My Kitchen Lab’s - Lasagne seafood favourite
Pertama kali saya makan lasagne ni masa saya makan di Pizza
Hut. Masa umur saya hampir 20 tahun.. Mungkin ada yang mengejek saya sebab
banyak benda yang saya baru kenal. Erm… nampak sangat banyak benda yang saya
belajar setelah umur saya 20 tahun.
Rasa lasagne seafood di Pizza Hut benar-benar mengubah
persepsi saya tentang masakan yang berwarna putih sebenarnya mempunyai rasa
yang paling enak. Bukan lah setakat makanan yang pahit macam makan paracetamol
tu.
Lepas tu saya terus jadi addicted dengan lasagne seafood ni.
Kalau makan kat Pizza Hut mesti order. Tak boleh tinggal. Tak kira la macam
mana pun saya mesti order untuk diri saya. Nampakkan kat situ betapa addict nya
saya pada lasagne tu…
Lepas saya dah kahwin saya mula mencuba pelbagai menu
masakan. Baik daripada makanan kegemaran suami hinggalah ke percubaan-percubaan
memasak yang tak pernah saya cuba sepanjang hidup saya.
Saya ada satu prinsip yang sama macam my mom. Saya mesti
mencuba masak tak kira lah sedap atau tak. Kalau tak sedap, buang. Kalau kurang
sedap perbaiki tekstur dan rasa. Kalau sedap saya akan tersenyum manis.
Takkanlah nak menangis pulak.
First time saya masak lasagne seafood agak keras. Sebab masa
tu betul-betul ikut dalam resipi yang saya ambil daripada internet. Dah la
masak dalam bekas kaca yang agak panjang. Membazir jugak la rasanya. Tapi saya
buang lepas dah rasa kurang sedap. Tak macam apa yang saya nak.
Kemudian saya cuba masak untuk kali kedua… pada hari yang
lain… saya cuba ubah tekstur dalam tepung putih tu. Saya tak guna telur.
Apabila siap masih ada lagi yang tak kena.
Untuk kali ketiga… saya tukar lagi cara masak kepingan
lasagne. Saya fikir kenapa lasagne saya masih belum cukup sempurna…. Sebab itu
lah ada saja perubahan yang saya lakukan.
Akhirnya kali ke sepuluh saya masak lasagne barulah saya
berpuas hati dengan semua perencah dan rasanya serta bahan-bahan yang digunakan
dalam lasagne seafood saya.
Saya dah ubah cara pembuatan sos putih mengikut cara saya
sendiri. Selepas itu barulah saya berani hidangkan pada tetamu yang datang. So
far semua cakap ok. Cuma suami saya kurang gemar sos yang berwarna putih… sama
jugak lah yang added dengan cheese bagai.
Biasanya menu hidangan saya akan hidang pada orang yang pertama
ialah suami saya. Pengkritik terbaik. Kemudian kalau berkesempatan, saya akan
bagi adik perempuan saya rasa. Biasanya saya lebih gemar menjemput adinda saya
ini datang pada hujung minggu. Jadi, waktu itu saya akan hiding padanya supaya
saya terus dapat feedback daripada orang yang sama macam tekak saya. Sebab apa
yang saya masak.. saya mesti suruh adik saya rasa supaya dia dapat bezakan saya
masak ni sama level dengan dia makan kat luar atau paling worst. So far…. Two
thumbs up la…. Hehehehe….
0 komen dari pembaca:
Post a Comment