Pages

Come and be with me

20130111

Aku seekor kucing

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:00 am 0 komen dari pembaca
Aku dilahirkan pada penghujung tahun 2012. Setelah dilahirkan, aku ditempatkan di sebuah rumah kondo bersama bapaku. Pada waktu membesar ada banyak perkara yang aku perlu belajar. Ya.... Aku perlu banyak belajar. Terutama untuk membuang air besar dan kecil.

Pada waktu itu, aku tidak mengerti apa-apa.. Aku tidak tahu di mana pasir. Hendakku kuis tak nampak dan tak dapat ku hidu bau pasir. Aku terpaksa membuang najisku ini di atas lantai, di atas permaidani tuan ku itu. Bukan aku sengaja. Aku tidak mengerti. Mungkin tuan ku itu sudah tidak tahan lagi dengan aku. Lalu dia mengeluarkan aku dari rumahnya. Aku pasrah, aku redha kerana aku hanyalah seekor anak kucing yang tidak tahu apa-apa.

Setelah dibuang, aku mula mengenali longkang sebagai kediaman yang paling selesa untukku. Walaupun begitu, aku masih berada di kawasan kondo ini. Aku masih kecil dan tidak tahu hendak ke mana. Bila berjumpa manusia-manusia, aku kerap menyembunyikan diri. Aku tidak mahu diapa-apakan lagi seperti sebelum ini. Walaupun begitu, bapaku masih dapat tinggal di rumah itu. Namun perilaku bapaku pun tak kurang kejam. Bila ia keluar dari rumah, ia akan mengencing di penjuru-penjuru rumah jiran-jiran lain. Mungkin ia rasa ia big boss.

Aku tetap berada di longkang. Longkang sepanjang kondo ini adalah tempat yang paling selamat untukku. Aku gembira di sini walaupun aku terpaksa mencari makan apa sahaja untuk sehari. Aku merasa bahagia kerana tidak ada lagi orang yang memarahiku.

Pada suatu harim ada seorang wanita yang melihatku. Dia suka melihatku bermain sendirian. Dia cuba memanggilku. Namun, aku yang masih takut dengan peristiwa dulu tidak berani untuk mendekatkan diri. Wanita itu cuba memanggilku lagi. Aku tetap menjauhkan diri.

Hari kemudian sekali lagi wanita itu terjumpa denganku yang comot ini. Dia memanggilku sekali lagi. Kebetulan pada waktu itu, bapaku sedang merayau-rayau. Jadi aku mendekatkan diri kepada bapaku. Disebabkan itu, dapatlah wanita itu mengambilku, memeluk dan mengusap kepalaku. Aku berasa sangat nyaman dan senang. Wanita itu kemudian meletakkan aku ke tanah semula. Ah.... Lega...

Hari berikutnya.... Wanita itu mencariku.. Dia memanggil-manggil aku. Aku tercari-cari suaranya. Aku pun mendekatinya kerana perasaan khuatir itu telah hilang. Wanita itu mengambilku buat kali pertama. Dia memberi makan kepadaku. Pada waktu malam, wanita itu telah mengurungku di dalam sangkar kucing yang kecil. Aku menangis sendirian pada malam itu. Sewaktu subuh, aku sudah tidak dapat menahan, aku terbuang najis di dalam sangkar itu. Ah... busuknya. Tapi... aku terpaksa... Tiada jalan lain.

Keesokan paginya aku dikeluarkan oleh wanita itu. Aku tidak tahu mengapa dia berbuat begini kepadaku.

Setelah tiga hari berlalu.. Wanita itu mencariku semula... Aku mengikutinya pulang ke rumahnya. Dia telah menyediakan makanan untukku. Setelah aku makan, wanita itu memandikan aku. Aku berasa sangat sejuk. Wanita itu juga telah membunuh beberapa kutu yang terdapat di badanku. Lega sangat rasanya walaupun sejuk. Wanita itu juga mengeringkan aku menggunakan hair-dryer. Aku takut mendengar bunyi itu. Aku cuba lari daripada dakapannya, namun wanita itu mencengkam aku dan memberi ketenangan kepadaku dengan mengusap-usap bulu badanku.

Selepas itu, bermula lah kehidupanku di rumah tuan ku yang baru. Aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangi aku. Hingga kini, tuan ku ini lah yang memberi makan kepadaku. Aku hanya bermain di dalam rumah. Najisku juga kini terjaga, tuan menyediakan pasir untuk aku membuang najisku di dalam bekas itu. Jadi, aku tidak membuangnya merata-rata.

Inilah kisahku sebagai kucing di kawasan kondo.



20130106

Belibarang Atas Talian

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:44 pm 0 komen dari pembaca
Ok.. Sebut pasal beli barang atas talian atau 'online shopping' ni sebenarnya banyak juga kelebihannya. Klik ... Klik.... Tengok mana yang berkenan.. Kalau baju.... Ukur2 dengan badan kita... Ngam... Boleh terus transfer duit ke akaun ketiga (si penjual tu)....

Walaupun pebelian online ni sebenarnya memudahkan kita sebab tak perlu ke shopping mall.... Dan adakalanya kalau nak beli suatu barang tu pulak ... kena beli borong... Harga dah lain. Daripada nak dapat murah pun asalnya jadi mahal.

Bukan lah nak cerita sangat tentang pembelian atas talian ni. Sebenarnya sebagai pembeli, kita ada banyak pilihan untuk mencari dan membandingkan harga daripada blog jualan kepada blog jualan yang lain walaupun barangnya sama. Samalah juga macam kita nak beli barang kat shop lot pun kan?
Cuma, adakalanya pembeli kena tunggu berjam-jam lamanya untuk dapatkan kepastian tentang barangan yang dijual sama ada masih ada dalam stok atau tidak. Keadaan ni sedikit sebanyak memberi gambaran negatif tentang si penjual itu.

Sebagai penjual, kita perlu melayan pelanggan yang ingin membeli. Pelanggan mungkin boleh 'lari' kepada peniaga yang lain kerana merasakan tidak dihormati sebagai pembeli. Memang pengguna atau pembeli ada hak. Dan penjual pun ada haknya.

Penjual sepatutnya meluangkan masa apabila pembeli cuba untuk bertanyakan akan produk yang dijualnya. Mungkin si penjual merasakan bahawa sudah ramai pelanggan yang dimilikinya. Jadi mereka mengabaikan akan pelanggan yang bertanya itu.

Terdapat juga penjual yang merasakan bahawa pelanggan tidak berduit. Pada hemat saya lah. Mereka menilai seseorang pelanggan hanya daripada luaran. Menganggap orang yang bertanya itu bukanlah orang yang benar-benar akan membeli produk jualannya. Namun, itulah yang biasanya terjadi. Si penjual akan melayan pelanggan yang dirasakannya layak saja. Sedangkan tidak semestinya begitu.

Saya tak nafikan ada ramai lagi penjual diluar sana yang baik. Namun sayangnya saya tidak memilih untuk berurusan dengan mereka kerana produk yang mereka jual tidak menarik perhatian/ memang saya tak perlu. Jadi terpaksalah saya menghadap penjual-penjual yang SIBUK. Nak tak nak terpaksalah menunggu berjam-jam.

Ketidakpuashatian berurusniaga atas talian seperti ini sebenarnya tidak diketahui jumlahnya. Namun, sedikit sebanyak memberikan gambaran negatif terhadap jualan mereka. Ada juga yang menjual produk terlalu 'limited' / terhad. Bila nak beli dah habis. Tapi masih lagi memaparkan produk yang dijual. Ternyata ia amat menyakitkan hati.

Saya harap penjual-penjual atas talian ni lebih sedar akan tanggungjawab mereka. Memang mudah sebenarnya membeli produk atas talian. Tapi hargailah perasaan pelanggan.

Puding Roti

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:59 pm 0 komen dari pembaca
Resepi kali ni saya nak kongsikan memandangkan saya dah berjaya buat puding roti...
Menggunakan apa yang ada di rumah saya la kan....

Jadi...

Hidangan 4-5 orang (minum petang)
Bahan:

6 keping roti (ikut bekas/loyang yang nak digunakan)
1 cawan gula perang
3 biji telur ayam
1 cawan krim masakan
1 cawan susu segar
1 sudu tepung jagung

utk hiasan: boleh tambahkan kismis / buah-buahan
cth : pisang


Caranya:

  1. Potong roti tu kecil-kecil dalam bekas
  2. Pecahkan telur, masukkan gula perang (tepuk hingga sebati) masukkan susu dan krim serta tepung jagung. Pastikan sebati (tak perlu pukul lama-lama)
  3. Masukkan adunan tu ke dalam bekas roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti menyerap adunan dan kembang.
  4. Sapukan butter / mentega pada tepi loyang . Masukkan roti dalam loyang
  5. Kemudian, bakar dalam microwave selama 20 minit. Sama juga kalau guna oven.
  6. Apabila sejuk boleh dimakan dan disimpan di dalam peti.



Senang je kan???
Selamat mencuba.

20130105

Followers ; THANK YOU

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:39 pm 0 komen dari pembaca
Saya nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog saya yang tak seberapa ni... Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang sudi menjadi pembaca setia blog saya.

Jujur saya katakan, bukan mudah untuk mendapat kejayaan. Tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah). Insha Allah, Allah akan beri ganjaran pada usaha kita itu.

Sekiranya ada apa-apa komen yang boleh membantu saya. Silakan mencatat komen itu ya.

Saya hanya manusia biasa. Saya bertindak berdasarkan tindak balas orang terhadap saya.

Semoga anda gembira membaca info dan maklumat daripada saya.

TQ so much!!!!

20121227

Kucing pun lagi baik lah!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:19 pm 0 komen dari pembaca
Tau tak yang kalau bela anak kucing ke binatang, ia lebih baik daripada nak bela manusia?

Sekurang-kurangnya kucing pun sayang dan hormat tuan dia. Walaupun tuan tu tak baik sangat. Tapi, kucing tetap akan sayang bila tuan dia bagi dia makan. Sebab dia tau, kalau tuan dia tak bagi makan. Mungkin dia susah nak dapat makanan lain dan mungkin juga akan mati. Atau kucing tu perlu cari tuan yang baru. Sekurang-kurangnya kucing pun sayang dan hormat kat tuan dia.

Kucing tu ada perasaan. Sama jugak macam manusia, nak rasa disayangi, nak dibeli. Kucing memang nakal. Tapi kalau diajar cara yang betul, dia takkan buat lagi kesalahan tu. Dan dia pun belajar untuk tau yang mana tuan dia suka.. dan yang mana tuan dia tak suka.

Tapi manusia, ada tuan pun masih nak cari kesempatan. Masih nak bagi alasan itulah inilah. Masih tak boleh nak hormat apa yang tuan cakap. Apa pun tak boleh. Padahal tuan yang dok bela, bagi makan. Masih lagi tak rasa apa-apa. Jangan kan nak hormat. Tak bagi apa-apa sumbangan pun. Ada ke patut manusia macam neh?? Tak reti bersyukur. Itulah ungkapan yang paling sesuai.

Kucing pun tau nak hormat tuan dia.... sayang tuan dia... ucapkan terima kasih pada tuan yang bagi makan dan tempat tinggal.

Tapi manusia tak pernah nak rasa bersyukur dengan apa yang tuan dah bagi kat dia. Asik nak dengar cakap dia aje.

Kalau kucing jumpa kawan dia pun, dia tetap kucing. Perangai dia tak ikut berubah bila balik daripada keluar bermain atau jumpa kawan.

Tapi manusia.... Kalau dah jumpa kawan, lupa diri. Selalu sangat lupa diri. Ingat kawan dia tu yang bagi makan kat dia. Tapi bila susah boleh ingat plak kat tuan dia. Pelikkan perangai manusia??

Tuhan bagi akal kat dia, tapi dia masih tak boleh fikir mana yang baik dan yang buruk.


Memang lebih baiklah membela yang boleh menghargai daripada yang lupa diri, tak bersyukur dan tak mahu berfikir. alias MALAS.

20121226

How could u....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:29 pm 0 komen dari pembaca
Oh.. Please la.....

Could u understand what i'm try to do???
Could u respect me???
Could u help me???
Could u give me a favour without my ask???

Could u done for yourself???
Could u just finish yourself???
Could u just be matured???

Could u take care of yourself???
Could u pleased to do???
Could u understand what u should do????

How could u??
How could u just being ignore with these???
How could u let it be just it be??
How could u be so cruel with others???
How could u???

To know what is this.... Just asking yourself.

20121224

MURTAD in my opinion

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:39 pm 0 komen dari pembaca
Berkaitan dengan isu murtad yang di baca dari dalam majalah Mastika.

"Cerita itu berkisar tentang seorang lelaki yang telah terlanjur dengan seorang wanita, lalu berhasrat untuk bernikah. Malangnya pihak lelaki tidak menerima. Kemudian, bila dirujuk untuk berkahwin pelbagai tohmahan telah diberikan oleh pihak-pihak yang dianggap jalan penyelesai masalah. Namun akhirnya mereka mencari jalan dengan nikah ditempat lain. Kemudian anak itu lahir.. Sudahlah begitu, diharapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang diharapkan untuk menyelesaikan isu pernikahan sah ini pula mendapat tahu bahawa sijil pernikahan yang diperoleh pula tidak sah. Ibarat jatuh dtimpa tangga, mereka sudah melahirkan anak kedua. Apa yang menjadi isu bila mereka nak daftar kelahiran anak mereka. Mereka dikatakan tidak sah taraf. Betapa sukarnya untuk melalui kehidupan seperti itu. Mereka mengambil kesempatan untuk keluar dari negara ini dan memulakan hidup baru. Keadaan di sana baik kerana tiada siapa yang peduli akan agama mereka. Namun, disebabkan oleh pemergian bapanya, dan meninggalkan si ibu yang tidak sihat. Mereka kembali ke tanah air. Mereka tinggal di kawasan setinggan. Sekali lagi malang berlaku bila anak-anak mereka dijangkiti penyakit denggi. Mereka perlukan kos yang tinggi untuk mengubati anak mereka. Kemudian isterinya pula jatuh sakit. Dia telah nekad untuk berhenti kerja, tetapi telah dinasihati oleh ketua majikannya supaya terus bertahan dan dia akan membantu menguruskan segala kos perbelanjaan hospital. Disebabkan oleh pertolongan yang diberikan itu membuatkan dia ingin keluar daripada agama asal. Kerana menganggap orang-orang seagama dengannya tidak pernah memberikan bantuan dan peduli langsung akan nasib mereka sekeluarga. Akhirnya dia nekad untuk bertukar agama setelah diberi pertolongan oleh seorang lelaki yang juga telah keluar daripada agama ini. "


Ok, ini satu cerita.. Ada lagi satu cerita. Tapi tak payah lah nak coret lagi panjang kan... Soalan-soalan pun dah ditanya pada mufti-mufti dan orang agama. Dan jawapan yang dikeluarkan pun agak memeranjatkan. Memang tak sangka jugak kan. Agak mudah dan ringkas jawapannya, tapi amat sini dan tajam. Apa pun itu hak mereka nak cakap.

Ini pendapat saya... Tak ada dipengaruhi oleh media dan mana-mana pihak. Ini pandangan saya sendiri.

Berdasarkan apa yang saya baca dan buku-buku yang saya baca, dikatakan satu masa nanti agama yang bertahan adalah agama Kristian. Bukan nak cakap agama Islam itu tidak bagus. Bukan. Apa yang saya nak bagitau adalah disebabkan oleh kerana sikap orang-orang kristian ini lebih bersabar dibandingkan agama-agama lain. Bukan saya yang cakap, tetapi ini berdasarkan pembacaan saya. Dan saya tak nafikan, kita boleh lihat bagaimana pengaruh kristian dalam kehidupan kita. Bagaimana cara mereka berdakwah. Dana-dana yang mereka peroleh. Sikap mereka sangat mengambil berat.

Ya, Islam mengajar umat Islam untuk menjadi sabar dalam menempuhi kesusahan dan kesulitan. Agama itu tidak bersalah. Yang salah adalah umatnya. Terutama apabila umat itu secara lahirnya sudah menjadi umat Islam. Betapa ramai yang nama saja Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran agama Islam dengan sepenuhnya.

Kita lihat di Mesia, berapa ramai diantara kita yang memeluk agama Islam. Tetapi gemar menyakiti hati orang lain. Mudah sangat sakit hati tanpa sebab. Dan sukar untuk membantu orang-orang yang dalam kesusahan. (Bukan yang bagi sedekah kat peminta sedekah tu). Kita senang sangat menuduh orang tanpa usul periksa. Kita mudah sangat menyalahkan orang lain. Menganggap diri kita terlalu baik dan terlalu suci. Menganggap diri kita tak pernah buat dosa walaupun sezarah. Bila perkara tak baik berlaku depan mata, kita mudah tuding jari dan menyalahkan. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar tahu akan kehidupan individu-individu itu. (Walaupun ada diantara mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita, itu tidak perlu lah kita pertikaikan)--> kita fikir yang benar-benar ingin berubah tetapi mereka dihampakan oleh makhluk-makhluk yang rasa diri mereka ni baik lah sangat.

Satu hal la... Bila orang yang buat salah nak kawin .. dan fikir nak selesaikan masalah dengan baik. Menggunakan saluran terbaik. Namun malangnya, mereka telah diperlekehkan sedari berada di kaunter Jabatan Agama. Padahal jawatan diorang ni kerani je. Bukan Pegawai pun. Tapi cara, sikap dan layanan dah macam mufti negeri. Rasa diri mereka tu bagus sangat. Bukanlah semua. Tapi inilah realitinya. Bergurau senda tak kira jantina. Lupa duduk di jabatan mana. Ini bukan hal yang direka-reka.

Berdepan pula dengan jiran... Ada jiran yang suka cari pasal. Bab mengutuk nombor satu. Bukan nak bagi bimbingan. Tak habis-habis nak cari masalah. Asik nak mengejek, membuat fitnah. Inilah sebabnya masalah kita tak selesai.

Kita ni cuma insan biasa saja. Ada juga pegawai-pegawai atasan jabatan agama (bukan semua, sesetengahnya) rasa diri mereka bagus. Mereka bagi jawapan sinis dan menyindir. Suruh pasangan itu ke Bahagian Kaunselor. Bagaimana nak ke bahagian kaunselor kalau dari kaunter depan pun dah berlagak macam kaunselor. Jawapan yang diberi oleh Pihak Atasan juga adakalanya seperti mereka terlalu sempurna. Terasa sangat hina bila diperlakukan begitu. Jangan ingat mereka itu sempurna. ada yang mengambil dan menjaga premis-premis pelacuran dan rumah urut. Kalau tak, masakan masih tumbuh macam cendawan selepas hujan walaupun dah banyak kali dibanteras. Berapa ramai umat Islam yang tak puasa, tak de pulak kantoi. Nih.. Padahal ramai je lelaki yang tak puasa bulan ramadhan. Berapa ramai mereka yang betul-betul menjaga kesucian Islam?????

Dari isu murtad tadi.. kita pusing balik.... Sebenarnya isu ini berpusing dan kena balik pada diri kita. Berapa ramai diantara kita yang sedar semuanya berpunca dari diri kita sendiri? Berapa ramai yang rasa mereka juga terlibat dalam hal2 ini?? Ya, kita semua terlibat. Kerana kita tidak membantu insan malang itu, kita juga telah menanggung doa dia. Kita ramai-ramai ok. Jangan ingat kita tak terlibat.

Kita fikir sejenak... Negara kita tak dilanda tsunami, tak dilanda gempa bumi, tak dilanda ribut, taufan .. Tapi kita lihatlah di mana masalah masayarakat kita. Masalah sosial yang semakin teruk dan semakin membimbangkan. Seperti tidak wujud apa-apa ketakutan dalam diri masing-masing. Kita lihat kerajaan yang mentadbir kita hari ini juga melibatkan wujudnya masalah-masalah ini. Sedihkan.... So, fikirlah yang terbaik. Apapun, kita doakan yang terbaik. Semoga kita dapat membantu insan-insan yang malang. Yang perlukan pertolongan. Jangan kita tambah lagi luka mereka yang sudah insaf. Jangan kita keji mereka. Kerana mereka amat memerlukan sokongan kita. Kalau satu masa mereka keluar agama kerana mereka mengatakan kita tidak membantu. Nah..... Kita turut berdosa disebabkan itu.




 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea