Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa
pasangan anda sanggup meninggalkan anda?
Pernahkah anda terfikir apakah
sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup
melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai
ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita
Lelaki adalah makhluk yang
ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan
untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar
pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini
berbentuk perasaan.
Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh
sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup
memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap
wanita.
Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki
dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum
lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan
ini.
Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka
demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi
hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan……PENGHARGAAN dari seorang
wanita yang bergelar teman hidupnya.
Biar saya terangkan.
Sewaktu mula
hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri-
menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa
dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
Hangat. Mesra.
Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa,
tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian
ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya
menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar
dan cukup syarat.
Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan
wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat
memerlukan penghargaan dari seorang wanita.
Penghargaan ini adalah ‘driving
force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang
lelaki.
Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai
satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi
“Aku tidak
menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita
tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.
2 Bila lelaki
bercerita mengenai kejayaannya…Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang
sewajarnya.
3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita
tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan
kekecewaannya.
Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan
PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang
yang boleh memberinya PENGHARGAAN.
Jika anda seorang wanita, ini tidak
bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda.
Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif (push and pull)
mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan
keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.
Itulah sebab utama lelaki
meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam
kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang
ikhlas.
Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2011/10/kenapa-lelaki-tinggalkan-wanita.html
0 komen dari pembaca:
Post a Comment