Pages

Come and be with me

20121207

Tugas Guru - Setiausaha Panitia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:23 pm 0 komen dari pembaca
SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN
  • Merancang agenda mesyuarat bersama ketua panitia.
  • Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
  • Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.
  • Mencatat minit mesyuarat .
  • Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat.
  • Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli panitia.
  • Bersama-sama ketua panitia mengambil tindakan ke atas minit mesyuarat.
  • Membantu ketua panitia mengurus fail-fail panitia mata pelajaran .
  • Membantu ketua panitia mengurus dan menjaga alat / bahan bantu mengajar.
  • Membantu ketua panitia menyenaraikan alat/bahan bantu mengajar dan menyebarkannya kepada semua ahli panitia.
  • Membantu ketua panitia mengurus stok ABM / BBM panitia .
  • Membantu ketua panitia menganalisa ujian bulanan dan lain-lain peperiksaan di sekolah.

Tugas GURU MATA PELAJARAN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:20 pm 0 komen dari pembaca
SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
  • Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
  • Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
  • yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
  • Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
  • Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
  • Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
  • Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
  • Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
  • Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
  • Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
  • Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
  • Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
  • Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
    Membantu menguruskan Bank Soalan.
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
  • Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
  • Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.
  • Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
  • Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.
  • Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .
  • Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.
  • Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .
  • Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
  • Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

Tugas Guru Kelas / Tingkatan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:56 pm 0 komen dari pembaca
Sempena tahun 2013 yang bakal menjelma tak berapa hari lagi ni... Jadi elok lah kita tinjau-tinjau tugas guru sedikit sebanyak. Terkadang cuti lama sangat, sampai terlupa. Ada juga guru-guru yang baru di'posting'kan. Jadi di bawah ni disediakan tugas guru tingkatan sebagai kemudahan kita.
 
   Pengurusan dan Organisasi kelas   Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada :

  1. Ketua Tingkatan.
  2. Penolong Ketua Tingkatan,
  3. Bendahari,
  4. AJK kebersihan - memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
  5. AJK Keceriaan - Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

   Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
 

  • Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus yang berkenaan.
  • Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
  • Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
    Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
    (a) Keceriaan kelas.
    (b) Kebajikan pelajar.
     
     
Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.  
  • Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
  • Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
  • Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
  • Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.
                (a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.                 (b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
 
Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan  
  • Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
  • Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
 
Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
  • Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
  • Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
  • Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
  • Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
  • Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
  • Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
  • Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut 
 (a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah” yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin . 
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
 
 

Buku teks, biasiswa dan bantuan 
  • Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
  • Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
  • Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT
  • Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
  • Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
 

Kutipan Yuran dan Derma  
  • Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
  • Mengutip derma PIBG
  • Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
  • Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
  • Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
  • Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
 

Pendaftaran Pelajar Baru  
  • Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
  • Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
  • Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
  • Menentukan rumah sukan.
  • Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar  
  • Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
  • Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
  • Menentukan buku teks telah dipulangkan.
  • Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
 
 
Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain. 
  • Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
  • Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

Diperoleh daripada : http://www.semetrik.com/tugastingkatan.shtml

Pikat Hati Suami yang simple

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am 0 komen dari pembaca
'Sambil-sambil mendengar Usrah di tv9 hari ni"



Wanita yang paling bahagia adalah bila dia senang berada di rumah.

 Kenapa? Kerana wanita merasakan rumah itulah segala-galanya bagi dirinya. Nak masak apa-apa pun dia pandai / tahu. Anak-anak pun rasa senang berada di rumah. Rumah itu jalan segala-gala kegembiraan. Indahnya perasaan begini.  

Sakinah, Mawaddah dan Rahmah adalah berpunca daripada di rumah.


Ma penah pesan... "Walau tinggi mana pun kita belajar, kena pandai masak. Sikit-sikit pun takpe. Yang penting kena belajar masak. Tak guna belajar tinggi-tinggi sampai PhD tapi memasak fail."

Memang betul pun cakap ma tu. Kunci kebahagiaan rumah tangga pun salah satunya adalah memasak. Nak ikat perut suami pun bermula daripada masakan isteri.

Kalau tak pandai, sekarang dah banyak resepi dalam internet. Macam-macam resepi ada. Nak tradisional, western, ala-ala Arab, indian cuisine pun ada. Jadi takde alasan untuk isteri cakap tak pandai masak.

Cara nak masak pun ada tips, masa nak kacau masakan tu.... Kacau mengikut arah lawan jam. Dan berzikir. "Laisalaha mindu nillahi kashifah" - Baca sebanyak mungkin.
Bila kita berzikir, niatkan supaya hati suami lembut, anak-anak mendengar kata ibu.


Cara nak pikat suami selain itu adalah jaga emosi. Banyakkan berdoa daripada berleter dan marah-marah. Jaga dan kawal emosi diri kita supaya tidak memberi impak kepada suami dan anak-anak.


Jaga diri wanita, ada iman ada ilmu. Jadi motivator kepada suami. Menenangkan suami dan anak-anak. Ilmu agama sangat penting. Kita banyakkan solat dan berdoa. Kelemahan isteri adalah bila tidak melakukan perkara dengan istiqamah.


Apa-apa yang berlaku ... Hati tak tenang.. Baca ' Innalillahi wa inna lillahi rojiun'.

Bila dizalimi 'Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'.

Rajin-rajin juga baca doa.


Dunia kita ini sangat mencabar, jadikanlah alquran sebagai bacaan. Peluk quran. Bacalah sedikit walaupun sehari.

Mintalah segala-galanya kepada Allah. Semoga Allah dapat membantu kita untuk suami dan anak-anak kita.

20121205

Abah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:43 pm 0 komen dari pembaca
Abah seorang ayah yang biasa.
Perwatakannya pun biasa-biasa saja.
Abah yang ku kenal sejak dari kecil sampai dewasa masih sama.
Apa pun tiada dua tiga abah.
He's the one and only (bak kata Ketua Dorm aku dlu)..

Abah, insan yang kusayangi selepas ma.
Walaupun abah jarang berbual dengan kami.
Ada masa aku cuba untuk bertanya.
Sejak dari kecil aku kurang berbual dengan abah.
Mungkin kebanyakan bapak berperangai begitu.
Mungkin saja telahanku tak tepat.

Abah yang ku kenal...
Memang seorang yang pendiam.
Dia mungkin ada alasan sendiri kenapa dia suka menyimpan tabungannya.
Tak mengapa lah abah..

Macam-macam mana pun anak abah yang sorang ni dah berjaya habiskan pelajaran sampai degree.
Anak abah yang nombor dua pun belajar tahap diploma.
Anak abah yang ketiga baru habis diploma.

Dulu-dulu kita susah, nak beli barang lebih sikit pun tak boleh.
Tapi bab makan dengan buku abah tak kesah.
Abah mesti akan belikan untuk kami.

Ada satu hal yang respect kat Abah
Abah akan mengadap buku
Lagi-lagi kalau nak inter-exam
Itu lah satu cara Abah nak tambah naik pangkat dan gaji.
Memang salute!

Kalau ada jemputan, abah mesti nak ajak ma.
Abah kan pemalu.. Eh, pemalu ke pendiam?
Tak kesah la. Kalau ma takde, suasana jadi lain.
Eloklah tu.

Anak-anak abah memang ada yang degil.
Degil dalam diam, degil yang menunjuk pun ada jugak.
Sampai satu masa abah pun tak tahan dah.
Geram memang geram.
Kami nak membesar masa tu.
Asyik buat abah dengan ma marah.

Sampai masa kami dah besar sekarang.
Belum terbalas lagi jasa kami kat abah.
Walaupun Abah macam ni.. Jenis Pendiam...
Tapi kami takde abah yang lain.
Bersyukur.. Bersyukur...

Abah jarang stress macam orang lain
Mungkin sebab dia selalu solat awal waktu
Abah memang workerholicks
Itu memang kelebihan Abah

Setiap kali solat didoakan kesejahteraan Abah dengan ma.
Sempena Hari Lahir Abah yang tak lama lagi...
Harap Allah panjangkan umur Abah dan dapat beribadat.


Dedicate to my beloved Abah
-18 Disember 1957-





I.D.E.A

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:12 pm 0 komen dari pembaca
Untuk masa ni aku masih lagi mencari idea...
idea yang dah lama sirna

Buntu beb...
Otak ni rasa dah tepu sangat.
Mungkin sebab dah lama tinggalkan dunia penulisan...

Apa ingat bidang Kejuruteraan tak boleh ke nak tulis-menulis ni....
aduhaiiiii IDEA....


Takkan la nak berjalan sopping mopping baru idea datang...
tu idea dah basi.....

Arggghhhhhhh!!!!

Stress macam ni

Last class end of 2012

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:26 pm 0 komen dari pembaca
Semalam lagi dah driving sejauh ni untuk sampai ke JB. Singgah umah ma untuk tidur semalaman.

Pagi ni bertolak pukul 7 lebih. Lepas salam dan cium pipi ma.. terus meluncur ke sini. Alhamdulillah... Sampai jugak di sini. Pukul 8.40 pagi.

Masih tak terlewat sebenarnya, sebab janji dengan budak-budak ni pukul 9 pagi paling lambat. Sesampai di sekolah.. Suasana sepi.. Di dewan sedang ada pelajar yang sedang menjawab kertas terakhir subjek TK.

Menjengah melihat ruang tengah.. Terdengar suara yang agak dikenali.... "Ah, budak-budak ni dah ada".

"Dah lama sampai?" "Tak la cikgu, baru je sampai" balas Ijan, anak didik ku.

"Ok, awak semua masuk kelas sekejap... Saya nak amik bahan kat atas. Nanti kita jumpa".

Sesampai di pejabat, Kak Zura dan Kak Jah menyapa. Kemudian berlalu seketika melihat pigeon hold. Ada dua kertas.... Ku amati.. Oh, surat tawaran berpindah. Satu lagi surat lapor diri. Ku amati bait-bait tulisan itu. Ada yang kurang faham di situ.. Terus aku bertanya kerani itu.

"oh..... ok... saya faham. Terima kasih kak."

Setelah melihat bahan yang masih tidak bercetak seperti hari terakhir di sekolah. Dengan perasaan agak kecewa, aku turun ke bengkel membawa bahan yang sedia sedikit itu. Nak buat macam mana... Dah last minute ni baru tau tak cukup.

Bahan yang ada ku berikan kepada pelajar-pelajar yang datang. Pada awalnya jumlah yang datang sembilan orang. Kemudian bertambah menjadi tiga belas orang.

Alhamdulillah. Sebenarnya aku sudah membeli makanan dan minuman untuk mereka.

Tak berapa lama selepas itu, aku pula yang kelaparan... Terus meminta Azlan dan Afiq membelikan nasi lemak sekali dengan jumlah yang ada.

"Tak mengapa.. Kelas terakhir. Lepas ni dah tak jumpa dah budak-budak ni"

Ku biarkan mereka menjawab soalan-soalan sedia ada dan tambahan bahan yang ada. Kelas tamat pada pukul 12.30 tengahari. Aku memberi laluan kepada mereka untuk makan tengahari, berehat dan solat.

Sempat menyiapkan beberapa kerja yang tidak selesai... Pukul 12.58 tengahari aku bergerak pulang ke rumah untuk berehat.

Pukul 3 petang kelas diadakan sekali lagi. Kali ini jumlah mereka semakin berkurang. Mula-mula dua orang, kemudian lima lagi pelajar hadir.

Bersyukur keadaan tahun ni lebih baik daripada tahun lepas.


Petang ini ku berikan sedikit tips-tips untuk menjawab soalan, penggunaan masa, dan juga persiapan diri. Diharap mereka akan dapat melaluiya dengan baik esok. Insha Allah.



Kini... Aku berada di rumah. Menunggu respon mereka setelah menjawab soalan esok.
Doakan yang TERBAIK untuk mereka!!! Amin ya Rabbal 'Alamin.





 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea