Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever
Sebut pasal UPSR semua dah tahu yang tahun ni paling worst
untuk mereka sebab berlakunya kes kertas soalan bocor. Sabar lah, ujian kecil
daripada Allah. Dalam nak save budget untuk PMR yang digantikan dengan PT3, datang
pula masalah lain daripada UPSR. Kalau nak sebut pasal UPSR ni nantilah saya
kupas., sebab saya nak cerita pasal isu tingkatan tiga.
Bermula dari tahun 2011 KPM memperkenalkan system PBS. Masa
tu saya baru dipostingkan. Agak kabur lagi masa tu. Saya rasa semua cikgu pun
sama. Apa ke benda lah pulak tu???? Rupanya ia merupakan satu transformasi
untuk menjumudkan PMR dalam erti kata lain nak mansuhkan sijil PMR dan
digantikan dengan system Pelaporan.
Awalnya PBS ini seperti benda baru yang sangat memeningkan
kepala otak cikgu-cikgu. Mana tak nya, kena bina soalan beraras rendah,
sederhana dan tinggi. Nak pula disesuaikan dengan tahap pemikiran murid-murid.
Kemudian dua fail perlu wujud. Fail Perkembangan Murid (FKM) dan Fail Showcase
(FS) perlu ada untuk dimasukkan eviden murid. Datanglah pula kertas-kertas yang
perlu dicetak sampaikan pada tahun 2013 kertas tidak cukup di sekolah untuk
direzo (dalam stok kehabisan) dek penangan PBS.
Mesyuarat jawatankuasa dalam sekolah pun ditubuhkan, ada
setiausaha yang akan mengingatkan tentang fail.. kemaskini fail dan eviden
murid. Memang lepak nak isi boring eviden. Kemudian, dipermudahkan pula dengan
penghasilan buku-buku latihan yang kini mempunyai aras dan boleh membantu guru.
Walau bagaimanapun, ia tetap juga terikat. Its not practical at all. Sebab
seriously saya adalah orang yang paling malas malas dan paling malas nak susun
eviden masukkan dalam fail FPM. Dahla fail tu dalam bilik yang kena naik turun
tangga. So, memang saya malas.
Tahun 2014, dimaklumkan pula pada April dikaji semula. Namun
hakikatnya PBS tidak pernah dimansuhkan. PBS tetap berjalan seperti biasa
namun, eviden berangkai telah ditiadakan. Hanya dirumuskan kepada skop yang
lebih mudah. Sekurang-kurangnya guru dapat mengurangkan beban untuk terlalu
mengikut flow yang diingini.
Bagi pelajar tingkatan tiga….. pada bulan Julai baru
diperkenalkan bentuk soalan sebenar PT3. Yang menjadi musykil mengapa
bentuk-bentuk soalan ini tidak didedahkan sedari PBS 2011 lagi? Mengapa PBS
dulu hanya dikatan tidak wujud ujian sumatif. Hanyalah ujian-ujian formatif.
Tapi bila murid-murid dah naik tingkatan 3 dan baru dapat melihat skop dan
bentuk soalan seperti ini, ia seperti kejutan. Kejutan yang membingungkan.
Pengenalan bentuk soalan PT3 ini dianggap agak lewat pada
pendapat saya. Yang pasti, PT3 ini sebenarnya menjimatkan kos guru-guru yang
menjadi Pengawas Peperiksaan sekaligus guru yang menanda kertas peperiksaan.
Saya setuju kerana keadah ini lebih praktikal. Lagipun murid tingkatan 3 tidak
sesuai untuk bekerja. Jika mereka ingin melanjutkan pengajian ke sekolah
berasrama penuh, mereka tetap akan menjalani ujian piawaian yang telah
ditetapkan oleh mana-mana sekolah yang berasrama penuh. Keputusan PMR tidak
dipertimbangkan di situ. Lagipun pencapaian itu hanyalah pengukur untuk tahap
murid dan hanya digunapakai sebagai langkah untuk men streaming kan murid
semasa di tingkatan empat. Itu pun saya belum nak lebarkan cerita tentang
kelemahan streaming.
PT3 lahir dalam empat bentuk ujian utama. Terdiri daripada
PAJSK (latihan fizikal), ujian mendengar & bertutur, ujian psikometrik dan
ujian bertulis. Ujian bertulis pula dibahagikan dengan tiga bahagian lain.
Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Kajian Kes. Bermula pada bulan Ogos (Kajian
Kes) dan Ujian Lisan, September (Ujian Psikometrik) dan akan datang pada bulan
Oktober (Ujian Bertulis). Ini yang dikatakan ujian pelbagai instrument. Belum
termasuk agihan bentuk soalan setiap mata pelajaran. Bentuk soalan adalah
berbeza dan lebih kepada bentuk soalan subjektif pelbagai instrument.
Kalau anda jadi murid tingkatan tiga, anda mungkin mengalami
stress, muntah-muntah dan cirit-birit yang berpanjangan.
PBS akan diambilkira sebagai pelaporan bagi setiap mata
pelajaran termasuk jawapan bagi kajian kes (Sejarah dan Geografi), juga
keputusan mata pelajaran lain. Semuanya diambilkira.
Ada yang cakap PBS itu apa??? Dan mereka ada yang gelar PBS
sebgai (Pandai Bodoh Sama). Mengapa? Kerana ia bergantung pada usaha murid itu
untuk mendapat tahap keupayaan mereka. Jika mereka memang langsung tak datang
sekolah, tak mahu menjawab soalan, yang dimaksudkan di sini bukan pelajar
lemah…. Kerana pelajar lemah juga mempunyai tahap untuk mencapai band
masing-masing.
Bagi PT3 tahun 2014 saya masih belum pasti sama ada sinar
atau sirna. Kerana melihatkan murid itu sendiri saya kurang yakin dalam
menetapkan headcount. Masih samar untuk menjangkakan keputusan mereka kali ini.
Dalam percubaan kali kedua yang lalu, hanya sedikit yang mengalami peningkatan.
Manakala yang lain mengalami penurunan. Untuk melepasi tahap cemerlang (bagi
mata pelajaran KH-KT… saya ajar) belum jelas kemampuannya.
Masa semakin suntuk untuk membuat pencerahan atau
mencapahkan bentuk ulangkaji yang sesuai. Mungkin saya perlukan masa untuk
membuat lebih banyak cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan daya
kefahaman murid bagi kertas yang diambil ini.
I’m so pity for them. Apa pun usaha untuk membantu
murid-murid ini tetap diteruskan. Walaupun PBS dan PT3 bukan sekadar retorik,
ia sememangnya menguji pengajaran guru dalam PdP.
0 komen dari pembaca:
Post a Comment