Pukul 11 tadi aku menjawab panggilan telefon... Terus bergegas aku ke dapur, memotong ayam dan melumurkan ayam itu dengan rempah.
Lalu aku mandi.. dan bersiap-siap ke pasaraya untuk membeli barang keperluan memasak mee hoon goreng.
Sesampainya di Petronas bersebelahan pasaraya itu, aku memakirkan kereta ku. Sempat lagi mengeluarkan not hijau lumut dari ATM RHB bank. Ternyata ramai yang beratur di ATM CIMB. Takkan nak tunggu berbaris panjang. Malaslah!
Setelah itu, aku berjalan masuk ke pasaraya. Mengambil bakul dan terus mencari bahan-bahan untuk memasak. Selesai memilih apa yang perlu dan adakalanya aku gemar menambah barang-barang dapur supaya tidak perlu kerap ke pasaraya.
Seusai beratur dan bayar, aku berkejar pulang ke rumah. Oh lupa, setiap Sabtu kena beli plastik. (langkah pengurangan plastik). Apa-apa je la.
Namun langkah ku perlahan menuju ke rumah. Mendaki bukit..... Kalau jalan kaki mahu.. setengah jam baru sampai.
Nak masuk di pintu pagar perlu guna pas kebenaran masuk. Aku mencari petak parkir kosong yang berdekatan dengan pintu rumah. Namun agak hampa, mungkin ramai yang tidak keluar hari ni. Jauh sikit baru lah ada.
Aku menjinjit 2 beg plastik yang agak sarat dengan bahan-bahan masak.
Sesamai di rumah, terjengul di sofa, kawan anakku, Eyka. Dah bangun pun getus hatiku.
"Jenuh aunt kejut ko tak bangun pun ea... " saja aku tinggikan suara.
Tapi dia buat tak dengar je. Lalu barang-barang tadi aku letak di atas kabinet dapur.
"Dah, pegi kejut Alin dengan Tofik, lepas tu tolong aunt masak" ujarku.
Eyka banyak menolong ku bila ada dirumah ni. Bila dia ada di sini, dia tolong menyediakan bahan memasak, mengangkat kain dan mengemas dapur. Untung ada anak macam Eyka.
Aku sendiri senang meminta tolong Eyka berbanding dengan Alin.
Kami bersama-sama berada di dapur menyediakan bahan memasak. Sambil itu aku mengajarnya cara memasak yang betul. Memberi tips-tips berguna.
Bak kata ibu ku; "Siapa yang pandai masak tak rugi".
Benar bukan? Masakan seorang ibu/ bapa dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang akan menjadikan masakan itu lebih baik dan berkat. Anak-anak mudah mendengar kata ibu. Suami pula boleh mengurangkan belanja makan di luar. Sekali-sekala makan di luar apa salahnya. Kalau setiap hari makan di luar, apalagi di kedai mamak, baik kawin dengan mamak je.
Tambatlah kasih sayang kita dengan masakan. Tidak perlu resepi yang pelik-pelik. Resepi ringkas pun dah memadai. Adakalanya kita boleh menambahbaik masakan kita dengan mencuba resipi-resipi lain. Itu pun dan cukup bagus tu!
Lepas siap menggoreng mee hoon yang penuh berperisa dan perencah. Aku teruskan dengan menggoreng keropok.
Masih lagi berbual dengan Eyka.. Menceritakan kelebihan dan kekurangan keropok yang dibeli.
Ia lebih mudah bercerita bila ada orang yang sudi mendengar daripada kita membiarkan diri bercerita tapi orang tak berminat.
Sampai kini aku masih menunggu panggilan suamiku. Katanya mahu ke Seremban dan Port Dickson. Mungkin juga akan ke Johor Bahru. Tapi entah pukul berapa baru gerak ke sana.
Susah menunggu orang yang sibuk. Masanya sukar ditentukan.
Bila berjanji tentang masa sukar untuk dijangka. Lebih baik tak perlu terburu-buru.
Ini pun aku masih menunggu.......
20121201
LOSING IDEA
Bila aku nak ketik keyboard ni aku selalu hilang idea...
Asalnya dah ade idea yang bagus.. tapi lepas tu.. hilang...
Puffffff....
Menyampah betul la....
Bila baca buku ada saja nak tulis itu.. nak tulis ini...
Bila jari dah mula mengetik....
Hilang semuanya.....
Ni perasaan paling benci.
Asalnya dah ade idea yang bagus.. tapi lepas tu.. hilang...
Puffffff....
Menyampah betul la....
Bila baca buku ada saja nak tulis itu.. nak tulis ini...
Bila jari dah mula mengetik....
Hilang semuanya.....
Ni perasaan paling benci.
20121129
20121127
SARAPAN Chebrateg
Assalamualaikum wbt.....
Hehe... Hari ni nak share lagi sarapan pagi kite.
Nampak tak nama Chebrateg tu????
Ha, itu la dia nama untuk sarapan kita. Nampak macam pelik je kan?
Tapi cara nak buatnya sangat mudah. Semudah nak sebut ABC.
Hehehe...
Ok, tanpa buang masa lagi... disertakan di bawah ni...
CHEBRATEG =)
Nota: Persedian untuk 1 orang
Bahan-bahan:
Caranya:
Senangkan??? Oh ye, kalau rasa nak tambah tomato / salad pun boleh. Tapi pastikan letak selepas keluar dari microwave supaya kesegarannya dapat dikekalkan.
Selamat Mencuba ya!!!
Hehe... Hari ni nak share lagi sarapan pagi kite.
Nampak tak nama Chebrateg tu????
Ha, itu la dia nama untuk sarapan kita. Nampak macam pelik je kan?
Tapi cara nak buatnya sangat mudah. Semudah nak sebut ABC.
Hehehe...
Ok, tanpa buang masa lagi... disertakan di bawah ni...
CHEBRATEG =)
Nota: Persedian untuk 1 orang
Bahan-bahan:
1 biji telur
2 keping roti
1 keping keju
Caranya:
- Letak sekeping roti di atas pinggan tahan panas
- Letak single keju di atas roti
- Pecahkan sebiji telur di atas roti itu, biarkan putih telur mengalir keluar pinggan
- Tutup bahagian atas dengan sekeping roti lagi. (*terpulang nak tutup / tak)
- Masukkan ke dalam microwave dengan kepanasan Sederhana (Medium), dengan masa 2 minit.
- Keluarkan dan boleh dimakan.
Senangkan??? Oh ye, kalau rasa nak tambah tomato / salad pun boleh. Tapi pastikan letak selepas keluar dari microwave supaya kesegarannya dapat dikekalkan.
Selamat Mencuba ya!!!
Categories
resepi
20121124
teknik HAFALAN
Semasa saya skewl dulu, teknik HAFALAN sangat diutamakan. Jadi bila mendeklamasi Sajak atau bersyarah, kita dapat melantunkan intonasi dengan baik. Namun saya nampak pelik, saya lihat ramai pelajar sekarang kurang menghafal bait-bait puisi dan juga teks syarahan.
Mungkin saya tak mengajar subjek bahasa Melayu. Tapi agak pelik pula bila tengok pelajar-pelajar ni tak membaca dan menghafal langsung.
Di bawah ni saya catitkan sedikit cara / tips untuk mengHAFAL dengan baik dan betul.
PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa.
Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.
KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT.
KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT.
Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.
KETIGA : Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar,
KETIGA : Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar,
Minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan letih seperti mata yang mengantuk dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.
KEEMPAT : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal.
Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.
KELIMA : Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.
KELIMA : Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.
Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.
KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap.
KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap.
Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.
KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks.
KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks.
Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .
KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal.
KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal.
Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan.
Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.
KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain.
Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian syafawi ( lisan) kelak.
KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat.
KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat.
Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.
KESEBELAS : Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal.
KESEBELAS : Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal.
Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya.
Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak.
SARAPAN mudah
Pagi ni terasa nyaman sangat.. Maklumlah hujan turun dinihari..... Sehingga kini masih terasa kesejukannya. Mungkin inilah rahmat Ilahi..dan juga angin musim tengkujuh. Walaupun tak duduk di Pantai Timur, masih dapat rasakannya...
Ok la.. tak perlu buang banyak masa...
Hari ni saya nak tunjukkan pada kalian satu menu mudah.. terutama untuk anak-anak gadis yang mula memasak.. dan juga ibu-ibu yang punya anak. takde anak pun tak jadi hal. Sebab semua orang boleh makan.
Yang penting kena ada oven / microwave. Nak bagi nama untuk menu ni pun tak reti sangat... tau buat je... untungla kalau ada yang nak bagi nama versi masing-masing.
Bahan-bahan :
Cara;
Kalau rasa nak makan bersama daging (pattie).. Kat luar pun sekarang ada jual. Nak saiz macam mana, ikut suka. Banyak juga jenamanya.. Yang penting cari perkataan (pattie).
Anda boleh cipta sendiri... tapi yang itu dalam edisi seterusnya ... OK!
Selamat mencuba!! =)
Ok la.. tak perlu buang banyak masa...
Hari ni saya nak tunjukkan pada kalian satu menu mudah.. terutama untuk anak-anak gadis yang mula memasak.. dan juga ibu-ibu yang punya anak. takde anak pun tak jadi hal. Sebab semua orang boleh makan.
Yang penting kena ada oven / microwave. Nak bagi nama untuk menu ni pun tak reti sangat... tau buat je... untungla kalau ada yang nak bagi nama versi masing-masing.
Bahan-bahan :
- Kentang (ikut keperluan)
- Serbuk lada putih (ikut suka)
- Garam (secubit)
- Cheese (tambahan - kalau tak nak pun takpe)
Cara;
- Kupaskan kulit kentang
- Potong kentang ikut suka (nak buat macam french fries boleh, macam wedges pun boleh)
- Gaulkan serbuk lada putih, garam.
- Letak cheese (keju) di atas - ikut citarasa.
- Masukkan dalam microwave.. Cari auto menu untuk kentang. atau 5 - 7 minit dengan api sederhana.
Sebelum
Selepas
Kalau rasa nak makan bersama daging (pattie).. Kat luar pun sekarang ada jual. Nak saiz macam mana, ikut suka. Banyak juga jenamanya.. Yang penting cari perkataan (pattie).
Pattie yang dimasak bersama keju
Anda boleh cipta sendiri... tapi yang itu dalam edisi seterusnya ... OK!
Selamat mencuba!! =)
Categories
resepi
20121123
SAVE GAZA --> VIVA PALESTINE
Masa mungkin telah berlalu... tapi adakah kita masih diam membisu?
Walaupun bukan tanah air kita, namun mereka adalah saudara seagama kita. Tidak wajar untuk kita membiarkan mereka sahaja yang berada dalam keadaan ketakutan. Yang pastinya seluruh dunia turut merasakan segala ketidakadilan yang dilakukan oleh bangsa laknat ini..
Harap kita dapat doakan yang terbaik untuk saudara-saudari kita di sana. Walaupun dengan sumbangan yang tidak seberapa... Diharap Allah dapat membantu negara itu kembali Merdeka dan aman. Semoga Allah merahmati mereka....
Kesian pada anak-anak kecik, ibu mengandung dan orang-orang tua yang tidak berupaya. Kekuatan kita bukanlah SENJATA. Akan tetapi kekuatan sebenar kita ialah DIRI KITA SENDIRI.
Walaupun bukan tanah air kita, namun mereka adalah saudara seagama kita. Tidak wajar untuk kita membiarkan mereka sahaja yang berada dalam keadaan ketakutan. Yang pastinya seluruh dunia turut merasakan segala ketidakadilan yang dilakukan oleh bangsa laknat ini..
Kesian pada anak-anak kecik, ibu mengandung dan orang-orang tua yang tidak berupaya. Kekuatan kita bukanlah SENJATA. Akan tetapi kekuatan sebenar kita ialah DIRI KITA SENDIRI.















