Kamu semua dan 64 juta rakyat Amerika yang lain sedang mendengar saya sekarang!
Kerana kurang 3% daripada kamu semua membaca buku!
Kerana kurang 15% daripada kamu semua membaca surat khabar!
Kerana kebenaran yang kamu tahu hanya melalui apa yang disalurkan oleh tiub ini!
Sekarang juga, terdapat satu generasi yag tidak tahu apa-apa yang selagi mereka tidak keluar daripada tiub ini!
Tiub ini adalah gospel dan revolusi yang paling agung!
Tiub ini juga boleh membuat dan menghancurkan presiden, paderi dan perdana menteri!
Tiub ini adalah kuasa yang paling hebat dalam dunia laknat yang tiada tuhan ini!
Dan dimanakah kita jikalau ia tidak jatuh kepada tangan-tangan orang yang salah?
Dan apabila syarikat ke-12 terbesar di dunia ini megawal paling besar propaganda dalam dunia yang tidak bertuhan ini!
Siapa tahu apa yang akan didedahkan dalam rangkaian ini?
Jadi kamu dengar saya sekarang! Dengar saya!!
TELEVISYEN bukanlah KEBENARAN!!!
Televisyen hanyalah sebuah taman rekreasi! Circus, carnival, sebuah kumpulan acrobat yang bergerak, pencerita, penari, pemain lambung, orang-orang bilazim, penjinak singa dan pemain-pemain bola sepak!
Kita dalam bisnes yang membunuh kebosanan!!
Jadi kalau kamu mahu KEBENARAN,...
Rujuklah Tuhan kamu, Rujuklah guru-guru kamu, Rujuklah diri kamu sendiri!!
Kerana di situ sahajalah kamu akan menemui kebenaran sebenar!
Kamu memag tidak akan dapat kebenaran yang diingini dari kami. Kami akan beritahu apa sahaja yang kami mahu. Kami menipu macam gila!!
Kami akan memberitahu kamu yang Kojackal adalah pembunuhnya, dan tida siapa yang mendapat barah dalam rumah akupuntur. Dan walau banyak mana masalah wira-wira kita hadapi, jangan risau!
Tengoklah jam kamu dan pada bila-bila masa dia pasti akan menang.
Kami akan beritahu apa sahaja benda merepek yang kamu mahu dengar!!
Kami melakukan ilusi di sini! Semua ini tidak benar!!
Tetapi kamu semua duduk di situ hari demi hari, malam demi malam, semua peringkat umur, warna kulit, ..
Kamilah apa yang kamu tahu!!
Kamu telah mula mempercayai ilusi yang telah kami putar belitkan di sini!
Kamu mula mempercayai yang tiub ini adalah kebenaran dan kehidupan kamu semua sebenarnya tidak wujud!!
Kamu buat seperti apa yang tiub itu suruh kamu buat!
Kamu pakai seperti tiub. Kamu makan seperti tiub, kamu membesarkan anak-anak kamu seperti tiub, kamu juga berfikir seperti tiub itu!
Ini adalah kegilaan besar-besaran! Kamu semua ni bodoh!
Demi nama Tuhan, kamu semua adalah apa yang sebenarnya! Kamilah ilusi itu!
Jadi tutuplah televisyen itu SEKARANG juga!!! TUTUPLAH SEKARANG!!!
TUTUPLAH SEMUANYA dan biarkan ia tertutup! Tutuplah juga semasa saya sedang bercakap ini!!!
20100426
20100422
tv.. ooo... tv...
media kehancuran masa kini.. tv la.. ape lagi... kalau tak tengok tv macam tak boleh hidup.. tengok la agenda siaran tv tu.. ada macam-macam cerita.. macam-macam berita..
ini la globalisasi.. sempadan telah dihancurkan dan kini pelbagai informasi boleh kita tau hanya dengna tekan punat tv..
salah ke penggunaan tv ni? cuba la kaji siapakah orang pertama yang keluarkan tv ni..
sedangkan Madonna pun tak bagi anak-anak dia tengok tv.. apalagi kita ni.. nak salahkan teknologi??
ha.ah.. teknologi la yang menyebabkan kita semua ni dirosakkan leh media tu. masih tak edar lagi agenda orang yahudi?
banyak dah dia buat kat kita.. tapi kita masih tak sedar lagi.. bukan la nak cakap takde langsung yg baik pasal tv ni.. tapi lebih banyak yang tak baik la senang cerita. boleh kira pun berapa banyak cerita yang memberi ilmu. Kononnya setiap cerita ada moral. Tapi kita tak sedar moral tu da disalahgunakan. Diterbalik kongkang kan oleh golongan-golongan tertentu untuk mencapai sesuatu yang kita tak tau..
Sejak dari tahun 60an lagi.. pelbagai agenda da dimasukkan di dunia ni untuk melekakan manusia.. menyembah manusia... mengagungkan manusia supaya jadi idola.. tengok pulak perubahan yang berlaku dari tahun ke tahun mendatang...
Sekarang ni makin banyak paparan hiburan yang sangat mendewa-dewakan manusia. Rancangan-rancangan realiti.. penganugerahan kepada manusia.. selain itu, tengok pulak apa yang difalasikan oleh media pasal orang arab.
Perasan tak media banyak memburukkan orang arab. Tengok la ape media dah buat pada orang arab. Menjadikan mereka penjenayah, pengganas dan paling teruk dilabel sebagai islamophobia... ape ke teruk la bangsa mereka ni.. dengan menggunakan media.. ramai manusia lain percaya. dan akhirnya sewenang-wenangnya mereka menghukum, menjajah dan membunuh orang-orang arab.
Tengok pulak skarang ni bab gosip melampau.. (paparazzi).. tengoklah apa yag diadu dombakan.. lihat saja lah betapa teruknya mereka membongkar aktiviti artis dan orang-orang kenamaan. Ada pro dan kontra.. Lihatlah, betapa mudahnya menyebarkan fitnah..
Benarlah dikatakan; fitnah itu seperti makan daging saudara sendiri.. malah lebih teruk daripada membunuh...
Ada baiknya fikirkan lah semula baik dan buruknya tv kepada manusia... berapa ramai lagi manusia yang akan mati kerana media kebohongan ini......
remeh dan meremehkan
ada satu perkara yang aku pelik.. kenapa la orang suka sangat cakap perkara remeh.. hal-hal remeh suka nak dibesar-besarkan.. sedangkan hal yang penting tak sibuk nak digembar-gemburkan.. lagi-lagi orang kita ni..
Ulasan perutusan.......
Buat masa ni aku tengah tengok video ni... dan akan mengambil masa untuk aku huraikan secara kesimpulan....
aku rasa orang ramai patut tau.. dan patut didedahkan dengan perkara ni.... suatu masa nanti.. mesti orang lain akan dapat tau gak video ni...
ada siapa nak komen pasal The Arrival????
aku rasa orang ramai patut tau.. dan patut didedahkan dengan perkara ni.... suatu masa nanti.. mesti orang lain akan dapat tau gak video ni...
ada siapa nak komen pasal The Arrival????
20100421
Orang semakin sedar siapa Anwar
Buatlah penilaian yang sewajarnya.. manusia kan ada akal yang boleh digunakan utk berfikir...
Bukanlah kita semua baik, tapi kalau boleh.. jadila pemimpin yang baik.... KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.
Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.
"Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.
"Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan Warga Perkim Peringkat Zon Tengah.
Dr. Mahathir mengulas tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam.
Beliau juga mempersoalkan perjuangan sebenar Anwar sama ada berjuang untuk negara atau untuk menjadi Perdana Menteri.
Ditanya mengenai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang ditohmahkan sebagai peminum arak, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada penilaian pengundi terhadapnya.
"Saya dahulu kena macam-macam, kononnya saya ada seorang isteri di Singapura dan itulah orang politik dan orang yang mendengar itu perlu membuat penilaian sendiri," ujarnya.
Mengenai dakwaan MIC hanya boneka kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata, jika begitu keadaannya, sudah pasti Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu telah lama meninggalkan Barisan Nasional.
Menyamar kelas Elit...
Baru-baru ini kite digemparkan dengan penyamaran Tuan Muda di Pahang... Mengaku macam kerabat raja Pahang. Perilaku yang ditunjukkan baik. Pelbagai cara orang nak rasa diri 'glamour'.. Kalau ye pun berminat nak jadi orang-orang besar dan Perdana Menteri. Tunjukkan la sesuatu sumbangan yang tidak ternilai kepada negara. Mungkin apa yang si Tuan Muda ni nampak dan lihat adalah apa yag ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita.. Mungkin juga si Tuan Muda ini dah tak sabar untuk mewakilkan dirinya sebagai ahli-ahli pemimpin Malaysia. Sabar dulu dik. Banyak perkara yang kamu kena belajar.
Tak kurang itu pula, dalam Harian Metro 20 April 2010, seorang lelaki menyamar menjadi pegawai MB Perak. Dengan menyamar diri dan mendapatkan imbuhan daripada orang ramai, kemudian bawa dokumen untuk dihantar kepada MB. Macam-macam fiil orang sekarang ni. Dikatakan lelaki ini juga ada rekod jenayah
"Lelaki yang sebelum ini bekerja di Jabatan Landskap dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Ipoh itu sudah diberhentikan pada 2008 kerana terbabit dalam satu kes rogol dan selepas itu lelaki terbabit membuat pelbagai kerja antaranya tukang 'tarik kereta'."
Rasanya bukan dua kes ini saja. Malah banyak kes penyamaran yang bermotifkan keuntungan diri sendiri. Kadang-kadang bukan yang nak jadi status elit saja, tapi menyamar jadi pihak berkuasa pun ramai juga. Mengambil kesempatan dan menindas orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Dunia kapitalis hari ini banyak membuatkan hidup manusia terdesak dan terpaksa buat perkara-perkara macam ni agaknya....
Mungkin juga ya.....
20100420
Pengalaman Latihan Mengajar
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah yang berada di Pulau Pinang itu membuatkan aku berfikir sejuta kali apakah betul tindakan dan keputusan yang telah aku buat. Walaupun begitu aku tak boleh memutar masa untuk berkata tidak. Bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya"...
Mungkin keadaan ini boleh disamakan dengan keputusan yang telah aku buat. Hari pertama aku berada di asrama, aku mengemas barang-barang yang di bawa dari Johor Bahru. Perjalanan yang jauh tidak membuatkan aku berasa penat, kerana tempat ini benar-benar baru bagi aku.
Pada hari pertama aku berada di sekolah itu dan berjumpa dengan Pengetua sekolah serta pihak pentadbir, hati aku masih tertanya-tanya apakah benar jalan yang aku pilih ini..?
Ketika pelajar naik sekolah pada 4 Jan 2010 pun aku masih berfikir akan keputusan yang aku ambil ini. Jadual kelas sudah diberi oleh pembimbing aku. Dan aku perlu bersedia untuk mengajar dan menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan kelas.
Nah, pertama kali aku rasakan situasi mengajar di sekolah sebenar..
Pengalaman pertama kali masuk ke bengkel dan mengajar .. melihat mata pelajar seramai 21 orang membuatkan hati benar-benar bergetar.. Rasa nak terduduk tengok mereka. Namun aku cuba serasikan diri dengan situasi dan pelajar. Jantungku berdegup kencang melihat mereka. Sesi perkenalan dengan pelajar aku cuba buat sebaik mungkin dengan meminta pelajar mengeluarkan sehelai kertas. Aku minta mereka menulis latar belakang mereka. cita-cita, moto, harapan, kerjaya ibu bapa mereka dan tandatangan paling cantik sepanjang hidup mereka. Selesai kelas pertama itu, aku balik ke bilik guru.
Aku mebaca helaian latar belakang pelajar kelas ini. Aku teliti setiap nama, pekerjaan ibu bapa mereka supaya aku dapat memahami cara hidup mereka dengan lebih jelas. Hari kedua aku masuk ke kelas itu untuk memulakan P&P seperti yang telah diarahkan di dalam silabus sekolah. Pada hari pertama pengajaran aku, aku dapat rasakan pelajar ini cuba memberi perhatian walaupun suasana dalam bengkel agak panas dan mengantuk. Aku dapat merasakan apa yang pelajar-pelajar rasai.
Topik yang aku ajar adalah Bab Taksiran,.. Aku merasa sangat bertuah kerana subjek ini adalah subjek pertama yang diberi dan aku bersyukur kerana kerjaya aku sebelum ini benar-benar membantu pelajar untuk faham topik ini. Sekiranya guru tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam topik ini, topik inilah yang memang sangat bosan dipelajari. Memang aku tidak nafikan kerana suatu masa dahulu aku juga pernah menjadi pelajar seperti mereka. Dan aku apat rasakan betapa bosan dan sukar nak faham topik taksiran ini semasa di sekolah dulu.
Kepada pelajar-pelajarku, sangat beruntunglah kamu....
Dari satu topik ke satu topik dalam bab taksiran dan aturcara kontrak ini aku huraikan kepada pelajar sambil menceritakan proses-proses sebenar yang berlaku di dalam pembinaan antara kerajaan dan swasta. Mereka juga gemar berkongsi idea dan bertanya kepadaku tentang lapangan-lapangan yang sesuai dengan kerjaya yang ingin diceburi.
Bermula daripada mengumpulkan maklumat di dalam borang kuantiti sehinggalah mengeluarkan harga bagi nila kuanititi. Hasilnya salah seorang pelajar aku dapat 100% semasa ujian. Benar-benar aku rasa bersyukur kerana mereka faham dengan konsep yg diajari. Tidak dinafikan ada juga pelajar yang gagal, namun begitu aku cuba an terus membantu mereka untuk menyelesaikan permasalahan mereka.
Hari terus berlalu... Tingkatan 4 pula masuk dan aku diarahkan untuk mengajar kelas A1 yang rata-ratanya mempunyai keputusan yang cemerlang dalam PMR. Suka aku ingatkan kepada mereka bahawa, kejayaan cemerlang sekiranya tidak diteruskan dan dikekalkan, akhinrnya tidak akan membawa ke mana-mana.
"Kamu tidak boleh merasa senang dan selesa dengan keputusan lepas yang telah kamu perolehi, sekiranya kamu tidak berusaha, kamu tidak akan berjaya. Percayalah kata-kata saya"..
Walaupun begitu, aku juga merasa sedikit kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak dapat mengajar pelahar-pelajar ini disebabkan kesilapan aku sendiri. Aku juga disalahkan kerana membiarkan pelajar-pelajar ini dan tidak membimbing mereka dengan baik disebabkan oleh kecemerlangan mereka.
Akukah yang berfikiran kecil itu? Terpulang kepada sesiapa untuk meletakkan pernyataan seperti menghukum itu ke atas ku. Aku bersikap terbuka dan menerima kenyataan itu dengan positif. Sabagai langkah untuk mengatasinya aku mengadakan kelas malam supaya pelajar-pelajar dapat fahami apa yang sudah diajar oleh guru sebelumnya. Aku huraikan bab Keselamatan yang tertinggal itu.
Juga, aku adakan kelas tambahan kepada kelas tingkatan lima bagi mengukuhkan kefahaman mereka dalam subjek baru iaitu Bab Struktur. Kadang-kadang aku terfikir bahawa kenapa mereka sukar mengingat konsep yang diajar?
Sedangkan aku sentiasa mengulang-ulang kaedah penyelesaian tersebut. Apa sebenarnya masalah pelajar-pelajar ini? Adakah masalah ingatannya? atau masalah mereka terhadap perkara-perkara lain yang menyebabkan ingatan mereka terhad. Atau mingkin juga salahku kerana tidak mengajar dengan sebaiknya??
Mungkin juga ya....
Masa terus berlalu.. pada awalnya aku akui suara aku perlahan.. tidak tajam... tidak dapat memenuhi keperluan bengkel... aku bertanya pelajar dan meminta pelajar untuk membuat refleksi ke atas diriku.
Aku menerima.. dan cuba membuat perubahan...
Alhamdullillah.. aku semakin boleh menguatkan suara... melantangkan suara... tetapi tidak la setiap masa, kerana semakin aku cuba melantangkan suara.. keadaan ini membuatkan aku menjadi cepat penat.. aku tidak mampu untuk berdiri lama.. oleh itu, aku banyak mengadakan aktiviti dalam kelas supaya pelajar juga boleh memainkan peranan masing-masng dalam pembentangan yang diadakan.
Akhirnya.. Masa untuk meninggalkan sekolah itu.. Aku mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya semasa penyelia datang untuk membuat penyeliaan dan juga dalam P&P.
Aku doakan agar pelajar-pelajar ini nanti akan berjaya di dalam SPM dan masa hadapan. Insya Allah.

