Pages

Come and be with me

20151111

Bercinta bertahun tak jamin kau kenal si dia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:32 pm 0 komen dari pembaca

Kahwin bukan lah perkara yang boleh buat main-main. Pelbagai cabaran yang perlu diharungi setiap pasangan yang baru berkahwin untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang sudah dibina. Tapi yang menyedihkan, saban hari makin ramai pasangan suami isteri yang bercerai.

Kali ni, kami nak kongsi ketakutan sebenar dan realiti yang harus pasangan tempuhi selepas berkahwin. Bila kami hayati balik apa yang dikongsikan wanita ni.. Memang seram nak kahwin beb!

Ini pesanan yang belum kahwin..

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Realiti siapa yang tahu?

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Bersediakah anda untuk berkahwin?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Kahwin itu bukan mudah..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Cinta saja tak cukup..

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata… “cinta saja tidak cukup….”

20151104

Betul cakap ayah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:36 am 0 komen dari pembaca
PATUT DIRENUNGKAN UNTUK WANITA MUSLIMAH
====

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6.

Smartphone tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan ‘flip cover’ yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya.

Lalu, sebuah percakapan yang cukup menggugah pun dimulai :
.
Ayah: Wah, telepon genggam yang bagus. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu ?

Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telepon genggam ini Ayah, 20 dolar untuk penutup teleponnya, serta 5 dolar untuk pelindung skrinnya.

Ayah: Oh, mengapa kamu menambahkan pelindung skrin dan penutup teleponnya ? Bukankah kamu dapat berjimat 25 dolar untuk hal itu?

Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telepon ini. Jadi apa alasan saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keselesaannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat teleponku nampak lebih indah bukan?

Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bahwa mereka tidak dapat membuat produk Iphone yang tidak cukup sempurna?

Anak Perempuan: Tidak, Ayah! Mereka bahkan menyarankan kepada penggunanya untuk menggunakan pelindung skrin dan penutup telepon ini untuk keselesaannya. Dan saya tidak mau terjadi sesuatu yang dapat membahayakan Iphone baru saya.

Ayah: Apakah itu tidak akan mengurangi keindahan telepon itu?
Anak Perempuan: Tidak. Itu justru membuat telepon saya terlihat lebih indah.
.
Lalu, sang Ayah menatap putrinya dan tersenyum dengan rasa kasih sayang. Sang Ayahpun berkata, “Putriku, kamu tau Ayah sangat menyayangimu. Kau membayar 700 dolar untuk membeli Iphone ini, serta 25 dolar untuk melindunginya.

Aku telah membayarkan seluruh hidupku untukmu, lalu mengapa kamu tak menutup auratmu dengan hijab untuk keselamatanmu sendiri?

Telepon ini, kelak tidak akan dipertanyakan di akhirat nanti. Namun kelak aku akan ditanyai oleh Allah SWT tentangmu, putriku 

Terima kasih telah SUDI membaca, share untuk kesedaran Perempuan akan kebaikan sang Ayah dan untuk kebaikan perempuan itu sendiri di dunia dan di akhirat.

20150918

Anak-anak Luarbiasa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:47 am 0 komen dari pembaca

Mungkin entry kali ni nampak macam menngarut sikit. Biarkan dahulu.. Mungkin selepas sepuluh tahun kita akan lihat bagaimana gambar ini berbicara nanti.

Saya pernah mengalami beberapa kegagalan SEBELUM berjaya dalam hidup. Berjaya atau tidak kita yang memilihnya. Kerana jalannya memang pilihan kita.

Bila saya melihat gambar ini... Saya pasti akan ingat mereka. Ya.. Walaupun mereka kelihatan biasa-biasa.. Mungkin juga ada orang lain menganggap mereka seperti langau... Hingar... bising... Tapi hakikatnya mereka punya impian yang tersendiri biarpun mereka hidup dalam kelompok mereka.

Saya sentiasa yakin mereka boleh berjaya. Mereka punya kekuatan tetapi mempunyai saluran yang perlu ditentukan dengan betul. Sayang jika kita hanya melihat mereka sebagai insan yang tidak punya pilihan dan masa depan. Jangan pernah pandang mereka yang di kelas belakang ini tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Senyuman mereka adalah hadiah indah dalam hidup saya.

Gambar ini diambil sempena salah seorang pelajar ini akan berpindah. Ya... Saya sedih tapi jika itu yang terbaik untuk masa depannya. Dan saya pasti semuanya ada hikmah. Insha Allah.

We always Love Musi Naasyidah bt Muhammad Puzi. You're great!!

20150829

Murnee my baby

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:10 am 0 komen dari pembaca

Ummi tak pasti kenapa....
Dah lebih tiga bulan Murnee tinggalkan Ummi dan Papa...
Rasa rindu sesangat. Agaknye Murnee pun tengah rindukan kami. Sebab tu ummi dapat rasakannya...

Spanjang perjalanan nak ke JB ni ummi asyik teringat sejak dari ummi lahirkan Murnee.. Dari awal ummi panggil Murnee. Hanya Allah saja tahu perasaan ummi masa tu. Berdebar, sedih, gembira semua ada.

Ummi teringatkan kata kata yang pernah doktor cakap pada ummi tentang Murnee... Segalanya terngiang ngiang dan terbayang Bayang di ruangan mata ummi.

Dah lebih tiga bulan ni baru ummi dapat rasa macam awal pemergian Murnee. Terasa sebak.. Air mata ni mengalir..
Papa nampak ummi diam tiba tiba. Papa tegur ummi supaya tak terus bersedih. Memang ummi rasa kalau boleh sampai je JB ummi nak terus lawat Murnee.

Rindu nak cium dan peluk Murnee. I really miss you baby. Hanya doa.. Alfatihah saja ummi mampu dendangkan untuk menenangkan perasaan rindu pada anak ummi ni.

Salam sayang from ummi.

Best Friend

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:52 am 0 komen dari pembaca

Hai uolls..

Entahlah.. Tetibe nak tulis entry pasal best friend.. Sebab kekadang kita tengok kawan kawan kita ni cam da closed. Tapi tak jugak rupanya. Rupanya kita je yang syok sendiri. Ingat kawan kite yang bff kat kite.. Tapi die tak anggap pun kita macam tu..

Actually bukan senang nak cari yang sekepala dengan kita. Manusia ni boleh berubah bila bila masa je. Kita ingat dia suka la kawan dengan kita. Tapi rupanya tak pun...

Susah jugak nak cari best friend ni kan???

Mungkin suatu masa kita adalah best friend dia. Tapi masa boleh berubah segalanya.. Mungkin jugak fluence...

Senang cerita sahabat terbaik adalah family kita sendiri. Dan sahabat the best adalah partner life kita. Maksudnya saya spouse kita la.

Kenapa cakap macam tu??? Sebab kita pilih spouse kita untuk tinggal bersama dengan dia. Walaupun kita ada sahabat bff sehidup semati pun.. Belum tentu sama dengan spouse kita. Berapa banyak yang bff kita boleh beri pada kita nak banding dengan spouse kita sendiri?

Memang bff tempat kita luahkan cerita. Tapi tak semua benda juga kita nak kongsi dengan bff. Jangan menipu boleh??? Lagipun tak elok sangat kot nak buka cerita hal spouse kat orang lain especially bff.. Hari ni memang la kita baik dengan dia. Who knows Allah nak duga kita. Kau berani nak tanggung risiko??

Adakah masa aku tulis artikel ni perasaan aku sedang jealous?? Oh.. Exactly no! Sebab aku selesa live dengan spouse dan he is really my bff. Even though kepala kita lain lain.. Kita memang tak sekepala pun. Tapi kita saling belajar untuk memahami. I don't think bff selain family and spouse will always be there for you.

Siapa lagi kita nak harap kalau bukan mereka? Manusia kan cepat berubah. Hari ni kita baik dengan somebody.. Esok lusa belum tentu lagi kita akan tetap kekal dengan bff kita tu... Can anyone said it wrong??

20150818

Nak KURUS tapi malas nak DIET

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:09 am 0 komen dari pembaca

Inilah fenomena dunia hari ni. Bila badan naik macam tong drum.. Nak beli ubat kurus bajet sehari makan dah boleh turun sepuluh kilo.

Nak kata pepatah " Easy come, Easy go"...

Kalau badan dah naik beringat ingatlah. Jangan sampai bila penyakit datang baru nak menyesal. Sebab menyesal memang datang kemudian. Takde menyesal datang sebelum kejadian.

Jaga diri kita. Bila makan beringat. Sentiasa buat senaman. Kalau nak makan banyak dan sedap boleh. Tapi kena pastikan usaha nak maintain pun sama la.

Kan pelik kalau hati cakap nak kurus. Tapi malas nak jaga makan.. Malas nak buat senaman.

Yang namanya GULA ni memang spesis membunuh dalam senyap. Kalau suka makan manis manis boleh cari STEVIA. Stevia mampu menghasilkan manis macam GULA. Sebab otak kita ni refleks.. Jadi benda manis je mesti nak rasa manis. Kalau tak manis taklah sedap rasanya. Kita boleh terus amalkan gaya kita macam biasa. Sebab stevia tak kan djadikan kita gemuk.

Kenapa GULA buat kita jadi gemuk???
Sebab Lemak yang sedia ada tak dapat dibakar. Tu yang bila kita sentiasa makan dan minum benda manis, hanya gula saja yang dibakar. Lemak masih kekal dalam badan kita.

Kalau nak kuruskan badan atau paling tak nak bmi berada pada tahap normal. Maka banyak lagi usaha keras yang perlu kita lakukan.

Banyak diet ajar kita cara dan corak pemakanan. Jadi, kita boleh pilih diet yang macam Mana kita nak ikut. Tapi sebenarnya, banyak usaha keras perlu dilakukan. Sebab apa??? Sebabnya kebanyakan makanan tepi jalan memang dijual tak ikut spesifikasi. Semuanya kurang berkhasiat. Semua kebanyakannya tinggi karbohidrat. Sedangkan badan kita nak protein tinggi untuk kekalkan stamina setiap hari.

Kalau macam tu.. Jangan lengah lagi.. Buat rutin diet sekarang. Kalau tak nak buat senaman pastikan kira rajin kemas rumah. Bila keluar peluh secara tak langsung Lemak terbakar (kalori dibakar).

Yang namanya diet ni bukan berlapar spanjang hari. Ikuti arahan. Kalau kita amalkan berlapar spanjang Hari. Diet tu akan hangus macam tu je. Sebab semakin kita lapar, semakin meluap rasa lapar. Semuanya jadi nafsu. Hancurlah semua diet tadi.

Macam Mana cara nak diet???
Ada banyak cara.. Nanti kita story slow slow.. Jom start makan protein tinggi.

20150817

KUIZ BULAN MERDEKA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:14 pm 0 komen dari pembaca


Sempena bulan kemerdekaan ini apa kata anda uji tahap pengetahuan anda dalam Matapelajaran sejarah peringkat SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Pak Pandir
b. Parameswari
c. Paramugari AirAsiaX
d. Parameswara
e. Pandadela Renong

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Anita Sarawak
b. James Beruk
c. James Bond
d. Aaron Aziz
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Sport Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Lim Guan Eng
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Ketua
d. A Galak
e. Tuk Tuk Tuk ad orang tak.

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Gian
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Mak Jah
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.K.K.K
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bangladesh
c. Blender
d. Belanda
e. Nepal

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang
c. Puteri Opah Hang
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan g yang melanggar Singapura?
a. Ikan Iblis
b. Ikan Masin
c. Ikan Siakap 3 Rasa
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Najib
d. Ah Long
e. PTPTN

20150812

PREMATURE BABY GROUP MALAYSIA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:25 am 0 komen dari pembaca

Sejak saya me lahirkan Murnee tempoh Hari 25/5/2015... Saya banyak belajar bagaimana menjadi redha daan bersyukur.

Saya rasa bersyukur kerana Allah menjumpakan saya dengan group fb ni.. Sebab banyak perkara yang from zero to be hero... Saya bukanlah insan sempurna. Begitu juga anakanda tercinta saya Murnee.

Kehadirannya banyak memberi erti dalam kehidupan kami sekeluarga.

Group ni banyak berkongsi info tentang bayi yang lahir pra matang.. Seperti yang ada sedia maklum.. Baby premiee ada 3 tahap.. Micro adalah yang paling kecik.. Sebab lahir kurang dari 27minggu.

Murnee lahir dalam minggu ke 26. Dengan berat 735g.. Lahir dengan normal. Tapi breech (songsang).. Kami dah lama simpan nama Murnee sejak awal kandungan. Nama ni diberi oleh suami saya.

Group fb ni memberi banyak info berguna. Berkongsi rasa dan semangat.

Masa saya kehilangan Murnee... Banyak kata-kata semangat saya dapat dari group fb ni.

Malah sesiapa yang kehilangan bayi kesayangan mereka turut diberi kekuatan. Syahdu rasanya bila kita tidak menghadapinya keseorangan dan sendirian.

Tak dinafikan.. Setiap perkembangan bayi premature dan kehilangan mereka juga ditangisi bersama. Boleh dikatakan memiliki anak ajaib ini memberi 1000 pengertian dan pengalaman yang besar bagi kami Ibu dan bapa kepada baby premiee.

To my Love baby Murnee... You are always in my heart.

Alfatihah.

20150807

Oven Pemanggang OT52R

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:04 am 0 komen dari pembaca

Terima Kasih incek shuben sebab belikan harta paling berharga ni..

Masa pergi beli oven ni... Saya tak tau pun ape kelebihan oven ni.. Main beli je sebab ade SALE. Tengok pulak harga tak jauh beza dengan oven kecik yang berjenama.. Tapi better jagi besar..

Lepas hasilkan beberapa cookies yang sedap dan cupcake yang enak.. Rasa happy sangat. Dan apa yang penting incek shuben bagi sepenuh sokongan untuk teruskan buat cookies. Maklumlah. Sekali masak terus menjadi.

Alhamdulillah... Memang bersyukur sangat dapat oven macam ni.. Puas hati.
Bila kawan kawan post di wall fb masing masing tentang oven canggih diorang.. Saya pun perati la oven saya yang saya anggap biasa biasa je ni...

Bila diamati oven yang suami saya belikan ni pun tak kurang hebatnya. Patutlah masak ape pun dalam oven ni menjadi. Maksud saya... Oven ni tak susah nak adjust.. Senang difahami. Eh... Siapa cakap oven tak ada chemistry dengan owner dia???

Incek shuben sokong saya teruskan perniagaan kecil kecilan cookies saya ni. Dan paling best nanti kami nak beli oven besar yang guna gas yang sekali jalan boleh dapat beratus ratus cookies.

Alhamdulillah.. Terima Kasih incek shuben yang amat memahami minat saya. Setakat ni apa saja yang saya minat dia mesti sokong. Sebab he know he got benefit from it.

Ada jugak cadangan nak join venture dengan cafe kat tempat kerja incek shuben. Kalau dapat masukkan cupcake saya yang comel ni pun awesome jugak.

Memang sebenarnya ni lah hajat dan impian saya pun, selain terlihat dalam bisnes butik.

Harap saya akan capai impian saya suatu Hari nanti dengan jayanya!!

Doakan saya ok!

20150728

Kurus dengan Air Kosong je???

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:24 am 0 komen dari pembaca

Lepas naik raya je semua seluar jadi ketat.. Perut pun dah makin sendat.. Pinggang pulak dah rasa macam hilang..
So.. Ape nak buat ni?? Orang dah start mengejek dah..

Elok elok puasa turun je.. Langsing.. Syawal je badan da macam batang pisang. Dah hilang semua shape.

Pening ke??
Meh saya bagi tips..
Tips ni pun cedok cedok kat blogs orang lain.

Tak perlu susah hati.. Kalau berani boleh la cuba. Air kosong je pun.. Ape ade hal..




25KG = 1LITER Air yang diperlukan.

So, kira berapa banyak ai yang diperlukan oleh berat kita? Contoh , 

Berat Badan = 50kg

25kg = 1 liter kan? So, 50kg = 2liter !

Untuk sesiapa yang mempunyai berat 50kg, disarankan setiap hari minum 2liter air! 

Mampu? HAHA

20150724

Jangan Balas Orang yang Menyakiti Hati Anda!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:25 pm 0 komen dari pembaca

Copypaste

Metrotvnews.com, Jakarta: Biasanya, akan sulit bagi kita tetap bersikap baik kepada orang yang telah menyakiti. Yang rata-rata terjadi adalah, orang membalas perlakuan menyakitkan yang diterimanya.

Perbuatan membalas dendam bukanlah pilihan baik. Tak peduli berapa dalam sakit yang Anda rasakan, jangan pernah berusaha membalas. Mengapa? Karena dengan membalas, itu menunjukkan diri Anda sama buruknya dengan dia. Perbuatan membalas pun akan menimbulkan perasaan bersalah dan memunculkan masalah baru.

Mengutip ucapan Henry James, "Tiga hal penting dalam hidup: jadilah orang baik, jadilah orang baik, dan jadilah orang baik."

Womanitely melansir enam alasan mengapa Anda tak usah membalas perlakuan orang yang menyakiti Anda:

1. Menunjukkan Anda orang yang baik
Tanpa perlu bersusah payah show off di depan publik, hanya dengan tidak membalas orang yang telah menyakiti, itu membuktikan Anda pribadi yang baik dan cerdas. Orang di sekitar akan menilai Anda sosok cerdas dan kuat yang dapat menghadapi situasi sulit. Tetaplah bersikap baik kepada mereka yang berkali-kali menyakiti hati Anda dan biarkan sikap Anda ini menginspirasi orang lain.

2. Melembutkan sikap
Alasan lain untuk lebih ramah terhadap orang yang menyakiti Anda adalah karena dapat melunakkan sikap Anda terhadap mereka. Tentu, Anda dapat merespons buruk terhadap mereka, tapi ini hanya akan membuat situasi semakin buruk. Bersikap ramah adalah cara cerdas untuk menanggapi mereka. Dengan cara ini, Anda akan mengurangi kebencian terhadap mereka. Sebenarnya, kasihan lho orang yang menyakiti Anda karena mereka sengsara akibat hatinya penuh kebencian.

3. Terhindar dari rasa bersalah
Jika Anda bersikap baik kepada orang-orang yang telah menyakiti, Anda tidak akan sengsara karena memendam perasaan bersalah. Berlaku kasar terhadap mereka akan menimbulkan dua hal, sengsara karena mereka telah menyakiti Anda dan Anda merasa bersalah karena bersikap kasar kepada mereka. Cara terbaik untuk menanggapi mereka adalah dengan tersenyum dan bersikap baik.

4. Merasa diri Anda orang baik
Saat Anda ramah terhadap mereka yang telah menyakiti, Anda akan merasa diri Anda orang baik, sekaligus menyadari bahwa Anda lebih baik daripada orang itu. Ingat, perilaku kasar tidak akan membuat perasaan Anda lebih baik. Beri contoh kepada orang lain dengan bersikap ramah terhadap orang-orang yang telah menyakiti Anda, dan lihatlah semua orang akan menghargai Anda.

5. "Bunuh" mereka dengan kebaikan Anda
Rasanya puas jika bisa membalas perlakuan orang yang telah menyakiti. Tapi ada cara yang lebih manjur untuk "membunuh" orang yang pernah menyakiti Anda, yaitu dengan menebar kebaikan daripada balik menyakiti mereka. Bukan tak mungkin, kebaikan Anda akan membuat mereka mengakui kesalahan dan meminta maaf. Bahkan jika mereka tidak mengakui kesalahan, kebaikan Anda akan membuat mereka "gila" dan mereka akan meninggalkan Anda karena malu. Hindari berkomunikasi dengan mereka. Kelilingi diri Anda dengan orang baik dan positif yang membuat Anda bahagia.

6. Mengubah perilaku kasar mereka terhadap anda
Bersikap ramah terhadap orang-orang yang telah menyakiti Anda bisa mengubah perilaku kasar mereka terhadap Anda. Kebaikan Anda mungkin membuat mereka mempertimbangkan kembali tindakan mereka. Sulit untuk mengubah perilaku seseorang terhadap Anda, tetapi Anda perlu setidaknya mencoba.

7. Anda akan menerima pujian
Ketika seseorang menyakiti Anda di depan orang lain, bersikap baik kepada mereka tidak akan membuat Anda tampak lemah. Ini akan membuat orang lain mengetahui bahwa Anda adalah pribadi yang baik dan cerdas. Mereka pasti akan melihat ciri kepribadian ini dan mereka akan menghormati Anda, lebih dari sebelumnya. Selain itu, orang yang pernah menyakiti Anda akan melihat kebaikan Anda juga.

Memang, tak mudah bersikap baik dan ramah terhadap orang-orang yang pernah menyakiti. Butuh kebesaran jiwa dan lapang dada. Ini adalah tugas yang menantang, tapi cobalah untuk tidak menyakiti siapa pun sebagai bentuk balas dendam. Banyak orang berpikir bahwa kebaikan adalah tanda kelemahan, tapi itu tidak benar.

Kahlil Gibran mengatakan, "Kelembutan dan kebaikan bukanlah tanda-tanda kelemahan dan putus asa, tetapi manifestasi dari kekuatan dan resolusi."

Cara Tidak Menyalahkan Orang Lain

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:11 pm 0 komen dari pembaca


https://youtu.be/CZ10U1nJUPM

20150723

BOB Cara Atasi Orang yang Gemar Menjatuhkan Kita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:16 pm 0 komen dari pembaca

Copypaste

Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”

” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”


menjatuhkan semangat

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.

Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.

BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.

Don’t simply surrender.

Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.

Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.

Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.

Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)

.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.

Oleh apa yang boleh kita buat?

Buat mereka mereka berasatidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?

Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.

Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.

Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.

Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.

Oleh itu kekal tenang dan senyum.

Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan

Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.

Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.

Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

 

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball.– Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.

Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?

Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

Jangan hilang fokus! | Football bydonielvito

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.

Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.

Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

Masalah yang mungkin timbul

Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.

Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?

Berdirilah atas kaki kita sendiri.

Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

 

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.

Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Remind myself

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:16 pm 0 komen dari pembaca

Remind myself.. Myself.. Myself..

3 SOALAN MAUT

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:58 am 0 komen dari pembaca


Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya.
Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.
Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.
Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah.

Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

Hadiah daripada Allah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:07 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 7

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:06 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 6

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:05 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 5

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:05 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 4

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:04 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 3

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:03 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 2

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:02 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 siri 1

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:01 am 0 komen dari pembaca

Ku biarkan gambar berbicara.....

20150722

Bila Isteri Mengamuk

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:56 am 0 komen dari pembaca

Copypaste

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

9 Kesalahan Suami

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:53 am 0 komen dari pembaca

Copy paste from Majalah I

9 kesalahan yang sering dipandang remeh...


1.Tidak mengajar agama dan hukum syariat kepada Isteri.

Betapa sukarnya  untuk menemui seorang isteri yang benar-benar solehah. Malah, ia menjadi satu cabaran besar bagi seorang lelaki untuk mencari dan membentuk pasangan menjadi  seorang isteri yang mempunyai sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.

Justeru tidak hairanlah, jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimanakah untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayan suami dan mendidik anak mengikut Islam.  

Padahal, Allah SWT telah berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah At Tahrim: 6)

Maka sudah sewajarnya seorang suami itu tidak mengabaikan hal ini, kerana mereka akan diminta untuk dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Tip didik isteri....


Hadiahkan buku-buku agama dan lakukan perbincangan bersama.
Menghadiahkan cd atau video ceramah, dan meminta isteri untuk membuat kesimpulan.
Membawa isteri ke majlis-majlis ilmu.
Dorong isteri mendekati Muslimah yang tinggi ilmu agamanya.
Membina perpustakaan mini di rumah. 
Lakukan solat berjemaah dan tadabbur al-Quran bersama

 

2. Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.

Barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya.  

Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w

Bersikap baiklah kepada para isteri. Kerana mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika kamu hendak meluruskannya nescaya kamu akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan maka dia akan tetap bengkok. Maka bersikap baiklah kepada para isteri.” (Muttafaqun’alaih)

Dan ingatlah sabda Rasulullah s.a.w “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlaknya yang lain.”(Riwayat Muslim)

 

3. Hukuman tidak sesuai kesalahan.

Ia termasuk di dalam bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:

- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman,“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”( An Nisa’:34)

- Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang ertinya:  “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (Ath Thalaq:1)

- Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya?
Baginda menjawab, 
Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)

 

4. Kedekut memberi nafkah.

Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran yang bermaksud.

Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara maaruf.”  Al-Baqarah:233

Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi,  dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

 

5. Sikap keras, kasar, dan berlembutlah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:  “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani)

Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

6. Kesombongan suami membantu isteri.

Ini adalah satu kesalahan yang sering kali dilakukan oleh para suami yang beranggapan diri mereka adalah pemimpin dan wajar ditaati. Bahkan ada di antaranya beranggapan, tugas mereka hanya mencari duit, sementara tanggungjawab di rumah hanya dipikul oleh isteri seorang.

Padahal, Rasulullah s.a.w tidak segan-silu membantu isterinya Aishah di rumah. Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: “Baginda membantu pekerjaan isterinya. Dan jika datang waktu solat, maka baginda pun keluar untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

7. Terburu-buru menceraikan isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci.  Usahlah menceraikan isterimu tanpa sebab. Sesungguhnya talak itu adalah pedang yang dihunuskan ke leher isterimu. Nasihati dan cubalah untuk berdamai.

 

8. Berpoligami mengikut nafsu

Allah SWT telah berfirman,
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.”  An Nisa: 3

Anda boleh bernikah lagi tetapi, seandainya  anda tidak mampu untuk berlaku adil, lupakan niat itu demi kebahagiaan isteri dan anak-anak.

 
9. Remehkan aurat isteri.

Inilah antara penyakit yang semakin tersebar di kalangan kaum Muslimin. Mereka membiarkan keindahan dan kecantikan isteri dinikmati oleh orang lain. Serta membiarkan isterinya bergaul dengan mana-mana lelaki dan menampakkan auratnya  ketika keluar dari rumah. Malah, lebih membimbangkan, para suami turut berasa bangga apabila isterinya tampak cantik dan sering dipuji oleh orang ramai.

Majalah i / 2012

Sukarnya menjadi wanita jika diamati

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:44 am 0 komen dari pembaca

Copy paste from Sinar Harian

SEJAK reti berfikir, saya sering anggap diri bertuah kerana dilahirkan sebagai lelaki. Pada masa itu, perkiraan saya adalah betapa sukarnya jadi wanita, betapa beratnya beban yang mereka tanggung terutama dalam hal kandung mengandung.

Ya, saya akui sekarang saya sendiri juga berperut besar malah besarnya perut saya tiada had tempoh seperti wanita.

Namun dalam keadaan berperut besar, lelaki masih boleh ketawa besar, berjaga malam tonton Piala Dunia di kedai mamak atau kedai tomyam sedangkan wanita yang berperut besar, wajah mereka ketat, selalu berasa loya, sakit kepala dan nampak penat.

Itu belum lagi dikira perlu lapor diri di klinik untuk diperiksa tekanan darah bagi yang bermasalah.

Itu satu hal.

Setiap kali bulan puasa, saya selalu teringat akan  lebih sukarnya jadi wanita, terutama pada zaman sekarang di mana kebanyakan isteri bukan sekadar menguruskan rumahtangga bahkan juga seganding dengan suami bekerja mencari rezeki. Ini berbeza dengan zaman emak atau nenek moyang kita dahulu. Ketika itu, kerja harian wanita rata-ratanya hanya menguruskan anak, membasuh dan memasak.

Kalau ada pun yang terlibat dengan urusan cari rezeki, mungkin hanya sesekali seperti menampi padi. Kerja berat atau yang jauh dari rumah diuruskan oleh lelaki. Sekarang sudah tidak sama lagi.

Awal-awal pagi, mereka juga seperti lelaki keluar rumah mencari rezeki. Menjelang malam baharu pulang, malah ada juga yang lebih lewat daripada suami. Sampai di rumah, kalau lelaki mungkin masih boleh berehat, menyandar menonton TV. Tetapi bagi isteri tidak boleh begitu. Masuk rumah, letak beg tangan terus sinting lengan masuk dapur.

Bulan puasa ini, berganda-gandalah lagi banyaknya kerja mereka. Saya ambil contoh paling dekat, isteri saya. Saban hari, selepas balik dari kerja, dia yang menguruskan semuanya. Daripada membeli juadah berbuka, menjemput anak dari taska, kesemuanya.

Ini kerana waima dalam bulan puasa, saya jarang-jarang dapat berada di rumah pada waktu petang melainkan pada hari cuti.

Itu pun dalam seminggu hanya dua hari. Sepanjang bulan puasa, tidak lebih seminggu saya dapat berbuka di rumah. Selainnya di pejabat. Jadi kesemua perkara, tidak dapat tidak, isterilah yang menguruskannya. Dan saya pulang ke rumah, paling cepat jam 11 ataupun 12 malam.

Tidak. Bukanlah niat saya membangkitkan hal ini untuk merangsang wanita berasa negatif. Tujuan saya hanya untuk golongan wanita terutama isteri sedar bahawa bebanan berganda yang mereka tanggung bukan sia-sia sebaliknya sudah dijanjikan ALLAH dengan ganjaran yang amat besar. Berbakti kepada keluarga, menyediakan makan minum untuk berbuka, terlalu banyak pahalanya.

Yang kedua, kepada suami-suami, janganlah lagi jadi ular sawa kenyang berlingkar di depan TV dengan membiarkan isteri di dapur seorang diri. Ya, saya bukan mengata orang lain tetapi diri sendiri. Ini kerana kita selalu anggap hal di dapur adalah tanggungjawab hakiki isteri sedangkan kita terlupa, tanggungjawab hakiki kita, mencari rezeki juga sudah diambil oleh isteri. Jadi, jangan terlalu berkira dengan isteri!

Selesai berbuka, mencuci pinggan mangkuk, lap meja, pun isteri juga. Suami... berlingkar di depan TV kononnya untuk memudahkan proses penghadaman supaya nanti tidak semput waktu bertarawih. Sudahnya, terawih tidak juga kerana ada siaran ulangan Piala Dunia.

Walaupun pagi tadi sudah tengok, masih mahu tengok lagi sambil 'berharap' kalau-kalau keputusan 1-7 itu berubah!

Sudah siap kerja dapur, baharulah ada ruang untuk isteri mandi, solat dan bersiap. Itu pun ada suami yang merungut 'bau masam' dan sebagainya. Sudahnya, kerja lain pula menunggu.. cuci baju, melipat baju, seterika baju. Tidak lagi dikira dengan permintaan/ arahan 'buka baju'.

Memang tidak syak lagi bahawa jadi wanita memang penat. Apa pun, jika semua itu dilakukan dengan ikhlas, reda, ALLAH yang maha adil tidak akan mensia-siakannya. Cuma, suami juga jangan ambil kesempatan. Oleh kerana ganjaran pahala yang besar untuk isteri, maka semua kerja mahu diserah kepada isteri untuk isteri dapat lebih banyak pahala kononnya.

Jangan dilupa, ALLAH juga maha kaya lagi maha pemurah. Tidak akan berkurang pahala untuk isteri jika suami juga turut sama membantu.

Akhirnya dalam usia yang semakin dewasa, bagi saya, siapa pun kita, setiap ketentuan Tuhan ada kelebihannya. Yang penting, kita mesti reda.

Sukarnya membina keluarga bahagia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:42 am 0 komen dari pembaca

Copypaste

Terlebih utama, diri tuan sebagai pemimpin.. Tuan, sebagai lelaki punyai ruang dan peluang yang sangat luas untuk berdamping dengan para alim ulama'.. Carilah mereka, dampingi mereka, tuntutlah ilmu, perbaikilah diri. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.. 

Tunaikanlah hak-hak isteri sebaik-baiknya. Didiklah isteri dengan hikmah dan bijaksana. Lembut tetapi tegas. Kembalikan kepercayaan isteri dengan berakhlak baik. Tidak rugi tuan melupakan kesemua rakan-rakan perempuan demi kebahagiaan rumahtangga tuan. Wanita, makhluk yang halus emosinya. Syukurlah kerana isteri tuan telah menyedarkan dan menghalang tuan dari menghampiri zina. 

Pernah saya dengar ceramah, ustaz cakap.. Para suami, apabila isteri melakukan penderhakaan, muhasabah semula diri sendiri, apakah dosa terhadap Allah yang telah dilakukan sehingga berlaku hasutan syaitan dalam rumahtangga. Begitu juga isteri, apabila dimarahi suami, muhasabah diri sendiri apakah 'masalah' hubungan dengan Allah yang menyebabkan hasutan syaitan masuk ke dalam rumahtangga.

Secara kesimpulannya, tidak perlu saling salah-menyalah untuk menjadikan masalah yang kecil menjadi semakin besar, sebaliknya kembali muhasabah diri dan saling bermaaf-maafan. 

Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. S.at-tahrim, ayat 6.

Aku kongsi cerita dia...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:40 am 0 komen dari pembaca

Assalammualaikum…

Bila dikenangkan kembali di awal2 perkahwinan terasa amat membahagiakan namun kini kebahagian kami dihiasi dengan anak2 yang baik dan comel.. aku bahagia sekali dikurniakan seorang suami yang menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah.. Aku bersyukur pada mu tuhan…

Di awal perkahwinan kami masjid2 dan surau2 menjadi simpulan cinta kami.. mendengar ceramah dimana sahaja lokasinya pasti kami akan hadir..membuyung2 baya perut yang sarat pun masih kugagahi jua semata2 mencari redha Allah dan mendalami ilmu agama untuk diisi bagi membersihakan rohani yang kotor ini.. kami diuji apabila anak pertama kuat menangis.. pernah bayiku dicampak ke atas katil semata2 tidak dapat menahan rasa baran tidak perlu kunyatakan siapa disini kerana pasti aianya menimbulkan rasa aib kepada seseorang.. Ujian yang pertama..

Ujian yang kedua… sebagai seorang hamba yang berdosa aku tak dapat lari menahan diri dari rasa cemburu apabila suami memuji wanita lain.. itulah kekurangan diriku.. suamiku pulang dari bekerja dan menceritakan kehebatan isteri kawan sekerjanya yang baru bernikah betapa rajin dan pandai nya siisteri itu menyediakan nasi lemak untuk suami.. owh aku tak pandai masak mungkin ini yang suamiku mahukan.. dari goreng2an kini aku mampu untuk menyediakan sajian pelbagai mi.. nasi,..malahan kek harijadi anak2 dan suami pun aku buat sendri semata2 mencari dan ingin mendapatkan kasih suamiku tercinta aku tak mahu kerana kekurangan diriku ini suamiku berplaing kepada wanita lain.. salah diriku ini…

Selepas bab masak isu menjahit pula timbul..dek kerana adik ipar berkahwin denga seorang yang pandai menjahit suamiku menyuruhku belajar menjahit.. dibelikannya mesin jahit untukku.. terima kasih suamiku..kini langsir dirumah kami aku yang menjahaitnya malahan pernah anak2 menjual bekas pensil hasil tanganku untuk dijual kepada rakan2 mereka.. anak2 suka..dan memuji “Mama pandai mama jahi..”..Alhamdulillah aku berubah demi suamiku…

Suamiku sukakan wanita yang berpakaian tudung labuh dan berbaju kurung.. baik sungguh suamiku.. namun aku tidak begitu aku selesa berseluar panjang dan ber t-shirt..maklum nak naik motor hntr anak2 sekolah dan bile berseluar panjang ni mudah nak melangkah luas sebab ada anak kecik yang suka berlari aku perlu kejar.. suatu ketika dulu aku pernah menyarungkan mini telekung dan berbaju kurung.. semata2 untuk mendapatkan pujian suami masa tu aku hanya duduk dirumah anak2 kecik tapi kini aku perlu berulang-alik menghantar anak2 ke sekkolah.. suami tak suka cara aku berpakaian..aku tahu namun aku selesa berseluar.. maafkan isterimu suamiku..

Aku cuba berusaha memperbaiki diri namun masih banyak kekurangan yang aku perlu baiki.. aku keletihann aku rasakan walau aku berusaha untuk berubah namun suamiku masih lagi mencari2 kelemahan diri dan menyuruhku untuk berubah… walaupun kesalahan aku yang sedikit hanya tidur selepas sembahyang subuh di awal pagi diteruskan sehingga 10 pagi..suami tak menggemarinya.. aku katakan kenapa sedangkan mama hanya mencari ruang rehatkan diri tak tergugat rutin harian seperti mengemas, membasuh tetapi memasak mama selalu lewatkan kerana berfikiran apasalahnya hujung minggu masak lewat sedikit.. suami pasti faham.. namun..

Hari2 kami sembahyang berjemaah dan membaca al-quran bersama.. aku gembira.. Cuma pada suatu hari aku membuka laptop kebetulan suamiku keluar dan dia belum logout akaun fbnya sedang aku membaca isi kandungan dalam wall post..seorang wanita yang aku sering melihat komen2nya dalam album keluarga kami..aku pernah bertanyakan pada suami siapa wanita itu.. suami katakana kawan sekolah lamanya dan anak didik kepada kakaknya seorg guru.. Owh kawan lama takpela.. 

Bila wanita itu berchatting denganku dia ingat suamiku dia bertanyakan hal yang biasa..sudah makan..makan apa? Isteri masak apa? Sedap tak? Saya masak mihun harini.. simple je isi kandungan chatting tu.. kemudian hatiku tergerak untuk melihat pmnya.. ini yang kudapat..”Saya terkejut awak add saya dulu, walaupun cinta monyet awak masih simpan surat2 lama…touching” Dupp!! Suamiku merasa touching dengan wanita ini..aku yang dah sepuluh tahun bersamanya? Tak pernah pun diungkapkan dia touching dengan apa jua perubahan yang kulakukan.. salah diriku kerana beremosi terlebih maklumlah aku hanya insah yang hina..

Pada hari kejadian aku merasa kecewa kerana dia tak bersikap jujur kepada ku dengan melindungi identity sebenar wanita itu adalah ‘Kekasih lama’.. salah diriku kerana marah dengan tindakannya..aku hanya insane yang hina.. Pada hari itu suami meminta maaf atas keterlanjurannya.. dan pada hari itu juga aku diajak berjemaah bersama namun ku tolak kerana dalam hatiku masih merasai kekcewaan bila mendapati suami tidak jujur.. hanya pada hari itu..kesalahan ku ketika itu..hari seterusnya aku berlembut hati dan aku meneruskan aktiviti sembahyang jemaah dan bertadarus.. hanya kerana kesalahan ku pada hari itu.. kisah kami diperbincangkan.. aku dikatakan sukar untuk menerima perubahan yang ingin dibawa kedalam rumah tangga kami..Benarkah suamiku.. begitukah aku dipandangan matamu..? hinanya diri ini.. tidak cukup dengan itu kelakuan buruk ku pada hari berikutnya diceritakan disini..

Ya Allah hinanya ku rasakan diri ini… Suamiku yang tercinta benarkah selama ini aku merupakan kelemahan dirimu untuk berubah menjadi lebih baik..? Andainya benar izinkan aku untuk mengundur diri bagi memberi ruang dirimu untk melangkah lebih jauh membimbing anak2..Aku rela disishkan andai aku menjadi punca dirimu sukar bergerak mencari sinar agama… Ya Allah ampunilah hambamu ini..permudahkan segala urusan suamiku di dunia mahupun akhirat doa2ku sentiasa mengiringinya…

20150710

Ramadhan dan Syawal bagiku

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:07 am 0 komen dari pembaca

Setiap kali puasa.... Aku dah mula fikir apa erti raya...
Untuk kali ni.. Aku masih tak nampak apa erti raya.. Lagi lagi bila kehilangan insan yang ditunggu setelah sekian lama.. Lepas dilahirkan dalam minggu ks 26, dengan berat 735g, selepas 7 hari... Anakanda Murnee ku telah pergi menghadap Ilahi....

Aku menghitung detik detik akhir Ramadhan ini dengan penuh tanda tanya. Bahkan bukan sekali ini saja... Tetapi lebih kepada setelah kami mendirikan rumahtangga. Di mana kegembiraan menjelang Syawal.. Apakah ertinya kedatangan Ramadhan ini...

Kali ini aku hanya sempat berpuasa selama lebih kurang 12 hari... Tempoh berpantang membuatkan aku terus terusan dihambat perasaan sunyi dan kosong... Lagi lagi setelah berada di KL.

Aku sering berfikir di mana salah silapku hingga adakalanya aku melalui seharian sendirian. Bila aku tidur baru suamiku pulang... Adakah lebih baik begini? Aku ingin sekali berbual bual... Bukan mempersoalkan apa saja benda dalam telefon pintar ini.

Bila siang disoal ditanya.. Buat apa.. Buat apa.. Bukan itu soalan yang aku mahu dengar... Bukan itu sahaja!

Apa salahnya jika pulang awal dan membantu aku meringankan sedikit kerja di rumah. Jika tidak ajak lah aku berbual.. Bercerita... Tapi perkara2 ini tak pernah berlaku.. Perkara2 ini tidak pernah terlintas agaknya. Yang penting telefon pintar.. Gadget ini perlu dilihat.. Ditonton dan diselidik.. Adakah aku ini sedang menyembunyikan sesuatu....

Mengapa tidak pernah nampak apa yang ada diwajahku ini? Mengapa tidak pernah melihat ketulusan aku dalam hubungan ini?

Aku bertanya lagi tentang Ramadhan yang kian pergi tidak lama lagi... Sesepi hati ini... Cuma 12 hari itu aku benar-benar dapat memenuhi janjiku untuk membaca alquran. Walaupun tidak mampu menghabiskannya.. Setidak tidaknya dapat ke separuh. Inilah pertama kali seumur hidup dapat aku habiskan masa untuk beramal ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

Entah mungkin aku belum pasti aku masih sempat untuk menemui Ramadhan akan datang..,.

Aku cuma melihatnya dengan perasaan kosong... Melaluinya.. Mengikutinya dengan perasaan yang aku tidak mampu untuk gambarkan...

Tidak membawa sebarang erti jika aku melaluinya berterus terusan begini.....

20150624

SOLAT.. PENTING KE?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:02 pm 0 komen dari pembaca


Dipetik dari FB UKM Confession

5/18/2015 0:08:15

"FAMILY SEBELAH AYAH AKU

Nenek aku tak solat, arwah atuk aku tak solat, pak long aku tak solat, ayah aku tak solat, mak lang aku tak solat, mak uda aku tak solat, sampai lah ke mak usu aku tak solat( 8 beradik semuanya, sorg dah meninggal). Tu belum masuk keluarga pak long aku, anak bini dia, keluarga mak lang aku, suami ngn anak2 dia. Boleh kata semua tak solat, yang solat pun boleh kira dgn jari jumlahnya.

Mujur ayah aku kahwin dgn mak aku, mak aku terjaga la jugak solatnya auratnya. So adik-beradik aku kiranya yang bernasib baik sbb ada guide dari mak aku. Kalau nak harapkan ayah, memang kitorang semua sama la tak solat.

Disebabkan ada mak aku je yg jaga ibadah, aku dgn adik bradik bukanlah terjaga sgt, sbb mak aku pun kena selalu ingat2kan ayah ttg ibadah. So aku grew up tak berapa kisah bab solat. Yelah, mak je solat, ayah tak solat pun, takde masalah pun. Memang kitorg membesar macam tu. Tambah2 pulak tgk nenek, pkck mkck semua pun tak solat. Aku belajar pasal wudu, niat solat, rukun solat ape sume tu masa SRA je. Mak tak byk luang masa nak ajar sbb dia pun kerja, nak cover duit belanja kitorg semua(ayah aku kerja tp hulur duit sikit je dkt kami). Kiranya aku belajar solat kat sek agama, solat jemaah kat sek tapi kat rumah, hancur lebur 5 waktu aku. Sama la dgn akak dgn adik2 aku. So, bila aku baligh time form 1, aku still tak solat. Mak ada la ajar cara mandi wajib. Aku buat, tapi takde function pon, sbb aku tak solat, tak ngaji(eventhough aku lancar Quran dari darjah 3). Dalam sebulan ada la sekali dua aku solat. Aku still tak solat tapi dah start jinak sikit2 sampai la awal f4. Aku dpt masuk asrama. Bila masuk je asrama, hidup aku turn 360. Aku solat 5 waktu, jemaah pulak setiap masa. Ajaib sbb aku tak rasa terpaksa. Aku belajar lebih pasal aurat. Aku kenal al- mathurat, aku hafal al-mulk. Aku baca Quran siang malam. Aku hafaz balik surah2 yang pernah aku hafaz masa SRA. Aku happy kat situ. Mak pun happy aku berubah. Akak pun dah solat selalu sejak dia masuk asrama. Tapi ayah still macam dulu, nenek aku, pkck mkck aku, still sama.

Aku boleh nampak beza keluarga sebelah ayah dengan keluarga sebelah mak. Belah ayah memang porak peranda, yang ini kahwin 2 senyap2, yg itu mengandung anak luar nikah, yg itu merempit, yg ini kena buang sekolah, yg itu 10 kali masuk lokap, yg ini tak reti balik rumah. Memang family adik-beradik ayah aku 85% hancur. Yang elok sikit family aku dgn family mak usu, tu pun sbb ada mak dgn pak usu aku yg jenis yg solat. Ironik sbb mak usu aku ustazah, tapi dia yg tak solat.

Banding dengan family belah mak, family adik-beradik mak semua okay. Eventhough kebanyakan kurang bab pelajaran, tp akhlak okay. Solat terjaga, segelintir je yg tak strict pasal solat. Tp in general okay.

Kau boleh bayang jadi aku, bayang family sebelah ayah yang memang rupa perangai macam dah melangkah ke neraka. Banding pulak dengan family sebelah mak yg aman, tak bertekak, solat jaga, hormat sedara mara.

""So? Apa yg cuba kau sampaikan? Apa motif kau taip panjang2 ni ha?""

Apa motif aku? Aku nak tunjuk kat korang, nampak tak peranan solat? Tengok balik family ayah aku, dari atuk nenek sampailah ke cucu cicit, hancur habis bab agama.(Moyang aku tak payah cerita la, sbb aku tak kenal pun diorg). Mula2 dari atuk n nenek yg tak ambil berat pasal solat, takde inisiatif nak ajar anak2, anak2 pun takde la nak solat, pastu menurun pulak kat cucu2, pastu ke cicit2. Sampai bila? Sampailah kiamat. Sampai dah tertutup pintu taubat. Sampai sudah la tak solat.

Sehari tinggal 5 waktu solat. Seminggu dah 35 waktu. Sebulan? Setahun? Dua tahun? 50 tahun?

Nenek aku tu dah 70++, ayah aku dah 50++. Berapa byk waktu diorg tinggal? Aku yg muda ni pun bertatih-tatih nak mengqada utk tempoh 3 tahun solat yg aku tinggal. Ni pulak diorang.

Sehari di dunia, berapa lama waktu di akhirat? Tinggal satu waktu, apa balasan kita dapat?

Ambil ikhtibar gais, aku tak kuat nak tarik seluruh family sebelah abah, tapi aku cuba. Kalau korang ada masalah similar macam aku, kita cuba okay. Cuba tarik diorang utk jumpa Allah. Takkan selamanya nak sesatkan diri? Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah? 

20150503

GST : Berfikir dan terus berfikir

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:27 am 0 komen dari pembaca

Kita sebenarnya ada hak untuk bersuara.. Tapi kita dah didogmakan dengan banyak perkara sampai kita jadi benak.. Sampai kita jadi an ignorance person.. Sampai kita jadi bodoh.. Jadi dungu.. Kita hanya mendiamkan diri kita bila hak kita diambil dan dipergunakan..

Dan kini bila mana pelaksanaan gst yang membuatkan kita terkial kial untuk membayar cukai bagi segala tok nenek dari yang besar sampaikanlah hal sekecil benda pun kena bayar cukai pun kita tetap berdiam diri. Membatu.

Hak kita dipergunakan.. Bila kita cuba bersuara kita dinyahkan.. Cuba didiamkan dengan beranggapan apa hak kita itu suatu tentangan hebat terhadap perlaksanaan. Sedangkan jika kita ukur di badan sendiri.... Rata rata ramai antara kita yang sakit... Yang tidak mampu berdepan dengan situasi hari ni.. Dengan gaji yang tidak seberapa.. Ekonomi yang semakin membebankan. Kos sara hidup yang kian meningkat di bandaraya.. Dengan penambahan perlaksanaan gst ni lagi menambah parah perbelanjaan seharian kita. Belum dengan bayaran prepaid..telco yang terus membodohkan rakyat. Penguatkuasa yang mengikut telunjuk telco... Apa lagi alasan kita untuk terus berdiam diri ??

Sebelum ini hanya melibatkan kos bagi restoren besar.. Hotel... Namun kini.. Makan kat kedai mamak pun ade gst. Entah no pendaftaran gst tu tipu pun kita tak tau... Cara mereka bayar gst tu pun kita sebagai marhaen dan rakyat biasa tak pasti... Entah berapa lama lagi kita terus ditipu dengan sistem ekonomi pun kota tak pasti!!!

Yang pasti kita dah termasuk dalam golongan orang orang yang dizalimi.. Kenapa tidak??? Kita yang berada di tanah air sendiri pun masih belum mampu memeliki rumah yang setaraf dengan kerjaya kita. Apalagi jika mahu membeli segalanya perlu berhutang. Berhutang sana... Berhutang sini... Berhutang pinjaman pendidikan.. Berhutang nak beli kenderaan.. Berhutang peribadi nak melepaskan diri beli dengan harga yang ditawarkan secara pembelian tanpa pinjaman. Kau rasa boleh ke kau kumpul duit .. Sekat semua perbelanjaan... Sekat makan harian.. Semata mata nak kumpul duit u tuk beli aset dengan tanpa berhutang???

Tipu lah kalau cakap aku beli tanpa berhutang. Kecuali kau kerja overseas... Off shore... Lain cerita.. Kalau setakat kerja sebagai gomen servant... Tak payah la nak cakap aset semua yang kau beli tu berkat kau simpan dari kanak kanak...

Yang paling pelik... Bila ada seorang makcik yang nak perjuangkan untuk anak cucu cicit generasinya pun dianggap orang yang perlu dipertanggungjawabkan kerana boleh merosakkan pemikiran rakyat. Setidak tidaknya makcik tu ada harga diri. Makcik tu tau kenapa dia berada diperhimpunan tu... Makcik bukan jenis manusia yang lupa ingatan. Hari ni cakap lain.. Esok cakap lain..

Belum lagi dengan harga minyak yang naik macam puppet show.. Sekejap jadi naik.. Sekejap tak jadi naik... Sebab apa??? Sebab takut undi tak dapat diraih???

Hari ni rakyat marhaen boleh dikatakan berilmu.. Diajar cara berfikir untuk perkara yang betul dan tak betul.. Hatta pelajar hari ni bila ditanya pun boleh jawab apa pilihan mereka tanpa dibantu atau dipengaruhi oleh orang lain. Kerana mereka peka. Mereka ambil tahu. Mereka menganalisis baik buruk bukan disebabkan kepentingan politik. Tapi disebabkan mereka sedar perubahan sosial dan ekonomi masa kini.. Rata rata pelajar bukan dari kelompok elitis... Mereka orang biasa yang bapa mereka berniaga di pasar.. Di pasar malam.. Berniaga burger di jalanan... Ibu mereka tidak bekerja tetapi mengambil ipah menjadi pengasuh semata mata untuk membantu si bapa.. Menambah pendapatan..

Sebut lagi tentang topup prepaid... Menteri mengatakan kerana banyak digunakan oleh warga asing. Apakah warga asing telah melebihi penduduk majoriti di Malaysia tanah bumi tercinta ini??? Oleh itu.... Mereka perlu bertindak sedemikian dengan mengenakan cas gst pada prepaid topup??? Bodoh punya alasan..

Kalau macam tu lah gayanya.. Patutlah minyak di pintu masuk negara Selatan.. Utara dan Pantai Timur berada dalam keadaan teruk... Sebab... Penguatkuasaan yang terlalu lemah dan longgar... Jadi disebabkan warga asing.. Rakyat menerima kesannya???? Alasan apa yang mereka sedang cuba mainkan ni???

Itu belum isu tanah... Isu tanah rezab yang menjadi puppet show.... Berapa ramai kita sedar... Berapa ramai antara kita ambil tahu akan kedudukan kita??? Kita ini harta tak punya.. Merempat di tanah sendiri.. Sikit masa tanah kita yang nama tercinta ini menjadi milik orang lain.. Masa tu jangan nak nangis lah!!!! Orang kita jual tanah kita pada orang lain.. Jual pada orang asing... Jangan sebut sebut lagi ketuanan Melayu. Sebab orang kita sendiri yang menjual harga bangsa diri pada warga asing.

Kalau kita tak fikir... Jangan cakap orang lain gila.. Fikirlah semasa kau boleh berfikir. Lihat orang bukan kerana pakaian mereka. Tapi lihat orang dan lihat bagaiamana mereka berbicara dengan kau. Ideologi sang pemimpin boneka yang politician takkan sama dengan ideologi seorang yang mempelajari sejarah dengan mata.. Dengan hati... Namun orang begini dipandang sepi.. Hanya kerana dia tak tunjuk dia ada harta.. Cakap dia dianggap macam orang gila. Sebenarnya kau orang yang bodoh. Sebab kau orang tak pernah sedar yang sebenarnya kau orang sedang dipijak dan dinyahkan dari bumi yang kau cintai. Berhentilah asyik meminta subsidi. Sebab cara ini lah yang buat kan lebih ramai yang menderita.

"Time to think with the deepest heart"

20150415

Makan tanggung berak cangkung

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:24 am 0 komen dari pembaca

Aku suka tengok kebodohan manusia... berperangai buruk... orang lain buat iklan... lepas tu bila customer datang.. ramai yang cakap tu advertise dari orang lain.. kau boleh tak cermin muka kau tu dari atas sampai bawah? boleh tak kau tengok diri kau tu.. adakah kau yang buat usaha semua tu...??  Atau semua tu atas usaha orang lain.. kemudian kau kebas customer orang lain.. mengaku customer kau?

Kalaupun dia tu pernah jadi customer kau... itu hak dia nak pilih sesapa untuk beli... dalam hak pengguna pun.. pengguna berhak memilih sesapa tanpa dipaksa oleh sesapa..

So... kalau kau tengok muka kau kat cermin... kalau kau memang tak pernah nak buat advertise... tapi kau nak buat muka taik cakap itu customer kau... baik kau ludah ke langitlah!

Lagi satu kebodohan manusia.... sakit hati tanpa sebab dan mengajak manusia lain (mengumpat/mengutuk) orang untuk sakit hati pada orang yang takde kaitan dengan kau...

Dan kebodohan paling jelas bila.. kau yang takde kaitan pun nak buat muka taik dan nak sakit hati tak pasal2 dengan orang tu... kau siapa nak nilaikan orang? kau bagus sangat ke??

Ni semua pengecut... cakap belakang berabuk.. depan depan semua menikus.. keje tak buat tapi mengaku diri macam tu semua usaha kau. Wahhhh!!! Miraclenya life kau kan???

20150410

Disaster made from me

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:36 pm 0 komen dari pembaca

After the past years of marriage...
Entahlah... aku rasa sebel...

Thats show my emotion lost control.
I cant control myself anymore...

Bila aku fikir fikir balik... tak baik aku buat macam tu pada suami... bukan salah dia pun.. aku marahkan orang lain.. aku marah kat dia... tapi yang dalam umah ni gak

Tapi kalau aku tak buat macam tu... takde orang yang faham apa aku rasa...

20150409

Benarkah kau insan yang baik?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:19 pm 0 komen dari pembaca

Dalam dunia ni ... susah nak mendapat keadilan yang nyata...
Membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun dia buat salah dikira bersubahat. Walhal... engkau tidak melibatkan diri dalam acara jenayah pun.. engkau tidak melakukan jenayah dengan si penjenayah pun. Engkau cuma membantunya sementara mereka memerlukan kasih sayang... dan memberi makanan kepadanya...
Adakah ini perkara yang salah? adakah ini dikira benar-benar subahat?

Adakah engkau akan membiarkan sahabat engkau terus melakukan dosa dan terus menghinanya sehingga memutuskan tali silaturahim??

Kemudian... bila mana engkau dipergunakan oleh orang itu... atas sebab yang engkau pun tidak pernah mahukannya... adakah engkau juga perlu digolongkan dalam golongan penjenayah kerana dianggap memberi bantuan kepada si penjenayah?

Sedangkan waktu itu engkau dipergunakan oleh si penjenayah tadi??

Kita ini cuma membantu sesama manusia.. dan kita memberi sokongan moral kepadanya untuk berubah dalam erti kata membantu sambil menasihati.. bukan semestinya kita perlu menjauhi penjenayah dan membiarkan mereka terus dalam aktiviti jenayah mereka.

Di manakah keadilan sebenar dalam kita menilai kesalahan orang??? adakah kita terlalu bersikap zalim dalam menilai semua perkara yang ingin diadili??

Hakikatnya penjenayah masih akan melakukan jenayah bila adanya ruang, dan kesempatan. Namun saatnyaa kita mendorong mereka untuk mencegah melakukan daripada kejahatan dengan akhlak yang baik. Mungkin dengan sikap kita yang baik.. makan penjenayah itu dapat belajar sesuatu yang baik dari kita.... sehingga suatu masa Allah membukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dengan sebenar benar taubat.

Kegagalan kita dalam menilai telah banyak merosakkan pandangan mereka untuk kembali ke jalan yaang benar. Kerana kita meletakkan nilai tidak pada tempatnya. Berapa lama kita perlu melabel diri kita baik sedangkan hakikatnya kita juga tidak tergolong dalam golongan itu. Kita adakalanya lebih zalim dan lebih jahat daripada penjenayah. Kerana kita lebih mudah menilai kejahatan mereka dan meghukum mereka tanpa sebab.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea