongan. Jangan kita tambah lagi luka mereka yang sudah insaf. Jangan kita keji mereka. Kerana mereka amat memerlukan sokongan kita. Kalau satu masa mereka keluar agama kerana mereka mengatakan kita tidak membantu. Nah..... Kita turut berdosa disebabkan itu.




Siapa yang harus dipersalahkan?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:52 pm 2 komen dari pembaca
Ok.. Hari ni mungkin hari yang sangat padat untuk kami.. Apapun .. Selagi masih ada masa, kita gunakanlah sebaiknya.

Hari ini kita santai-santai.... Tugas saya yang formal sebenarnya masih belum bermula. Mungkin nampak tak sabar untuk memulakan langkah baru dalam perjalanan 2013 terutama bila berada di sekolah baru. Saya tidak mampu untuk berfikir apa yang akan dan bakal terjadi di skewl nanti. Harap semuanya akan baik dan meriangkan.

Saya bukanlah antara manusia yang gembira setiap masa. Kehidupan yang dilalui menyebabkan saya rasa hanya perlukan sedikit masa untuk ketawa dan gembira. Apa yang penting ialah meluangkan masa bersama yang tersayang dengan berkualiti.

Ok... tak payah nak cerita lagi. Kat sini saya nak nasihatkan lah sikit kat anak-anak muda... Saya rasa tak terlalu tua.. Tapi berdasarkan apa yang telah dialami. Kata orang.. "Guru yang terbaik dalam kehidupan kita ialah PENGALAMAN". Ya, terus terang pengalaman banyak mengajar kita dalam merangka kehidupan yang seterusnya. Bermula dengan sesuatu yang difikirkan BAIK atau TIDAK bagi kita. Seterusnya LANGKAH yang diambil. Setelah itu wujudlah sebuah PENGALAMAN. Mungkin saja pengalaman itu suatu yang terbaik atau sesuatu yang paling buruk dalam hidup kita. Tetapi apa pun kita tidak mampu untuk mengubah masa. Ya, TIDAK MAMPU. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan belajar daripada PENGALAMAN yang telah dilalui itu.

Sebagai anak muda remaja yang masih belajar untuk mengenal dunia.... Saya sarankan anda untuk mencari kawan. Carilah seberapa ramai kawan yang ada. Anda pun tau nak cari kat mana kan? Sekarang ni banyak saluran-saluran. Tetapi, pilihlah kawan yang baik. Maksud baik di sini ialah yang anda rasa dia membantu anda untuk meningkatkan kehidupan anda. Tidak kira kawan itu seseorang yang kaya atau yang miskin.

Sebagai insan yang dilahirkan mempunyai akal yang sihat dan waras (jika anda tidak merokok dan meminum arak) --> akal anda dikira sihat. Anda wajar untuk mempertimbangkan kebaikan, kelebihan yang anda boleh perolehi daripada persahabatan itu. Seseorang yang berkawan, pasti ada niat tertentu. Tidak mungkin seseorang itu bersahabat atau berkawan tanpa tujuan. Betul tak? MUSTAHIL. Anda tak payah lah tipu. Hati anda lebih mengetahuinya.

Kalau boleh biarlah pilihan kawan itu juga disuakan kepada ibu bapa anda. Biar ibu bapa anda dapat menilai sejauh mana kawan yang anda pilih itu. Jangan timbulkan masalah dikemudian hari. Anda perlu tahu bahawa apa-apa sekalipun masalah dalam kehidupan anda akhirnya akan merujuk kepada keluarga anda. Kawan-kawan biasanya ada semasa anda senang. Bak kata orang.. Anda dapat menilai erti persahabatan semasa anda berada dalam kesusahan. Itulah sebenar-benar KAWAN.

Lebih baik tidak punya kawan daripada mempunyai kawan yang hanya merosakkan hidup kita. Sebab itulah sedari kecil kita diajar supaya memilih kawan-kawan yang baik dan dapat memberi faedah kepada kita. Bukan kerana mengambil kesempatan di atasnya. Tetapi mengambil kebaikan supaya kita dapat maju bersama-sama dengannya.

Allah mengurniakan akal kepada kita untuk memilih antara baik dan yang buruk. Oleh itu gunakanlah akal fikiran yang diberi itu untuk menentukan kebaik dan kejahatan. Malangnya ramai diantara kita yang mudah digoda, tergoda dan ternoda. Hilangnya perasaan malu menyebabkan kita mudah untuk membenarkan orang lain menguasai diri kita. Sedangkan kita berhak ke atas diri kita sendiri.

Oh, lihatlah saja ramai anak muda hari ni tak dapat membezakan antara kasih sayang dan cinta. Mudah terpengaruh dengan ajakan teman sendiri. Menganggap dirinya dicintai, sedangkan dia telah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh teman itu. Kalau nak kata bodoh, tak boleh terima. Lihat saja di laman sosial, begitu mudah anak-anak remaja itu menuding jari kepada orang lain mengatakan bahawa mahkotanya telah dinodai. Tetapi yang bodohnya adalah dirinya sendiri. Masa buat atas dasar suka sama suka. Bila dah ditinggalkan, menyalahkan teman itu. Malah, lebih memalukan lagi bila dia pula menyebarkan cerita itu secara terang-terangan di laman sosial. Di manakah malumu????

Ramai diantara kita yang hanya sedar bila terlanjur. Puas diingatkan. Berulang-ulang kali telah diberitahu. Sampai satu masa berlaku perkara yang tidak diingini. Kesalahan itu dituju kepada orang lain. Masih tidak melihat dimana sebenarnya kelemahan itu.

Persoalan di sini.... Entah sampai bila keadaan ini akan terus berlaku. Sekarang ini tidak mungkin atau tidak mustahil perkara itu berlaku dikalangan ahli keluarga kita. Kita lihat bagaimana peranan masyarakat kita hari ini. Kita tak perlu tuding jari terlalu jauh. Kita lihat bagaiamana ibu bapa memainkan peranannya dalam hal mendidik anak-anak.

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:58 am 1 komen dari pembaca
 
 
Untuk mendapatkan SKIRT ni... Sila Click http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/

20121221

Adegan yang tak nak dilihat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:36 pm 0 komen dari pembaca
Maaf, entah kali ini saya benar-benar mahu jawapan berdasarkan apa yang dilihat oleh mata kepala sendiri.

Sewaktu beratur di satu kawasan, terdapat ramai orang yang berada di situ. Namun, kebanyakannya adalah muda mudi dan anak-anak dan juga sebilangan ibu bapa yang membawa anak-anak.

Namun sewaktu sedang berbaris menunggu sampai di kaunter. Terlihat pasangan remaja yang sedang merokok. Merokok tu takpelah lagi walaupun sebenarnya dah sakit mata dan hidung dah. Kalau lelaki saje ok lagi. Dengan pasangan wanitanya pun berkongsi sepuntung rokok. Wah... Hembusannya mengalah orang tua.

Cara bercakap, gaya berbual seperti menunjuk sifat 'dewasa'. Akhirnya terlihat satu adegan free. Wanita itu menyandarkan kepala pada bahu lantas mencium-cium teman lelakinya. Mereka melakukan perbuatan tu tanpa rasa bersalah dan memang nak menunjukkan dia seorang yang sangat manja dan mencintai pasangannya. Yang lelaki diam sahaja tanpa membalas sebarang ciuman. Tetapi merokok.

Entah.. Mana campak agama, maruah dan adab. Kalau kau dua pasang orang tak nampak tu ok lagi.... Rasa macam dah kat overseas dah. Rasa macam dunia ni korang yang punya.

Memang dah rasa macam biasa. Dosa pahala dah tak ambil kira. Dah tak tau nak cakap macam mana..
Serba salah!!!!!!!!

Apa pandangan anda terhadap situasi ini??

20122012 Janji Sunway Lagoon

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:11 pm 0 komen dari pembaca
"Anak bagitau yang on that day Sunway Lagoon bagi 1000 pengunjung terawal untuk masuk dengan bayaran hanya RM20.00"
 
 
 
So, saya pun bangun seawal mungkin. Kunci jam daripada pukul 4.30pagi. Ok... Pada masa tu bunyi jam memang dah bunyi. Anak tak bangun lagi. Biarlah mereka yang ketuk pintu. Lepas dah bersiap saya salam suami. Kemudian berlalu menaiki bimmer.
 
Sampai sana masa tu pukul 6.00 pagi. Lepas sampai kami berjalan menelusuri ruang legar Sunway Piramid. Sesampai di ruang legar untuk ke Sunway Lagoon dah terdengar bunyi riuh rendah. Bila tengok je,.... Ya Allah... Dah macam laut. Bertolak-tolak orang yang nak dapat masuk melepasi bilangan 1000 itu.
 
Keadaan semakin panas membuatkan ada yang tak mampu bernafas dan hampir pengsan. Dan akhirnya dua orang telah pun pengsan. Tidak berapa lama kemudian, semakin ramai yang hilang akal. Masing-masing dah tak peduli dengan larangan pengawal dan polis bantuan. Masing-masing nak masuk. Lantas mereka merempuh laluan halangan polis dan pengawal.
 
Akhirnya sampai ada yang sanggup memanjat pagar berhalang semata-mata untuk masuk. Sememangnya keadaan pada masa itu sangat mencemaskan. Bayangkanlah hak untuk bermain itu dihalang. Itu baru kuasa remaja. Kalau orang tua mungkin ada yang berdarah.
 
Disebabkan keadaan memang terancam, saya memutuskan untuk bertanya kepada polis bantuan yang ada di situ. Rasanya memang dah lebih daripada 1000 orang telah berada di situ. Memang bukan orang yang berdekatan saja. Malah ada yang datang dari jauh semata-mata kerana bayaran yang diberikan itu.
 
Kami berlalu... meninggalkan sebentar keadaan yang tidak terkawal itu untuk menunaikan solat subuh yang agak lewat. Setelah itu kami beredar keluar untuk sarapan pagi. Kami mencari tempat untuk makan. Selepas makan kami masuk semula ke kawasan Sunway Lagoon. Tapi akhirnya memang tak ada peluang.
 
Dipendekkan cerita.. Akhirnya kami ke Desa Water Park. At least anak-anak ni dapat jugak balik dengan kepenatan setelah main air. Hehehe.... Takde lah balik dengan perasaan hampa.
 
Tapi apa yang nak dikesalkan kat sini ialah pengurusan Sunway Lagoon.. Memang sesiapa pun berhak untuk mengkritik..
 
Bagi harga RM20 tapi untuk 1000 orang.
(Orang kat Mesia ni 26 juta [ni pun statistik lama] sikit punya ramai. Tentulah remaja Mesia ni pun ramai. Ada ke bagi jumlah banyak tu.
 
Kaunter buka pukul 9 pagi.
Tau tak budak-budak tu ada yang dah tunggu pukul 12 malam lagi???? Tau tak?? (Kalau ada kes mati sure lah baru masuk teevee). 
 
Tiada laluan beratur
Ini kes paling malang lah. Kalau lah masa ni ada tourist datang tengok perangai orang Mesia masa ni memanglah ketara. Takde yang beratur pun. Berebut-rebut macam anak kambing. Nak masuk. Inilah perkara gila dilakukan oleh manusia yang kat sekolah dah banyak kali ajar supaya BERATUR. Tapi tak amalkan pun.
 
 
Sepatutnya...... Pihak pengurusan Sunway Lagoon
  1. Buatlah pertandingan (sesiapa yang menang bayar RM20).. ini pun dah membantu
  2. Buat booking terawal (ini pun boleh membantu)
  3. Buatlah laluan berbaris macam kat Genting Higland (naik tram tu)
  4. Keselamatan manusia-manusia ni diambil kira.
  5. Fikirlah jalan penyeleseaian yang lebih sesuai.
  6. Bayaran dikurangkan. Kes ni paling naya sebabnya sekarang kena bayar RM120.00 semata-mata untuk masuk dan dapat masuk semua permainan. Tapi fikirlah bukan semua rakyat Mesia ni kaya-raya. Ikutlah kesesuaian. Sebenarnya ramai yang tak mampu nak masuk untuk bermain kat sana. Tak ke pelik, taman tema Mesia tapi rakyat Mesia tak semua mampu nak masuk. Kalau harga RM50.00 seorang pun orang boleh consider lagi nak masuk. Kau bayangkan tak ada keluarga yang ada anak 5 orang. Tambah dengan mak bapak lagi dah berapa. Kalau 120x7 dah berapa??? Ape la....... Nasib baik tak jadi rusuhan. Tapi kalau ada yang mati mungkin barulah ada kesedaran. ENtahlah.......
 
Rasanya, better kumpul duit banyak-banyak. Lepastu travelling ke luar negara. Yang dalam negara pun tak dapat nak masuk. Asshame!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


20121218

Bergedil Kentang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:39 pm 1 komen dari pembaca
Hai..

Hehe.. Petang ni terasa sangat nak buat bergedil kentang.
Rasa teringin nak makan walaupun takde soto dan sewaktu dengannya...

Nak belajar tak mesti kena masak complete set kan?

Ok,... sat lagi siap kita war-warkan pada dunia eh.

20121215

13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:37 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?
 
 


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)
 
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
 
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
 
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
 
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
 
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
 
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)
 
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
 
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)
 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)
 
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)
 
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)
 
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)
Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi.
Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.
Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Yang belum berakhir

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:57 am 0 komen dari pembaca
Untuk apa semua ini???

Aku masih tidak mengerti... Sama ada dikatakan tidak mengerti atau tidak mahu mengerti.. Telah ku katakan.. Aku masih tidak mengerti.

Aku masih berfikir mengapa masih ada lagi sesuatu yang sering menyakitkan hati ini.

Entah sampai bila. Aku tidak berhenti berfikir. Entah sampai bila ia akan sentiasa berterusan dan begini.

Memang sebagai seorang wanita aku perlu merasa sangat cemburu.

Adakah kehadiran aku di dalam hidupnya masih tidak dapat memenuhi dan menutup segala kekurangan itu?

Aku menangis sendiri di dalam hati.

Kenapa dia sanggup melakukan begitu terhadapku?? Adakah ini ujian buatku?? Ujian yang tak pernah reda.

Adakalanya aku kesal dengan apa yang berlaku. Kecewa. Ya... Mungkin itulah yang dapat aku luahkan.

Mengapa masih wajudnya dia dalam hubungan kami walaupun secara tersembunyi. Aku masih nampak di mana wajudnya.
Kerana ia tak pernah berakhir.


20121214

Zuriatku

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:49 pm 0 komen dari pembaca
Saya memandang papan skrin komputer riba dengan pandangan kosong. Jauh fikiran menerawang...

Ya, saya sedang berfikir tentang masa depan saya sepuluh hingga dua puluh tahun lagi. Bagaimana agaknya?? Perancangan perlu ada... Tapi buat masa ni saya masih belum fikir tentang perancangan itu sepenuhnya.

Apa lagi yang saya fikir.... Saya berfikir tentang diri saya sendiri.. Ya, kita masih boleh berharap dan berdoa semoga saja suatu hari nanti Tuhan akan mengkabulkan niat saya yang ingin mempunyai zuriat sendiri.

Saya mahu asuh dia dengan didikan yang sempurna. Benar-benar dengan kasih sayang serta panduan agama yang cukup untuk saya tinggalkan padanya nanti. Biarlah dia dapat hidup dan kenal akan Tuhannya. Saya mahu anak ini nanti akan mendoakan saya bila saya dan suami sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Keinginan ini bukan suatu konyolan atau lelucon.

Setulus hati saya akan menjaga amanah Allah ini dengan baik. Saya ingin anak saya dapat memberikan kegembiraan buat saya. Ya, bukan dengan harta dunia semata-mata. Saya tindak mahu tinggalkan harta untuknya. Tetapi biarlah ilmunya penuh di dada. Saya ingin merancang kehidupan anak saya.

Bila melihat anak-anak kecil bersama ibu... Hati tertanya-tanya bilakah waktu untuk saya... Tapi saya tahu Allah Maha Mengetahui saat yang paling tepat buat saya.

Berharap bila punya zuriat... Saya akan lebih senang meluahkan rasa bersama. Kerana rasa cinta yang mendalam terhadap ilmu. Saya ingin dia sama-sama mengambil berat akan ilmu.

**Yang pada akhirnya nanti saya sendiri akan tersenyum** Bangga melihat kecerdikannya dan kerana cintanya pada ILMU**

---> Nampak di situ bahawa cinta yang paling kuat adalah cinta ibu terhadap anak. Belum lahir lagi sudah bercita-cita untuk memberi sesuatu yang paling berharga untuk anak. <--- em="em">

Takwim Skewl 2013

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:37 pm 0 komen dari pembaca
Sempena dah nak naik tahun 2013 ni.... disertakan lah di sini untuk panduan diri sendiri dan anda.



Pada yang masih rasa was-was... boleh click kat sini.... takwim2013.


20121213

MEMBACA kah kita?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:34 pm 0 komen dari pembaca
Ramai dikalangan kita akan tergelak dan mungkin memandang sinis melihat orang-orang yang membaca buku. Mungkin terlihat pelik pada fikiran mereka. Sukar sungguh kita nak lihat anak-anak muda kita membaca buku. Masing-masing lebih gemar mengadap papan skrin Ipad, Android, telefon pintar yang kini lebih banyak permainan, laman sosial dan sesawang hiburan.

Ya, nampaknya mereka lebih gemar melihat picisan-picisan yang nampak lebih menarik, up to date, melihat perkembangan fesyen-fesyen terkini, malah mungkin juga menghabiskan banyak wang dengan perkara-perkara yang kurang malah tidak berfaedah (tetapi pada sangkaan mereka ini lah kehidupan hari ini, yang lebih trending dan updated). Opssss... Kalau anda fikir ini semua updated.. Serius anda salah! SALAH!!

Sekali lagi saya katakan trending-trending seperti itu SALAH!




Nampaknya kita lebih terlebih gemarkan hiburan, hedonisme. Dalam tak sedar kita terjebak dengan perkara itu.

Entahlah.. Untuk kesekian kalinya.. Nak mengajak manusia melakukan kebaikan sangat-sangatlah sukar. Sesukar zaman ini. Nak mengajak melakukan perkara yang lagha (membuang masa), membazir dan maksiat sangatlah mudah.



Antara Faktor yang dikenalpasti amalan membaca tidak dibudayakan:

Ibu Bapa
Tiadanya pengaruh ibu bapa atau keluarga dalam menitikberatkan perihal budaya membaca terhadap anak-anak mereka. [Dalam konteks ini, ibu bapa tidak pernah menghadiahkan buku kepada anak mereka]
---> bahkan lebih mengeruhkan keadaan sekiranya ibu bapa tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting sebagai medium memupuk minat anak mereka membaca.

Media
Daripada sudut yang berbeza pula, pengaruh media massa yang semakin meluas kini telah menjauhkan masyarakat dengan buku.
Media melunturkan sifat membaca secara evolusi oleh media massa yang bersifat hegemoni dan dominan dalam merubah kerangka pemikiran masyarakat.

Persekitaran
Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca di tempat sunyi sepertimana yang sering kali menjadi amalan dalam sesebuah perpustakaan yang suruh diam.
-->>Tidak salah, tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca dalam kondisi yang sunyi. Justeru, agak sukar untuk kita membudayakan amalan membaca di tempat awam.
Persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca terutamanya di tempat-tempat awam adalah perbuatan menunjuk-nunjuk dan memberi gambaran negatif bahawa
--> ulat buku sukar dibuat kawan (ini status masyarakat yg paling biadap!!) kerana saban hari masa mereka hanya dihabiskan dengan berkepit dengan buku.Ulat buku juga mungkin dianggap antisosial dan antisukan. Persepsi sedemikian amat berbahaya kerana secara jangka panjang akan menjauhkan masyarakat dengan buku.

Meremehkan Kepentingan Membaca
Selain itu, mungkin sifat merasakan ketidakpentingan membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca.
--> Sama ada sebagai seorang bekas pelajar atau seorang bekas mahasiswa universiti, kebanyakan kita telah hilang selera untuk memegang buku apatah membacanya.
-->Hal ini juga satu kemungkinan kerana daripada pemerhatian saya, terutamanya daripada kenalan-kenalan saya, didapati amat kurang daripada mereka yang masih berminat dengan amalan membaca kerana beranggapan bahawa meraka telah melepasi takuk pendidikan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka juga beranggapan bahawa buku tidak akan memberikan sebarang faedah secara langsung lagi kepada mereka jika dibandingkan dengan perkara lain. Di samping itu mereka kelihatan lebih mementingkan kepuasan dari segi nilai estetik dan kemewahan berbanding kepuasan memperoleh ilmu menerusi amalan membaca.

Alasan
Daripada aspek yang lain pula, wujud alasan yang kurang relevan dalam kalangan masyarakat berhubung amalan membaca.
Mereka mempersoalkan tentang kos bahan-bahan ilmiah di pasaran yang semakin meningkat kedewasaan ini (serius orang yang tak suka baca buku memang akan bagi jawapan macam ni). Kemungkinan harga buku meningkat lantaran faktor-faktor lain seperti kadar tukaran mata wang asing yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal di samping kos pencetakan dan penerbitan yang tinggi.
--> Bagi saya kos sesebuah buku tidaklah terlalu mahal sehingga membebankan pembaca tetapi perkara yang boleh dijadikan mauduk utama ialah keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku.
-->>Sesungguhnya jika dibandingkan, kos yang kita bayar untuk membeli sesebuah buku tidak memadai dengan ilmu yang kita peroleh menerusi bahan ilmiah tersebut.



 



Kalau nak diceritakan tentang kelebihan-kelebihan MEMBACA memanglah sangat banyak. Di bawah ni adalah antara kelebihan yang boleh dicapai dengan membaca;
  1. Menambah ilmu pengetahuan
  2. Senaman minda
  3. Mempunyai kelebihan untuk FOKUS
  4. Melatih diri menjadi seorang yang BERDISIPLIN
  5. Mengurangkan rasa bosan
  6. Meningkatkan kemahiran (skill) membaca dan tatabahasa
  7. Membantu berkomunikasi dengan lebih baik

Tapi berapa sangatlah orang yang ambil peduli akan semua benda ni. Masing-masing meremehkan budaya membaca. Kita lebih gemar bergaul dengan kawan-kawan yang kononnya banyak pengalaman. Tetapi disebabkan kurang pembacaan, sebenarnya kita tak mampu untuk berfikir antara yang baik dan yang buruk.

Ye, komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia. Tapi ada banyak buku yag dapat mengajar kita cara berkomunikasi dengan baik. Lihatlah berapa ramai pekerja kita yang terkandas untuk mendapat pekerjaan semata-mata kerana komunkasinya kurang arif dan ilmunya juga kurang untuk menyampaikan sesuatu dengan yakin. Apakah kita masih nak pertahankan hujah-hujah kita jika kita tidak ada bukti yang cukup kukuh?

Tengok, masa pertandingan American Football pun sempat lagi membaca


Lima Kesan Negatif Apabila Tidak Suka Membaca (http://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2010/04/lima-kesan-negatif-apabila-tidak-suka.html)

1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya.
2. Menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.
3. Mudah meniru dan menciplak disebabkan ketiadaan ilmu, sahsiah dan rohani yang mantap.
4. Kekurangan daya yakin akan diri.
5. Bakal menjadi manusia yang paling bodoh di dunia
.





Tak tahu lah di mana silapnya diri kita kalau kita masih tak nak berubah, tak nak sedar-sedar daripada tidur. Dan mungkin sememangnya suka berangan terlebih. Kesannya bila kita tak suka membaca pun dah jelas. Tapi masih ramai kalangan rakyat Malaysia kurang membaca. Buka buku pun masa betul-betul dah nak exam. Masa tu lah terkial-kial nak cari maksud, nak buat akronim, nak belajar secara pantas. Marathon. Mana sempat nak hafal semua, nak kembangkan semua kalau tak ada persiapan dan tak ada pembacaan yang dilakukan terlebih awal. Sampai bila kita nak macam ni??

Saya menjengah blog pengajar saya ...Beliau menceritakan bahawa di negara-negara maju seperti Toronto, tak kira siapa (kanak-kanak, remaja dan dewasa) cukup mengutamakan budaya membaca. Even, berada di dalam LRT (keretapi bawah tanah) atau di mana-mana ada kesempatan, mereka akan membaca buku.


 
Scene di Toronto

Tak perlu pergi jauh, semasa saya membesar di Johor Bahru, saya sering melihat pelajar-pelajar yang menaiki bas untuk ke Singapura (bersekolah di sana). Semasa berada di dalam bas (waktu pagi) mereka membaca buku. Kalaupun tidak membaca buku, mereka tidur. Mereka tidak berbual. Sama jugalah seperti waktu pulang daripada sekolah. Keadaan ini memang tak sama langsung dengan senario pelajar di dalam bas yang bersekolah harian di negeri ini. Memang tak sama.



Macam mana kita nak maju kalau kita tak gemar membaca. Bagaimana kita nak jadi manusia yang celik minda kalau kita sendiri tidak mahu mencari ilmu itu. Tidak ada manusia yang akan dapat ilmu jika dia tidak mencarinya. Samalah juga kalau kita tidak mencari guru, bagaimana kita akan mendapat ilmu.


Fikirkanlah sejenak..... Kalau kita lapar, kita perlu ke dapur, berjalan. Menjengah makanan apa yang ada untuk dimasak. Mungkin kalau ibu sudah memasak di dapur, kita perlu mengambil pinggan. Lalu mengisi nasi. Kemudian kita duduk, dan barulah kita makan. Itu pun perlu menggunakan tangan untuk diisi ke dalam mulut. --> Makanan itu tidak datang sendiri. Makanan itu pun perlu diusahakan untuk sampai ke mulut kita.



Jadi, mengapa kita benar-benar tidak mengambil tahu. Atau lebih mudah kita katakan diri kita ini PEMALAS. Orang yang pemalas memang akan sentiasa mengalami kesusahan. Biarpun orang itu tidak pandai / cerdik, tetapi disebabkan kerajinannya, dia boleh hidup seperti orang lain.

TIDAK ADA MANUSIA YANG BODOH DI DUNIA INI.
YANG ADA HANYALAH MANUSIA YANG MALAS!!!!




Manusia yang MALAS akan sentiasa berada di dalam kerugian. Benar! Telah banyak bukti yang menunjukkan sikap orang yang malas akan sentiasa berada di dalam kerugian yang nyata.

Sedarlah dan berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Berapa lama kita hidup di dunia ini, tetapi kita tidak memperoleh apa-apa pun kebaikan untuk diri kita. Kita hanya menzalimi diri kita sendiri.





20121212

Aku.. Part I

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:12 pm 0 komen dari pembaca
Orang kata biarlah kita hidup sederhana daripada punya kesenangan dan kemewahan jauh sekali kesusahan.

Tapi aku pernah merasa semua itu. Dan aku bersyukur melalui semua ini.

Masa sekolah dulu bukanlah nak kata senang, tapi aku banyak belajar bersyukur. Kerana orang lain lebih daif dan susah daripada keluarga kami.

Ya, apa yang nak kata susah. Setiap kali pergi ke sekolah ibu bapaku masih menghantarku (sekolah rendah). Sewaktu sekolah menengah aku menunggang basikal hingga awal tingkatan 4. Maklumlah... Masa tingkatan 4 aku dapat masuk sekolah berasrama teknik.

Mungkin terlalu banyak cerita yang ingin dicoret di ruangan ini. Tapi ia akan mengambil masa. Nanti saja ku ceritakan.

Melalui kehidupan di asrama pun sudah cukup memberi satu pengertian yang besar tentang erti BERDIKARI.

Selepas SPM, aku bersekolah sementara di SMK Ulu Tiram.... Keadaan mula berubah semakin baik dan membaik. Lalu aku masuk ke Politeknik di Sabak Bernam.

Sekali lagi pengalaman sukar ku lalui. Tapi disebabkan pengalaman sebelum ini telah mengajarku erti berdikari, maka kehidupan di sini bagiku biasa. Namun ada orang mengatakan aku hebat. Biasalah tu.... Mana ada hebat. Segalanya perlukan kesabaran yang tinggi...

Insha Allah.. Nanti aku ku jelaskan satu persatu tentang kehidupanku.

Pokok pangkalnya ... Jangan pernah berhenti BERDOA. Kerana doa-doa itulah aku kuat. Aku merasa disayangi Tuhan. Aku merasa kuat untuk melaluinya sendiri.

Terima kasih Tuhan kerana memberikan ku erti hidup yang bermakna. Menjadikan aku berani untuk menghadapi segala rintangan dengan penuh sabar.

20121211

i L0vE yoU

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:19 pm 0 komen dari pembaca
Sambil2 menunggu masker kat muka shuben kering..
Aku melayan lagu Enya - Love song...

Hebatkan shuben i?
Memanjakan diri dengan masker sebelum tido.. Yang buat siapa lagi kalau bukan i (isterinya lah).

apa-apa pun.. I love U incek shuben.

Esok kita karang lagi story mory. Mata dah pedih.

20121210

Guru Kita Tak [Dapat] Buat Kerja

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:14 am 0 komen dari pembaca
Dipaut daripada :http://www.aimanazlan.com/2012/09/guru-kita-tak-dapat-buat-kerja.html

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<


Saya banyak bersembang dengan guru-guru, termasuk juga pensyarah-pensyarah universiti. Ajaib, masalah yang mereka hadapi hampir sama. Mungkin kerana meraka di bawah sistem yang sama. Selama ini saya lalui kehidupan saya di alam persekolahan tanpa menyedari hakikat ini. Kini setelah saya bersembang dengan mereka heart to heart, barulah saya tahu.

This is another side of the coin that we need to consider.

Pentadbiran: Okeh cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.

Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam pace yang sederhana. Pelan ni memang nice.

Pentadbiran: Great! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir.

Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.

Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar yang kita akan buat nanti. Suma pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati skit kepada yang hadir.

Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk keep up dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju skit gak ni.

Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada VIP yang nak melawat kita. Dia nak tengok progress kita camna.


VIP datang.

VIP: Hmm…belum menepati standard.

VIP balik.

Pentadbiran: Selepas lawatan VIP, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punya performance. Kita ketinggalan skit dengan silibus kita. Keje umah pun tak cukup.

Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyak homework. Kami akan ajar lagi laju.

Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September so harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan by the end of this month. Apa progress kita sekarang?

Cikgu: Umm...kami baru cover 20% silibus.

Pentadbiran: Say what?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi.

Cikgu angguk sahaja.

Cikgu: Kalau macam tu, kami akan go turbo. Kami akan banyakkan keje umah dan kelas tambahan.


Meanwhile dalam kelas…

Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.

Pelajar: Cikgu, banyaknya keje! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni.

Meanwhile dalam pejabat guru…

Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keje umah ni?! Kesian anak saya.

Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.

Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?

Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu.


Final exam menghampiri.

Pentadbiran: Hello cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Suma pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?

Cikgu: ...



Cikgu, saya sayangkan cikgu. Tidak perlu saya tunggu 16 Mei untuk saya ungkapkan kata-kata itu. Saya bersedih dengan kesusahan yang cikgu lalui. Saya lebih menghargai cikgu selepas mengetahui hal ini.

Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.

I wish I saw this side of the coin sooner.

Sakit Kepala

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:00 am 0 komen dari pembaca
Saya masih belum sihat. Masih sakit kepala.. Rasa mual bila ada bau yang terlalu kuat (arabian ouds)....

Shuben pasang nak elak bau busuk. Tapi ni lah kelemahan saya. Sakit.....

Nak kena makan sikit, makan ubat. Lepas tu baru ok.


http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/dewasa/tanda-a-gejala/sakit-kepala
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,..........................................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Sakit Kepala

Pengenalan
  • Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
  • Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
 
Penyebab Sakit Kepala
Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab :
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
  • Demam.
  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat
Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .

Kajian CT-brain mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan kajian yang positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?

Tidak.
Penyebab utama sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.



Semakan Akhir


:


26 April 2012
Penulis:Dr. Jamilah Abdullah
Penyemak:
Dato' Dr. Hj. Md. Hanip b. Rafia

20121209

Part II : Migrain a.k.a Sakit Kepala

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:07 am 0 komen dari pembaca
Nak pendek kan cerita lagi....

Petang lepas makan di rumah (bakar patty mini, kentang dengan goreng keropok je)...
Kami bersiap-siap untuk keluar.

Lepas tu makan di sebuah kedai yang memang masakannya Kelantan only. Jadi, kami makan bubur. Bubur dia memang versi kelantan lah!  Ada daging, campur, dan ayam.

Settle makan.... Kami pun berjalan ke Wangsa Walk. Ni pasal belum perbaharui cukai jalan (serius!! memang terlupa)... Kami lalu jalan dalam. Mana tau ada road block. Naya!

Sesampai situ, kami beratur.. sambil fikir nak tengok cerita apa. Ok.. Finally bila dah sampai depan cashier tu kami deside untuk pilih cerita " Life of Pi". Bagi sesapa belum tengok cerita tu boleh la klik link sini.






Ini satu hal lagi kenapa aku sakit kepala. Asbabnya..cerita ni versi 3D. Kena tengok dah pakai spec. Lepastu ++lagi spec 3D. Dengan cerita yang so so adventures. Memang la rasa sangat mengujakan. Tapi...... lepas tu padan muka.

Habis saja tonton filem ni... terus sakit kepala... Jalan terhoyong hayang... Dalam kereta nak sampai rumah rasa loya dan sakit kepala yang amat. Berdenyut-denyut kiri kanan kepala ni.

Sebelum tidur cik abang tolong picit dan makan ubat. Alhamdulillah pagi ni dah kurang sikit. Tapi sebelah kanan masih rasa sakit. Bila duduk ok lagi. Tapi bila berjalan rasa sakit.


p/s: Kalau nak rasa adventure boleh la tonton guna 3D. Bayarannya pun lumayan kan. Tapi kalau yang mabuk laut tu rasanya boleh hindari cerita macam ni. Sebab feel dia sangat terasa walaupun tak masuk laut.

Part 1 : Migrain a.k.a Sakit Kepala

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:45 am 0 komen dari pembaca
Woaaahhhhhh...
Belum naik cuti lagi dah rasa sakit kepala...

Macam mana datang sakit kepala ni? Entahlah... Semalam menghantar Alyn and Nuna ke Kem Motivasi di Broga, N9. Lepas daftar dan bayar yuran pendaftaran, naik sekejap dengan taklimat ibu bapa with Dato' Mohd Fadzilah Kamsah (sorry if typo)..... Maklumla tengah sakit kepala pun ni...

Dengar tak abis pun sebenarnya (sebab ramai sangat audience dan sound system agak kelam). Lepas kami beli buku, pil minda IQme and shuben
) terus turun bawah sebab dah lapar sangat. Perut memasing dah berbunyi.... Cari makan kat area dalam kem, semua dah habis. Jadi kami keluar cari makan.
Bergerak menuju ke Pekan Broga, maklum la waktu dah hampir tengahari.. Kawasan di situ terhad, banyak pula kedai cina. Jadi cari punya cari sampai di kawasan pekan. Alhamdulillah, jumpa satu kedai makan yang tak jauh dari Petronas. Kedai tu macam kedai family. Kami amik lauk. Kemudian terus makan.

Lepas makan kami berlalu kembali ke kem sebelum perjalanan balik. Sambil meninjau kedai buah yang ada semasa laluan keluar tadi. Kami singgah di satu kedai ni. Ada jual buah-buahan tempatan.

Maaflah, dek kerana feeling heaven sangat sampai lupa nak taking picture. heheh

Tak taulah ini ke yang buat jadi sakit kepala... Apa lagi .. Makan durianlah!
Makan durian pun tak banyak. 2 ulas je. Tapi durian tu sangat besar dan rasanya lemak, manis dan pahit. (tak suka sangat pahit-pahit ni)

Dah sampai kem, tunggu sampai 12.30 tapi lebih sikit barulah anak-anak ni keluar untuk makan tengahari. Kami jumpa sekejap, bagi not merah sorang satu. Kemudian bersalaman dan baru kami bergerak balik.

Tak habis kat situ, balik pulak... Jalan jem. Arghhhhh!!!!! Memang guna GPS. Kalau takde, alamat mejajau la kemana-mana. Elakkan saja tak sampai.

Sesampai di kawasan berdekatan Tesco..... Kat situ bleh plak brek mengejut. Tak sempat pape... Erkkkkk... Bumper belakang dah kena sondol. Mujur pandu 'biemway' (itu bahasa kami.. jelas sebutan indonnya).

Dah... mula resah gelisah... Mana taknya... Takut pulak cik abang marah kita. Tapi tak pun.
--> Dari situ lah kot ... perasaan tak tenteram...

Dengan kepanasan yang luarbiasa dirasakan.. Kami menuju ke balai polis bahagian trafik untuk aduan kemalangan. Keluar masuk balai yang panas tu sebenarnya dah buat rasa tak selesa. Maklumlah, jarang terkena panas direct ni.

Jadi, dah lepas selesai amik kereta, hantar kereta, amik kereta lagi... Barulah berehat di rumah. Masa tu pun dah pukul 5 lebih. Perut yang kenyang dah mula lapar semula......

Sampai sini dulu cerita sakit kepala.

20121207

Tugas Guru - Ketua Panitia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:24 pm 0 komen dari pembaca
GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN    Senarai tugas
  • Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
  • Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.
  • Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .
  • Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD.
  • Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu.
  • Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
  • Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.
  • Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
  • Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.
  • Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
  • Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
  • Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
  • Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah.
  • Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM.
  • Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.
  • Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
  • Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
  • Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik .
  • Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
  • Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.
  • Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.
  • Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM.
  • Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.

Tugas Guru - Setiausaha Panitia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:23 pm 0 komen dari pembaca
SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN
  • Merancang agenda mesyuarat bersama ketua panitia.
  • Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
  • Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.
  • Mencatat minit mesyuarat .
  • Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat.
  • Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli panitia.
  • Bersama-sama ketua panitia mengambil tindakan ke atas minit mesyuarat.
  • Membantu ketua panitia mengurus fail-fail panitia mata pelajaran .
  • Membantu ketua panitia mengurus dan menjaga alat / bahan bantu mengajar.
  • Membantu ketua panitia menyenaraikan alat/bahan bantu mengajar dan menyebarkannya kepada semua ahli panitia.
  • Membantu ketua panitia mengurus stok ABM / BBM panitia .
  • Membantu ketua panitia menganalisa ujian bulanan dan lain-lain peperiksaan di sekolah.

Tugas GURU MATA PELAJARAN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:20 pm 0 komen dari pembaca
SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
  • Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
  • Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
  • yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
  • Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
  • Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
  • Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
  • Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
  • Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
  • Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
  • Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
  • Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
  • Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
  • Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
    Membantu menguruskan Bank Soalan.
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
  • Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
  • Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.
  • Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
  • Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.
  • Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .
  • Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.
  • Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .
  • Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
  • Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

Tugas Guru Kelas / Tingkatan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:56 pm 0 komen dari pembaca
Sempena tahun 2013 yang bakal menjelma tak berapa hari lagi ni... Jadi elok lah kita tinjau-tinjau tugas guru sedikit sebanyak. Terkadang cuti lama sangat, sampai terlupa. Ada juga guru-guru yang baru di'posting'kan. Jadi di bawah ni disediakan tugas guru tingkatan sebagai kemudahan kita.
 
   Pengurusan dan Organisasi kelas   Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada :

  1. Ketua Tingkatan.
  2. Penolong Ketua Tingkatan,
  3. Bendahari,
  4. AJK kebersihan - memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
  5. AJK Keceriaan - Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

   Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
 

  • Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus yang berkenaan.
  • Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
  • Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
    Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
    (a) Keceriaan kelas.
    (b) Kebajikan pelajar.
     
     
Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.  
  • Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
  • Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
  • Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
  • Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.
                (a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.                 (b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
 
Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan  
  • Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
  • Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
 
Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
  • Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
  • Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
  • Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
  • Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
  • Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
  • Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
  • Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut 
 (a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah” yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin . 
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
 
 

Buku teks, biasiswa dan bantuan 
  • Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
  • Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
  • Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT
  • Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
  • Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
 

Kutipan Yuran dan Derma  
  • Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
  • Mengutip derma PIBG
  • Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
  • Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
  • Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
  • Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
 

Pendaftaran Pelajar Baru  
  • Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
  • Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
  • Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
  • Menentukan rumah sukan.
  • Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar  
  • Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
  • Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
  • Menentukan buku teks telah dipulangkan.
  • Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
 
 
Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain. 
  • Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
  • Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

Diperoleh daripada : http://www.semetrik.com/tugastingkatan.shtml
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea