Pages

Come and be with me

20140117

[BB: Sekolah Bukan Penjara~Universiti Bukan Kilang]

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am 0 komen dari pembaca

BB - SHORTFORM UNTUK 'BEDAH BUKU'.

Rasanya dah lama betul saya menghilangkan diri daripada menulis meng'update' blog ni... Maklumlah.. banyak halangan untuk meneruskan penulisan saya ni.

Jadi berbalik kepada tajuk buku di atas...

Suatu hari saya dan suami berjalan-jalan ke KLCC. Tujuannya memang takde. Tapi suami sarankan saya untuk ke kedai buku. Jadi tanpa berfikir panjang kami pun masuk. Setelah melihat buku-buku yang ada. Rasanya cukuplah saya beli satu je.


Baiklah.. Berdasarkan pembacaan saya.. Buku ini benar-benar membuka mata, minda dan memberi inspirasi kepada saya. Maklumlah, saya juga tergolong dalam golongan yang terlibat dengan institusi pendidikan Mesia.

Memang agak terkesima juga dengan keadaan yang berlaku dalam kehidupan kita ini. Melalui pembacaan ini, kita didedahkan dengan keperluan sebenar pelajar di sekolah dan di universiti. Terkadang kita secara tidak langsung telah berbual tentang hal ini semasa berborak sesame rakan sekerja. Tapi ia menjadi kurang bermanfaat jika kita hanya berbual kosong dan sekadar melepaskan rasa yang sesak di dada.

Tidak cukup dengan itu, kita didedahkan juga dengan kemelut politik yang menhantui kelopok institusi pendidikan di Negara kita. Yelah, masing-masing nak menempa nama. Nak tersenarai dalam penambahbaikan bidang pendidikan. Tetapi hakikatnya, masyarakat pelajar ini dianiaya dengan teruk. Tidak dapat kita gambarkan di mana halu tuju bagi objektif pelaksanaan dan hasil capaian yang kita peroleh dalam bidang pendidikan yang bukan sedikit sebanyak telah mencorakkan insan insan di Mesia ini.


Betapa pedulinya penulis akan masa depan anak-anak yang berada dibangku sekolah. Bagaiamana mereka turut berusaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran terhadap murid-murid yang dianggap bermasalah, keciciran dan miskin. Ada di antara kita hanya pandai merungut tentang hal itu ini tetapi tetap tidak berganjak untuk menambahbaik pengajaran masing-masing.

Zaman kian berubah.... Semakin lama semakin banyak jaringan dan rangkaian akses internet. Tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk memberi pendidikan terbaik kepada generasi kita. Mungkin ada di antara kita yang bermati-matian berusaha untuk mendapatkan sebuah kebebasan. Kebebesan yang memberi makna paling indah untuk diri masing-masing. Bukan untuk diri sahaja tetapi untuk memberi kesedaran kepada insan lain bahawa betapa kita ini sedang lena atas kesusahan insan lain bagi menjamin sebuah kebebasan.

Bukan itu sahaja, buku ini juga memberi inspirasi tentang kejayaan yang kita sendiri tidak ambil peduli. Juga, permainan politik, undang-undang dan pemikiran ortodoks masing-masing dalam menegakkan hak yang kuno.

Jika anda bukan seorang pendidik pun, anda patut membaca buku ini. Ia baik untuk ibu, bapa dan pelajar sendiri. Kita perlu bangun dan sedar apa yang sedang berlaku dan mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku disekeliling kita.

Semoga kita beroleh manfaat hasil usaha sang penulis ini. Insha Allah.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea