Pengurusan dan Organisasi kelas Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada :
- Ketua Tingkatan.
- Penolong Ketua Tingkatan,
- Bendahari,
- AJK kebersihan - memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
- AJK Keceriaan - Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
- Menentukan kawal elektrik, kipas
angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan
elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus yang berkenaan.
- Membimbing organisasi kelas yang
dilantik menjalankan tugas.
- Mengadakan tabung kelas dengan
jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:(a) Keceriaan kelas.
(b) Kebajikan pelajar.
- Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
- Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
- Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
- Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.
Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan
- Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
- Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
- Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
- Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
- Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
- Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
- Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
- Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
- Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
Buku teks, biasiswa dan bantuan
- Memastikan skim pinjman buku teks
diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan
ditulis nama pelajar.
- Mengemaskini fail SPBT dari masa ke
semasa.
- Memulangkan buku teks pada tarikh
yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks
pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT
- Mengenalpasti pelajar yang layak
menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru
Kebajikan.
- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
Kutipan Yuran dan Derma
- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
- Mengutip derma PIBG
- Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
- Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
- Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
- Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
Pendaftaran Pelajar Baru
- Menerima kemasukkan pelajar baru,
ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru
dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
- Menentukan penerimaan borang SPBT
(sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini
mendapat buku teks.
- Menyemak jika pelajar ini menerima
sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
- Menentukan rumah
sukan.
- Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
Murid Keluar
- Menentukan hal-hal peperiksaan
telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
- Menentukan kelulusan untuk bertukar
telah diterima.
- Menentukan buku teks telah
dipulangkan.
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.
- Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
- Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
Diperoleh daripada : http://www.semetrik.com/tugastingkatan.shtml
0 komen dari pembaca:
Post a Comment