Oleh: Teh Tarik Gelas Besar
Hari Ahad lepas saya hilang
dompet saya dalam train komuter, which betul lah teori aku tentang kebangangan
KTM Komuter tentang Ladies Coach. Bila ladies turut nak menyelit dalam coach
lain, tapi coach ladies tak boleh dimasuki lelaki, mengakibatkan kesesakan yang
amat sangat. Dan dalam kesesakan itu, kita hilang kawalan – sedar-sedar, wallet
kena cilok, dan tak tahu siapa yang cilok.
Kehilangan wallet ini sama complicatednya dengan hilang motor atau hilang
kereta sebenarnya. Cuma complicatednya ni kadang-kadang ridiculous sampai pada
aku tak masuk dek akal.
Tatkala hilang wallet – maka hilanglah identiti kau, sebab IC kau, kad
pengenalan kau, dan segala kad insurans (jika ada) akan hilang serta-merta. Pada
masa tu, kau akan rasa kau kena start everything, all over again.
First sekali yang aku buat selepas kehilangan wallet ialah aku pergi report
polis. OK, yang paling leceh bila pergi balai polis, bila polis menyoal siasat
kita as if kita pulak yang penjenayah. Nasib baik time aku – polis macam malas
nak tanya, dia tanya apa yang hilang and that’s it. Kawan aku pernah kena, siap
kena khutbah Rabu lagi(dia report hari Rabu) – cakap tentang jaga wallet
elok-elok. Pundek, orang dah hilang wallet, kau nak membebel lagi buat apa. Aku
tengok muka dia tension je masa aku teman dia dulu. Nasib baik time aku, polis
tu tak banyak karenah sangat.
Lepas report polis, aku kena pergi JPN untuk buat IC. Pergi ambik nombor –
which is bagi aku ridiculous sebab aku tengok counter banyak, tapi macam
semuanya tak buat apa-apa pun. Takpe, yang tu aku tak ralat sangat. Apa yang
meralatkan aku ialah – aku kena bayar RM110. First, wallet aku kena cilok,
definitely lah aku tak boleh keluarkan duit aku untuk bayar jadah ni, dan second
– aku warganegara Malaysia, kenapa hak aku untuk berkad pengenalan perlu
dibayar? Habis hasil cukai selama ni kau buat apa? Kenapa aku kena bayar hanya
untuk aku tuntut hak aku sebagai warganegara? Lainlah passport – sebab nak
keluar negara, maka hak aku di negara orang dijamin dengan bayaran tu. Ni aku
nak buat duduk dalam negara.
Bukanlah aku nak whine sangat pasal bayaran tu, but bukannya orang sengaja
hilangkan wallet untuk kau jadikan penghilangan kad pengenalan tu satu denda.
Cuba kau tanya, siapa yang suka hilang wallet? Cubalah rational sikit. Dah la
hilang wallet lepas tu kena pow lagi. If let’s say kau nak kenakan bayaran tu
pun munasabahlah sikit, RM20 pun aku rasa okay dah. Ini sampai RM110 apa
jadahnya? Kad biometriklah, apalah – lancau kau tahu, lancau?
Satu kata pentinglah – kalau Pakatan Rakyat benar-benar nak menang
pilihanraya ni – kau cakap mansuhkan bayar denda RM110 ni – konfirm aku akan
undi kau. Aku tak tahu orang lain – tapi aku bajet mereka pun setuju benda
ni.
Lepas loan kawan aku aku pun pergi ke bank CIMB nak buat kad ATM yang baru.
Lepas tu, aku pergi ke kaunter nak buat kad ATM tu. Perkara pertama yang dia
cakap, “dik, mana MyKad adik?”. First, wallet aku hilang, dah kad ATM aku
hilang, automatiklah IC aku hilang. Common sense lah sikit. Jangan terlalu skema
dan protokol sangat sampai tanya soalan bangang macam tu. Apa kebangangnya, yang
JPN tadi bangang, gi mintak duit time kad ATM aku hilang, automatiknya memang
tidak ada duit, yang ni pulak, aku nak pergi buat ATM card automatiklah IC aku
hilang.
“Dik, kad pengenalan sementara tak boleh, kena MyKad jugak”. Kad pengenalan
sementara tak boleh, then takkan kau nak tunggu sampai 3 minggu bila MyKad aku
siap baru aku boleh keluarkan duit? Kau cakap macam tu sebab tak ada details
pasal aku, apa kau takde central data ke? Habis aku keluar duit kat ATM mana,
bank mana, kau takde record ke? Takkan takde data aku langsung?
“Kalau adik nak buat kad ATM jugak jugak(memang dia cakap macam tu), adik
kena pergi di cawangan yang adik buat kad ATM dulu”. Pundek, aku kena pergi USM
Penang untuk buat kad aku balik, walhal aku di Shah Alam? Apa kejadah? Ni kerja
gila bro.
Kadang-kadang orang kata, karenah birokrasi ni perlu bagi nak menguruskan
urusan kerajaan atau bank dengan sistematik. Tapi apa yang aku nampak, ia hanya
problematique yang hanya menyusahkan diri aku sebagai rakyat, dan menyusahkan
aku sebagai seorang customer bank.
Kalau kau nak cakap aku benak sebab tak faham pasal sistem bank atau JPN,
please enlighten me kenapa kau rasa benda-benda macam ni bukan sahaja
menyusahkan aku, tapi menyusahkan korang juga. Central data, kan senang. Lepas
tu JPN pun, berapa banyak kau nak pow rakyat lagi? Takkan buat kad macam bodo
macam tu pun kena bayar RM110?
Jadi,lupakan ayat 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan –
sebab aku tak fikir aku selaku rakyat – tak rasa didahulukan pun, dan aku rasa
pencapaian CIMB pun takdelah power mana pun. Kalau tak, kenapalah Lejen Press
punya bos suka complaint pasal
CIMB?
|
0 komen dari pembaca:
Post a Comment