Pages

Come and be with me

20140926

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:44 am 0 komen dari pembaca

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever



Sebut pasal UPSR semua dah tahu yang tahun ni paling worst untuk mereka sebab berlakunya kes kertas soalan bocor. Sabar lah, ujian kecil daripada Allah. Dalam nak save budget untuk PMR yang digantikan dengan PT3, datang pula masalah lain daripada UPSR. Kalau nak sebut pasal UPSR ni nantilah saya kupas., sebab saya nak cerita pasal isu tingkatan tiga.


Bermula dari tahun 2011 KPM memperkenalkan system PBS. Masa tu saya baru dipostingkan. Agak kabur lagi masa tu. Saya rasa semua cikgu pun sama. Apa ke benda lah pulak tu???? Rupanya ia merupakan satu transformasi untuk menjumudkan PMR dalam erti kata lain nak mansuhkan sijil PMR dan digantikan dengan system Pelaporan.


Awalnya PBS ini seperti benda baru yang sangat memeningkan kepala otak cikgu-cikgu. Mana tak nya, kena bina soalan beraras rendah, sederhana dan tinggi. Nak pula disesuaikan dengan tahap pemikiran murid-murid. Kemudian dua fail perlu wujud. Fail Perkembangan Murid (FKM) dan Fail Showcase (FS) perlu ada untuk dimasukkan eviden murid. Datanglah pula kertas-kertas yang perlu dicetak sampaikan pada tahun 2013 kertas tidak cukup di sekolah untuk direzo (dalam stok kehabisan) dek penangan PBS.

Mesyuarat jawatankuasa dalam sekolah pun ditubuhkan, ada setiausaha yang akan mengingatkan tentang fail.. kemaskini fail dan eviden murid. Memang lepak nak isi boring eviden. Kemudian, dipermudahkan pula dengan penghasilan buku-buku latihan yang kini mempunyai aras dan boleh membantu guru. Walau bagaimanapun, ia tetap juga terikat. Its not practical at all. Sebab seriously saya adalah orang yang paling malas malas dan paling malas nak susun eviden masukkan dalam fail FPM. Dahla fail tu dalam bilik yang kena naik turun tangga. So, memang saya malas.

Tahun 2014, dimaklumkan pula pada April dikaji semula. Namun hakikatnya PBS tidak pernah dimansuhkan. PBS tetap berjalan seperti biasa namun, eviden berangkai telah ditiadakan. Hanya dirumuskan kepada skop yang lebih mudah. Sekurang-kurangnya guru dapat mengurangkan beban untuk terlalu mengikut flow yang diingini.

Bagi pelajar tingkatan tiga….. pada bulan Julai baru diperkenalkan bentuk soalan sebenar PT3. Yang menjadi musykil mengapa bentuk-bentuk soalan ini tidak didedahkan sedari PBS 2011 lagi? Mengapa PBS dulu hanya dikatan tidak wujud ujian sumatif. Hanyalah ujian-ujian formatif. Tapi bila murid-murid dah naik tingkatan 3 dan baru dapat melihat skop dan bentuk soalan seperti ini, ia seperti kejutan. Kejutan yang membingungkan. 

Dunia hari ini…. Antara dunia peperiksaan dan dunia murid itu sendiri berada dalam dua dimensi yang berbeza. Murid hari ini penuh dengan gadget dan aplikasi android merasakan buku teks yang ada tidak memadai. Mungkin murid-murid di asrama lain pula.

Pengenalan bentuk soalan PT3 ini dianggap agak lewat pada pendapat saya. Yang pasti, PT3 ini sebenarnya menjimatkan kos guru-guru yang menjadi Pengawas Peperiksaan sekaligus guru yang menanda kertas peperiksaan. Saya setuju kerana keadah ini lebih praktikal. Lagipun murid tingkatan 3 tidak sesuai untuk bekerja. Jika mereka ingin melanjutkan pengajian ke sekolah berasrama penuh, mereka tetap akan menjalani ujian piawaian yang telah ditetapkan oleh mana-mana sekolah yang berasrama penuh. Keputusan PMR tidak dipertimbangkan di situ. Lagipun pencapaian itu hanyalah pengukur untuk tahap murid dan hanya digunapakai sebagai langkah untuk men streaming kan murid semasa di tingkatan empat. Itu pun saya belum nak lebarkan cerita tentang kelemahan streaming.


PT3 lahir dalam empat bentuk ujian utama. Terdiri daripada PAJSK (latihan fizikal), ujian mendengar & bertutur, ujian psikometrik dan ujian bertulis. Ujian bertulis pula dibahagikan dengan tiga bahagian lain. Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Kajian Kes. Bermula pada bulan Ogos (Kajian Kes) dan Ujian Lisan, September (Ujian Psikometrik) dan akan datang pada bulan Oktober (Ujian Bertulis). Ini yang dikatakan ujian pelbagai instrument. Belum termasuk agihan bentuk soalan setiap mata pelajaran. Bentuk soalan adalah berbeza dan lebih kepada bentuk soalan subjektif pelbagai instrument.


Kalau anda jadi murid tingkatan tiga, anda mungkin mengalami stress, muntah-muntah dan cirit-birit yang berpanjangan. 


Dalam pelaporan itu nanti akan wujud 13 pelaporan untuk menerangkan tahap murid itu sendiri sama ada mereka telah melepasi tahap keupayaan mereka atau tidak. Ibu bapa sendiri boleh menilai prestasi anak mereka.
PBS akan diambilkira sebagai pelaporan bagi setiap mata pelajaran termasuk jawapan bagi kajian kes (Sejarah dan Geografi), juga keputusan mata pelajaran lain. Semuanya diambilkira.
Ada yang cakap PBS itu apa??? Dan mereka ada yang gelar PBS sebgai (Pandai Bodoh Sama). Mengapa? Kerana ia bergantung pada usaha murid itu untuk mendapat tahap keupayaan mereka. Jika mereka memang langsung tak datang sekolah, tak mahu menjawab soalan, yang dimaksudkan di sini bukan pelajar lemah…. Kerana pelajar lemah juga mempunyai tahap untuk mencapai band masing-masing.

Bagi PT3 tahun 2014 saya masih belum pasti sama ada sinar atau sirna. Kerana melihatkan murid itu sendiri saya kurang yakin dalam menetapkan headcount. Masih samar untuk menjangkakan keputusan mereka kali ini. Dalam percubaan kali kedua yang lalu, hanya sedikit yang mengalami peningkatan. Manakala yang lain mengalami penurunan. Untuk melepasi tahap cemerlang (bagi mata pelajaran KH-KT… saya ajar) belum jelas kemampuannya.


Masa semakin suntuk untuk membuat pencerahan atau mencapahkan bentuk ulangkaji yang sesuai. Mungkin saya perlukan masa untuk membuat lebih banyak cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan daya kefahaman murid bagi kertas yang diambil ini.

I’m so pity for them. Apa pun usaha untuk membantu murid-murid ini tetap diteruskan. Walaupun PBS dan PT3 bukan sekadar retorik, ia sememangnya menguji pengajaran guru dalam PdP.


Kisah Cikgu Matematik yang garang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am 0 komen dari pembaca

Kisah Cikgu Matematik yang garang



Semasa sekolah rendah, saya telah bersekolah di SK Sri Amar, Johor Bahru. Darjah satu hingga darjah tiga saya bersekolah petang. Selepas itu saya bersekolah pagi.
Semasa darjah satu hingga tiga saya telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam subjek yang diajar. Saya akui saya agak pemalu namun jika dibandingkan murid-murid lain, ada yang lebih pemalu daripada saya. Kiranya saya ni setengah-setengah.

Alhamdulillah walaupun saya sangat fobia dengan cikgu yang garang sampaikan saya pernah terkencing dalam kelas sebab takut nak minta izin ke tandas. Tapi saya masih ok lagi. Sebab saya rasa itu salah saya sebab terlalu takut untuk mengganggu masa belajar. Walaupun sebenarnya saya dah tak boleh focus sebab menahan kencing.
Setelah menunjukkan perkembangan yang baik, saya dapat masuk ke kelas yang paling hadapan. Kelas 4 Amanah. Bermula dari situ kehancuran demi kehancuran berlaku.

Mungkin bagi sesetengah murid, mereka tidak mengambil berat akan emosi guru yang mengajar. Namun, bagi saya…. Guru yang baik adalah guru yang boleh bertoleransi dan tidak terlalu memaksa dan tidak terlalu membuatkan murid-murid takut. 

Matematik adalah subjek yang saya paling takut. Memang ramai cakap matematik itu susah. Tapi apa yang membuatkan saya lebih susah hati adalah cikgu Matematik yang sangat garang. Kalau tak siap kerja sekolah dicubit dan dirotan. 

Seriously saya tak boleh belajar dalam keadaan yang tertekan seperti itu. Mahu bertanya takut dimarah. Tidak siap kerja sekolah pun didenda. Saya teringat cikgu matematik pernah menyuruh menyiapkan latihan matematik sebanyak seratus soalan kalau tak silap. Paling sedikit lima puluh soalan. Apabila balik rumah saya bertanya kepada mak macam mana nak selesaikan masalah matematik yang diberi dan perlu dihantar keesokan harinya. Memang saya dah menangis malam tu sebab nak siapkan latihan matematik yang diberi. Saya tidak dapat berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah matematik kerana sangat risau akan didenda keesokan harinya.


Akhirnya saya pasrah juga kerana masih terdapat beberapa soalan yang tidak siap. Saya petang bersekolah agama. Bila balik rumah dah sampai lewat petang. Biasanya saya akan tolong mak dulu sebelum saya siapkan kerja sekolah. Saya menyalahkan diri saya kerana tidak mampu menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Saya sangat tertekan.!!!!

Keesokan harinya saya berharap kalau boleh saya pengsan. Tapi saya gemuk waktu itu. Mana mungkin saya akan pitam macam kawan saya yang lebih kurus dan sering hidungnya berdarah.
Semasa kelas matematik, saya dirotan kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Cikgu Matematik itu seperti tidak mempunyai perasaan simpati langsung. Memang sakit bila dirotan. Tapi hati saya sangat sakit waktu itu.

Sejak kejadian itu. Keputusan matematik saya semakin merosot. Saya benar-benar seperti kehilangan kuasa dan kegembiraan apabila belajar Matematik. Kalaulah saya seorang yang berani ponteng kelas. Dah lama agaknya saya buat begitu.



Pada akhir tahun saya mengetahui yang saya dimasukkan ke kelas kelima. Saya semakin hilang upaya untuk terus belajar kerana saya benar-benar rasa tidak dihargai. Keyakinan saya pada waktu itu sudah berada di tahap paling rendah. Kesungguhan saya seperti sudah tidak punya makna apa-apa.

Semasa di darjah enam, saya ditolak masuk ke kelas yang keenam. Kejadian ini membuatkan saya semakin hilang keyakinan dalam usaha untuk belajar dengan tenang. Saya belajar bersungguh-sungguh tapi saya tidak dapat mencapai apa yang saya inginkan. Ia seperti dihalang oleh batu yang amat besar dan berwarna hitam. Saya seperti tidak nampak lagi cahaya yang menerangi diri saya semasa di darjah satu hingga darjah tiga dahulu.

Sewaktu itu saya belajar hanya bergantung kepada keajaiban. Saya amat berharap agar keajaiban dapat berlaku apabila saya menduduki mana-mana meja. Keyakinan saya telah benar-benar tiada. Saya gagal dalam segala aspek. Saya benar-benar hilang dalam diri sendiri.

Mungkin saya tak patut salahkan orang lain. Tapi sewaktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk berbincang dengan keluarga. Saya juga tidak punya kawan yang rapat dan saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berbincang dengan mereka. Sampailah suatu masa…………….. nanti saya cerita.

….


Sihat versus Sakit _ Bila sampai masanya…

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:28 am 0 komen dari pembaca


Semasa saya menonton cerita di tv bertajuk 50/50… saya mula berfikir sesuatu…
Bagaimana rasanya tiba-tiba mendapat khabar penyakit kronik datang menimpa? Kanser. Tak siapa mahu tapi kena terima. Bagaimana perasaan bila mula-mula dapat tahu penyakit tu ditelinga? Bila nak cerita pada keluarga… bila nak sampaikan perkara macam ni pada orang yang paling disayangi. Mula-mula macam mana rasanya penerimaan semua? Adakah mereka turut merasa hiba? Erm….
Tentu ia merupakan suatu perasaan yang sukar…. Terlalu sukar. Sebab dihujungnya kita sendiri tahu ia adalah kematian. Cuma dekat dengan jauh masih belum pasti.

Berapa lama orang-orang disekeliling kita akan sedar tentang kita… Mungkin pada mulanya ramai yang shock dan surprise dengan berita itu… namun lama kelamaan diri sendiri yang perlu lebih kuat untuk hadapi semuanya.
Memang kita dah tau kesudahannya kematian. Tapi rasanya pengisian yang terbaik adalah masa yang ada dipenuhi dengan amalan wajib. Selain membuat terapi dan mendapatkan sokongan moral daripada doctor atau pakar penasihat.


Terkadang bila sakit datang, kita akan lebih dihargai…. Atau… mungkin juga kita akan ditinggalkan pergi oleh insan yang disayangi. Mungkin kita tak mampu untuk jalani hidup dengan baik jika kita kehilangan insan tersayang apalagi semasa kita sedang memerlukan sokongan daripada mereka.

Kalau nak cerita pasal tekanan.. of course lah.. tekanan dari luar kadang-kadang lebih kuat daripada tekanan dalam diri sendiri. Nak menghadap orang disekeliling yang nampak macam simpati tapi sebenarnya takut kehilangan kita.


Apa pun terapi perlu diteruskan. Jika ternyata kehidupan ini sudah sampai masanya. Izinkan semua yang lain pasrah dan redha atas pemergian kita yang lebih tenang. Cukuplah untuk menanggung penderitaan yang Maha Hebat daripada Allah.

Apapun dugaan, apapun cabaran, kita tetap perlu kuat untuk hadapi segala kemungkinan dan terus berjuang untuk hidup. Sebab kita perlu percaya bahawa ujian ini benar-benar untuk kita. Ya, kita perlu optimis dalam menghadapi segala kemungkinan. Selagi Allah belum mahu menjemput kita. Selagi itu kita masih punya peluang yang luas untuk terus berusaha melawan penyakit.


Mungkin jika kita kuat kekal lebih setahun… jika tidak mungkin tak lebih lima bulan. Yup..
bergantung pada kekuatan diri kita sendiri. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Sebab tiada siapa yang mampu menolak takdir daripada Allah. Cuma bagaimana kita mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan mencari cara yang terbaik.


 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea