Pages

Come and be with me

20130530

Adakah ini hal yang dianggap BIASA??

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:11 am 0 komen dari pembaca

Sekiranya adik beradik dan saudara mara kita ditahan di dalam lokap.. Dibicarakan.. Atas alasan mudah... Untuk menjaga keselamatan negara. Sedangkan ramai penjenayah yang sebenar benar penjenayah dapat hidup dengan bahagia, tenang dan bebas di luar sana.

            Dengan mengandaikan kesalahan yang dilakukan menggugat keselamatan negara... Adakah wajar untuk manusia manusia ini diperlakukan sama seperti haiwan?  bayangkan bagaimana kematian boleh berlaku semasa tahanan.

Ini merupakan hal yang sangat membingungkan. Berapa ramai lagi manusia yang cuba mencari kedamaian perlu diputiskan hayatnya dengan cara yang tidak munasabah..

Kita mencari konklusi bagi semua persoalan yang berlaku di dalam kehidupan kita. Persoalannya berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa?

20130529

HAL YANG PASTI DATANG!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:42 pm 0 komen dari pembaca

Assalamualaikum wbt....

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya. Mungkin kali ini entri yang saya tulis agak hiba. Maafkan saya.

              Dalam kehidupan kita ini Allah beri semua perasaan yang kita perlu rasakan. Ada rasa gembira, seronok, marah, sedih, sakit, pedih, dan pelbagai lagi perasaan seiring dengan ujian serta peringatan yang Allah sentiasa beri kepada kita. Tidak akan ada manusia yang tidak merasa segala perasaan itu. Selagi kita hidup di dunia ini, Allah pasti menganugerahi segala perasaan.

              Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Hal yang paling pasti adalah KEMATIAN. Sejauh mana kita lari dan bersembunyi di balik tembok yang tinggi. Tempat yang paling kebal... Maut tetap akan menghampiri kita. Kita tidak perlukan SEBAB untuk hal ini. Kerana janji Allah itu PASTI.


Seketika kita perlu berfikir sedari kita dihidupkan di dunia ini. Sejak itulah malaikat melihat kita. Mengira detik-detik yang hampir kepada kita untuk menuju Allah yang Esa.


Allah juga memberi ujian kita dalam pelbagai cara. Sama ada kesusahan atau kehilangan. Bagi kita, ujian yang Allah beri sudah terlalu hebat sehinggakan kita meminta Allah untuk menghentikan segala kepedihan dan keperitan. Tetapi sesungguhnya Allah menduga insan-insan lain dengan lebih lagi. Allah menguji kita untuk menjadikan kita insan yang sabra, tabah dan redha dengan qada dan qadarNya. 

          Sebagai insan biasa kita hanya mampu berdoa supaya Allah memelihara kita. Menetapkan hati kita dengan keimanan dan mematikan kita dalam keadaan yang baik. Insha Allah...


Kita tidak dapat mengelak akan hal yang berlaku kerana ketetapan itu datangnya dari Allah sebagaimana kisah ini terjadi... Ada sebuah keluarga yang sangat sederhana. Keluarga ini mempunyai ibu, bapa dan tiga orang anak serta adik kepada ibu itu. Berawal daripada ayahnya yang mendapat sakit sehingga tidak mampu berjalan. Beberapa tahun kemudian, berlaku kebakaran sehinggakan rumah lama yang didiami mereka dan rumah itu hangus dalam kebakaran. Nasib baik mereka semua ketika itu tidak berada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian itu berlaku sebelum bulan Ramadhan. Bayangkan tidak ada apa yang tinggal apalagi pakaian untuk dipakai.

Hasil bantuan orang ramai, keluarga ini akhirnya dapat menyewa sementara rumah di tapak asal kebakaran dibina semula. Alhamdulillah pada awal tahun 2013, rumah yang dibina oleh sumbangan orang ramai dan kerajaan dapat diduduki. Belum pun sempat Ramadhan kali ini... Pada Khamis malam Jumaat = 23hb Mei 2013. Allah menguji lagi keluarga ini dengan kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka. Anak lelakinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu balik dari tempat kerja. Kejadian ini berlaku sekelip mata.  Sesungguhnya jika kita berada di tempat mereka.... Apakah perasaan kita?

Inilah ujian daripada Allah untuk menguji ketabahan hati hambaNya.



Jika kita dapat merasa kasihan dengan apa yang telah terjadi. Bagi mereka yang mengalami tentulah mereka merasa sangat berat dugaan ini. Kita berdoa semoga Allah tetapkan hati ibu ini... Semoga ibu ini kuat untuk terus menghadapi hari hari yang mendatang. Kita harap ibu ini akan terus mendapat sokongan daripada semua orang terutama keluarga terdekatnya. Sebenarnya bukan harta dan wang ringgit yang kita perlukan sangat dalam kehidupan kita. Apa yang kita inginkan adalah kekuatan dan penghargaan untuk kita terus bertahan dan menjalani hidup ini sehingga tiba pula ajal kita.



Mereka ini adalah saudara terdekat saya. Saya tidak pernah membayangkan kejadian seperti ini akan berlaku dalam kehidupan saya apatah lagi saudara saya. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan bahagianNya kepada mereka. Saya tertanya-tanya bagaimana pula nanti bahagian saya dan keluarga saya. Yang pasti saya berdoa dan berharap agar Allah memberi kekuatan untuk ibu saudara saya. Dan saya berdoa berharap kematian yang baik untuk kita semua.


p/s: Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk pemergian saudara saya iaitu almarhum Mohd Zuhairi bin. Mat Hussain. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Insha Allah.


20130409

Buat baik berpada-pada

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:17 am 0 komen dari pembaca

Selamat pagi semuaaa....

Kalau dikira kira... Dah tak lama lagi kan kita akan menyambut bulan Ramadhan tahun 2013 ini... Alhamdulillah.. Harap harap Allah masih memanjangkan umur kita untuk menghadapi Ramadhan kali ini.

Hari ini entri blog sy "simple" saja.

Buat baik berpada pada... Memang benar kata bidalan.. Buat baik berpada pada.. Jangan sampai tergadai maruah dan harga diri. Jangan sampai orang lain mengambil kesempatan terhadap kita.. Apa apa pun kita perlu beringat wal hal dalam melakukan perkara.

Ok..

Biasanya bila kita diarahkan untuk melakukan sesuatu tugas.. Kita perlu akur dengan tugas yang diarahkan. Tetapi mesti dengan arahan bertulis.

Kenapa mesti arahan bertulis???  kerana kerja perlukan dokumentasi. Dan dokumentasi sangat penting pada zaman ni. Lepas drpd zaman ni tak tau la kan.. Jadi apa apa yang kita nak buat mesti dengan adanya arahan bertulis. Jika tidak ada arahan bertulis. Anda sebetulnya berada dalam keadaan bahaya. Kenapa????

Banyak kemungkinan yang anda mungkin tak perasan dan anda tak duga akan terjadi.. Sebelum saya menghuraikan lebih panjang.. Fikirkan tentang diri anda 10x daripada orang lain.

Tanpa arahan bertulis anda sebetulnya..

1. Melakukan tugas yang bahaya. Kerana tidak ada arahan rasmi drpd pihak pengurusan atau pentadbiran.

2. Melakukan tugas yang tidak diinsuranskan untuk diri anda. Jika anda melakukan tugas tersebut.. Sekiranya berlaku kemalangan, anda bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri sepenuhnya. Apatah lagi jika anda membawa atau menjadi guru pengiring bersama murid sekolah.

3. Telah membuat kerja yang sia sia. Jujur saya katakan.. Anda memang baik. Tapi anda tidak mendapat apa apa penghargaan pun drpd Jabatan anda. Malah bila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.. Anda yang dipertanggungjawabkan.

4. Membuang masa.. Anda boleh selesaikan banyak lagi urusan jika tidak melakukan arahan yang tidak bertulis itu. Tetapi disebabkan kebaikan anda.. Anda tak sedar anda dah buang masa melakukan kerja yang tak menguntungkan anda.. Walaupun anda dapat pengalaman..

Ada perkara yang telah banyak kali berlaku dalam kehidupan kita.. Tetapi kita kurang mengambil iktibar di atas perkara perkara yang telah berlaku ini.

Sebetulnya.. Ada satu kemalangan yang berlaku melibatkan guru sandaran GC. Semasa guru itu menghantar murid. Telah berlaku kemalangan yang melibatkan kematian salah seorang daripada pelajar yang dibawanya. Guru itu pula tidak dapat diinsuranskan. Kalau anda ingin menang dimahkamah pun tak dapat sebab ia di atas diri anda. Anda dapat bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anda?

Hal yang awalnya kelihatan mudah.. Mungkin boleh jadi bahaya dan berisiko. Anda perlu betul betul fahami bila anda menerima arahan drpd pihak atasan. Jika tidak ada surat yang menyatakan anda terlibat. Anda tak perlu "baik hati" melakukan arahan itu. Kecuali memang nama anda berada di atas kertas arahan.

Saya ingatkan kepada diri saya dan anda juga. Anda mungkin mudah dipengaruhi oleh ayat ayat manis dan kata kata lembut daripada rakan sekerja anda yang peramah. Tapi anda perlu pertimbangkan semula kata katanya sesuai dengan arahan di atas kertas. Jika tidak... Anda sendiri MENEMPAH RISIKO.

20130406

Bantuan persekolahan???

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:43 pm 0 komen dari pembaca

Bantuan persekolahan RM100 yang diberi tu. .. Tak kemana... Dapat duit tu bukan nak beli barang sekolah. Bukan nak beli keperluan anak anak.

Tapi ada yang guna duit tu untuk beli tudung Fareda.. ada yang beli spare part motor... Ade yg beli benda benda yang tak de kena mengena langsung dengan sekolah.

Kenapa yuran tak dilangsaikan???? Dah la duit tu tak boleh guna untuk bayar yuran. Suruh beli barang sekolah.. Tapi hakikatnya beli barang barang yang tak ada kena mengena langsung dengan sekolah. Yuran belajar ti lebih penting. Lebih perlu didahulukan. Sampai sekarang belum ada kutipan yuran dibuat. Tapi duit perlu untuk pelbagai kegunaan sekolah.

Duit itu untuk anak. Tapi mak bapak ade guna duit tu bukan ikut yang sepatutnya. Lepas tu yuran bila minta dijelaskan... Punyalah sukar untuk dijelaskan.

Minta beli kalkulator.. Sampai sekarang liat nak beli. Padahal itu lebih penting!!!!

Tak ada siapa pun peduli. Yang tau.. Duit dihulur. Tapi kegunaan duit tak dipantau.

Semua dibutakan dengan duit yang tak seberapa tu. Melampau sangat la!!!!

Yang pelik dan tak Molek

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:34 pm 0 komen dari pembaca

Kadang kadang aku pelik...
Kenapa ye...
Kenapa pemimpin sanggup tutup kebenaran dan sanggup jadi kuda tunggangan.
Susah sangat nak cari kebenaran di kala ni. Bukan nak jadi benci. Tapi sama je la....

Aku dah tak nampak mana satu ideologi yang betul betul adil dan benar benar membina untuk rakyat.

Semuanya mengampu. Semuanya membodohkan rakyat. Tak ada langsung yang meningkatkan pemikiran rakyat. Mentamadunkan manusia dengan sewajarnya.

Aku tak faham kenapa kita perlu memilih pemimpin pemimpin seperti ini. Aku tak nampak di mana arah dan hala tuju.

Kalau tak ada hasil.. Tak ada kemajuan pemikiran.. Baik tak perlu. Tak faham dengan dunia hari ini. Serius tak daham langsung dengan kehidupan hari ini.

Aki menyatakan apa yangcaku rasa sebab aku tak nampak apa kepentingan pemimpin pemimpin ni layak untuk terus berada di puncak pemerintahan.

20130322

10 SEBAB WANITA MENINGGALKAN LELAKI

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:08 am 0 komen dari pembaca
 
 
 
 
Terdahulu saya ada mengeluarkan sebab-sebab kenapa Lelaki meninggalkan Wanita.
Tapi... hari ni saya nak kongsi antara sebab-sebab wanita pula meninggalkan Lelaki yang dia idamkan. Mungkin Wanita ni rasa Lelaki tu cukup sempurna... tapi bila perhubungan semakin lanjut.. semakin banyak hal yang nampak di matanya...... atau mungkin Wanita memandang sesuatu yang lebih panjang untuk masa hadapannya.... Lelaki jangan marah OK!
 
 
 
 
 
 
1. Mempunyai fizikal yang tidak menarik.

Tak menarik tu sebenarnya subjektif bergantung kepada setiap individu yang berbeza. Bagi sesetengah perempuan, pendek pun boleh menjadi tak menarik. Punggung besar pun tidak menarik katanya. Paling ketara mungkin, warna kulit gelap, perut buncit ataupun muka berjerawat.


2. Kurang meluangkan masa untuk keluar bersama.

Ini antara yang paling lazim. Dari zaman P. Ramlee dulu pun memang dah guna alasan ni. Walaupun anda sibuk dengan kerja mahupun tanggungjawab, kadang-kadang alasan anda tidak akan diterima. Apa yang penting, anda harus meluangkan masa bersama atau berdepan kemungkinan ditinggalkan kekasih anda.


3. Terlalu jujur.

Kadang-kadang lelaki terperangkap antara memenangi hati kekasih dan prinsip hidup. Walaupun pahit, kebenaran nyata perkara yang perlu ditegakkan. Malang bagi anda, perempuan semamangnya suka kepalsuan. Pujilah si dia cantik walaupun tidak, pujilah die baik walaupun tidak, pujilah dia pintar walaupun hakikatnya dia tidak.



4. Kereta anda tidak menonjol/mempunyai motor sahaja.

Kecoh di facebook tempoh hari tentang kenyataan seorang remaja perempuan hingusan yang nyata memperlekehkan lelaki di akhbar tentang motor bukan lagi pilihan mereka dalam dunia serba moden kini. Walaupun dalam sesetengah keadaan, perempuan gemar memendamkan ketidak-selesaan tersebut, tapi ianya tetap ada dan jika kena tempat dan masa, andalah mangsanya. Antara wira buruk tahun 1995 dan kereta myvi 2011 agaknya mana pilihan anda?

Tapi hari ni macam-macam kereta ada... Zaman ni kereta Audi tengah popular... Sikit hari ni.. Range Rover... Makin besarlah nafsu wanita... Itu pun kalau wanita tu amik tau pasal dunia motor kereta.


 
 

 
 
5. Enggan berjumpa dengan ibu bapa si perempuan.

Perempuan lebih cenderung untuk berasa tidak selamat sepanjang bersama dengan teman lelakinya selagi mereka belum berkahwin. Jadi apa-apa tindakan yang sedikit sebanyak bakal melegakan si perempuan merupakan tindakan yang genting (crucial steps) dalam menuju ke arah ikatan yang sah. Berjumpa dengan ibu bapa merupakan salah satu daripada tindakan tersebut. Awas, keengganan anda untuk berjumpa dengan ibu bapa kekasih anda akan menghakis kepercayaan pasangan anda seterusnya menjadi ibu penyebab kepada masalah lain dalam perhubungan.


6. Terlalu banyak menghabiskan masa bersama rakan.

Ketahuilah bahawa, kekasih anda adalah segala-galanya. Anda seharusnya mengutamakan kekasih anda dan bukan melepak di kedai makan bersama rakan-rakan lelaki anda sehingga pagi.


7. Kurang mengeluarkan wang ketika keluar bersama.

Perempuan gemar jika mereka dilayan ibarat puteri. Apa yang diminta perlulah anda turuti. Persembahkan lah hadiah yang mahal-mahal dan anda akan disayangi sentiasa. Jadi tindakan anda yang sengkek (walaupun anda mempunyai alasan sendiri) sebenarnya sering disalah tafsirkan sebagai kedekut dan tidak segak (tak sweet).


8. Sering bercerita tentang kekasih lama anda ketika keluar bersama.

Perempuan memang kuat cemburu. Mereka kononya mempunyai hati yang sensetif yang senantiasa perlu dijaga oleh anda, dan hati anda tak perlu dijaga. Bercerita tentang keindahan kisah terdahulu anda bersama bekas kekasih sedikit sebanyak bakal mendatangkan perasaan cemburu memandangkan kaum perempuan lebih cederung membandingkan diri mereka dengan bekas kekasih anda. Masing-masing mahu menang katanya.

 
 


9. Tidak serasi.

Anda tidak serasi. Aku kurang pasti sebenarnya bagaimana hendak mengukur keserasian ini, tapi yang aku tahu, pengukurnya ada pada kekasih anda. Kiranya, hanya mereka yang tahu sekiranya anda berdua serasi atau tidak. Stupid.






10. Sudah mempunyai lelaki lain.

Semua 9 sebab-sebab di atas hanyalah alsan mulut bermadah semata-mata sekiranya kekasih anda sudah mempuyai lelaki lain yang lebih istimewa. Anda sudah habis.
 
 
 

20130317

DJANGO ~ Erti sebuah kebebasan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:25 pm 0 komen dari pembaca

Mungkin tak ramai yang suka cerita cerita cowboy... Tapi bagi siapa yang berminat aksi tembak menembak dan ganas... Boleh lah dengan beraninya menonton filem ni.

Filem ini berkisar di tahun 1885... Zaman ni masih berlaku penghambaan yang melibatkan orang kulit hitam. Django adalah manusia yang dapat bebas kerana di bebaskan oleh Dr Shultz (seorang doktor gigi yang melakukan kerja memburu manuisa yang dikehendaki untuk mendapat wang).

Filem ini bukan sekadar nak menunjukkan erti sebuah kebebasan.. Tapi erti keperimanusiaan dan rasa perhambaan kita sebagai manusia yang tak sepatutnya dijadikan hamba oleh manusia.... Yang lrbih layak adalah yang Maha Pencipta.

Menggambarkan betapa kejamnya layanan yang diberi bagi manusia yang bergelar HAMBA. Dilayan dengan teruk lebih teruk dari binatang. Kalau kamu rasa tak mampu nak tengok.... baik jangan tengok la.

Dengan kaki yang dirantai... Berjalan sejauh puluhan hingga ratusan batu... Adakkkanya dipasung.. Adakalanya diletakkan dalam keadaan hina.. Dibogelkan. Dipukul dengan kejam.. Disuruh berkelahi hingga membunuh sesama hamba. Paling teruk hingga diberi makan oleh anjing. Betapa hina layanan yang diberi.

Namun begitu... Masih ada juga hamba yang dilayan baik.. Terutama jika mereka punya kelebihan dalam sesuatu bahasa. Atau mempunyai paras yang menarik. Tetapi... Hamba tetap dilayan seperti hamba.

Inilah realiti kehidupan manusia yang berpegang pada Teori Darwinisme.

Apa yang penting disini ialah erti kebebasan yang sebenar menjadikan kita lebih percaya diri. Punyai kekuatan dalaman untuk lebih cemerlang dan menjadi diri sendiri. Hargailah kebebasan yang kita miliki. Hargai jiwa dan raga kita. Kita menjadi bahagia dengan jiwa yang merdeka.

Jangan biarkan diri kita diperhamba.. Jangan biarkan diri diperguna oleh insan lain. Dan janganlah menzalimi diri.

Saya syorkan kalian untuk menonton filem ini. Penuh dengan moral yang kita dapat belajar. Belajar untuk lebih menghargai diri sendiri.

Nilai sebuah KEJUJURAN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:10 pm 0 komen dari pembaca

Kejadian ni berlaku semalam... Masa tu dah beli tikat di kaunter. Kemudian ke mesin atm sebab nak 'cover' duit yang da guna.

Masa sampai di mesin atm tu ada ramai la jugak orang yg sedang guna.
Mesin atm cimb pulak masa tu tengah dikemaskini.. Nak tak nak terpaksa la guna mesin atm lain dan membazir rm1.00.

Biasala.. Otak nak cepat. Aku dah tekan nilai angka... Kemudian resit dah keluar... Tp duit tak keluar lagi... Oh yea... Bila tak biasa guna mesin atm jenama bank lain ni mula la rasa kalut.

Aku boleh terus beredar sebab ingatkan duit tak boleh keluar. Jadi... Terus tukar mesin atm lain sebab fikir memang mesin tadi masalah kot.

Bila tekan-tekan nilai angka.. Nilai duit... Tak boleh jugak. Last skali aku pegi dkat mesin atm cimb yg kebetulan dah selesai dikemaskini. Masa tu suami dah datang. Bila nak keluarkan duit... Tak boleh. Cuba lagi.. Tengok amaun yang tinggal dah tak cukup. Alamak!!!!! Aku buat apa tadi???

Suami suruh cek balance dalam bank dengan transaksi yang dah dilakukan. Aku pun cek. Nervous memang tak tau la nak cakap ape.... Bila di cek je.... Memang dah dikeluarkan duit tu.....

Aku panik. Terus nak ke mesin stm masa first skali keluarkan duit. Memang la sengal kan...... Memang la dah takde.

Kalau orang tengok muka ni tak tau la.... Suami cakap.. "Lain kali buat lagi.. Dah.. Transfer je lagi sekali". Aku dah menggigil masa tu.. Rasa macam tak boleh dah nak transfer. Bila dah online tu..... Tiba-tiba ada seorang budak lelaki... Umur bawah 25 rasanya.. Budak tu pun tanya.. "Abang ada keluarkan duit 150 ke tadi?"

Dia menyambung lagi.. "Tadi saya ada kejar akak tu tanya... Dia punya duit ke? Dia cakap tak"... "jadi ni saya cari ni"....

Ya Allah... Masa tu rasa bersyukur sangat. "Terima kasih dik"... "Terima kasih" ujarku.

Murninya hati budak tu...
Aku doakan semoga Allah melindunginya dan sentiasa meredhai perjalanan hidupnya.
Sesungguhnya bukan mudah nak jumpa insan insan jujur dan amanah di dunia ini. Dalam dunia yang semakin nipis budaya dan insani ni.. Sejujurnya.. Masih ada manusia yang bertaqwa.

Alhamdulillah. Walaupun jumlah itu tak besar bagi sesetengah orang. Tapi... Bagi orang yang memerlukannya merasa sangat bernilai dan berharga.

Ingatlah... ALLAH menguji kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Sama ada kita diuji atau teruji.... Inilah masanya kita bertindak sama ada mahu melakukan hal yang baik atau tidak.

20130214

Aku bukanlah yang TERBAIK

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:33 pm 0 komen dari pembaca


'
 
 
 
 
 
 
 
 

unsung heart

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:16 pm 0 komen dari pembaca
Terkadang aku selalu berfikir di kala sendirian.. Berfikir mengapa diri ini sukar diterima...
Aku selalu terfikir di mana silapku...Aku tak mampu menghalang kuasa Tuhan untuk dipertemukan jika itulah takdir dan jodohku. Aku percaya Tuhan telah memberikan aku sesuatu yang terbaik dalam hidupku.

Dan jika itu ujian buatku, aku terima dan redha dengan apa yang berlaku. Kerana aku pasti ujian Allah itu sangat hebat bagi mereka yang benar-benar hebat. Dan semestinya aku tidak pernah menyangka untuk berhadapan dengan semua takdir Allah ini. Apa pun aku bersyukur.

Aku tidak tahu entah sampai bila penolakan diri ini akan berlaku. Tidak ada yang lebih hebat daripada penolakan ini. Dan aku sering menyalahkan diriku tentang semua ini. Indah khabar dari rupa. Itulah yang aku lalui... Namun, aku tetap berfikiran positif. Positif untuk menghadapi segalanya. Aku serahkan pada Tuhan di saat aku benar-benar merasakan terpukul oleh semua ini.




Segalanya dilalui dengan ekpress. Namun aku belajar.. Belajar untuk menghadapi segalanya. Walaupun bukanlah sesuatu yang mudah, namun aku tekad untuk mempelajari dan melaluinya. Apa yang pasti aku masih belajar untuk melaluinya.

Entah di mana silapku... Hingga ke hari ini bila aku sedar.. Aku baca.. Aku tahu penolakan itu masih ada. Aku ini tidak mahu diwujudkan dalam hubungan ini. Apa yang aku boleh lakukan adalah berdoa. Kerana tidak ada yang mampu untuk memahami keadaan ini. Siapa pun boleh mengatakan apa sahaja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diperlukan dalam sesuatu hubungan.

Sebuah hubungan semestinya memerlukan komitmen, saling percaya mempercayai, memberi kekuatan, melengkapi kekurangan, menyemai benih cinta dan semangat. Kerana itulah kekuatan dalam sebuah perhubungan. Dan tidak semua manusia mampu untuk berusaha ke arah itu. Tidak semua orang juga mampu bertahan untuk itu. Malah ramai yang mencemburui akan hal itu. Ternyata dalam hal ini sahaja banyak yang perlu dilakukan untuk terus bertahan. Tambahan lagi adanya penolakan yang nampak tidak ketara tetapi sebenarnya amat jelas.

Aku tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh orang lain.. kerana pemahaman dan penerimaan kita berbeza-beza. Apa pun aku tetap kuat untuk melalui semua ini kerana aku tahu apa yang aku inginkan. Dan aku tahu untuk apa aku bersusah payah melalui semua ini dan yang jelas-jelasnya penolakan ini. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tidak semua orang mampu menghadapi kenyataan.

Aku bukanlah manusia yang terlalu kuat, namun aku percaya bahawa Tuhan semestinya punya rencana untuk aku. Dan aku yakin aku dapat melalui semuanya dengan izin Mu Ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberikanku ketabahan hati untuk melalui segalanya.


20130201

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:33 pm 0 komen dari pembaca
Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?


Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?


Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.



Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.


Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.


Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita.

Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.


Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.



Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.


Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif (push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2011/10/kenapa-lelaki-tinggalkan-wanita.html

Perangai GADIS yang buat TERUNA meluat!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:24 pm 0 komen dari pembaca
 
Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!



1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.


2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.


3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.


5. Membebel &Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.


6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.


7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.


Satu-satunya banduan wanita di Penjara Lelaki yang tidak diketahui umum

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:55 am 0 komen dari pembaca
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?
Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.












Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?


kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.
Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia
http://www.youtube.com/watch?v=5-RfyiE1_YU&feature=player_embedded

20130130

Maulid Rasul SAW 2013

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:51 pm 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum wth...

Akhirnya sempat juga saya luangkan masa untuk menaip blog ni...

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Allah sebab dapat berkesempatan ke suatu majlis di Masjid Bukit Antarabangsa lalu....


Walau sesibuk mana pun, kalau berkesempatan ke masjid, insha Allah, paksa juga kaki ni melangkah ke masjid. Apa yang paling suka sekali bila ada ceramah. Ceramah pula disampaikan oleh orang yang benar-benar dapat membangkitkan perasaan. Tak lain tak bukan.. Utz. Habib Ali Zainal Abidin...

Setiap kali ke masjid bila ada ustaz Habib ni.. sebab beliau dapat membangkitkan cinta pada Rasulullah SAW. Setiap kali dengar kata-katanya.. Terusik.. Rasa kagum dengan Nabi Muhammad SAW. Perasaan boleh jadi sedih... Insaf dan sangat mencintai Rasulullah. Tidak ada unsur-unsur politik. Yang ada hanyalah keagungan dan pujian kepada Allah dan RasulNya.

Di bawah ini saya sambungkan rangkaian untuk saudara-saudari mendengar ceramah beliau.
Jarang saya berasa kagum dengan orang-orang alim.. Kita sukar mencari manusia yang dapat membuatkan kita rasa kagum kepada Rasulullah SAW.


Ceramah Maulid 2013 _Ustz Habib Ali Zainal Abidin



Dan di bawah ni saya sertakan kepada sesiapa yang nak dengar nasyid versi bahasa arab yang kita panggil qasidah.... Nah... anda boleh click sini --> Qasidah

Seriously dulu saya tak tau apa itu qasidah.. tapi sejak pindah ke sebuah tempat tak lama dulu, saya diperkenalkan dengan muzik ni. Ianya lebih indah bila kita dapat hayati maksudnya.

Masa saya ke masjid ni dan dengar qasidah ni airmata saya mengalir.. sebab qasidah ni menceritakan kisah (sirah) hidup dan kehebatan Rasul SAW. Dihidangkan paparan skrin untuk bacaan dan maksud bagi qasidah tu. Subhanallah..... Sedih... Bukan sedih sebab apa... Sebab kita nak syafaat Rasul di akhirat nanti.. Tapi ilmu kita, amalan kita.. jauh sekali daripada cerminan muslim/ muslimah sebenar.
Tak malu kah kita nanti di akhirat bila mana kita hanya mengaku umat Nabi SAW tetapi kita tak pernah pun ikut apa suruhan dan tegahan Rasul. Bahkan untuk berselawat pun kita kedekut. Bila susah kita cari Tuhan.. Bila sakit baru ingat Allah.. Itupun adakalanya kita menyalahkan.

Kalau fikir-fikir semula adakah kita ni layak diberi syafaat???


20130119

AKU Part II

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:19 pm 0 komen dari pembaca
Ketika pertama kali menyambung pelajaran di politeknik ...Sabak Bernam. Aku rasa perpisahan kali ini agak jauh dengan keluarga. Namun aku dah biasa berjauhan dengan keluarga.

Kalau nak kata kelakar... Mungkin inilah yang kelakar.. Sebab inilah kali pertama aku punya handfone. Mungkin kalau orang yang baca akan gelak sakan. Ye la.. nak buat macam mana.. Masa ni ada fon pun sebab dah berjauhan dengan keluarga. Beli yang paling murah, Nokia 1100 rasanya.

 
Haa.. ini lah dia first fon tu.
 


Tapi fon ni la yang paling berharga dan paling istimewa yang pernah aku ada. Penghubung untuk semua. Sampaikan keypad tu pun dah jadi kuning dan nombornya pun hilang. Lama jugak lah guna.. Sampai habis belajar.

Bersyukur apa yang ada kan? Tapi fon ni dah tak wujud dah. Entah kat mana dah dicampak. Hehehe..
Apa pun.. nombor fon first ni paling diingatlah.. 0197857395. Hehehe.. Nombor ni pun entah wujud lagi ke tak pun tak pasti. Yang pasti sekarang dah ade no lain yang lebih senang ingat..tapi tak payah nak offshow la kan.

Life di kampus.. dengan batch pertama.. Bukan lah ada apa-apa sangat. Bukan senang dan gembiralah berada di situ. Tapi disebabkan cinta yang mendalam pada ilmu.. Aku terima segala kekurangan yang ada. Bersyukur sangat-sangat. Sebab masa duduk di asrama skewl dulu sangat lah teruk. Bayangkan 28 orang dalam satu dorm. Mungkin ada yang tak boleh bayangkan. Tapi bagi yang melaluinya.. Aku rasa ia azab. Sebab aku sampai dapat penyakit kulit yang teruk masa duduk asrama skewl dulu. Sebab tu bersyukur sangat-sangat dengan keadaan yang di kampus.

Nak cerita pasal belajar... Masa tu keadaan kat situ, bahan belajar pun tak seberapa. Sebab dalam library pun belum ada buku dan bahan ilmiah. Semua nak kena cari. Memang survivor lah pasal belajar. Nak cari dalam internet pun susah. Kedudukan kampus dengan jalan besar adalah dalam 28 km. Sejauh itu jugaklah nak cari bahan keperluan. Dengan keadaan pengangkutan pun terhad. Kalau nak balik kampung atau ke pekan kena telefon prebet sapu. Teksi yang ada kat pekan pun hanya 2 saje. Jadi isu jugaklah masa tu sebab pemandu teksi bengang orang asyik telefon prebet sapu. Eh, kita nak cepat... Takkan nak tunggu lama-lama.

Isu keselamatan lah masa tu sangat diambil kira. Yelah.. Kita risau gak kan.. Dok tempat orang.. Tawakkaltu 'ala Allah je masa tu. Niat kita baik. Alhamdulillah, duduk sana 3 tahun pun tak ada apa-apa yang berlaku.

Masa semester pertama belajar keadaan agak tertekan. Bila rindu nak balik kampung tapi tak dapat, terpaksalah duduk dekat tepi kolam yang bersebelahan dengan Pusat Islam. Kat situlah tempat nak tenangkan fikiran sendirian. Menyedut udara nyaman. Kalau ada kawan berjalan-jalan. Ingat lagi masa tu nak balik pun berkira-kira. Bila cuti panjang je baru balik. Ye lah.. bukan ade duit sangat pun masa tu. Budget sangat-sangat.

Lepas semester yang kedua.. ketiga... keempat... dan keenam.. keadaan makin stabil dan makin kerap la balik ke johor. Perjalanan pun bukan sekejap. Nak balik ke kampung ke, nak balik ke kampus ke... Mula-mula naik teksi/prebet sapu sampai ke pekan, lepas tu beli tiket sama ada ke KL/Klang. Kalau dah takde tiket ke KL, terpaksalah ke stesen Klang. Lepas tu barulah boleh beli tiket ke Johor Bahru.

Pernah sekali, bertolak dari JB pukul 8pagi sampai di kampus hampir pukul 12 malam. Masa tu menangis jugak sorang-sorang. Dah la balik pun sorang-sorang. Kawan yang balik pun ade yang sampai KL je. Jadi nak tak nak terpaksalah balik sendiri. Naik bas dari JB tu ke Klang, sebab masa tu nak ke KL takde. Jadi, bila sampai selangor, bas pun menghala ke UITM dulu, lepas tu barulah ke KLang. Sampai di Klang cari bas ekspress ke kampus sold out. Mana tak sold out, bas yang ke kampus tu bukan banyak pun. Kaunternya pun ikut masa dia je jual.

Terpaksalah naik bas lompat-lompat. Masa ni terpaksalah bersaing dengan manusia pelbagai kaum dan negara. Semua berebut nak naik. Last-last dapat jugaklah naik bas. Tapi sampai ke Kuala Selangor. Lepas tu sambung lagi naik bas untuk ke Sabak Bernam. Sampai di stesen K.Selangor pun hari dah petang dan maghrib. Masa tu cuaca dah gelap dan nak hujan. Akhirnya naik bas ke Sabak Bernam. Dalam bas tu nasib baik jumpa lagi dengan budak-budak poli yang sama. Kalau tak sure menangis sorang-sorang dalam bas.

Akhirnya, sampai jugak di stesen bas pekan Sabak Bernam. Lepas tu, barulah naik prebet sapu.... HUhuuuuu... Sampai je depan pintu pengawal... Dapat sign warna merah. Masa tu dah rasa macam bengang. Tapi lantak la.. Yang penting selamat gak sampai. Rasanya itulah pengalaman paling sukar.

Kadang-kadang tu menabung sikit-sikit, sampai masa korek balik tabung. Hehe..

Masa final sem enam, aku duduk dengan kawan yang sama-sama orang JB gak. Dia banyak nasihatkan aku supaya jangan makan makanan segera. Sebab tak baik untuk kesihatan. Biarlah susah macam mana pun, mesti makan nasi. Walaupun lauk kicap dengan telur je. Alah... biasalah kalau duk kat kampus mesti kenal 'nasi set', 'nasi dara' dan 'nasi teruna'. Tapi lain tempat, lainlah pulak namanya. Sebenarnya sama je... Nasi putih, letak kicap, letak telur / hotdog/ dengan sup. Itu pun dah memadai.

Bercakap pasal pinjaman PTPTN... Bukan tak dapat. Dapat, tapi duit tu tak guna untuk makan pun. Untuk beli buku-buku dan barang keperluan belajar. Dapat pun pinjaman separuh. Ok lah tu. Biarlah, daripada dapat banyak lepas tu lebam nak bayar balik.

Sebab tu bila part makan tu...Nak kata mewah tu takla. Tapi... dengan tulah membuatkan aku rasa bersyukur sangat-sangat dan sangat menghargai apa yang ada. Mungkin orang lain pun ada pendapat masing-masing, tapi terpulanglah.

Aku ni bukan jenis nak minta-minta kat bapak. Apa yang diberi aku amik. Kadang tu nak mintak pun rasa serba salah. Serius serba salah nak mintak lebih-lebih. Biasa aku mintak pun untuk tambang balik kampus dan makan RM150 - 200 je sebulan. Aku tak berani nak mintak lebih-lebih.

Masa sem 6 tu memanglah banyak gila pakai duit. Masa tu ada buat projek akhir, terpaksa keluar cari bahan. Pegi ke pejabat-pejabat kerajaan. Pinjam kereta kawan. Nasib baik dia ada kereta, dan masa tu pun aku dah pass lesen memandu. Memandu pun manual je. Bukan auto. Kereta lama gitu. Kereta apa?? Kereta toyota. Tapi dah cantik, di touchup masa tu. Kalau lalu, orang mesti tengok. Ye lah, kereta lama, yang bawa pun perempuan.

Kesusahan sebenarnya banyak mengajar cara hidup yang lebih baik untuk aku. Aku jenis jarang keluar dengan kawan-kawan. Kalau kawan kelas pun biasa join dengan perempuan. Even, kalau ade buat event berbuka puasa kelas pun aku tak pegi. Banyak sangat yang nak kena fikir. Bab duit ni aku sangat-sangatlah berkira untuk guna. Aku takut lari budget. Sebab tu aku jarang join. Aku tak kesah pun kawan-kawan nak cakap ape. :)

Sekian dulu aku utk Part II.




20130116

KELUAR MALAM : Sejauh mana relevannya?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:04 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai putaran alam berganti-ganti bagi membolehkan manusia mengatur hidup. Waktu siang membuka peluang untuk manusia melakukan tugasan seharian mencari rezeki dan memenuhi keperluan lain. Manakala waktu malam adalah peluang untuk beristirehat.

Individu tidak bertanggungjawab telah menjadikan malam sebagai masa mencari mangsa dan memuaskan kehendak nafsu. Tengah malam di bandar besar tidak ubah seperti siang hari dengan dicahayai sinaran lampu dan manusia masih berpusu-pusu dengan tujuan masing-masing.

Untuk memenuhi permintaan ramai orang beraktiviti waktu malam, terdapat kedai serbaneka, restoran, kedai runcit, stesen minyak dan sebagainya yang beroperasi 24 jam. Ini menggalakkan lagi orang menjadikan waktu malam untuk bersantai dan menjalankan aktiviti yang hanya mereka saja faham sebabnya.

Bagi mereka yang terpaksa mencari rezeki atau bertugas pada waktu malam seperti anggota keselamatan, Jururawat, bekerja majlis bandaran dan pengawal keselamatan, berjaga malam memang menjadi kewajipan. Mereka melakukan tugas demi untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan umum.

Tidak elok berjaga

Sebaliknya yang dimusykilkan ialah apakah perlunya kita bersantai dan berembun sehingga lewat malam tanpa sebarang alasan. Bukan sedikit yang keluar rumah apabila waktu sudah melewati tengah malam semata-mata untuk menikmati secaran teh tarik atau roti canai. Ðah tu pula, ada yang mengambil masa yang panjang sehingga pukul tiga atau empat pagi baru pulang.

Amalan ini perlu diubah. Tidak elok berjaga malam kerana banyak kesan buruknya. Individu keluar malam dan balik lewat malam bererti tidak menghargai waktu malam yang disediakan oleh Allah SWT untuk kita berehat di rumah.

Waktu malam juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat sembahyang, membaca al-Quran dan berzikir. Sembahyang sunat pada waktu malam dilakukan oleh mereka yang ingin meningkatkan lagi ketakwaan.

Sesiapa yang tidur dengan niat merehatkan badan bagi membolehkan meneruskan tanggungjawab sebagai hamba-Nya pada hari esok juga dikira membuat kebajikan.


Lebih banyak buruknya
Tidur awal dan mendapat rehat yang cukup membolehkan kita bangun awal dan bekerja dengan produktif pada sebelah siangnya. Allah suka kepada orang yang bekerja dengan gigih untuk mendapat rezeki yang halal.

Aktiviti lewat malam banyak melibatkan perkara buruk. Pusat hiburan, perjudian, pelacuran, kongsi gelap, menyamun, zina, rogol, penagihan dadah, minum arak dan lumba haram banyak berlaku pada waktu lewat malam.

Ibu bapa harus mengawal anak-anak daripada pulang lewat malam. Tidak ada alasan untuk pelajar dan remaja keluar sehingga lewat malam. Yakinlah, jika anak anda suka pulang lewat malam, pasti ada aktiviti tidak baik yang dilakukannya. Anak yang baik menghargai waktu malam untuk bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Ðalam hal ini, amat perlu ibu bapa sendiri yang terlebih dahulu mempraktikkan amalan pulang awal. Ibu bapa yang bertanggungjawab menjadi contoh kepada anak-anak. Keluarga bahagia menjadikan waktu malam untuk berkumpul bersama-sama di rumah.

Hargai waktu

Pada waktu malam adalah peluang terbaik untuk seluruh seisi keluarga bermesra, melakukan aktiviti bersama dan berbincang. Kita sepatutnya mengamalkan kembali tradisi orang tua kita dahulu, setiap orang perlu pulang dan berada di rumah sebelum waktu Maghrib.

Bapa mempunyai tanggungjawab berat membimbing ahli keluarga mengikut jalan yang diredha oleh Allah SWT. Tanggungjawab memimpin keluarga perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Kebiasaan sikap ibu bapa yang suka keluar malam turut diikuti anak-anak. Anak juga merasakan ingin mencari keseronokan di luar rumah pada waktu malam. Suasana gelap dan sunyi memudahkan untuk melakukan perbuatan tidak senonoh dan menyalahi undang-undang.
Sesetengah ibu bapa keluar malam untuk mencari pendapatan tambahan, sedangkan selebihnya sekadar untuk bersuka ria. Perbuatan ini banyak dilakukan oleh bapa. Bapa yang keluar rumah tanpa keperluan munasabah membuktikan dirinya bapa dan suami yang tidak bertanggungjawab.

Kempen rumahku syurgaku perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keluarga adalah lambang kebahagiaan hidup. Hargailah waktu malam yang damai dan aman untuk beristirehat atau jika berkeupayaan, jadikan sebagai waktu untuk beribadat. Adalah lebih selamat dan aman pada waktu malam kita berada di rumah.

Waktu malam di luar rumah sebenarnya seram, ganas, melalaikan dan maksiat. Berada di luar rumah pada waktu larut malam mendedahkan kita kepada kejadian buruk.

 Renung-renungkan....

20130112

DERMA VS. PENGEMIS

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:08 am 0 komen dari pembaca
"Pada suatu hari Sabtu yang lepas, semasa ke Giant yang bersebelahan dengan Petronas. Terdapat beberapa orang peminta derma. Derma itu dikatakan bertujuan untuk membantu anak-anak di rumah kebajikan swasta. SI peminta derma menghulurkan sebuah buku himpunan doa dengan mengatakan bahawa buku itu diberi PERCUMA, tetapi dengan derma seikhlas mungkin sebanyak RM10.00."



Berpetik dari kenyataan di atas tu la kan.... Saya tak pasti apa pendapat anda. Tapi saya rasa anda semua boleh baca petikan yang saya keluarkan daripada petikan ini. Apapun pendapat anda, itu pendapat anda. Kat bawah ni pendapat saya.


Kisah peminta derma:
Pada pendapat saya apapun derma, biarlah kita yang nak derma tidak rasa seperti dipaksa. Menderma perlukan keihklasan. Bukan paksaan walaupun kata-kata yang dikeluarkan si peminta derma seperti memujuk. Saya rasa tak perlu. Saya bukan orang yang berkira. Tetapi banyak perkara yang terjadi dihadapan mata. Terus terang saya tidak suka orang datang meminta bantuan secara paksa. Daripada kata-katanya itu membawa banyak maksud.

Terdapat juga si peminta derma yang berada di depan bank, memakai pakaian muslim. Meminta derma untuk sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim. Paling kesian ada 2 kisah yang pernah saya lalui. Pertama semasa di kedai makan. Masa tu jam menunjukkan pukul 10 malam. Seorang gadis berbaju kurung datang meminta bantuan untuk sekolah tahfiz di negeri Kedah, katanya. Semasa itu, kami tidak membeli kalender yang dijualnya. Kami memberi wang kepadanya dengan berkata duit itu untuknya. Bukan untuk sekolah tahfiz.

Sekali lagi, ditempat yang lain..sewaktu makan bersama ibu dan adik. Seorang gadis lain memakai baju kurung. Kali ini kami sempat berbual dengan gadis itu. Ibu saya bertanya dari mana asal gadis itu, dia berkata.. Asalnya dari Kedah. Mengapa sanggup buat keje ni...
Gadis itu menjawab dia seorang sukarelawan dan ingin membantu sekolah tahfiz itu.
Kamu tinggal di mana? (sedangkan saya berada di Johor Bahru pada ketika itu).
Gadis : Saya tinggal di Pasir Gudang, makcik.
"Sampai pukul berapa kamu berada di sini?" Gadis : Biasanya sampai malam.
Ibu saya bertanya lagi... "Awak umur berapa?"
Gadis: 18 tahun. 
Gadis itu jujur menjawab soalan, sehinggakan dia sendiri meminta ibu saya mendoakan usahanya itu terus istiwamah.
Akhirnya, kami tidak memberi gadis itu duit untuk pusat tahfiz, tapi kami berikan padanya kerana tidak sanggup melihat dia bersusah payah datang ke setiap meja semata-mata untuk dana pusat tahfiz di Kedah.

Berapa banyak kali kita nak kena tipu ntah



Entah signature sape ntah dia ambil. Nama pun takde.



Kisah peminta sedekah:
Ini lagi pasal minta sedekah. Saya terus terang tak suka adegan meminta sedekah yang berlaku dalam negara kita ni. Seriously saya tak suka. Sakit mata. Melihat kerenah peminta sedekah membuatkan saya meluat. Bukan nak cakap apa. Kalau ada kelainan upaya, mereka bukan tak boleh bekerja, malah mereka pun ada didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ada yang buta diteman oleh pasangan datang dengan menjual tisu. Nak mengabui mata si pemberi sedekah dengan cara 'membeli' tisu dengan bayaran RM1.00. Walaupun RM1.00 tu nampak kecil. Tapi kalau dikira sepanjang laluan di kedai makan / restoren mereka dapat paling sikit 10 orang. 10 kali lalu, dah berapa? Bayangkan kita sendiri yang bekerja, pun tak dapat gaji sebanyak itu. Gaji sendiri pun tak memadai.

Ada juga yang menjual kerepek, alasannya nak bantu ibu yang berada di kampung. Tapi kalau orang tak nak beli, memaksa. Merungut. Cakap belakang bila orang tak beli. Hak kita nak beli dan tak. Janganlah nak paksa orang. Minggu depan muka yang sama. Kali ni bawa pulak resit entah dari mana, katanya minta derma anak yatim. Insiden yang sama. (Kes menipu)

Pernah dalam satu masa ada 5 orang peminta sedekah lalu lalang di restoren yang sama. Apa nak jadi? Semuanya sihat. Ada yang pakai baju kemas lagi. Apa nak jadi dengan manusia hari ini??
PEMALAS. Itulah hakikatnya. Sanggup menjadi HINA untuk meraih simpati asalkan dapat apa yang diimpikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kejadian dan insiden yang pernah berlaku depan mata menjadikan saya sangat pesimis terhadap peminta sedekah dan peminta derma.


Awak semua perlu tahu, kebanyakan rumah anak yatim dapat bantuan daripada badan-badan tertentu dan jabatan kebajikan masyarakat. Kalau nak menderma, pergi saja ke rumah anak-anak yatim tu. Kalau nak tau, ada sesetengah rumah anak yatim yang tak habis makan beras. Sampaikan mereka cuma minta di beri pekhidmatan tusyen / pendidikan untuk membantu anak-anak yatim di sana.

Kita lihat kes gadis-gadis yang mengutip derma untuk di Kedah itu adalah satu senario yang saya rasa sangat-sangat lah menyayat hati. Anda tak boleh ke bayangkan anak anda sendiri melakukan kerja-kerja "sukarelawan" itu? Anda tak terfikir ke makan pakai anda gadis itu? Anda tak fikir kah tentang keselamatan gadis itu? Dengan masa yang diberi sepanjang hari untuk mencari dana pusat tahfiz. Apakah yang pusat tahfiz beri kepadanya?? Sepatutnya anak itu belajar di kolej-kolej atau institusi tertentu untuk lebih berjaya. Ini bukan masanya untuk dia menjadi sukarelawan. Menjadi sukarelawan bukan dengan cara begitu. Saya tak faham, siapakah "guru" yang sanggup memanipulasikan ayat-ayat sehinggakan anak-anak gadis itu redha akan apa yang dikerjakannya itu. Fikirannya sudah disemai untuk menjadi "sukarelawan" yang tidak diiktiraf. Saya teramat kesal dengan tindakan "guru" yang menyemai benih pemikiran kepada anak-anak gadis seperti itu.

Saya tak dapat bayangkan kes peminta sedekah tu.... Terlalu mudah bagi mereka menjatuhkan maruah sendiri semata-mata untuk duit. Mungkin kerajaan kita turut bersalah. Saya tak nafikan. Fikirlah sendiri.

Bagi saya kalau nak menderma, biarlah kena pada tempatnya. Menderma sambil beramal boleh terus disalurkan ke masjid, ke surau, kepada anak-anak jiran yang sedia kita tahu mereka susah daripada memberi derma / sedekah kepada orang tengah yang entah betul atau tidak.

Saya hanya akan beri derma / sedekah..... Ini satu kes. Seorang yang benar-benar lapar atau haus dan perlukan perlindungan. Bagi saya inilah manusia yang benar-benar perlu dibantu. Pernah suatu hari kami makan di sebuah restoren. Masa tu kami dah nak beransur pulang, datang seorang lelaki belasan tahun yang bukan datang meminta derma, tetapi dia hanya meminta untuk minum. Katanya dia haus. Jadi, kami pun benarkan pihak restoren untuk memberinya menu. Kami mempelawanya untuk pesan makanan. Tetapi dia menggeleng. Dia hanya inginkan air. Kami memesan air untuknya. Walaupun begitu, pihak restoren seperti tidak mahu menunaikan pesanan budak itu. Suami saya segera menengking pihak restoren. Orang seperti itulah perlu diberi pertolongan.

Saya minta maaf lah kalau pandangan saya menyakitkan hati sesiapa.  Bukan tak boleh nak menderma, tapi tengoklah daripada siapa peminta derma dan sedekah tu. Berfikirlah sebelum menderma dan memberi sedekah. Orang yang benar-benar layak diberi sedekah adalah orang yang kita tidak tahu kewujudannya sebagai orang yang susah. Mungkin dia di hujung kampung. Tapi dia tak pernah minta pada kita (itulah orang yang susah, walaupun susah ada harga diri).

Itu belum kes sindiket... Berwaspadalah kita sebagai manusia yang Allah bagi akal.



Harakahdaily: Khutbah larang sedekah, derma

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:16 am 0 komen dari pembaca
Subky Latif, 12 Mac 2012

GARA-gara peminta sedekah yang disendiket memperdagang orang kurang upaya, kanak-kanak dan wanita tua terutama muslimat negara-negara Asia Selatan dan NGO yang kononnya membela orang malang dan tidak bernasib baik, maka JAWI mengeluarkan khutbah Jumaat khusus tentangnya.


Ia mengecam kepincanngan sosial itu dengan segala alasannya. Betapa kejadian yang memalukan itu antaranya adalah dorongan sifat pemurah rakyat jelata yang mudah belas terhadap orang-orang yang tidak bernasib baik seperti miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim dan sebagainya.

Dengan rezeki yang lebih sekalian yang pemurah itu ringan tangan untuk menghulurkan sedekah dan derma kepada orang-orang yang dirasakan memerlukannya.

Sikap dan sifat pemurah itu mulia, tetapi memberi tanpa sebarang curiga boleh dan telah menyuburkan penyakit sosial yang memalukan dan seolah-olah menggalakkan kejadian hina di kalangan manusia.

Adalah keji bagi sendiket yang memperalatkan orang-orang susah dan malang itu untuk mengemiskan dan menyerahkan pungutan mereka kepada sendiket. Pengemis hanya diberi upah mengikut pungutannya tetapi yang mengaut keuntungannya ialah sendiket.

Meski pun ada pengemis bebas yang mendapat pungutan lumayan untuk dirinya, meneruskan perbuatan hina itu disebabkan ia satu cara yang senang mendapat kehidupan mewah, tetapi ada juga orang-orang malang itu dijadikan hamba dengan upah yang ala kadar dan terus kekal sebagai hamba yang diperas selama-lamanya.

Semua tahu bahawa mengemis ada hila dan menipu atas nama golongan susah adalah perbuatan yang terkutuk.

Khutbah Jumaat yang dibaca oleh semua khatib di Wilayah Persekutuan itu dibuat untuk memerangi penyakit sosial itu dengan harapan sekalian umat Islam menjadi pihak di depan dalam jihad membasmi amalan meminta-minta itu.

Kesimpulan dari roh khutbah itu mahu orang Islam berhenti memberi derma dan sedekah. Menanam rasa benci kepada semua bentuk pengemis tidak kira mereka benar-benar susah atau pura-pura susah. Tiada had masa untuk tidak bersedekah dan bersedekah seolah-oleh salah dalam keadaan apa pun.

Saya teringat pada pendirian Dr. Mahathir semasa masih Perdana Menteri terhadap tuding pentadbiran Bush kepada keganasan Islam. Mahathir tidak mahu sekadar menyalahkan keganasan Islam itu saja tetapi yang utama hendaklah dikaji punca keganasan.

Jika teori Dr. Mahathir itu dapat dipakai, perang terhadap punca pengemisan itu adalah lebih aula dari perng terhadap pengemis dan sendiketnya. Apa mulanya penyakit sosial itu?

Mengapa di bawah Khaifah Umar Abdul Aziz tiada orang mahu menerima zakat? Zakat adalah hak untuk asnafnya. Asnaf itu seolah-olah sifar di zamannya. Ia adalah disebabkan keadilan sempurna pentabirannya, bukan saja kemiskinan terhapus, bahkan menolak menjadi orang yang meminta. Keadilan yanag wujud menyebabkan pemerintahan dan rakyatnya mendapat barakah. Itulah yang menjadikan ia sifar penerima zakat dan peminta sedekah.

Saidina Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kerajaan apabila anaknya mahu bercakap masalah peribadi dengannya. Beliau tidak menggunakan langsung kemudahan kerajaan.

Adakah kerajaan sudah mengkaji punca penyakit sosial itu dan kerajaan tidak langsung menyalah gunakan amanah yang diberi kepadanya? Adakah Raja-Raja, Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai awam bebas dari menggunakan kedudukan masing-masing untuk diri?

Jika kerajaan belum jadi pihak yang paling minima kesilapannya, maka jangan jadi ayam jantan mengecam pengemisan.

Khutbah boleh mengingatkan supaya umat Islam waspada terhadap kejadian mengemis, tetapi orang Islam tidak boleh mengikis rasa mulia berderma dan bersedekah. Tanda syukur terhadap anugerah Allah ia menjadi bermurah hati kepada yang susah dan yang mememerlukan.

Saya takut semangat khutbah anti sedekah dan derma itu, umat Islam akan lupa mulianya menjadi tangan yang memberi. Bagaimana yang datang minta sedekah itu malaikat?

Orang Islam tdak boleh berhenti memberi kerana orang yang memerlukan itu sentiasa ada walau pun pengemis ada. Bukan tugas orang Islam bertanya pengemis itu jujur atau tidak. Tugas orang Islam yang berada adalah memberi.

Membasmi pengemis adalah tugas khalifah. Khalifah mesti mendidik rakyat jangan mengemis. Jika sesudah diberi pendidikan rakyat mengemis juga, khalifah kena tanya apa lagi kelemahannya dasar memerangi pengemisan itu tidak berjaya.

Kalau Umar Abdul Aziz berjaya, mengapa khalifah di Malaysia tidak berjaya?
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea