Pages

Come and be with me

20121127

SARAPAN Chebrateg

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:02 pm 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum wbt.....

Hehe... Hari ni nak share lagi sarapan pagi kite.

Nampak tak nama Chebrateg tu????

Ha, itu la dia nama untuk sarapan kita. Nampak macam pelik je kan?
Tapi cara nak buatnya sangat mudah. Semudah nak sebut ABC.
Hehehe...

Ok, tanpa buang masa lagi... disertakan di bawah ni...



CHEBRATEG =)

Nota: Persedian untuk 1 orang



Bahan-bahan:


1 biji telur




2 keping roti




1 keping keju




Caranya:
  1. Letak sekeping roti di atas pinggan tahan panas
  2. Letak single keju di atas roti
  3. Pecahkan sebiji telur di atas roti itu, biarkan putih telur mengalir keluar pinggan
  4. Tutup bahagian atas dengan sekeping roti lagi. (*terpulang nak tutup / tak)
  5. Masukkan ke dalam microwave dengan kepanasan Sederhana (Medium), dengan masa 2 minit.
  6. Keluarkan dan boleh dimakan.

Senangkan??? Oh ye, kalau rasa nak tambah tomato / salad pun boleh. Tapi pastikan letak selepas keluar dari microwave supaya kesegarannya dapat dikekalkan.


Selamat Mencuba ya!!!







                       

20121124

teknik HAFALAN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:28 pm 0 komen dari pembaca
Semasa saya skewl dulu, teknik HAFALAN sangat diutamakan. Jadi bila mendeklamasi Sajak atau bersyarah, kita dapat melantunkan intonasi dengan baik. Namun saya nampak pelik, saya lihat ramai pelajar sekarang kurang menghafal bait-bait puisi dan juga teks syarahan. 

Mungkin saya tak mengajar subjek bahasa Melayu. Tapi agak pelik pula bila tengok pelajar-pelajar ni tak membaca dan menghafal langsung. 

Di bawah ni saya catitkan sedikit cara / tips untuk mengHAFAL dengan baik dan betul.






PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa

Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.


KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT.

Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.

KETIGA :  Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar

Minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan  letih seperti mata yang mengantuk  dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat  yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.


KEEMPAT :  Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. 

Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa  memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.


KELIMA : Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.  

Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar  dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut  berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.


KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. 

Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.


KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks



Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .
KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal.

 Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan  boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan.
  Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.



KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. 

Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain  amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai  kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian  syafawi ( lisan) kelak.


KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. 

Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.


KESEBELAS :  Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal

Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri  kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya.




 Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak. 

SARAPAN mudah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:09 am 0 komen dari pembaca
Pagi ni terasa nyaman sangat.. Maklumlah hujan turun dinihari..... Sehingga kini masih terasa kesejukannya. Mungkin inilah rahmat Ilahi..dan juga angin musim tengkujuh. Walaupun tak duduk di Pantai Timur, masih dapat rasakannya...

Ok la.. tak perlu buang banyak masa...
Hari ni saya nak tunjukkan pada kalian satu menu mudah.. terutama untuk anak-anak gadis yang mula memasak.. dan juga ibu-ibu yang punya anak. takde anak pun tak jadi hal. Sebab semua orang boleh makan.

Yang penting kena ada oven / microwave. Nak bagi nama untuk menu ni pun tak reti sangat... tau buat je... untungla kalau ada yang nak bagi nama versi masing-masing.

Bahan-bahan :
  • Kentang (ikut keperluan)
  • Serbuk lada putih (ikut suka)
  • Garam (secubit)
  • Cheese (tambahan - kalau tak nak pun takpe)

Cara;
  1. Kupaskan kulit kentang
  2. Potong kentang ikut suka (nak buat macam french fries boleh, macam wedges pun boleh)
  3. Gaulkan serbuk lada putih, garam.
  4. Letak cheese (keju) di atas - ikut citarasa.
  5. Masukkan dalam microwave.. Cari auto menu untuk kentang. atau 5 - 7 minit dengan api sederhana.
Sebelum


Selepas


Kalau rasa nak makan bersama daging (pattie).. Kat luar pun sekarang ada jual. Nak saiz macam mana, ikut suka. Banyak juga jenamanya.. Yang penting cari perkataan (pattie).




Pattie yang dimasak bersama keju

Anda boleh cipta sendiri... tapi yang itu dalam edisi seterusnya ... OK!


Selamat mencuba!! =)

20121123

SAVE GAZA --> VIVA PALESTINE

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:12 pm 0 komen dari pembaca
Masa mungkin telah berlalu... tapi adakah kita masih diam membisu?

Walaupun bukan tanah air kita, namun mereka adalah saudara seagama kita. Tidak wajar untuk kita membiarkan mereka sahaja yang berada dalam keadaan ketakutan. Yang pastinya seluruh dunia turut merasakan segala ketidakadilan yang dilakukan oleh bangsa laknat ini..




Harap kita dapat doakan yang terbaik untuk saudara-saudari kita di sana. Walaupun dengan sumbangan yang tidak seberapa... Diharap Allah dapat membantu negara itu kembali Merdeka dan aman. Semoga Allah merahmati mereka....

Kesian pada anak-anak kecik, ibu mengandung dan orang-orang tua yang tidak berupaya. Kekuatan kita bukanlah SENJATA. Akan tetapi kekuatan sebenar kita ialah DIRI KITA SENDIRI.









HADRAMAWT -->food hunter

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:43 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Allah masih bagi nafas untuk kita pagi Jumaat yang mulia ni....


Seronok sebut pasal makan ni kan... Rasanya kalau orang-orang KL ni dah biasa dengan restoren arab. Tapi tak semua yang terdedah dengan makanan ni. Kat kawasan Ampang ni boleh kata banyak juga restoren Arab.... tumbuhnya bak cendawan selepas hujan. Boleh dikatakan bukan orang Arab saja suka makanan ni, malah warga Mesia pun boleh terima masakan Arab ni.





 

Hadramawt Jalan Ampang

Antara restoren Arab yang saya penah pegi di Wadi Hadramawt (Jalan ke Batu Caves), Hadramawt Jalan Ampang dan Al-Rawsha Jalan Kg Pandan.


Wadi Hadramawt                    


Menu yang common dengan restoren Arab ni ialah daging kambing (mutton). Biasalah orang arab tak bela lembu, jadi mereka sangat mahir dengan masakan daging kambing. Nak dibandingkan nasi mamak dengan arab ni memang ada kelainan terutama dari segi nasinya.


Beza dengan nasi beriani mamak, nasinya berminyak. Manakala nasi arab ni kering.

Lauk pun lain sikit cara dia masak. Biasanya orang arab gemar mengekalkan bau kambing tanpa menggunakan rempah ratus. Masa mula-mula makan makanan arab ni tekak kurang selera dan susah nak terima. Tapi shuben ni memang gemar masakan-masakan ni. Maklumla...dia membesar dengan keturunan Arab, jadi makanan macam ni dia dah biasa. Saya pula sejak dari kecil terbiasa masakan Kelantan Johor. Jadi mula-mula sukar nak terima. Tapi lama-lama sedap pulak rasanya.


Lamb Madghut, Wadi Hadramawt


Oh ye, antara ketiga-tiga restoren tu... Masakan pada saya yang paling sedap dan ok ialah Hadramawt Jalan Ampang. Rasa masakannya tak terlalu kering dan tak terlalu berbau macam restoren Arab yang lain.



Lamb Madghut (Al-Rawsha)


Apapun terpulang lah pada kalian...


Orang yang nak makan selalu nak tau harga kan? Harga di restoren ni masih tak terlampau dan melampau. Sama level dengan orang yang suka makan Kenny Rogers / Pizza Hut. Saving lebih kalau makan Lamb Madghut ni sebab 1 pinggan boleh makan 4 orang. Harga dalam RM35. Tapi kalau bagi 4 ok la kan? Tapi tak semua harga ni sama dengan restoren Arab yang lain.


Bagi yang sedang berdiet, ada makanan lain di restoren arab ni. Kalau tak nak makan nasi,ada roti. Kalau tak nak makan roti, ada sajian-sajian lain. Buah-buahan pun ada.

Oh ye.... Kalau makan di restoren Arab ni tak sah kalau tak minum Teh Pudina. Sesetengah restoren arab ada guna teh yang agak kelat rasanya. Kalau tak masukkan gula lagi la kelat. Ada juga yang macam guna teh biasa je. Apa pun mereka tak pakai teh serbuk yang berwarna pekat macam kat kedai mamak. Rasanya pun berbeza. Aroma pudina dalam teh memang boleh beri semangat pada kita yang penat. Kalau rasa tak nak minum di restoren....boleh cuba di rumah.


Mint tea (Teh Pudina)


Rasanya sampai sini dulu nak cerita untuk kali ni. Kalian berhak untuk mencuba rasanya. Kalau nak makan di JB memang sukar nak cari. Even kat Benaffe Restoren pun tak sediakan makanan arab ni. Jadi sekali sekala kalau yang pergi ke KL boleh la singgah di mana-mana restoren Arab ni.


Jangan risau pasal bahasa. Sebab kalau tak boleh barbahasa Arab pun anda boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.


p/s : Selamat Bersantap. =)


20121122

CelotehPetang ; Melayu kita vs Mamat Banglas

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:10 pm 0 komen dari pembaca
Petang-petang yang berbahagia ni ramai jugak yang cakap bila hujan macam ni sedap kalau dapat tido. Aah... pada orang-orang yang cakap macam tu... korang memang sangat beruntung. Tapi untuk orang macam aku ni.. Takde makna apa pun.. Sebabnya aku bukan jenis boleh tido waktu hujan. Apa yang seronok waktu ni.. adalah aku rasa energi yang luar biasa. Tak mengantuk. Dan waktu macam ni la ilham banyak datang. Waktu macam ni jugak la kalau ada kertas lukisan... terhasil lukisan indah (serius la indah sebab aku yang lukis). Hehehe....

Ok la... tak nak banyak cakap lagi.

Setiap kali aku pergi ofis shuben.. temankan dia buat keje dia.. sambil-sambil tu aku dengar la curhat (curahan hati) shuben ku citer pasal perangai-perangai manusia kat tempat keje dia. Yelah, bekerja dengan manusia, mesti la dapat belajar banyak perkara tentang manusia. Takkan pasal lembu pulak kan? (lawak hambar). ngeeee

Shuben ku citer pasal mamat-mamat bangla kat tempat keje dia. Maklumla.. Shuben keje jual kete. Jadi mamat banglas ni keje mereka cuci kete, polish, lap kete dalam showroom, cuci kete luar showroom... mmg takde keje lain.. Kalau dah takde keje pun kena lap tingkap showroom. Memang tak penah tengok mamat banglas ni duduk-duduk saje. Memang tak penah.

Kita sebagai tuan tanah kedaung duk di Mesia ni mesti nak mamat banglas ni (yang kite cakap sebagai pendatang ni) kasi respek (hormat) kat kita. Betul kan?

Mereka ni kira lebih baik sikit la nak dibandingkan dengan amah-amah dan wakwak dari seberang. Dah, bukan nak citer pasal siapa lebih baik ke tak... Apa yang nak dijadikan cerita...

Kalau nak bandingkan orang Melayu kita ni la kan... Mereka ni memang la lebih baik daripada kita. Mereka yang datang ke sini boleh dikatakan semuanya nak cari rezeki (ramai yang nak rezeki halal walaupun mereka ada yang masuk secara haram). Semuanya sebab nak cari rezeki. Nak cari rezeki lebih untuk masa depan dan kepentingan masing-masing.

Mereka rajin sangat. Bukan nak cakap apa, kena marah ke apa ke mereka tak kisah. Bukan nak kata mereka tak ada perasaan. Mereka pun ada perasaan macam orang melayu kita yang sensitip ni jugak. Kita ni semua sama. Tapi sebab mereka nak kan duit dan perlukan duit, mereka sanggup dimarah, dihina asalkan dapat duit.
 

Kadang-kadang kita kutuk mereka bila mana ada yang naik tren, naik bas (biasanya la)... naik tren tu macam jarang nampak. Sekali balik semerbak bau mereka. Kutuk dan hina lah sampai nak termuntah pun ada pasal nak cakap bau pekung (macam longkang dia punya bau yang dahsyat tu)... Kesian pun ada kan?

Fikir tak yang gaji mereka tu tak sebesar mana pun nak banding dengan gaji kita ni walaupun kita naik bas je pun.

Penah kita tengok tv yang mereka ni guna air sungai yang sangat kotor untuk basuh kain baju memasing. Tapi itu yang datang haram. Biasa yang ada keje, mereka diberi tempat tinggal. Tapi mengikut pekerjaan masing-masing.

Takda manusia yang nak hidup susah. Tapi mereka sanggup buat apa pun keje. Part yang kena marah, maki, herdik tu lain cerita. Tujuan masing-masing nak dapat duit. Sikit pun jadi. Adakalanya bila kita bagi duit kat orang macam ni lagi baik daripada bagi pada peminta sedekah yang buat keje part time (biasa waktu malam, jual tisu kat kedai mamak/ medan selera).


Teringat masa keje kat kilang besi dulu, pekerja-pekerja myanmar ni makan nasi bawak bekal sendiri. Lauk mereka cuma kuah kari dan sayur yang dijual kat kantin. Gaji mereka, tak payah cakap la. Bukan besar sangat pun. Asalkan ada gaji boleh la simpan sikit-sikit.



Selain daripada tu, ada jugak mamat banglas yang ambil upah cuci kereta menggunakan basikal dari rumah ke rumah. Senang je keje dia. Cari sesiapa yang nak dicuci keretanya, lepas tu mereka akan basuh. Peralatan mereka bawa. Cuma air saja digunakan secara PERCUMA daripada tuan rumah. Itu pun dibayar rm5. Ok la kan???

Ada juga mamat banglas yang guna basikal dari rumah ke rumah untuk mesin rumput. Dia bawak la mesin rumput, kemudian dia tanya kalau-kalau tuan rumah nak bersihkan halaman rumah.

  1. Apa yang boleh diambil daripada cerita-cerita mereka yang digelar warga antarabangsa ni ialah; kalau Allah dah tentukan rezeki kita, kita tetap akan dapat.
  2. Manusia yang rajin pasti akan berjaya.
  3. Manusia yang malas perlu belajar apa erti sebenar kehidupan. Kalau warga asing sanggup meredah lautan, terperosok dalam kereta semata-mata nak masuk ke Mesia sebab nak keje. Tapi warga negara kita sendiri tak nampak apa sebenarnya usaha dan rezeki ni... Pastilah kita berada di dalam kerugian yang nyata.

Sekarang ni pun kita dah alami kerugian sebab ramai yang sanggup menganggur daripada bekerja. Sebab-musababnya ialah katanya belajar tinggi-tinggi tapi keje tak setaraf. Kalau macam tu sampai bila-bila la kau takkan berjaya. Semua nak harap orang suap.

Ingatlah, kalau semakin ramai warga asing dalam negara kita.. yang kemudiannya diberi kerakyatan. tak ke itu kebangangan namanya. Mana kita nak letak harga diri kita? Lepas tu kita nak perjuangkan atas nama ketuanan lah.. ini lah.. itulah... yang hakikatnya kita sendiri mengabaikannya.

ok la... rasanya sampai sini dulu celoteh hari ni.

daaaaaa.....

20121117

ANAKKU... HIDUP SEKALI BIARLAH BERERTI

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:42 pm 0 komen dari pembaca
Kali ini saya nak cerita sedikit tentang buku yang saya baca ni...


Ia bukan tentang nasihat semata-mata... tetapi berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Gaya penulisan yang menarik.

Walaupun saya kini telah menjadi seorang isteri... tetapi saya masih punya ibu. Dan saya mengerti apa yang ibu bapa harapkan daripada seorang anak. Selain kejayaan di dunia. Ibu bapa amat berharap kejayaan anak itu dalam kehidupan mereka serta dapat mendoakan kesejahteraan ibu bapa bila sudah tiada.

Buku ini digarap dengan baik. Daripada asal ciptaan anak itu, anugerah-anugerah yang diberi, keinginan, cara bersahabat, cara melawan nafsu. Mengenal kehidupan dunia yang sebenar terangkum di dalam buku ini.

Diselitkan surat terakhir daripada Marilyn Monroe sebelum membunuh diri. Selain itu diceritakan juga tentang pengalaman-pengalaman wanita yang terlibat dalam industri pornografi.

Saya pasti sesiapa yang membaca buku ini akan berfikir dan menyelami erti sebenar hidup ini.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea