Maksud hadith Rasulullah: “Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara:
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya”
–HR Muslim
20121115
KISAHBENAR :Anak Gadis yang Memalukan Keluarga
Kisah kali ini
diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar
Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya
diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman
perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari
keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari
kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak
gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di
Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita
ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana
senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya
berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana
ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh
rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya
itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan
anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya
dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si
ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur
atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut
manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab
“nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan
kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit
tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh
tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak
..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli
tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya
sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz
ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk
menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di
sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang
bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur
dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak
diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz
bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun
saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk
melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak
nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga
saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya
ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang
malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang
bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang
tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila
mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah
ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa
anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat
tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba
menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu
menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir
laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada
sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu
dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe
mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si
ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada
mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar
ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya
mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat
dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman
rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak
balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang
balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam
yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib
telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke
dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan
malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya
…lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di
atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih
tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah
mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa
sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu
saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah
sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah
mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya
itu.
Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya
pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti
di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari
motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh
pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan
rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil
ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium
bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu
yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata
saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni
nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra
bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk
ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak
motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah
anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….
Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut
terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah
ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak
gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu
tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk
kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan
aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan
kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu
ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu
tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku
jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam
ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial……..berdebub…gedebab….kali ini saya
lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si
ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon
keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah
…along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!
Kau memang anak celaka…..memalukan
keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih
sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak….
sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak
dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena
langgar dengan lori..tau tak??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana
pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh
abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.
“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak
balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya
itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si
gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu
dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke
kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi
dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……