Pages

Come and be with me

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

20150722

Sukarnya menjadi wanita jika diamati

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:44 am 0 komen dari pembaca

Copy paste from Sinar Harian

SEJAK reti berfikir, saya sering anggap diri bertuah kerana dilahirkan sebagai lelaki. Pada masa itu, perkiraan saya adalah betapa sukarnya jadi wanita, betapa beratnya beban yang mereka tanggung terutama dalam hal kandung mengandung.

Ya, saya akui sekarang saya sendiri juga berperut besar malah besarnya perut saya tiada had tempoh seperti wanita.

Namun dalam keadaan berperut besar, lelaki masih boleh ketawa besar, berjaga malam tonton Piala Dunia di kedai mamak atau kedai tomyam sedangkan wanita yang berperut besar, wajah mereka ketat, selalu berasa loya, sakit kepala dan nampak penat.

Itu belum lagi dikira perlu lapor diri di klinik untuk diperiksa tekanan darah bagi yang bermasalah.

Itu satu hal.

Setiap kali bulan puasa, saya selalu teringat akan  lebih sukarnya jadi wanita, terutama pada zaman sekarang di mana kebanyakan isteri bukan sekadar menguruskan rumahtangga bahkan juga seganding dengan suami bekerja mencari rezeki. Ini berbeza dengan zaman emak atau nenek moyang kita dahulu. Ketika itu, kerja harian wanita rata-ratanya hanya menguruskan anak, membasuh dan memasak.

Kalau ada pun yang terlibat dengan urusan cari rezeki, mungkin hanya sesekali seperti menampi padi. Kerja berat atau yang jauh dari rumah diuruskan oleh lelaki. Sekarang sudah tidak sama lagi.

Awal-awal pagi, mereka juga seperti lelaki keluar rumah mencari rezeki. Menjelang malam baharu pulang, malah ada juga yang lebih lewat daripada suami. Sampai di rumah, kalau lelaki mungkin masih boleh berehat, menyandar menonton TV. Tetapi bagi isteri tidak boleh begitu. Masuk rumah, letak beg tangan terus sinting lengan masuk dapur.

Bulan puasa ini, berganda-gandalah lagi banyaknya kerja mereka. Saya ambil contoh paling dekat, isteri saya. Saban hari, selepas balik dari kerja, dia yang menguruskan semuanya. Daripada membeli juadah berbuka, menjemput anak dari taska, kesemuanya.

Ini kerana waima dalam bulan puasa, saya jarang-jarang dapat berada di rumah pada waktu petang melainkan pada hari cuti.

Itu pun dalam seminggu hanya dua hari. Sepanjang bulan puasa, tidak lebih seminggu saya dapat berbuka di rumah. Selainnya di pejabat. Jadi kesemua perkara, tidak dapat tidak, isterilah yang menguruskannya. Dan saya pulang ke rumah, paling cepat jam 11 ataupun 12 malam.

Tidak. Bukanlah niat saya membangkitkan hal ini untuk merangsang wanita berasa negatif. Tujuan saya hanya untuk golongan wanita terutama isteri sedar bahawa bebanan berganda yang mereka tanggung bukan sia-sia sebaliknya sudah dijanjikan ALLAH dengan ganjaran yang amat besar. Berbakti kepada keluarga, menyediakan makan minum untuk berbuka, terlalu banyak pahalanya.

Yang kedua, kepada suami-suami, janganlah lagi jadi ular sawa kenyang berlingkar di depan TV dengan membiarkan isteri di dapur seorang diri. Ya, saya bukan mengata orang lain tetapi diri sendiri. Ini kerana kita selalu anggap hal di dapur adalah tanggungjawab hakiki isteri sedangkan kita terlupa, tanggungjawab hakiki kita, mencari rezeki juga sudah diambil oleh isteri. Jadi, jangan terlalu berkira dengan isteri!

Selesai berbuka, mencuci pinggan mangkuk, lap meja, pun isteri juga. Suami... berlingkar di depan TV kononnya untuk memudahkan proses penghadaman supaya nanti tidak semput waktu bertarawih. Sudahnya, terawih tidak juga kerana ada siaran ulangan Piala Dunia.

Walaupun pagi tadi sudah tengok, masih mahu tengok lagi sambil 'berharap' kalau-kalau keputusan 1-7 itu berubah!

Sudah siap kerja dapur, baharulah ada ruang untuk isteri mandi, solat dan bersiap. Itu pun ada suami yang merungut 'bau masam' dan sebagainya. Sudahnya, kerja lain pula menunggu.. cuci baju, melipat baju, seterika baju. Tidak lagi dikira dengan permintaan/ arahan 'buka baju'.

Memang tidak syak lagi bahawa jadi wanita memang penat. Apa pun, jika semua itu dilakukan dengan ikhlas, reda, ALLAH yang maha adil tidak akan mensia-siakannya. Cuma, suami juga jangan ambil kesempatan. Oleh kerana ganjaran pahala yang besar untuk isteri, maka semua kerja mahu diserah kepada isteri untuk isteri dapat lebih banyak pahala kononnya.

Jangan dilupa, ALLAH juga maha kaya lagi maha pemurah. Tidak akan berkurang pahala untuk isteri jika suami juga turut sama membantu.

Akhirnya dalam usia yang semakin dewasa, bagi saya, siapa pun kita, setiap ketentuan Tuhan ada kelebihannya. Yang penting, kita mesti reda.

20140918

Kenapa lebih mudah bersekedudukan daripada berkahwin?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:12 pm 0 komen dari pembaca


Pada zaman ini hal yang danggap pelik sudah menjadi biasa. Perkara yang dianggap taboo pun dah diterima dalam masyarakat kita. Entah mengapa keadaan ini menjadi semakin berleluasa…. Kita lihat dimana mana saja anak muda tidak kira remaja dan ada juga yang sudah berumur pun melakukan hal yang sama.




Perkara ini dahulunya dianggap sangat memalukan keluarga. Namun kini, keadaannya seperti biasa. Tiada membawa apa masalah selagi masalah besar belum berlaku.



Hari ini berapa ramai pasangan yang tidak berkahwin lebih gemar tinggal bersama dan berkelakuan seperti pasangan suami isteri. Mungkin tidak perlu bersusah payah mendaftar perkahwinan. Mungkin juga tidak perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga amanah daripada Allah. Mungkin juga pasangan ini tidak mampu mengadakan majlis yang dirasakannya terlalu mahal. Mungkin juga untuk sekadar berhibur.

Ramai remaja juga kini berani untuk melarikan diri dan tinggal bersama pasangan masing-masing. Mereka berpendapat kebahagiaan dapat dikecapi apabila bersama orang yang dicintai apabila mereka dapat bersama-sama dalam keadaan yang tidak sah.

Mengapa ibu bapa seperti membiarkan hal ini berlaku? Adakah ibu bapa sebenarnya tidak mengetahui akan perbuatan anak mereka? Atau ibu bapa tahu akan apa yang berlaku namun tidak mampu lagi untuk menasihati apatah lagi untuk menghalang perbuatan ini daripada terjadi?

Dan apa yang pelik tapi benar, mengapa mereka sanggup untuk bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Adakah mereka tidak pernah berfikir penghujung perjalanan hidup mereka?
Ada yang kata… .”Jika pernikahan pun boleh berlaku perceraian… jadi mengapa kami perlu bernikah jika sampai masanya kami bercerai juga?”
Mengapa mereka masih mahu menolak kebenaran dengan cara yang salah? Mengapa ada yang sanggup mempertaruhkan kehormatan diri kononnya demi insan yang dicintai secara terang-terangan hal yang salah? Adakah mereka nanti tidak akan merasa malu jika mereka akhirnya berpisah dan mencari pula pasangan hidup yang lain? Adakah semudah itu meletakkan maruah hanya dengan berkata dan bercerita tentang hal-hal lama? Adakah mereka akan bercerita kisah silam mereka?

Mengapa mengapa mengapa diri sendiri sanggup untuk membiarkan kezaliman itu dan menerima kezaliman itu tertanggung pada diri sendiri? Jika pasangan berkahwin apa sahaja yang dilakukan menjadi pahala dan keberkatan. Tetapi bagaimana dengan pasangan yang tak berkahwin ini? Segalanya menambahkan dosa.

Tidak kira remaja atau semua manusia di dunia ini… janganlah pedulikan kata-kata manusia lain dalam menegakkan suruhan Allah. Buatlah yang sekadar semampunya jika itu saja kemampuan kita. Lakukanlah sebaiknya untuk mendapat keberkatan dalam hidup kita. Pahala kita cari dan kita fikirkan ke mana kita halakan anugerah hidup yang Allah beri pada kita.






Jangan salahkan orang lain. Kita dikurniakan akal. Kita fikirkan jalan sebaiknya. Kita boleh bernikah biarpun pada pandangan orang kita terlihat miskin. Itu lebih baik daripada kita bersekedudukan tanpa nikah. Katakanlah berlaku perceraian, kita punya hak untuk mendapatkan bahagian untuk diri sendiri. Kerana itu kita tidak dizalimi. Itulah sebabnya mengapa Islam mewajibkan pernikahan pada pasangan. Selain memelihara kehormatan seorang wanita, ia juga mengangkat darjat wanita itu secara tidak langsung. Perkara ini perlu difahami bukan sekadar sebab yang bersifat sementara kerana yang menanggung akibat itu adalah wanita.



Diharap wanita tidak kira umur perlulah berfikir secara bijak dalam membuat sebarang keputusan. Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa saja.. namun pastikan diri sendiri tahu memilih antara yang baik dan yang merosakkan diri sendiri.



Kata orang taubat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun…. Kematian juga datang pada bila-bila masa. Kita sendiri tidak tahu ajal kita bila. Hari ini kita masih mampu memberi senyuman pada orang lain. Belum tentu esok kita dapat menghadiahkan senyuman lagi….. Perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk kita melakukan hal yang merosakkan diri kita. Kita sendiri belum tahu azab yang akan kita tanggung di akhirat sana. Entah kita mampu atau tidak…. Allahua’lam.


20130322

10 SEBAB WANITA MENINGGALKAN LELAKI

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:08 am 0 komen dari pembaca
 
 
 
 
Terdahulu saya ada mengeluarkan sebab-sebab kenapa Lelaki meninggalkan Wanita.
Tapi... hari ni saya nak kongsi antara sebab-sebab wanita pula meninggalkan Lelaki yang dia idamkan. Mungkin Wanita ni rasa Lelaki tu cukup sempurna... tapi bila perhubungan semakin lanjut.. semakin banyak hal yang nampak di matanya...... atau mungkin Wanita memandang sesuatu yang lebih panjang untuk masa hadapannya.... Lelaki jangan marah OK!
 
 
 
 
 
 
1. Mempunyai fizikal yang tidak menarik.

Tak menarik tu sebenarnya subjektif bergantung kepada setiap individu yang berbeza. Bagi sesetengah perempuan, pendek pun boleh menjadi tak menarik. Punggung besar pun tidak menarik katanya. Paling ketara mungkin, warna kulit gelap, perut buncit ataupun muka berjerawat.


2. Kurang meluangkan masa untuk keluar bersama.

Ini antara yang paling lazim. Dari zaman P. Ramlee dulu pun memang dah guna alasan ni. Walaupun anda sibuk dengan kerja mahupun tanggungjawab, kadang-kadang alasan anda tidak akan diterima. Apa yang penting, anda harus meluangkan masa bersama atau berdepan kemungkinan ditinggalkan kekasih anda.


3. Terlalu jujur.

Kadang-kadang lelaki terperangkap antara memenangi hati kekasih dan prinsip hidup. Walaupun pahit, kebenaran nyata perkara yang perlu ditegakkan. Malang bagi anda, perempuan semamangnya suka kepalsuan. Pujilah si dia cantik walaupun tidak, pujilah die baik walaupun tidak, pujilah dia pintar walaupun hakikatnya dia tidak.



4. Kereta anda tidak menonjol/mempunyai motor sahaja.

Kecoh di facebook tempoh hari tentang kenyataan seorang remaja perempuan hingusan yang nyata memperlekehkan lelaki di akhbar tentang motor bukan lagi pilihan mereka dalam dunia serba moden kini. Walaupun dalam sesetengah keadaan, perempuan gemar memendamkan ketidak-selesaan tersebut, tapi ianya tetap ada dan jika kena tempat dan masa, andalah mangsanya. Antara wira buruk tahun 1995 dan kereta myvi 2011 agaknya mana pilihan anda?

Tapi hari ni macam-macam kereta ada... Zaman ni kereta Audi tengah popular... Sikit hari ni.. Range Rover... Makin besarlah nafsu wanita... Itu pun kalau wanita tu amik tau pasal dunia motor kereta.


 
 

 
 
5. Enggan berjumpa dengan ibu bapa si perempuan.

Perempuan lebih cenderung untuk berasa tidak selamat sepanjang bersama dengan teman lelakinya selagi mereka belum berkahwin. Jadi apa-apa tindakan yang sedikit sebanyak bakal melegakan si perempuan merupakan tindakan yang genting (crucial steps) dalam menuju ke arah ikatan yang sah. Berjumpa dengan ibu bapa merupakan salah satu daripada tindakan tersebut. Awas, keengganan anda untuk berjumpa dengan ibu bapa kekasih anda akan menghakis kepercayaan pasangan anda seterusnya menjadi ibu penyebab kepada masalah lain dalam perhubungan.


6. Terlalu banyak menghabiskan masa bersama rakan.

Ketahuilah bahawa, kekasih anda adalah segala-galanya. Anda seharusnya mengutamakan kekasih anda dan bukan melepak di kedai makan bersama rakan-rakan lelaki anda sehingga pagi.


7. Kurang mengeluarkan wang ketika keluar bersama.

Perempuan gemar jika mereka dilayan ibarat puteri. Apa yang diminta perlulah anda turuti. Persembahkan lah hadiah yang mahal-mahal dan anda akan disayangi sentiasa. Jadi tindakan anda yang sengkek (walaupun anda mempunyai alasan sendiri) sebenarnya sering disalah tafsirkan sebagai kedekut dan tidak segak (tak sweet).


8. Sering bercerita tentang kekasih lama anda ketika keluar bersama.

Perempuan memang kuat cemburu. Mereka kononya mempunyai hati yang sensetif yang senantiasa perlu dijaga oleh anda, dan hati anda tak perlu dijaga. Bercerita tentang keindahan kisah terdahulu anda bersama bekas kekasih sedikit sebanyak bakal mendatangkan perasaan cemburu memandangkan kaum perempuan lebih cederung membandingkan diri mereka dengan bekas kekasih anda. Masing-masing mahu menang katanya.

 
 


9. Tidak serasi.

Anda tidak serasi. Aku kurang pasti sebenarnya bagaimana hendak mengukur keserasian ini, tapi yang aku tahu, pengukurnya ada pada kekasih anda. Kiranya, hanya mereka yang tahu sekiranya anda berdua serasi atau tidak. Stupid.






10. Sudah mempunyai lelaki lain.

Semua 9 sebab-sebab di atas hanyalah alsan mulut bermadah semata-mata sekiranya kekasih anda sudah mempuyai lelaki lain yang lebih istimewa. Anda sudah habis.
 
 
 

20130201

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:33 pm 0 komen dari pembaca
Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?


Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?


Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.



Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.


Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.


Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita.

Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.


Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.



Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.


Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif (push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2011/10/kenapa-lelaki-tinggalkan-wanita.html

Perangai GADIS yang buat TERUNA meluat!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:24 pm 0 komen dari pembaca
 
Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!



1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.


2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.


3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.


5. Membebel &Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.


6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.


7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.


Satu-satunya banduan wanita di Penjara Lelaki yang tidak diketahui umum

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:55 am 0 komen dari pembaca
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?
Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.












Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?


kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.
Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia
http://www.youtube.com/watch?v=5-RfyiE1_YU&feature=player_embedded

20130106

Belibarang Atas Talian

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:44 pm 0 komen dari pembaca
Ok.. Sebut pasal beli barang atas talian atau 'online shopping' ni sebenarnya banyak juga kelebihannya. Klik ... Klik.... Tengok mana yang berkenan.. Kalau baju.... Ukur2 dengan badan kita... Ngam... Boleh terus transfer duit ke akaun ketiga (si penjual tu)....

Walaupun pebelian online ni sebenarnya memudahkan kita sebab tak perlu ke shopping mall.... Dan adakalanya kalau nak beli suatu barang tu pulak ... kena beli borong... Harga dah lain. Daripada nak dapat murah pun asalnya jadi mahal.

Bukan lah nak cerita sangat tentang pembelian atas talian ni. Sebenarnya sebagai pembeli, kita ada banyak pilihan untuk mencari dan membandingkan harga daripada blog jualan kepada blog jualan yang lain walaupun barangnya sama. Samalah juga macam kita nak beli barang kat shop lot pun kan?
Cuma, adakalanya pembeli kena tunggu berjam-jam lamanya untuk dapatkan kepastian tentang barangan yang dijual sama ada masih ada dalam stok atau tidak. Keadaan ni sedikit sebanyak memberi gambaran negatif tentang si penjual itu.

Sebagai penjual, kita perlu melayan pelanggan yang ingin membeli. Pelanggan mungkin boleh 'lari' kepada peniaga yang lain kerana merasakan tidak dihormati sebagai pembeli. Memang pengguna atau pembeli ada hak. Dan penjual pun ada haknya.

Penjual sepatutnya meluangkan masa apabila pembeli cuba untuk bertanyakan akan produk yang dijualnya. Mungkin si penjual merasakan bahawa sudah ramai pelanggan yang dimilikinya. Jadi mereka mengabaikan akan pelanggan yang bertanya itu.

Terdapat juga penjual yang merasakan bahawa pelanggan tidak berduit. Pada hemat saya lah. Mereka menilai seseorang pelanggan hanya daripada luaran. Menganggap orang yang bertanya itu bukanlah orang yang benar-benar akan membeli produk jualannya. Namun, itulah yang biasanya terjadi. Si penjual akan melayan pelanggan yang dirasakannya layak saja. Sedangkan tidak semestinya begitu.

Saya tak nafikan ada ramai lagi penjual diluar sana yang baik. Namun sayangnya saya tidak memilih untuk berurusan dengan mereka kerana produk yang mereka jual tidak menarik perhatian/ memang saya tak perlu. Jadi terpaksalah saya menghadap penjual-penjual yang SIBUK. Nak tak nak terpaksalah menunggu berjam-jam.

Ketidakpuashatian berurusniaga atas talian seperti ini sebenarnya tidak diketahui jumlahnya. Namun, sedikit sebanyak memberikan gambaran negatif terhadap jualan mereka. Ada juga yang menjual produk terlalu 'limited' / terhad. Bila nak beli dah habis. Tapi masih lagi memaparkan produk yang dijual. Ternyata ia amat menyakitkan hati.

Saya harap penjual-penjual atas talian ni lebih sedar akan tanggungjawab mereka. Memang mudah sebenarnya membeli produk atas talian. Tapi hargailah perasaan pelanggan.

20121215

13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:37 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak nasihat atau tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?
 
 


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat dari Allah SWT)
 
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
 
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
 
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
 
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
 
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
 
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)
 
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
 
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)
 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)
 
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)
 
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)
 
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)
Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi.
Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.
Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

20100827

Oh murahnya harga wanita.....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:25 pm 0 komen dari pembaca
http://www1.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/794-ketahuilah-wanita-lelaki-teransang-30-kali-sehari.html (Sumber)

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.



Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

20100812

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:39 pm 0 komen dari pembaca
(diperoleh daripada :http://www.zaharuddin.net/)

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan auratlelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil jugaboleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakanuntuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudahmenjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasukikebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agarkita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonisme Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur-baur adegan dosa (berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

20090709

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:18 pm 0 komen dari pembaca
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea