Pages

Come and be with me

20120425

Mencari Dhuha

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:52 pm 0 komen dari pembaca
Sebelum ni shuben saya pernah cakap nak amalkan solat dhuha. Baru-baru ni pula saya baca Wardina cari cara macam mana nak hafaz dengan lancar cara baca doa dhuha. Jadi saya cari apa sebenarnya kepentingan dan hikmah dalam dhuha itu. Jadi... saya download doa dhuha UNIC dan maksudnya...
Kini saya mengerti... dah lama saya tak lakukan solat dhuha ni. Dah lama sangat. Akhir masa saya berada di tingkatan 3. Terlalu lama meninggalkan solat dhuha.

Dibawah ini saya sertakan niat solat dan doa serta maksudnya. Semoga kita beroleh manfaat dan hikmah daripada ayat2 ini. Insha Allah.





Antara waktu untuk melakukan solat Dhuha





Renungan;

10 Tips Pengurusan Masa (Pelajar)

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:28 pm 0 komen dari pembaca

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah
” Tersusun
dalam urusannya sehingga menjadikan
kehidupannya teratur dalam segala hal
yang menjadi tanggung jawab dan
amanahnya. Dapat menyelesaikan semua
masalahnya dengan baik dengan cara yang
baik.”
Uruslah masa mudamu sebaik mungkin...sebelum datang masa tua mu..masa senang sebelum masa sibuk...

Uruslah masa mudamu sebaik mungkin...sebelum datang masa tua mu..masa senang sebelum masa sibuk...

10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang di sunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”


 
10 Tips Pengurusan Masa Berkesan
 
1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.


3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.


4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.


5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.


7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.


8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.


10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.

Sumber diperoleh: http://krimterengganu.wordpress.com/2009/02/16/tips-pengurusan-masa-berkesan/

20120423

Tak habis-habis lagi

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:45 pm 0 komen dari pembaca


  1. =>> Contoh gambar di atas adalah kesan daripada gurauan yang melampaui batas!!


    [Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.]
 
 


Inilah dilema saya bila mengajar. Dilema nak menjadikan pelajar-pelajar ni lebih serius dan menjauhkan diri daripada bergurau. Adakalanya gurauan mereka berlebih-lebihan. Bila bergurau, gurauan itu kelihatan kasar. Tapi mereka menafikan sekeras-kerasnya. Pening kepala nak suruh berhenti bergurau.

Kalau tak bergurau kasar, mengejek nama ibu ayah kawan-kawan. Sedangkan ibu ayah perlu dihormati. Ini pula dimain-mainkan nama ibu ayah. Bila ditegah, dilarang. Berhenti seketika.

Banyak bergurau memang mematikan hati. Banyak bergurau memang akan membuatkan diri lari daripada fokus belajar. Tetapi entah bila agaknya mereka akan sedar. Harap pelajaran sivik itu memberi kesan. Namun tidak terkesan langsung dihati. Semakin hari, semakin menjadi-jadi.

 



 
 

p/s: kalau ada komen atau cara nak atasi sila tinggalkannya di sini, TQVM.




20120413

Prinsip Kitaran Proses Kualiti

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:00 am 0 komen dari pembaca

 Satu daripada caranya ialah dengan mencipta, membentuk dan menggilap satu budaya sekolah yang baru, yang positif dan berkesan melalui Sembilan Prinsip Kitaran Proses Kualiti(Quality Cycle of Process).


Sembilan Prinsip QCoP tersebut adalah:

1. Do It Right First Time (DIRFT): Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap 'boleh dielak dan dicegah'. Pada tahap yang lebih
tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham dan
mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.

 2. Guru Mengajar Murid Belajar: Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa 'kerja kita ialah mengajar' bukan berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar ke
kedai, tidur atau lainnya.Mengajar  pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama 'tidak ada kelas yang
dibiarkan tanpa guru'. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain serta belajar
dengan penuh keriangan dan kefahaman.

3. Mengongsi Visi Yang Sama: Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak
dan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah 'normal' dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang
hendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata keramat "Bersatu Kita Teguh
 Bercerai Kita Roboh".

4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai: Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan
sepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik.

5. Penambahbaikan Berterusan: Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek
 kerja terutama P&P.Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya
 hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa.

6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah: Ertinya tidak cukup sekadar boleh 'menyelesaikan masalah' sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu benda
yang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan 'mencegah masalah' supaya tindakan awal yang bersifat 'preventive' bukan 'remedial' dapat dibuat dengan berkesan.
Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti. Ringkasnya mesti ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah dan organisasi yng
iklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan lagi berkualiti.

 7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul: Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan penambahbaikan adalah
berdasarkan 'perkaranya' bukan kepada 'siapa orangnya'. Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau Guru
Penolong, hatta Pekerja Rendah Awam sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan dan implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, dan
objektivitinya. Matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh dipoertikaikan oleh sesiapa pun.

8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan: Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi atau
menyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru mesti faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja  lebih-lebih lagi
usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan dan pemikiran 'kesejawatanan' maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatan
dan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong, sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan sebagainya wujud dengan penuh
harmoni.

9. Guru Sebenar Guru~Ke SekolahTidak Jemu Mengajar Tidak Lesu: Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan
mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau
menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak
akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng, banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan
tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas'
ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh.

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:56 am 0 komen dari pembaca



Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan
  • punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
  • hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
  • kenal, hormati dan percayai murid-murid
  • mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
  • menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
  • menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
  • hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.

 
 Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa
  • melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
  • berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
  • adil dalam menilai dan menggred
  • fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
  • bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
  • seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
  • sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
  • merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
  • secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
  • menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

 
Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa
  • seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
  • seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
  • juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
  • aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
  • menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
  • bina dan mengekalkan perhubungan profesional
  • bekerja dalam organisasi sekolah yang luas




Secara Peribadinya: Seorang Guru Yang Perkasa  itu sentiasa menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar
kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi guru yang perkasa lagi berkesan berfikirn terbuka, berlapang dada, merendah diri dan bersikap
optimistik. 


 

Pengukuhan Budaya Sekolah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:53 am 0 komen dari pembaca

Apa yang dimaksudkan dengan iklim sekolah? Ringkasnya suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang, tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.

Apa dia budaya sekolah? Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkannya sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."

Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, "beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel  included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."

Kajian-kajian mengenai budaya sekolah yang mengenalpasti ciri-ciri berikut sebagai dianggap perlu wujud di sesebuah sekolah yang iklim dan budayanya sihat dan berkesan:
  • Strong and professional principal
  • Strong and professional teachers
  • Clear positive philosophy
  • Environment condusive to learning
  • Effective student welfare framework
  • Strong organizational framework
  • Broad balance curriculum
  • Meaningful assessment and reporting on student progress
  • Support for parent and community participation



Renungilah ciri-ciri tersebut adakah wujud dan menjadi amalan semua pihak sama ada di pihak pengurusan atau pun di pihak staff dan guru-guru termasuk murid-murid dan ibu bapa mereka.

Kualitikah seorang GURU? Jika....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:51 am 0 komen dari pembaca

Bagaimana boleh dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika ketrampilan ilmunya dipertikai oleh muridnya sendiri. Email seorang pelajar seperti tersiar di dalam akhbar The Star (25.03.2007) menerangkan maksudnya dengan jelas:

                                   "I am in Form One. I would like to write about my English language teacher.
                                    I think my friends and I speak better English than her. She cannot even
                                    pronounce simple words, for example, the word "crow" is pronounced as
                                  "crew". 

Most of the time she speaks as if she is a saleperson at the supermarket. Her command of the language is very bad. When we read correctly, she stops us and repeats the word wrongly.She confuses us most of the time. She always tells us to talk only in English and not Tamil or Malay but she speaks in Malay.

                                   I think she should go for tuition to improve her English. My friends and I often
                                   make fun of her but she doesn't understand a thing. I feel sorry for her."
                                                                                                               ~ Shureen Raj

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea