Pages

Come and be with me

20120512

1 peluang dan ruang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:39 am
Reactions: 
1 komen dari pembaca Links to this post
Malam ini aku menangis lagi untuk kali yang entah ke berapa. Hati ini benar-benar diruntun hiba, sedih dan pilu. Entah apa lagi perasaan yang dapat aku gambarkan.

Menjadi seorang wanita, aku bersyukur. Namun aku sangat kesalkan tentang kesalahan masa laluku. Disebabkan perbuatan yang kulakukan itu, aku masih terasa kesakitannya sehingga kini. Aku tidak dapat menyatakan betapa sakit dan sedihnya hati ini bila diri ini masih dinaggap tidak jujur.

Puas aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Mengubah segala kesalahan yang pernah ku lakukan dahulu. Ternyata hanya sia-sia.

Hanya kepada Tuhan tempat aku meminta pertolongan dan kemaafan. Aku sangat mengharapkan taubatku diterima. Aku mengadu kepada Tuhan.

Adakalanya aku tidak sanggup lagi untuk menanggung penderitaan ini sendiri. Aku tidak tahu ingin kuluahkan kepada sesiapa. Hanya kepada Tuhan tempat aku mencurahkan segala perasaan ini.

Entah sampai bila keadaan akan berterusan begini. Bagiku, aku terlalu letih untuk menghadapi perasaan ini. Aku sudah tidak mampu lagi untuk menghadapinya sendirian. Aku lelah. Aku lelah untuk memikirkan hal yang telah lalu, namun diungkit-ungkit menjadikan aku sangat sakit.

Ya Allah, jika itu kesalahanku yang dulu. Aku tidak pernah mengulanginya semula. Aku telah bertaubat dengan sebenar-benarnya Ya Allah. Bantulah hambaMu ini untuk menyelesaikan segala permasalahanku.

Aku benar-benar merasa sakitnya dan peritnya untuk menghadapi dan melalui perasaan ini. Mengapa hanya aku? Mengapa aku ini terus-terusan menjadi bahan untuk dijadikan kesalahan. Mengapa masih diungkit lagi?

Aku tidak pernah mahu mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi apa yang sama adalah pandanganmu, layananmu. Sepertinya aku masih lagi melakukan hal yang dulu. Jika aku melakukannya lagi, aku hanya membuang waktu ku. Aku sudah mendapat ganjaran pahala yang paling besar. Aku harap pahala itu tidak menjadi dosa yang menyebabkan kakiku melangkah ke neraka kerana lantangnya aku kepadamu.

Aku mahu mencari keredhaan abadi, perhatian, layanan yang sewajarnya. Seikhlasnya tanpa ada rasa ragu dan syak wasangka. Biarlah kesalahan lalu menjadi pedoman untukku. Aku harap ia tidak terjadi pada kalian. Kerana menghadapinya sendirian sangat mencabar, sangat rumit. Namun aku hanya mampu berdoa.

Aku mohon sampai suatu ketika kebenaran itu menjelma. Matamu dibukam akalmu dapat menerka. Saat itu mungkin aku mampu tersenyum. Senyuman paling menawan dan yang pastinya terakhir dalam hidupku.

Insha Allah. Amin.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea