Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Amat mengejutkan berita yang dibaca
di BHarian 24/03/2012. Menurut berita yang
dilaporkan, kira-kira 50% daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang
menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca
daripada masalah Disleksia. Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia
daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100
orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat
membimbangkan.
Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin,
berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan
satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya
ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas. Kebanyakan sekolah tidak
dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-kanak itu belum menjalani
pemeriksaan, justeru mereka cenderung meletakkan mereka dalam kelas pendidikan
khas dengan alasan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
Menurut Sariah
lagi, program dalam pendidikan khas kurang sesuai untuk penghidap Disleksia,
sebaliknya mereka memerlukan program dan kaedah pembelajaran khusus bagi
mengatasi masalah ini. Adalah difahamkan, ada sesetengah sekolah memberi kad
Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pelajar Disleksia, sedangkan mereka bukan
mengalami penyakit yang kronik, tetapi hanya keadaan mereka yang sukar mengenal
huruf, membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Apa itu
disleksia?
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah
satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis,
mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang
menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran
yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi
kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai
disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai
kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan
seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai
masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap
disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali
disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah
pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang
berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam
golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap
kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan
penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan
berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa
yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat
daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan
diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu
bapa apabila dewasa.
Ciri-ciri penghidapnya
♥ Selalunya
dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
♥ Lambat membaca dan
mempunyai tulisan tangan yang buruk.
♥ Ketika membaca, sering mengurang dan
menambah pada sesuatu perkataan.
♥ Sering keliru dengan sesuatu perkataan
pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
♥
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga
habis.
♥ Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut
perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
♥ Sering berlaku di kalangan
lelaki.
♥ Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir
tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan
kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
♥ Masalah disleksia
boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-punca
disleksia
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan
Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
•
Keturunan atau genetik
o Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga
yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi
yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan
telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun
• Biologi
o Sejarah
kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan.
Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar dan kerosalan ini minimum
• Kematangan
o
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada
kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia
Rawatan untuk kanak-kanak
disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak
disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan
kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran
atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami
bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap
disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat
atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang
mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita
untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan
latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih
sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat
aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9.
Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus,
pandai.
Sumber : BHarian 24/03/2012, Ms.Wiki ~ Disleksia
0 komen dari pembaca:
Post a Comment