Menggunakan apa yang ada di rumah saya la kan....
Jadi...
Hidangan 4-5 orang (minum petang)
Bahan:
6 keping roti (ikut bekas/loyang yang nak digunakan)
1 cawan gula perang
3 biji telur ayam
1 cawan krim masakan
1 cawan susu segar
1 sudu tepung jagung
utk hiasan: boleh tambahkan kismis / buah-buahan
cth : pisang
Caranya:
- Potong roti tu kecil-kecil dalam bekas
- Pecahkan telur, masukkan gula perang (tepuk hingga sebati) masukkan susu dan krim serta tepung jagung. Pastikan sebati (tak perlu pukul lama-lama)
- Masukkan adunan tu ke dalam bekas roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti menyerap adunan dan kembang.
- Sapukan butter / mentega pada tepi loyang . Masukkan roti dalam loyang
- Kemudian, bakar dalam microwave selama 20 minit. Sama juga kalau guna oven.
- Apabila sejuk boleh dimakan dan disimpan di dalam peti.
Senang je kan???
Selamat mencuba.
0 komen dari pembaca:
Post a Comment