Pages

Come and be with me

20140918

When I was a kid - Periuk hitam legam

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:14 pm 0 komen dari pembaca


Saya telah diajar oleh mak dan nenek tentang mencuci pinggan mangkuk di bilik air. Sebab saya masih kecil… jadi saya membasuh sambil duduk di bangku. Saya mula belajar memasak sejak berumur lapan tahun. Saya diajar cara-cara memasak air… melihat mereka memasak.
Semasa berumur sepuluh tahun, kami tidak lagi tinggal serumah dengan nenek, kerana ibu bapa telah membli sebuah rumah teres tiga bilik. Pada hujung minggu jika ibu saya yang semasa itu bertugas sebagai jururawat di Hospital Sultanah Aminah, saya akan menggalas tanggungjawabnya untuk memasak dan mengemas rumah semampu saya.

Masih ingat lagi pelbagai peristiwa suka duka semasa saya ditinggal dengan dua adik saya yang masih kecil. Seorang berumur lapan tahun dan seorang lagi berumur tiga tahun. Bila lapar saya akan memasak nasi dan menggoreng telur. 

Kadang-kadang buat nasi goreng Adabi terhangus, terkadang terlebih minyak. Tapi masa tu kami makan je apa yang ada. Dalam peti sejuk sentiasa ada makanan frozen supaya senang saya nak masak.

Pernah satu ketika saya membakar roti menggunakan toaster. Entah kenapa masa tu saya nak buat eksperimen. Saya dah siap-siap letak marjerin terlebih…. Tiba-tiba blackout. Masa tu saya tak pandai nak naikkan suis utama tu. Jadi saya diam-diam je la. Takkan nak mintak tolong adik lelaki saya tu… dia pun belum cukup tinggi masa tu. Mana lah sampai nak on kan semula suis utama tu…
Kepala dah naik pening fikir macam mana nak buat… perut dah lapar nak masak nasi tengahari macammana saya fikir….
Saya tak pernah guna periuk biasa untuk masak nasi. Selama yang saya tahu kena masak guna rice cooker elektrik. Sadisnya bila saya fikir balik. Sebab saya tak tau langsung macam mana cara nak masak nasi atas dapur. Masa mak masak saya tak pernah pulak tengok.

Aduhhhhhh….
Akhirnya terpaksalah jugak masak nasi atas dapur guna periuk biasa. Saya pun sukatlah air macam biasa. Tapi bila dah jerang atas dapur api saya memang cuak sangat. Api saya pasang besar masa tu. Tak tau macam mana bentuk nak api besar ke api kecil ke… Memang sangat serabut masa tu.
Lepas tu…. Amik kau… bau hangit seluruh dapur.

Alamak!!!!!!!! Saya tengok nasi dah perang, dengan asap seluruh dapur.
Berderau jugak darah saya masa tu…. Bukan pasal fikir dapur tu… tapi fikir periuk nasi tu dah melekat dengan kerak-kerak nasi hitam pekat melekat kat dinding periuk.
Saya dah buang nasi yang hangit tu.. terus buang sampah masa tu jugak. Kalau tak, mestilah nak tunggu penuh baru lah nak buang. Itu pun asyik saya je yang selalu kena buang sampah.

Saya sental periuk tu dengan bersemangat sekali. Tapi.. masih tak hilang jugak kerak hitam kat periuk tu. Dalam pun hitam, kat luar pun hitam jugak.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk sorokkan periuk comot tu dalam setor. Lepas tu saya tak masak la… Saya Cuma buat sambal telur je. Masa mak abah balik mereka Tanya saya kenapa blackout. Saya cakap tak tau. Takut kena marah pasal buat eksperimen kat toaster tu. Lepastu… seramnya pasal periuk mak dah hitam legam tu takut kena marah.

Masa umur saya dah 20 masa kemas setor lepas pindah semula ke JB dari Pontian, barulah jumpa semula periuk comot tu….. hehehhehe….


Tapi masa tu mak dah tak marah pun. Periuk tu pun dah dibersihkan dan dah digunakan semula dah pun. Bila ingat-ingat semula…. Sebenarnya saya takut sangat kena marah dengan mak. Sebab mak garang sangat. 

Kenapa lebih mudah bersekedudukan daripada berkahwin?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:12 pm 0 komen dari pembaca


Pada zaman ini hal yang danggap pelik sudah menjadi biasa. Perkara yang dianggap taboo pun dah diterima dalam masyarakat kita. Entah mengapa keadaan ini menjadi semakin berleluasa…. Kita lihat dimana mana saja anak muda tidak kira remaja dan ada juga yang sudah berumur pun melakukan hal yang sama.




Perkara ini dahulunya dianggap sangat memalukan keluarga. Namun kini, keadaannya seperti biasa. Tiada membawa apa masalah selagi masalah besar belum berlaku.



Hari ini berapa ramai pasangan yang tidak berkahwin lebih gemar tinggal bersama dan berkelakuan seperti pasangan suami isteri. Mungkin tidak perlu bersusah payah mendaftar perkahwinan. Mungkin juga tidak perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga amanah daripada Allah. Mungkin juga pasangan ini tidak mampu mengadakan majlis yang dirasakannya terlalu mahal. Mungkin juga untuk sekadar berhibur.

Ramai remaja juga kini berani untuk melarikan diri dan tinggal bersama pasangan masing-masing. Mereka berpendapat kebahagiaan dapat dikecapi apabila bersama orang yang dicintai apabila mereka dapat bersama-sama dalam keadaan yang tidak sah.

Mengapa ibu bapa seperti membiarkan hal ini berlaku? Adakah ibu bapa sebenarnya tidak mengetahui akan perbuatan anak mereka? Atau ibu bapa tahu akan apa yang berlaku namun tidak mampu lagi untuk menasihati apatah lagi untuk menghalang perbuatan ini daripada terjadi?

Dan apa yang pelik tapi benar, mengapa mereka sanggup untuk bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Adakah mereka tidak pernah berfikir penghujung perjalanan hidup mereka?
Ada yang kata… .”Jika pernikahan pun boleh berlaku perceraian… jadi mengapa kami perlu bernikah jika sampai masanya kami bercerai juga?”
Mengapa mereka masih mahu menolak kebenaran dengan cara yang salah? Mengapa ada yang sanggup mempertaruhkan kehormatan diri kononnya demi insan yang dicintai secara terang-terangan hal yang salah? Adakah mereka nanti tidak akan merasa malu jika mereka akhirnya berpisah dan mencari pula pasangan hidup yang lain? Adakah semudah itu meletakkan maruah hanya dengan berkata dan bercerita tentang hal-hal lama? Adakah mereka akan bercerita kisah silam mereka?

Mengapa mengapa mengapa diri sendiri sanggup untuk membiarkan kezaliman itu dan menerima kezaliman itu tertanggung pada diri sendiri? Jika pasangan berkahwin apa sahaja yang dilakukan menjadi pahala dan keberkatan. Tetapi bagaimana dengan pasangan yang tak berkahwin ini? Segalanya menambahkan dosa.

Tidak kira remaja atau semua manusia di dunia ini… janganlah pedulikan kata-kata manusia lain dalam menegakkan suruhan Allah. Buatlah yang sekadar semampunya jika itu saja kemampuan kita. Lakukanlah sebaiknya untuk mendapat keberkatan dalam hidup kita. Pahala kita cari dan kita fikirkan ke mana kita halakan anugerah hidup yang Allah beri pada kita.






Jangan salahkan orang lain. Kita dikurniakan akal. Kita fikirkan jalan sebaiknya. Kita boleh bernikah biarpun pada pandangan orang kita terlihat miskin. Itu lebih baik daripada kita bersekedudukan tanpa nikah. Katakanlah berlaku perceraian, kita punya hak untuk mendapatkan bahagian untuk diri sendiri. Kerana itu kita tidak dizalimi. Itulah sebabnya mengapa Islam mewajibkan pernikahan pada pasangan. Selain memelihara kehormatan seorang wanita, ia juga mengangkat darjat wanita itu secara tidak langsung. Perkara ini perlu difahami bukan sekadar sebab yang bersifat sementara kerana yang menanggung akibat itu adalah wanita.



Diharap wanita tidak kira umur perlulah berfikir secara bijak dalam membuat sebarang keputusan. Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa saja.. namun pastikan diri sendiri tahu memilih antara yang baik dan yang merosakkan diri sendiri.



Kata orang taubat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun…. Kematian juga datang pada bila-bila masa. Kita sendiri tidak tahu ajal kita bila. Hari ini kita masih mampu memberi senyuman pada orang lain. Belum tentu esok kita dapat menghadiahkan senyuman lagi….. Perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk kita melakukan hal yang merosakkan diri kita. Kita sendiri belum tahu azab yang akan kita tanggung di akhirat sana. Entah kita mampu atau tidak…. Allahua’lam.


20140917

Cerita cuti sekolah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:42 pm 0 komen dari pembaca


Masa cuti sekolah ni ramai yang ambil peluang untuk jalan-jalan dan melancong di serata dunia. Ada juga yang tak kemana-mana pun. Ada yang habiskan masa depan laptop dengan wifinya. Ada juga yang menghadap tv sepanjang hari sambil makan, baring dan bermain video game dengan PSP tak kurang jugak ada yang main Play Station Xbox tak pun bangga dengan jenama baru Play Station 3 yang dibeli bulan lepas. Tak kurang jugak yang jalan-jalan secara berjemaah dengan kawan-kawan round Bandar KL. Oh… mungkin jugak tengah cari gadis atau lelaki yang ada iras-iras macam Ewal student AF2014.

Terkadang duit dalam poket takde la sampai lima puluh not pun. Tapi yang penting ada gaya. Bermula dari rambut sampai ke kasut. Semua benda kena nampak up to date. Ye lah.. sekarang ni tengah gaya hipster. Dengan yang perempuan berpakaian legging ketat macam seluar sarung nangka. Baju labuh tutup punggung cover dengan kemeja jeans biru. Tudung pun sekarang dah pakai selendang gulung-gulung. Tak kurang juga ada yang pakai tudung empat segi. Spec besar macam Nuha AF2014. Siapa lagi nak jadi ikon? Yang lain macam Najwa Latif pun tak pandai sangat berfesyen. Takkan nak tiru macam ikon Yuna pulak? Kalau nak cakap ikon macam Elfira Loy pun, rasanya beliau pun tak la berpakaian yang sangat static macam Wak Doyok. Dan remaja lelaki pun takkan mampu nak bergaya ala-ala Wak Doyok sebab benda-benda macam tu panas kot. Er…. Misai macam A.Galak tu ada sesiapa mampu ke nak bela?? Kan…





Dalam masa berjalan dengan kawan-kawan borak kosong. Sebenarnya belum tahu pun apa tujuan nak keluar hari ini. Cerita pun tak ada motif. Gelak gelak macam tengah cerita sesuatu yang happening, padahal langsung tak ada bahan pun. Senang citer no point untuk cerita. Bercerita naik eskelator.. turun eskelator… tak sedar-sedar dah habis semua tingkat dilalui dan dah nak masuk tiga kali dah lalu tempat yang sama. Bila perut dah mula lapar baru perasan yang masing-masing dah mengukur kawasan lebih dari lima kali. Itu contoh bagi yang keluar semata-mata nak jalan-jalan habiskan masa dengan kawan-kawan. Kalau yang ada tujuan pun lebih kurang, lepas tengok movie sama-sama… kemudian pergi makan. Lepak lah kat mana-mana pun kedai, lepas makan bercerita panjang. Bercerita macam takkan jumpa lagi lepas tu,… lepas satu kisah… bukak kisah lain.. cerita gossip tak kira lah perempuan … tak kira lah lelaki. Kemudian bila gelak, bagi semua mata yang ada tengok group. Tengok sampai kenal satu persatu. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.


Kalau yang parents hantar balik kampong pulak, setiap hari mata tak lekang dengan android dan media social. Sampai atuk nenek naik muak asyik tengok cucu-cucu menghadap gadget masing-masing. Padahal kalau balik kampong atuk nenek menunggu cucu menolong meringankan kerja di dapur. Mencari keseronokan aktiviti luar dengan memancing, menangkap ikan, memberi makan ayam, membasuh pinggan, mengemas rumah. Ye la… nak balik kampong pun bukan selalu dapat balik. Atuk nenek dah lama senyap sunyi asyik berbual berdua… terkadang nenek atau atuk pun dah tinggal sendirian. Ingat kalau cucu-cucu balik boleh la berbual panjang. Tapiiiiiiiii….. Apa nak diharap kalau rumah sendiri pun tak buat semua tu, apa lagi nak ringankan tangan buat kerja rumah. Kelakar pulak kan…. Lagi pun kalau dah belasan tahun kan dah ada kawan sebaya yang lebih seronok, dan banyak cerita nak kongsikan.


Tapi masih juga ada yang bercuti di kampong dan menolong atuk nenek. Itu pun yang mana masih ada keluarga di kampong. Kalau keluarga semua dah dibandar lain pula ceritanya. Bila semuanya dah ada dibandar macam dah taka da beza. Tapi ada jugak yang bawa anak atau cucu melancong, atau pun bercuti di Cameron Highlands, sebab kawasan peranginan tu masih sejuk kalau nak dibandingkan tempat lain. Sekurang-kurangnya boleh la spend time dengan semua ahli keluarga. Ada juga yang bawa keluarga makan malam tak kurang juga ada yang buat kenduri keluarga.
Tapi yang menghabiskan masa di shopping mall paling ramai sebenarnya. Masing-masing jalan dengan gadget di tangan… sambil tersenyum tersipu-sipu, mata melirik tengok yang berlainan jantina. Yang perempuan menggedik ketawa manja, buat-buat manja. Yang lelaki pula usha semacam konon-konon mereka sedang memerhatikan gadis-gadis. Padahal mereka saja nak kasi line panas. Konon buat gadis-gadis yang tersengih-sengih jatuh cinta.
Hehehe,….. comel kan cinta remaja???

Ada dua jenis gaya anak remaja yang baru naik. Satu bentuk macam gaya Bandar. Satu bentuk lagi macam gaya kampong. Tapi gaya kampong ke gaya rempit eak? Dalam bergaya dua jenis tu pulak ade lagi yang ikut style band artist korea, tapi gaya punk skinhead atau punkrock jangan cakap tak wujud. Gaya tu masih ada Cuma tak masuk area Bandar. Selagi ada yang masih kekal dengan identity macam tu, selagi tu lah masih akan ada gaya pelik-pelik dari seluruh dunia. Cumanya takde plak la penah tengok remaja pakai style Bob Marley buat masa ni..


Yang nama pun cuti sekolah…. Dah menjadi kebiasaan, cuti sekolah cuti buku cuti lah cerita pasal sekolah. Cuma yang tak habis adalah cerita tentang siapa Si Kacak yang pandai menari HipHop.. Si Putih melepak kelas A.. Gossip terkini pasal penyanyi hebat di sekolah dan blablabla… Yang pasal tu semua tahu… walaupun tak pergi sekolah. Sebab media social terlalu besar sekarang… ada yang buat group dalam whatsapp, twitter, Line atau WeChat…. Belum lagi yang sembang dengan KaKAoTalk. Semuanya advance… Cuma tak ada pulak cerita pasal kerja-kerja sekolah. Yang itu masih jadi isu besar yang sampai sekarang blum dibongkarkan.  


Ada jugak yang bangun pagi-pagi dah mandi dalam kolam renang kelab. Ibu bapa sibuk bekerja tak pernah nak ambil cuti nak bawa anak-anak. Kadang-kadang keluar dengan kawan-kawan pun lagi best. Tak beli apa pun takpe. Yang penting dapat berbual dengan kawan. Maklumlah, kawan-kawan dah jadi macam parents kedua paling mesra. Nak buat macam mana jugak???? Takkan nak salahkan anak-anak lagi… sebab ibu bapa sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cuti sekolah pun banyak dalam setahun. Gaya hidup makin meningkat. Anak pertama ada yang nak gadget terkini. Dah belikan gaget baru, anak kedua pula minta yang sama. Jadi ibu bapa betul-betul ikat perut. Kalau anak semua nak pakai gadget macam mana???? Tak tergamak kan??? Kalau tak bagi merajuk pulak. Kalau tak bagi apa yang kita ada… Susah betul nak explain… Semua nak dipenuhi.. Nak bagi kemudahan.. Dalam pada kemudahan pun kadang-kadang macam terlebih bagi sampai jadi kehendak.



Sekitar cuti sekolah dah tak nampak begitu indah. Terasa sepi sebenarnya bila masa yang ada tidak diisi sepenuhnya. Kadang-kadang terfikir bagaimana sang penganggur boleh betah untuk tidak melakukan apa-apa. Mungkin sang penganggur terhormat. Kalau yang hidup sebatang kara, mungkin takkan lah jadi begitu. Dunia hari ni bukanlah dunia yang tak menggunakan wang ringgit. Sistem kapitalis dah lama mengaar manusia untuk menyembah duit lebih daripada mengenal Tuhan. 

20140910

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:59 am 0 komen dari pembaca
PERKATAAN YANG WUJUD DALAM HIDUP AKU SEKARANG ADALAH 

MENYAMPAH

DAN 

BENCI!!!!!!!

20140815

MeNGaPa HaTi MaNuSiA MuDAh BeRuBAh??

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:45 am 0 komen dari pembaca


RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

20140810

Cucur Udang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:58 pm 0 komen dari pembaca

Cucur udang ni sekali dengar teringat kat kedai2 yang selalu jual kosong tapi besar kemain. Udangnya dengan kulit dan keras. Cecah pulak dengan air lada takpun sos cili.... hurmmmmm tentu ada yang tengah membayangkan cucur udang ni...

Tapi nak citer yang cucur udang saya buat ni menjadi kegemaran suami. Errrrr... sebabnya saya suka letak udang yang besar sebijik sebijik. 

RESEPI CUCUR UDANG SHIROI
=========================
Bawang merah - potong dadu
Kentang - potong dadu
Daun kuchai - potong panjang2
Udang putih yg dah kupas kulit
Garam
Perasa
Tepung gandum
Telur

Cara nak buat macam biasa nak buat cucur.
Gaul kan tepung gandum.. telur.. garam.. dan perasa sekali... dan diadun dgn air.. jgn terlalu lembut atau cair...
Pastu masukkan semua bahan tu...

Kalau nak lagi boleh tambah jagung.

Kemudian dah boleh goreng sampai garing.
Angkat dan tos...
Boleh terus dimakan dengan sos cili Life or sos colek.

Cubalah!!!

Kalau saya masak .... merajuk pun suami boleh habiskan sorang2.

20140803

Mari Kawal Harga Petrol

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:51 am 0 komen dari pembaca

PRICE CONTROL - Idea dari :
Profesor Dr. Zulkifly Ngah.

kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis.
Buah fikiran yg sangat baik.
Mari kita renung dan fikir. fikirkan.
kemudian kita lakukan.

Idea yang sangat menarik?
Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 3.00.
Mahu supaya harga petrol turun?

Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Profesor Dr. Zulkifly Ngah menawarkan idea bagus ini.
Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen jangan beli petrol pada hari tertentu' yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan "market leader" industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita
menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300
x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi

penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.

Bertindak skrg, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan mesej ini. 
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, anda cuma perlu....... ......

1. Forwardkan mesej ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja .....jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea