Pages

Come and be with me

Showing posts with label situasi. Show all posts
Showing posts with label situasi. Show all posts

20130116

KELUAR MALAM : Sejauh mana relevannya?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:04 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai putaran alam berganti-ganti bagi membolehkan manusia mengatur hidup. Waktu siang membuka peluang untuk manusia melakukan tugasan seharian mencari rezeki dan memenuhi keperluan lain. Manakala waktu malam adalah peluang untuk beristirehat.

Individu tidak bertanggungjawab telah menjadikan malam sebagai masa mencari mangsa dan memuaskan kehendak nafsu. Tengah malam di bandar besar tidak ubah seperti siang hari dengan dicahayai sinaran lampu dan manusia masih berpusu-pusu dengan tujuan masing-masing.

Untuk memenuhi permintaan ramai orang beraktiviti waktu malam, terdapat kedai serbaneka, restoran, kedai runcit, stesen minyak dan sebagainya yang beroperasi 24 jam. Ini menggalakkan lagi orang menjadikan waktu malam untuk bersantai dan menjalankan aktiviti yang hanya mereka saja faham sebabnya.

Bagi mereka yang terpaksa mencari rezeki atau bertugas pada waktu malam seperti anggota keselamatan, Jururawat, bekerja majlis bandaran dan pengawal keselamatan, berjaga malam memang menjadi kewajipan. Mereka melakukan tugas demi untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan umum.

Tidak elok berjaga

Sebaliknya yang dimusykilkan ialah apakah perlunya kita bersantai dan berembun sehingga lewat malam tanpa sebarang alasan. Bukan sedikit yang keluar rumah apabila waktu sudah melewati tengah malam semata-mata untuk menikmati secaran teh tarik atau roti canai. Ðah tu pula, ada yang mengambil masa yang panjang sehingga pukul tiga atau empat pagi baru pulang.

Amalan ini perlu diubah. Tidak elok berjaga malam kerana banyak kesan buruknya. Individu keluar malam dan balik lewat malam bererti tidak menghargai waktu malam yang disediakan oleh Allah SWT untuk kita berehat di rumah.

Waktu malam juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat sembahyang, membaca al-Quran dan berzikir. Sembahyang sunat pada waktu malam dilakukan oleh mereka yang ingin meningkatkan lagi ketakwaan.

Sesiapa yang tidur dengan niat merehatkan badan bagi membolehkan meneruskan tanggungjawab sebagai hamba-Nya pada hari esok juga dikira membuat kebajikan.


Lebih banyak buruknya
Tidur awal dan mendapat rehat yang cukup membolehkan kita bangun awal dan bekerja dengan produktif pada sebelah siangnya. Allah suka kepada orang yang bekerja dengan gigih untuk mendapat rezeki yang halal.

Aktiviti lewat malam banyak melibatkan perkara buruk. Pusat hiburan, perjudian, pelacuran, kongsi gelap, menyamun, zina, rogol, penagihan dadah, minum arak dan lumba haram banyak berlaku pada waktu lewat malam.

Ibu bapa harus mengawal anak-anak daripada pulang lewat malam. Tidak ada alasan untuk pelajar dan remaja keluar sehingga lewat malam. Yakinlah, jika anak anda suka pulang lewat malam, pasti ada aktiviti tidak baik yang dilakukannya. Anak yang baik menghargai waktu malam untuk bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Ðalam hal ini, amat perlu ibu bapa sendiri yang terlebih dahulu mempraktikkan amalan pulang awal. Ibu bapa yang bertanggungjawab menjadi contoh kepada anak-anak. Keluarga bahagia menjadikan waktu malam untuk berkumpul bersama-sama di rumah.

Hargai waktu

Pada waktu malam adalah peluang terbaik untuk seluruh seisi keluarga bermesra, melakukan aktiviti bersama dan berbincang. Kita sepatutnya mengamalkan kembali tradisi orang tua kita dahulu, setiap orang perlu pulang dan berada di rumah sebelum waktu Maghrib.

Bapa mempunyai tanggungjawab berat membimbing ahli keluarga mengikut jalan yang diredha oleh Allah SWT. Tanggungjawab memimpin keluarga perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Kebiasaan sikap ibu bapa yang suka keluar malam turut diikuti anak-anak. Anak juga merasakan ingin mencari keseronokan di luar rumah pada waktu malam. Suasana gelap dan sunyi memudahkan untuk melakukan perbuatan tidak senonoh dan menyalahi undang-undang.
Sesetengah ibu bapa keluar malam untuk mencari pendapatan tambahan, sedangkan selebihnya sekadar untuk bersuka ria. Perbuatan ini banyak dilakukan oleh bapa. Bapa yang keluar rumah tanpa keperluan munasabah membuktikan dirinya bapa dan suami yang tidak bertanggungjawab.

Kempen rumahku syurgaku perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keluarga adalah lambang kebahagiaan hidup. Hargailah waktu malam yang damai dan aman untuk beristirehat atau jika berkeupayaan, jadikan sebagai waktu untuk beribadat. Adalah lebih selamat dan aman pada waktu malam kita berada di rumah.

Waktu malam di luar rumah sebenarnya seram, ganas, melalaikan dan maksiat. Berada di luar rumah pada waktu larut malam mendedahkan kita kepada kejadian buruk.

 Renung-renungkan....

20130112

DERMA VS. PENGEMIS

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:08 am 0 komen dari pembaca
"Pada suatu hari Sabtu yang lepas, semasa ke Giant yang bersebelahan dengan Petronas. Terdapat beberapa orang peminta derma. Derma itu dikatakan bertujuan untuk membantu anak-anak di rumah kebajikan swasta. SI peminta derma menghulurkan sebuah buku himpunan doa dengan mengatakan bahawa buku itu diberi PERCUMA, tetapi dengan derma seikhlas mungkin sebanyak RM10.00."



Berpetik dari kenyataan di atas tu la kan.... Saya tak pasti apa pendapat anda. Tapi saya rasa anda semua boleh baca petikan yang saya keluarkan daripada petikan ini. Apapun pendapat anda, itu pendapat anda. Kat bawah ni pendapat saya.


Kisah peminta derma:
Pada pendapat saya apapun derma, biarlah kita yang nak derma tidak rasa seperti dipaksa. Menderma perlukan keihklasan. Bukan paksaan walaupun kata-kata yang dikeluarkan si peminta derma seperti memujuk. Saya rasa tak perlu. Saya bukan orang yang berkira. Tetapi banyak perkara yang terjadi dihadapan mata. Terus terang saya tidak suka orang datang meminta bantuan secara paksa. Daripada kata-katanya itu membawa banyak maksud.

Terdapat juga si peminta derma yang berada di depan bank, memakai pakaian muslim. Meminta derma untuk sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim. Paling kesian ada 2 kisah yang pernah saya lalui. Pertama semasa di kedai makan. Masa tu jam menunjukkan pukul 10 malam. Seorang gadis berbaju kurung datang meminta bantuan untuk sekolah tahfiz di negeri Kedah, katanya. Semasa itu, kami tidak membeli kalender yang dijualnya. Kami memberi wang kepadanya dengan berkata duit itu untuknya. Bukan untuk sekolah tahfiz.

Sekali lagi, ditempat yang lain..sewaktu makan bersama ibu dan adik. Seorang gadis lain memakai baju kurung. Kali ini kami sempat berbual dengan gadis itu. Ibu saya bertanya dari mana asal gadis itu, dia berkata.. Asalnya dari Kedah. Mengapa sanggup buat keje ni...
Gadis itu menjawab dia seorang sukarelawan dan ingin membantu sekolah tahfiz itu.
Kamu tinggal di mana? (sedangkan saya berada di Johor Bahru pada ketika itu).
Gadis : Saya tinggal di Pasir Gudang, makcik.
"Sampai pukul berapa kamu berada di sini?" Gadis : Biasanya sampai malam.
Ibu saya bertanya lagi... "Awak umur berapa?"
Gadis: 18 tahun. 
Gadis itu jujur menjawab soalan, sehinggakan dia sendiri meminta ibu saya mendoakan usahanya itu terus istiwamah.
Akhirnya, kami tidak memberi gadis itu duit untuk pusat tahfiz, tapi kami berikan padanya kerana tidak sanggup melihat dia bersusah payah datang ke setiap meja semata-mata untuk dana pusat tahfiz di Kedah.

Berapa banyak kali kita nak kena tipu ntah



Entah signature sape ntah dia ambil. Nama pun takde.



Kisah peminta sedekah:
Ini lagi pasal minta sedekah. Saya terus terang tak suka adegan meminta sedekah yang berlaku dalam negara kita ni. Seriously saya tak suka. Sakit mata. Melihat kerenah peminta sedekah membuatkan saya meluat. Bukan nak cakap apa. Kalau ada kelainan upaya, mereka bukan tak boleh bekerja, malah mereka pun ada didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ada yang buta diteman oleh pasangan datang dengan menjual tisu. Nak mengabui mata si pemberi sedekah dengan cara 'membeli' tisu dengan bayaran RM1.00. Walaupun RM1.00 tu nampak kecil. Tapi kalau dikira sepanjang laluan di kedai makan / restoren mereka dapat paling sikit 10 orang. 10 kali lalu, dah berapa? Bayangkan kita sendiri yang bekerja, pun tak dapat gaji sebanyak itu. Gaji sendiri pun tak memadai.

Ada juga yang menjual kerepek, alasannya nak bantu ibu yang berada di kampung. Tapi kalau orang tak nak beli, memaksa. Merungut. Cakap belakang bila orang tak beli. Hak kita nak beli dan tak. Janganlah nak paksa orang. Minggu depan muka yang sama. Kali ni bawa pulak resit entah dari mana, katanya minta derma anak yatim. Insiden yang sama. (Kes menipu)

Pernah dalam satu masa ada 5 orang peminta sedekah lalu lalang di restoren yang sama. Apa nak jadi? Semuanya sihat. Ada yang pakai baju kemas lagi. Apa nak jadi dengan manusia hari ini??
PEMALAS. Itulah hakikatnya. Sanggup menjadi HINA untuk meraih simpati asalkan dapat apa yang diimpikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kejadian dan insiden yang pernah berlaku depan mata menjadikan saya sangat pesimis terhadap peminta sedekah dan peminta derma.


Awak semua perlu tahu, kebanyakan rumah anak yatim dapat bantuan daripada badan-badan tertentu dan jabatan kebajikan masyarakat. Kalau nak menderma, pergi saja ke rumah anak-anak yatim tu. Kalau nak tau, ada sesetengah rumah anak yatim yang tak habis makan beras. Sampaikan mereka cuma minta di beri pekhidmatan tusyen / pendidikan untuk membantu anak-anak yatim di sana.

Kita lihat kes gadis-gadis yang mengutip derma untuk di Kedah itu adalah satu senario yang saya rasa sangat-sangat lah menyayat hati. Anda tak boleh ke bayangkan anak anda sendiri melakukan kerja-kerja "sukarelawan" itu? Anda tak terfikir ke makan pakai anda gadis itu? Anda tak fikir kah tentang keselamatan gadis itu? Dengan masa yang diberi sepanjang hari untuk mencari dana pusat tahfiz. Apakah yang pusat tahfiz beri kepadanya?? Sepatutnya anak itu belajar di kolej-kolej atau institusi tertentu untuk lebih berjaya. Ini bukan masanya untuk dia menjadi sukarelawan. Menjadi sukarelawan bukan dengan cara begitu. Saya tak faham, siapakah "guru" yang sanggup memanipulasikan ayat-ayat sehinggakan anak-anak gadis itu redha akan apa yang dikerjakannya itu. Fikirannya sudah disemai untuk menjadi "sukarelawan" yang tidak diiktiraf. Saya teramat kesal dengan tindakan "guru" yang menyemai benih pemikiran kepada anak-anak gadis seperti itu.

Saya tak dapat bayangkan kes peminta sedekah tu.... Terlalu mudah bagi mereka menjatuhkan maruah sendiri semata-mata untuk duit. Mungkin kerajaan kita turut bersalah. Saya tak nafikan. Fikirlah sendiri.

Bagi saya kalau nak menderma, biarlah kena pada tempatnya. Menderma sambil beramal boleh terus disalurkan ke masjid, ke surau, kepada anak-anak jiran yang sedia kita tahu mereka susah daripada memberi derma / sedekah kepada orang tengah yang entah betul atau tidak.

Saya hanya akan beri derma / sedekah..... Ini satu kes. Seorang yang benar-benar lapar atau haus dan perlukan perlindungan. Bagi saya inilah manusia yang benar-benar perlu dibantu. Pernah suatu hari kami makan di sebuah restoren. Masa tu kami dah nak beransur pulang, datang seorang lelaki belasan tahun yang bukan datang meminta derma, tetapi dia hanya meminta untuk minum. Katanya dia haus. Jadi, kami pun benarkan pihak restoren untuk memberinya menu. Kami mempelawanya untuk pesan makanan. Tetapi dia menggeleng. Dia hanya inginkan air. Kami memesan air untuknya. Walaupun begitu, pihak restoren seperti tidak mahu menunaikan pesanan budak itu. Suami saya segera menengking pihak restoren. Orang seperti itulah perlu diberi pertolongan.

Saya minta maaf lah kalau pandangan saya menyakitkan hati sesiapa.  Bukan tak boleh nak menderma, tapi tengoklah daripada siapa peminta derma dan sedekah tu. Berfikirlah sebelum menderma dan memberi sedekah. Orang yang benar-benar layak diberi sedekah adalah orang yang kita tidak tahu kewujudannya sebagai orang yang susah. Mungkin dia di hujung kampung. Tapi dia tak pernah minta pada kita (itulah orang yang susah, walaupun susah ada harga diri).

Itu belum kes sindiket... Berwaspadalah kita sebagai manusia yang Allah bagi akal.



20121224

MURTAD in my opinion

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:39 pm 0 komen dari pembaca
Berkaitan dengan isu murtad yang di baca dari dalam majalah Mastika.

"Cerita itu berkisar tentang seorang lelaki yang telah terlanjur dengan seorang wanita, lalu berhasrat untuk bernikah. Malangnya pihak lelaki tidak menerima. Kemudian, bila dirujuk untuk berkahwin pelbagai tohmahan telah diberikan oleh pihak-pihak yang dianggap jalan penyelesai masalah. Namun akhirnya mereka mencari jalan dengan nikah ditempat lain. Kemudian anak itu lahir.. Sudahlah begitu, diharapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang diharapkan untuk menyelesaikan isu pernikahan sah ini pula mendapat tahu bahawa sijil pernikahan yang diperoleh pula tidak sah. Ibarat jatuh dtimpa tangga, mereka sudah melahirkan anak kedua. Apa yang menjadi isu bila mereka nak daftar kelahiran anak mereka. Mereka dikatakan tidak sah taraf. Betapa sukarnya untuk melalui kehidupan seperti itu. Mereka mengambil kesempatan untuk keluar dari negara ini dan memulakan hidup baru. Keadaan di sana baik kerana tiada siapa yang peduli akan agama mereka. Namun, disebabkan oleh pemergian bapanya, dan meninggalkan si ibu yang tidak sihat. Mereka kembali ke tanah air. Mereka tinggal di kawasan setinggan. Sekali lagi malang berlaku bila anak-anak mereka dijangkiti penyakit denggi. Mereka perlukan kos yang tinggi untuk mengubati anak mereka. Kemudian isterinya pula jatuh sakit. Dia telah nekad untuk berhenti kerja, tetapi telah dinasihati oleh ketua majikannya supaya terus bertahan dan dia akan membantu menguruskan segala kos perbelanjaan hospital. Disebabkan oleh pertolongan yang diberikan itu membuatkan dia ingin keluar daripada agama asal. Kerana menganggap orang-orang seagama dengannya tidak pernah memberikan bantuan dan peduli langsung akan nasib mereka sekeluarga. Akhirnya dia nekad untuk bertukar agama setelah diberi pertolongan oleh seorang lelaki yang juga telah keluar daripada agama ini. "


Ok, ini satu cerita.. Ada lagi satu cerita. Tapi tak payah lah nak coret lagi panjang kan... Soalan-soalan pun dah ditanya pada mufti-mufti dan orang agama. Dan jawapan yang dikeluarkan pun agak memeranjatkan. Memang tak sangka jugak kan. Agak mudah dan ringkas jawapannya, tapi amat sini dan tajam. Apa pun itu hak mereka nak cakap.

Ini pendapat saya... Tak ada dipengaruhi oleh media dan mana-mana pihak. Ini pandangan saya sendiri.

Berdasarkan apa yang saya baca dan buku-buku yang saya baca, dikatakan satu masa nanti agama yang bertahan adalah agama Kristian. Bukan nak cakap agama Islam itu tidak bagus. Bukan. Apa yang saya nak bagitau adalah disebabkan oleh kerana sikap orang-orang kristian ini lebih bersabar dibandingkan agama-agama lain. Bukan saya yang cakap, tetapi ini berdasarkan pembacaan saya. Dan saya tak nafikan, kita boleh lihat bagaimana pengaruh kristian dalam kehidupan kita. Bagaimana cara mereka berdakwah. Dana-dana yang mereka peroleh. Sikap mereka sangat mengambil berat.

Ya, Islam mengajar umat Islam untuk menjadi sabar dalam menempuhi kesusahan dan kesulitan. Agama itu tidak bersalah. Yang salah adalah umatnya. Terutama apabila umat itu secara lahirnya sudah menjadi umat Islam. Betapa ramai yang nama saja Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran agama Islam dengan sepenuhnya.

Kita lihat di Mesia, berapa ramai diantara kita yang memeluk agama Islam. Tetapi gemar menyakiti hati orang lain. Mudah sangat sakit hati tanpa sebab. Dan sukar untuk membantu orang-orang yang dalam kesusahan. (Bukan yang bagi sedekah kat peminta sedekah tu). Kita senang sangat menuduh orang tanpa usul periksa. Kita mudah sangat menyalahkan orang lain. Menganggap diri kita terlalu baik dan terlalu suci. Menganggap diri kita tak pernah buat dosa walaupun sezarah. Bila perkara tak baik berlaku depan mata, kita mudah tuding jari dan menyalahkan. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar tahu akan kehidupan individu-individu itu. (Walaupun ada diantara mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita, itu tidak perlu lah kita pertikaikan)--> kita fikir yang benar-benar ingin berubah tetapi mereka dihampakan oleh makhluk-makhluk yang rasa diri mereka ni baik lah sangat.

Satu hal la... Bila orang yang buat salah nak kawin .. dan fikir nak selesaikan masalah dengan baik. Menggunakan saluran terbaik. Namun malangnya, mereka telah diperlekehkan sedari berada di kaunter Jabatan Agama. Padahal jawatan diorang ni kerani je. Bukan Pegawai pun. Tapi cara, sikap dan layanan dah macam mufti negeri. Rasa diri mereka tu bagus sangat. Bukanlah semua. Tapi inilah realitinya. Bergurau senda tak kira jantina. Lupa duduk di jabatan mana. Ini bukan hal yang direka-reka.

Berdepan pula dengan jiran... Ada jiran yang suka cari pasal. Bab mengutuk nombor satu. Bukan nak bagi bimbingan. Tak habis-habis nak cari masalah. Asik nak mengejek, membuat fitnah. Inilah sebabnya masalah kita tak selesai.

Kita ni cuma insan biasa saja. Ada juga pegawai-pegawai atasan jabatan agama (bukan semua, sesetengahnya) rasa diri mereka bagus. Mereka bagi jawapan sinis dan menyindir. Suruh pasangan itu ke Bahagian Kaunselor. Bagaimana nak ke bahagian kaunselor kalau dari kaunter depan pun dah berlagak macam kaunselor. Jawapan yang diberi oleh Pihak Atasan juga adakalanya seperti mereka terlalu sempurna. Terasa sangat hina bila diperlakukan begitu. Jangan ingat mereka itu sempurna. ada yang mengambil dan menjaga premis-premis pelacuran dan rumah urut. Kalau tak, masakan masih tumbuh macam cendawan selepas hujan walaupun dah banyak kali dibanteras. Berapa ramai umat Islam yang tak puasa, tak de pulak kantoi. Nih.. Padahal ramai je lelaki yang tak puasa bulan ramadhan. Berapa ramai mereka yang betul-betul menjaga kesucian Islam?????

Dari isu murtad tadi.. kita pusing balik.... Sebenarnya isu ini berpusing dan kena balik pada diri kita. Berapa ramai diantara kita yang sedar semuanya berpunca dari diri kita sendiri? Berapa ramai yang rasa mereka juga terlibat dalam hal2 ini?? Ya, kita semua terlibat. Kerana kita tidak membantu insan malang itu, kita juga telah menanggung doa dia. Kita ramai-ramai ok. Jangan ingat kita tak terlibat.

Kita fikir sejenak... Negara kita tak dilanda tsunami, tak dilanda gempa bumi, tak dilanda ribut, taufan .. Tapi kita lihatlah di mana masalah masayarakat kita. Masalah sosial yang semakin teruk dan semakin membimbangkan. Seperti tidak wujud apa-apa ketakutan dalam diri masing-masing. Kita lihat kerajaan yang mentadbir kita hari ini juga melibatkan wujudnya masalah-masalah ini. Sedihkan.... So, fikirlah yang terbaik. Apapun, kita doakan yang terbaik. Semoga kita dapat membantu insan-insan yang malang. Yang perlukan pertolongan. Jangan kita tambah lagi luka mereka yang sudah insaf. Jangan kita keji mereka. Kerana mereka amat memerlukan sokongan kita. Kalau satu masa mereka keluar agama kerana mereka mengatakan kita tidak membantu. Nah..... Kita turut berdosa disebabkan itu.




Siapa yang harus dipersalahkan?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:52 pm 2 komen dari pembaca
Ok.. Hari ni mungkin hari yang sangat padat untuk kami.. Apapun .. Selagi masih ada masa, kita gunakanlah sebaiknya.

Hari ini kita santai-santai.... Tugas saya yang formal sebenarnya masih belum bermula. Mungkin nampak tak sabar untuk memulakan langkah baru dalam perjalanan 2013 terutama bila berada di sekolah baru. Saya tidak mampu untuk berfikir apa yang akan dan bakal terjadi di skewl nanti. Harap semuanya akan baik dan meriangkan.

Saya bukanlah antara manusia yang gembira setiap masa. Kehidupan yang dilalui menyebabkan saya rasa hanya perlukan sedikit masa untuk ketawa dan gembira. Apa yang penting ialah meluangkan masa bersama yang tersayang dengan berkualiti.

Ok... tak payah nak cerita lagi. Kat sini saya nak nasihatkan lah sikit kat anak-anak muda... Saya rasa tak terlalu tua.. Tapi berdasarkan apa yang telah dialami. Kata orang.. "Guru yang terbaik dalam kehidupan kita ialah PENGALAMAN". Ya, terus terang pengalaman banyak mengajar kita dalam merangka kehidupan yang seterusnya. Bermula dengan sesuatu yang difikirkan BAIK atau TIDAK bagi kita. Seterusnya LANGKAH yang diambil. Setelah itu wujudlah sebuah PENGALAMAN. Mungkin saja pengalaman itu suatu yang terbaik atau sesuatu yang paling buruk dalam hidup kita. Tetapi apa pun kita tidak mampu untuk mengubah masa. Ya, TIDAK MAMPU. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan belajar daripada PENGALAMAN yang telah dilalui itu.

Sebagai anak muda remaja yang masih belajar untuk mengenal dunia.... Saya sarankan anda untuk mencari kawan. Carilah seberapa ramai kawan yang ada. Anda pun tau nak cari kat mana kan? Sekarang ni banyak saluran-saluran. Tetapi, pilihlah kawan yang baik. Maksud baik di sini ialah yang anda rasa dia membantu anda untuk meningkatkan kehidupan anda. Tidak kira kawan itu seseorang yang kaya atau yang miskin.

Sebagai insan yang dilahirkan mempunyai akal yang sihat dan waras (jika anda tidak merokok dan meminum arak) --> akal anda dikira sihat. Anda wajar untuk mempertimbangkan kebaikan, kelebihan yang anda boleh perolehi daripada persahabatan itu. Seseorang yang berkawan, pasti ada niat tertentu. Tidak mungkin seseorang itu bersahabat atau berkawan tanpa tujuan. Betul tak? MUSTAHIL. Anda tak payah lah tipu. Hati anda lebih mengetahuinya.

Kalau boleh biarlah pilihan kawan itu juga disuakan kepada ibu bapa anda. Biar ibu bapa anda dapat menilai sejauh mana kawan yang anda pilih itu. Jangan timbulkan masalah dikemudian hari. Anda perlu tahu bahawa apa-apa sekalipun masalah dalam kehidupan anda akhirnya akan merujuk kepada keluarga anda. Kawan-kawan biasanya ada semasa anda senang. Bak kata orang.. Anda dapat menilai erti persahabatan semasa anda berada dalam kesusahan. Itulah sebenar-benar KAWAN.

Lebih baik tidak punya kawan daripada mempunyai kawan yang hanya merosakkan hidup kita. Sebab itulah sedari kecil kita diajar supaya memilih kawan-kawan yang baik dan dapat memberi faedah kepada kita. Bukan kerana mengambil kesempatan di atasnya. Tetapi mengambil kebaikan supaya kita dapat maju bersama-sama dengannya.

Allah mengurniakan akal kepada kita untuk memilih antara baik dan yang buruk. Oleh itu gunakanlah akal fikiran yang diberi itu untuk menentukan kebaik dan kejahatan. Malangnya ramai diantara kita yang mudah digoda, tergoda dan ternoda. Hilangnya perasaan malu menyebabkan kita mudah untuk membenarkan orang lain menguasai diri kita. Sedangkan kita berhak ke atas diri kita sendiri.

Oh, lihatlah saja ramai anak muda hari ni tak dapat membezakan antara kasih sayang dan cinta. Mudah terpengaruh dengan ajakan teman sendiri. Menganggap dirinya dicintai, sedangkan dia telah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh teman itu. Kalau nak kata bodoh, tak boleh terima. Lihat saja di laman sosial, begitu mudah anak-anak remaja itu menuding jari kepada orang lain mengatakan bahawa mahkotanya telah dinodai. Tetapi yang bodohnya adalah dirinya sendiri. Masa buat atas dasar suka sama suka. Bila dah ditinggalkan, menyalahkan teman itu. Malah, lebih memalukan lagi bila dia pula menyebarkan cerita itu secara terang-terangan di laman sosial. Di manakah malumu????

Ramai diantara kita yang hanya sedar bila terlanjur. Puas diingatkan. Berulang-ulang kali telah diberitahu. Sampai satu masa berlaku perkara yang tidak diingini. Kesalahan itu dituju kepada orang lain. Masih tidak melihat dimana sebenarnya kelemahan itu.

Persoalan di sini.... Entah sampai bila keadaan ini akan terus berlaku. Sekarang ini tidak mungkin atau tidak mustahil perkara itu berlaku dikalangan ahli keluarga kita. Kita lihat bagaimana peranan masyarakat kita hari ini. Kita tak perlu tuding jari terlalu jauh. Kita lihat bagaiamana ibu bapa memainkan peranannya dalam hal mendidik anak-anak.

20121221

Adegan yang tak nak dilihat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:36 pm 0 komen dari pembaca
Maaf, entah kali ini saya benar-benar mahu jawapan berdasarkan apa yang dilihat oleh mata kepala sendiri.

Sewaktu beratur di satu kawasan, terdapat ramai orang yang berada di situ. Namun, kebanyakannya adalah muda mudi dan anak-anak dan juga sebilangan ibu bapa yang membawa anak-anak.

Namun sewaktu sedang berbaris menunggu sampai di kaunter. Terlihat pasangan remaja yang sedang merokok. Merokok tu takpelah lagi walaupun sebenarnya dah sakit mata dan hidung dah. Kalau lelaki saje ok lagi. Dengan pasangan wanitanya pun berkongsi sepuntung rokok. Wah... Hembusannya mengalah orang tua.

Cara bercakap, gaya berbual seperti menunjuk sifat 'dewasa'. Akhirnya terlihat satu adegan free. Wanita itu menyandarkan kepala pada bahu lantas mencium-cium teman lelakinya. Mereka melakukan perbuatan tu tanpa rasa bersalah dan memang nak menunjukkan dia seorang yang sangat manja dan mencintai pasangannya. Yang lelaki diam sahaja tanpa membalas sebarang ciuman. Tetapi merokok.

Entah.. Mana campak agama, maruah dan adab. Kalau kau dua pasang orang tak nampak tu ok lagi.... Rasa macam dah kat overseas dah. Rasa macam dunia ni korang yang punya.

Memang dah rasa macam biasa. Dosa pahala dah tak ambil kira. Dah tak tau nak cakap macam mana..
Serba salah!!!!!!!!

Apa pandangan anda terhadap situasi ini??
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea