Masa cuti sekolah ni ramai yang ambil peluang untuk
jalan-jalan dan melancong di serata dunia. Ada juga yang tak kemana-mana pun.
Ada yang habiskan masa depan laptop dengan wifinya. Ada juga yang menghadap tv
sepanjang hari sambil makan, baring dan bermain video game dengan PSP tak
kurang jugak ada yang main Play Station Xbox tak pun bangga dengan jenama baru
Play Station 3 yang dibeli bulan lepas. Tak kurang jugak yang jalan-jalan
secara berjemaah dengan kawan-kawan round Bandar KL. Oh… mungkin jugak tengah
cari gadis atau lelaki yang ada iras-iras macam Ewal student AF2014.
Terkadang duit dalam poket takde la sampai lima puluh not
pun. Tapi yang penting ada gaya. Bermula dari rambut sampai ke kasut. Semua
benda kena nampak up to date. Ye lah.. sekarang ni tengah gaya hipster. Dengan
yang perempuan berpakaian legging ketat macam seluar sarung nangka. Baju labuh
tutup punggung cover dengan kemeja jeans biru. Tudung pun sekarang dah pakai
selendang gulung-gulung. Tak kurang juga ada yang pakai tudung empat segi. Spec
besar macam Nuha AF2014. Siapa lagi nak jadi ikon? Yang lain macam Najwa Latif
pun tak pandai sangat berfesyen. Takkan nak tiru macam ikon Yuna pulak? Kalau
nak cakap ikon macam Elfira Loy pun, rasanya beliau pun tak la berpakaian yang
sangat static macam Wak Doyok. Dan remaja lelaki pun takkan mampu nak bergaya
ala-ala Wak Doyok sebab benda-benda macam tu panas kot. Er…. Misai macam
A.Galak tu ada sesiapa mampu ke nak bela?? Kan…
Dalam masa berjalan dengan kawan-kawan borak kosong.
Sebenarnya belum tahu pun apa tujuan nak keluar hari ini. Cerita pun tak ada
motif. Gelak gelak macam tengah cerita sesuatu yang happening, padahal langsung
tak ada bahan pun. Senang citer no point untuk cerita. Bercerita naik
eskelator.. turun eskelator… tak sedar-sedar dah habis semua tingkat dilalui
dan dah nak masuk tiga kali dah lalu tempat yang sama. Bila perut dah mula
lapar baru perasan yang masing-masing dah mengukur kawasan lebih dari lima
kali. Itu contoh bagi yang keluar semata-mata nak jalan-jalan habiskan masa
dengan kawan-kawan. Kalau yang ada tujuan pun lebih kurang, lepas tengok movie
sama-sama… kemudian pergi makan. Lepak lah kat mana-mana pun kedai, lepas makan
bercerita panjang. Bercerita macam takkan jumpa lagi lepas tu,… lepas satu
kisah… bukak kisah lain.. cerita gossip tak kira lah perempuan … tak kira lah
lelaki. Kemudian bila gelak, bagi semua mata yang ada tengok group. Tengok
sampai kenal satu persatu. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Kalau yang parents hantar balik kampong pulak, setiap hari
mata tak lekang dengan android dan media social. Sampai atuk nenek naik muak
asyik tengok cucu-cucu menghadap gadget masing-masing. Padahal kalau balik
kampong atuk nenek menunggu cucu menolong meringankan kerja di dapur. Mencari
keseronokan aktiviti luar dengan memancing, menangkap ikan, memberi makan ayam,
membasuh pinggan, mengemas rumah. Ye la… nak balik kampong pun bukan selalu
dapat balik. Atuk nenek dah lama senyap sunyi asyik berbual berdua… terkadang
nenek atau atuk pun dah tinggal sendirian. Ingat kalau cucu-cucu balik boleh la
berbual panjang. Tapiiiiiiiii….. Apa nak diharap kalau rumah sendiri pun tak
buat semua tu, apa lagi nak ringankan tangan buat kerja rumah. Kelakar pulak
kan…. Lagi pun kalau dah belasan tahun kan dah ada kawan sebaya yang lebih
seronok, dan banyak cerita nak kongsikan.
Tapi masih juga ada yang bercuti di kampong dan menolong
atuk nenek. Itu pun yang mana masih ada keluarga di kampong. Kalau keluarga
semua dah dibandar lain pula ceritanya. Bila semuanya dah ada dibandar macam
dah taka da beza. Tapi ada jugak yang bawa anak atau cucu melancong, atau pun
bercuti di Cameron Highlands, sebab kawasan peranginan tu masih sejuk kalau nak
dibandingkan tempat lain. Sekurang-kurangnya boleh la spend time dengan semua
ahli keluarga. Ada juga yang bawa keluarga makan malam tak kurang juga ada yang
buat kenduri keluarga.
Tapi yang menghabiskan masa di shopping mall paling ramai
sebenarnya. Masing-masing jalan dengan gadget di tangan… sambil tersenyum
tersipu-sipu, mata melirik tengok yang berlainan jantina. Yang perempuan
menggedik ketawa manja, buat-buat manja. Yang lelaki pula usha semacam
konon-konon mereka sedang memerhatikan gadis-gadis. Padahal mereka saja nak
kasi line panas. Konon buat gadis-gadis yang tersengih-sengih jatuh cinta.
Hehehe,….. comel kan cinta remaja???
Ada dua jenis gaya anak remaja yang baru naik. Satu bentuk
macam gaya Bandar. Satu bentuk lagi macam gaya kampong. Tapi gaya kampong ke
gaya rempit eak? Dalam bergaya dua jenis tu pulak ade lagi yang ikut style band
artist korea, tapi gaya punk skinhead atau punkrock jangan cakap tak wujud.
Gaya tu masih ada Cuma tak masuk area Bandar. Selagi ada yang masih kekal
dengan identity macam tu, selagi tu lah masih akan ada gaya pelik-pelik dari
seluruh dunia. Cumanya takde plak la penah tengok remaja pakai style Bob Marley
buat masa ni..
Yang nama pun cuti sekolah…. Dah menjadi kebiasaan, cuti
sekolah cuti buku cuti lah cerita pasal sekolah. Cuma yang tak habis adalah
cerita tentang siapa Si Kacak yang pandai menari HipHop.. Si Putih melepak
kelas A.. Gossip terkini pasal penyanyi hebat di sekolah dan blablabla… Yang
pasal tu semua tahu… walaupun tak pergi sekolah. Sebab media social terlalu
besar sekarang… ada yang buat group dalam whatsapp, twitter, Line atau WeChat….
Belum lagi yang sembang dengan KaKAoTalk. Semuanya advance… Cuma tak ada pulak
cerita pasal kerja-kerja sekolah. Yang itu masih jadi isu besar yang sampai
sekarang blum dibongkarkan.
Ada jugak yang bangun pagi-pagi dah mandi dalam kolam renang
kelab. Ibu bapa sibuk bekerja tak pernah nak ambil cuti nak bawa anak-anak.
Kadang-kadang keluar dengan kawan-kawan pun lagi best. Tak beli apa pun takpe.
Yang penting dapat berbual dengan kawan. Maklumlah, kawan-kawan dah jadi macam
parents kedua paling mesra. Nak buat macam mana jugak???? Takkan nak salahkan
anak-anak lagi… sebab ibu bapa sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cuti
sekolah pun banyak dalam setahun. Gaya hidup makin meningkat. Anak pertama ada
yang nak gadget terkini. Dah belikan gaget baru, anak kedua pula minta yang
sama. Jadi ibu bapa betul-betul ikat perut. Kalau anak semua nak pakai gadget
macam mana???? Tak tergamak kan??? Kalau tak bagi merajuk pulak. Kalau tak bagi
apa yang kita ada… Susah betul nak explain… Semua nak dipenuhi.. Nak bagi
kemudahan.. Dalam pada kemudahan pun kadang-kadang macam terlebih bagi sampai
jadi kehendak.
Sekitar cuti sekolah dah tak nampak begitu indah. Terasa
sepi sebenarnya bila masa yang ada tidak diisi sepenuhnya. Kadang-kadang terfikir
bagaimana sang penganggur boleh betah untuk tidak melakukan apa-apa. Mungkin
sang penganggur terhormat. Kalau yang hidup sebatang kara, mungkin takkan lah
jadi begitu. Dunia hari ni bukanlah dunia yang tak menggunakan wang ringgit.
Sistem kapitalis dah lama mengaar manusia untuk menyembah duit lebih daripada
mengenal Tuhan.