Dipaut daripada :http://www.aimanazlan.com/2012/09/guru-kita-tak-dapat-buat-kerja.html
<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<
Saya banyak bersembang dengan guru-guru, termasuk juga pensyarah-pensyarah
universiti. Ajaib, masalah yang mereka hadapi hampir sama. Mungkin kerana meraka
di bawah sistem yang sama. Selama ini saya lalui kehidupan saya di alam
persekolahan tanpa menyedari hakikat ini. Kini setelah saya bersembang dengan
mereka heart to heart, barulah saya tahu.
This is another side
of the coin that we need to consider.
Pentadbiran: Okeh cikgu
semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk
habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun
ni.
Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat
habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam
pace yang sederhana. Pelan ni memang nice.
Pentadbiran: Great! Kami ada satu pengumuman: sekarang
kita ada satu acara untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir.
Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran
forward skit la ye. Takpe-takpe.
Pentadbiran: Ha,
bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar yang kita akan buat nanti. Suma
pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati skit kepada yang hadir.
Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk keep
up dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju skit gak ni.
Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada VIP yang nak
melawat kita. Dia nak tengok progress kita camna.
VIP
datang.
VIP: Hmm…belum menepati standard.
VIP
balik.
Pentadbiran: Selepas lawatan VIP, dia tekankan kepada kita
supaya kita up kita punya performance. Kita ketinggalan skit
dengan silibus kita. Keje umah pun tak cukup.
Cikgu: Baiklah. Kami
akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyak homework.
Kami akan ajar lagi laju.
Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan
anda, sekarang ni dah bulan September so harap-harap silibus kita akan dapat
dihabiskan by the end of this month. Apa progress kita
sekarang?
Cikgu: Umm...kami baru cover 20%
silibus.
Pentadbiran: Say what?! Belum cukup bagus ni.
Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi
lagi.
Cikgu angguk sahaja.
Cikgu: Kalau macam tu, kami
akan go turbo. Kami akan banyakkan keje umah dan kelas tambahan.
Meanwhile dalam kelas…
Cikgu: Tolong buat latihan daripada
bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.
Pelajar: Cikgu,
banyaknya keje! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni.
Meanwhile
dalam pejabat guru…
Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keje
umah ni?! Kesian anak saya.
Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan
silibus. Sudah kesuntukan masa.
Ibu Bapa: Macam mana boleh
tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran
kot?
Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami,
kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh
tu.
Final exam menghampiri.
Pentadbiran: Hello cikgu
semua, kita ada acara besar coming up. Suma pelajar wajib hadir ye.
Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk
habiskan silibus ek?
Cikgu: ...
Cikgu, saya sayangkan
cikgu. Tidak perlu saya tunggu 16 Mei untuk saya ungkapkan kata-kata itu. Saya
bersedih dengan kesusahan yang cikgu lalui. Saya lebih menghargai cikgu selepas
mengetahui hal ini.
Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil,
luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang
sebenar.
I wish I saw this side of the coin sooner.
0 komen dari pembaca:
Post a Comment