Pages

Come and be with me

20120318

Adakah Dunia Hari ini Terlalu Berbeda???

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:27 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum wmth wbkth...

Hari ni saya masih diber kesempatan utk bernafas walaupun cuaca hari ini tak seindah cuaca masa tahun 90-an. Alhamdulillah, sy bersyukur.

Sy dpt merasakan diri sy semakin kerdil bila berada ditengah-tengah kota KL. Dunia hari ni sgt berbeza dengan semasa zaman sy dibesarkan. Mungkin kerana faktor didikan ibu bapa sy semasa sy membesar.

Sy sgt bersyukur dibesarkan oleh ibu bapa dlm keadaan yg sgt sederhana. Tidak terlalu ghairah mengejar materi. Ibu sy sgt berperanan dalam membesarkan sy. Sy bersyukur lg kerana kehidupan rumahtangga suami isteri sangat mencabar, tetapi ibu sy sgt prihatin dlm membesarkan kami tiga beradik. Sy akui ibu sy sgt garang. Garangnya melebihi seorang guru garang di sekolah sy semasa berada di darjah empat. Tetapi garangnya itu bertempat. Hendak menjadikan kami seorang manusia pada hari ini.

Sy dibesarkan dlm bentuk omeelan dan letean tentang buku..buku.. dan buku. Keadaan ini membuatkan sy sgt tidak suka apabila ada yg memaksa sy melakukan sesuatu sehingga menjadi bebelan. Sy sgt bosan dgn bebelan. Oleh itu, mahu tidak mahu buku sentiasa dbawa kemana-mana sy berada.Perbuatn ini telah menjadi kebiasaan sy dan akhirnya menjadi satu tabiat yang sy mesti lakukan tidak kira dimana sy berada. Dan tiada lagi bebelan rutin dr ibu sy. Dan memang itu yg ibu sy inginkan pun.

Sy tidak membantah dengan kata-kata, itu yg ibu selalu perkatakan kepada sy. Sy sedar apa yg ibu mahu adalah melihat kami berjaya pada suatu hari nanti.

20120304

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:57 am 0 komen dari pembaca
Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!


Kalau ada yg nak tambah silakan - kita berkongsi ilmu di sini
Jika ada kesalahan dalam artikel ida ini sila beri tunjuk ajar dan harap dapat perbetulkan.

NOW & THEN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:47 am 0 komen dari pembaca
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea