Pages

Come and be with me

20150415

Makan tanggung berak cangkung

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:24 am 0 komen dari pembaca

Aku suka tengok kebodohan manusia... berperangai buruk... orang lain buat iklan... lepas tu bila customer datang.. ramai yang cakap tu advertise dari orang lain.. kau boleh tak cermin muka kau tu dari atas sampai bawah? boleh tak kau tengok diri kau tu.. adakah kau yang buat usaha semua tu...??  Atau semua tu atas usaha orang lain.. kemudian kau kebas customer orang lain.. mengaku customer kau?

Kalaupun dia tu pernah jadi customer kau... itu hak dia nak pilih sesapa untuk beli... dalam hak pengguna pun.. pengguna berhak memilih sesapa tanpa dipaksa oleh sesapa..

So... kalau kau tengok muka kau kat cermin... kalau kau memang tak pernah nak buat advertise... tapi kau nak buat muka taik cakap itu customer kau... baik kau ludah ke langitlah!

Lagi satu kebodohan manusia.... sakit hati tanpa sebab dan mengajak manusia lain (mengumpat/mengutuk) orang untuk sakit hati pada orang yang takde kaitan dengan kau...

Dan kebodohan paling jelas bila.. kau yang takde kaitan pun nak buat muka taik dan nak sakit hati tak pasal2 dengan orang tu... kau siapa nak nilaikan orang? kau bagus sangat ke??

Ni semua pengecut... cakap belakang berabuk.. depan depan semua menikus.. keje tak buat tapi mengaku diri macam tu semua usaha kau. Wahhhh!!! Miraclenya life kau kan???

20150410

Disaster made from me

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:36 pm 0 komen dari pembaca

After the past years of marriage...
Entahlah... aku rasa sebel...

Thats show my emotion lost control.
I cant control myself anymore...

Bila aku fikir fikir balik... tak baik aku buat macam tu pada suami... bukan salah dia pun.. aku marahkan orang lain.. aku marah kat dia... tapi yang dalam umah ni gak

Tapi kalau aku tak buat macam tu... takde orang yang faham apa aku rasa...

20150409

Benarkah kau insan yang baik?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:19 pm 0 komen dari pembaca

Dalam dunia ni ... susah nak mendapat keadilan yang nyata...
Membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun dia buat salah dikira bersubahat. Walhal... engkau tidak melibatkan diri dalam acara jenayah pun.. engkau tidak melakukan jenayah dengan si penjenayah pun. Engkau cuma membantunya sementara mereka memerlukan kasih sayang... dan memberi makanan kepadanya...
Adakah ini perkara yang salah? adakah ini dikira benar-benar subahat?

Adakah engkau akan membiarkan sahabat engkau terus melakukan dosa dan terus menghinanya sehingga memutuskan tali silaturahim??

Kemudian... bila mana engkau dipergunakan oleh orang itu... atas sebab yang engkau pun tidak pernah mahukannya... adakah engkau juga perlu digolongkan dalam golongan penjenayah kerana dianggap memberi bantuan kepada si penjenayah?

Sedangkan waktu itu engkau dipergunakan oleh si penjenayah tadi??

Kita ini cuma membantu sesama manusia.. dan kita memberi sokongan moral kepadanya untuk berubah dalam erti kata membantu sambil menasihati.. bukan semestinya kita perlu menjauhi penjenayah dan membiarkan mereka terus dalam aktiviti jenayah mereka.

Di manakah keadilan sebenar dalam kita menilai kesalahan orang??? adakah kita terlalu bersikap zalim dalam menilai semua perkara yang ingin diadili??

Hakikatnya penjenayah masih akan melakukan jenayah bila adanya ruang, dan kesempatan. Namun saatnyaa kita mendorong mereka untuk mencegah melakukan daripada kejahatan dengan akhlak yang baik. Mungkin dengan sikap kita yang baik.. makan penjenayah itu dapat belajar sesuatu yang baik dari kita.... sehingga suatu masa Allah membukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dengan sebenar benar taubat.

Kegagalan kita dalam menilai telah banyak merosakkan pandangan mereka untuk kembali ke jalan yaang benar. Kerana kita meletakkan nilai tidak pada tempatnya. Berapa lama kita perlu melabel diri kita baik sedangkan hakikatnya kita juga tidak tergolong dalam golongan itu. Kita adakalanya lebih zalim dan lebih jahat daripada penjenayah. Kerana kita lebih mudah menilai kejahatan mereka dan meghukum mereka tanpa sebab.

20141001

PERKHIDMATAN MENAIP DOKUMEN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:37 pm 0 komen dari pembaca

PERKHIDMATAN MENAIP DOKUMEN Saya ada menyediakan perkhidmatan menaip surat, buku, kertas kerja, tesis, laporan, tender, artikel, dokumen/perjanjian perniagaan, karangan, novel, memproses data dan lain-lain dokumen berbahasa Melayu atau English ke dalam format MS WORD, MS POWER POINT dan MS EXCEL.

Dokumen akan disiapkan menurut deadline Tuan/Puan.  

KEPERLUAN A. Bahan untuk ditaip boleh dihantar melalui:  

1. Email kepada honey.chbby@gmail.com; ATAU  

2. Serahan Tangan (by hand) -Bagi yang tinggal berhmpiran Ampang/ Melawati/ Jalan Ipoh / Gombak    

B. JENIS FONT  

Jenis Font yang digunakan pelbagai (mengikut permintaan) kecuali font bahasa cina dan tulisan jawi  

  C. KADAR UPAH MENAIP

(TIDAK TERMASUK CETAK)  
Setiap muka surat = RM1.20 sahaja  

Muka surat ke-101 dan seterusnya = RM1.00 sahaja    

Dokumen yang siap ditaip akan dihantar melalui email bagi memastikan dokumen cepat diterima.    

D. KADAR UPAH MENAIP
(TERMASUK CETAKAN SAMADA WARNA/HITAM)    
Jenis Kertas A4 berkualiti 80gsm   Setiap muka surat =
RM2.00 (hitam),
RM3.00 (warna)  

Muka surat ke-101 dan seterusnya =
RM1.80 (hitam),
rm2.50 (warna)    

E. PENGHANTARAN DOKUMEN  

Dokumen yang telah siap dicetak akan dihantar melalui :  

1. Serahan Tangan (by hand) bagi yang tinggal berhampiran seperti yabg dinyatakan di atas; ATAU  

2. Pos ke alamat rumah atau pejabat Tuan/Puan (kos penghantaran bahan akan ditanggung oleh pelanggan).

20140927

My Kitchen Lab’s - Lasagne seafood favourite

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:16 pm 0 komen dari pembaca

My Kitchen Lab’s - Lasagne seafood favourite



Pertama kali saya makan lasagne ni masa saya makan di Pizza Hut. Masa umur saya hampir 20 tahun.. Mungkin ada yang mengejek saya sebab banyak benda yang saya baru kenal. Erm… nampak sangat banyak benda yang saya belajar setelah umur saya 20 tahun.


Rasa lasagne seafood di Pizza Hut benar-benar mengubah persepsi saya tentang masakan yang berwarna putih sebenarnya mempunyai rasa yang paling enak. Bukan lah setakat makanan yang pahit macam makan paracetamol tu.

Lepas tu saya terus jadi addicted dengan lasagne seafood ni. Kalau makan kat Pizza Hut mesti order. Tak boleh tinggal. Tak kira la macam mana pun saya mesti order untuk diri saya. Nampakkan kat situ betapa addict nya saya pada lasagne tu…

Lepas saya dah kahwin saya mula mencuba pelbagai menu masakan. Baik daripada makanan kegemaran suami hinggalah ke percubaan-percubaan memasak yang tak pernah saya cuba sepanjang hidup saya.

Saya ada satu prinsip yang sama macam my mom. Saya mesti mencuba masak tak kira lah sedap atau tak. Kalau tak sedap, buang. Kalau kurang sedap perbaiki tekstur dan rasa. Kalau sedap saya akan tersenyum manis. Takkanlah nak menangis pulak.

First time saya masak lasagne seafood agak keras. Sebab masa tu betul-betul ikut dalam resipi yang saya ambil daripada internet. Dah la masak dalam bekas kaca yang agak panjang. Membazir jugak la rasanya. Tapi saya buang lepas dah rasa kurang sedap. Tak macam apa yang saya nak.
Kemudian saya cuba masak untuk kali kedua… pada hari yang lain… saya cuba ubah tekstur dalam tepung putih tu. Saya tak guna telur. Apabila siap masih ada lagi yang tak kena.

Untuk kali ketiga… saya tukar lagi cara masak kepingan lasagne. Saya fikir kenapa lasagne saya masih belum cukup sempurna…. Sebab itu lah ada saja perubahan yang saya lakukan.
Akhirnya kali ke sepuluh saya masak lasagne barulah saya berpuas hati dengan semua perencah dan rasanya serta bahan-bahan yang digunakan dalam lasagne seafood saya.

Saya dah ubah cara pembuatan sos putih mengikut cara saya sendiri. Selepas itu barulah saya berani hidangkan pada tetamu yang datang. So far semua cakap ok. Cuma suami saya kurang gemar sos yang berwarna putih… sama jugak lah yang added dengan cheese bagai.

Biasanya menu hidangan saya akan hidang pada orang yang pertama ialah suami saya. Pengkritik terbaik. Kemudian kalau berkesempatan, saya akan bagi adik perempuan saya rasa. Biasanya saya lebih gemar menjemput adinda saya ini datang pada hujung minggu. Jadi, waktu itu saya akan hiding padanya supaya saya terus dapat feedback daripada orang yang sama macam tekak saya. Sebab apa yang saya masak.. saya mesti suruh adik saya rasa supaya dia dapat bezakan saya masak ni sama level dengan dia makan kat luar atau paling worst. So far…. Two thumbs up la…. Hehehehe….



20140926

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:44 am 0 komen dari pembaca

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever



Sebut pasal UPSR semua dah tahu yang tahun ni paling worst untuk mereka sebab berlakunya kes kertas soalan bocor. Sabar lah, ujian kecil daripada Allah. Dalam nak save budget untuk PMR yang digantikan dengan PT3, datang pula masalah lain daripada UPSR. Kalau nak sebut pasal UPSR ni nantilah saya kupas., sebab saya nak cerita pasal isu tingkatan tiga.


Bermula dari tahun 2011 KPM memperkenalkan system PBS. Masa tu saya baru dipostingkan. Agak kabur lagi masa tu. Saya rasa semua cikgu pun sama. Apa ke benda lah pulak tu???? Rupanya ia merupakan satu transformasi untuk menjumudkan PMR dalam erti kata lain nak mansuhkan sijil PMR dan digantikan dengan system Pelaporan.


Awalnya PBS ini seperti benda baru yang sangat memeningkan kepala otak cikgu-cikgu. Mana tak nya, kena bina soalan beraras rendah, sederhana dan tinggi. Nak pula disesuaikan dengan tahap pemikiran murid-murid. Kemudian dua fail perlu wujud. Fail Perkembangan Murid (FKM) dan Fail Showcase (FS) perlu ada untuk dimasukkan eviden murid. Datanglah pula kertas-kertas yang perlu dicetak sampaikan pada tahun 2013 kertas tidak cukup di sekolah untuk direzo (dalam stok kehabisan) dek penangan PBS.

Mesyuarat jawatankuasa dalam sekolah pun ditubuhkan, ada setiausaha yang akan mengingatkan tentang fail.. kemaskini fail dan eviden murid. Memang lepak nak isi boring eviden. Kemudian, dipermudahkan pula dengan penghasilan buku-buku latihan yang kini mempunyai aras dan boleh membantu guru. Walau bagaimanapun, ia tetap juga terikat. Its not practical at all. Sebab seriously saya adalah orang yang paling malas malas dan paling malas nak susun eviden masukkan dalam fail FPM. Dahla fail tu dalam bilik yang kena naik turun tangga. So, memang saya malas.

Tahun 2014, dimaklumkan pula pada April dikaji semula. Namun hakikatnya PBS tidak pernah dimansuhkan. PBS tetap berjalan seperti biasa namun, eviden berangkai telah ditiadakan. Hanya dirumuskan kepada skop yang lebih mudah. Sekurang-kurangnya guru dapat mengurangkan beban untuk terlalu mengikut flow yang diingini.

Bagi pelajar tingkatan tiga….. pada bulan Julai baru diperkenalkan bentuk soalan sebenar PT3. Yang menjadi musykil mengapa bentuk-bentuk soalan ini tidak didedahkan sedari PBS 2011 lagi? Mengapa PBS dulu hanya dikatan tidak wujud ujian sumatif. Hanyalah ujian-ujian formatif. Tapi bila murid-murid dah naik tingkatan 3 dan baru dapat melihat skop dan bentuk soalan seperti ini, ia seperti kejutan. Kejutan yang membingungkan. 

Dunia hari ini…. Antara dunia peperiksaan dan dunia murid itu sendiri berada dalam dua dimensi yang berbeza. Murid hari ini penuh dengan gadget dan aplikasi android merasakan buku teks yang ada tidak memadai. Mungkin murid-murid di asrama lain pula.

Pengenalan bentuk soalan PT3 ini dianggap agak lewat pada pendapat saya. Yang pasti, PT3 ini sebenarnya menjimatkan kos guru-guru yang menjadi Pengawas Peperiksaan sekaligus guru yang menanda kertas peperiksaan. Saya setuju kerana keadah ini lebih praktikal. Lagipun murid tingkatan 3 tidak sesuai untuk bekerja. Jika mereka ingin melanjutkan pengajian ke sekolah berasrama penuh, mereka tetap akan menjalani ujian piawaian yang telah ditetapkan oleh mana-mana sekolah yang berasrama penuh. Keputusan PMR tidak dipertimbangkan di situ. Lagipun pencapaian itu hanyalah pengukur untuk tahap murid dan hanya digunapakai sebagai langkah untuk men streaming kan murid semasa di tingkatan empat. Itu pun saya belum nak lebarkan cerita tentang kelemahan streaming.


PT3 lahir dalam empat bentuk ujian utama. Terdiri daripada PAJSK (latihan fizikal), ujian mendengar & bertutur, ujian psikometrik dan ujian bertulis. Ujian bertulis pula dibahagikan dengan tiga bahagian lain. Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Kajian Kes. Bermula pada bulan Ogos (Kajian Kes) dan Ujian Lisan, September (Ujian Psikometrik) dan akan datang pada bulan Oktober (Ujian Bertulis). Ini yang dikatakan ujian pelbagai instrument. Belum termasuk agihan bentuk soalan setiap mata pelajaran. Bentuk soalan adalah berbeza dan lebih kepada bentuk soalan subjektif pelbagai instrument.


Kalau anda jadi murid tingkatan tiga, anda mungkin mengalami stress, muntah-muntah dan cirit-birit yang berpanjangan. 


Dalam pelaporan itu nanti akan wujud 13 pelaporan untuk menerangkan tahap murid itu sendiri sama ada mereka telah melepasi tahap keupayaan mereka atau tidak. Ibu bapa sendiri boleh menilai prestasi anak mereka.
PBS akan diambilkira sebagai pelaporan bagi setiap mata pelajaran termasuk jawapan bagi kajian kes (Sejarah dan Geografi), juga keputusan mata pelajaran lain. Semuanya diambilkira.
Ada yang cakap PBS itu apa??? Dan mereka ada yang gelar PBS sebgai (Pandai Bodoh Sama). Mengapa? Kerana ia bergantung pada usaha murid itu untuk mendapat tahap keupayaan mereka. Jika mereka memang langsung tak datang sekolah, tak mahu menjawab soalan, yang dimaksudkan di sini bukan pelajar lemah…. Kerana pelajar lemah juga mempunyai tahap untuk mencapai band masing-masing.

Bagi PT3 tahun 2014 saya masih belum pasti sama ada sinar atau sirna. Kerana melihatkan murid itu sendiri saya kurang yakin dalam menetapkan headcount. Masih samar untuk menjangkakan keputusan mereka kali ini. Dalam percubaan kali kedua yang lalu, hanya sedikit yang mengalami peningkatan. Manakala yang lain mengalami penurunan. Untuk melepasi tahap cemerlang (bagi mata pelajaran KH-KT… saya ajar) belum jelas kemampuannya.


Masa semakin suntuk untuk membuat pencerahan atau mencapahkan bentuk ulangkaji yang sesuai. Mungkin saya perlukan masa untuk membuat lebih banyak cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan daya kefahaman murid bagi kertas yang diambil ini.

I’m so pity for them. Apa pun usaha untuk membantu murid-murid ini tetap diteruskan. Walaupun PBS dan PT3 bukan sekadar retorik, ia sememangnya menguji pengajaran guru dalam PdP.


Kisah Cikgu Matematik yang garang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am 0 komen dari pembaca

Kisah Cikgu Matematik yang garang



Semasa sekolah rendah, saya telah bersekolah di SK Sri Amar, Johor Bahru. Darjah satu hingga darjah tiga saya bersekolah petang. Selepas itu saya bersekolah pagi.
Semasa darjah satu hingga tiga saya telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam subjek yang diajar. Saya akui saya agak pemalu namun jika dibandingkan murid-murid lain, ada yang lebih pemalu daripada saya. Kiranya saya ni setengah-setengah.

Alhamdulillah walaupun saya sangat fobia dengan cikgu yang garang sampaikan saya pernah terkencing dalam kelas sebab takut nak minta izin ke tandas. Tapi saya masih ok lagi. Sebab saya rasa itu salah saya sebab terlalu takut untuk mengganggu masa belajar. Walaupun sebenarnya saya dah tak boleh focus sebab menahan kencing.
…
Setelah menunjukkan perkembangan yang baik, saya dapat masuk ke kelas yang paling hadapan. Kelas 4 Amanah. Bermula dari situ kehancuran demi kehancuran berlaku.

Mungkin bagi sesetengah murid, mereka tidak mengambil berat akan emosi guru yang mengajar. Namun, bagi saya…. Guru yang baik adalah guru yang boleh bertoleransi dan tidak terlalu memaksa dan tidak terlalu membuatkan murid-murid takut. 

Matematik adalah subjek yang saya paling takut. Memang ramai cakap matematik itu susah. Tapi apa yang membuatkan saya lebih susah hati adalah cikgu Matematik yang sangat garang. Kalau tak siap kerja sekolah dicubit dan dirotan. 

Seriously saya tak boleh belajar dalam keadaan yang tertekan seperti itu. Mahu bertanya takut dimarah. Tidak siap kerja sekolah pun didenda. Saya teringat cikgu matematik pernah menyuruh menyiapkan latihan matematik sebanyak seratus soalan kalau tak silap. Paling sedikit lima puluh soalan. Apabila balik rumah saya bertanya kepada mak macam mana nak selesaikan masalah matematik yang diberi dan perlu dihantar keesokan harinya. Memang saya dah menangis malam tu sebab nak siapkan latihan matematik yang diberi. Saya tidak dapat berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah matematik kerana sangat risau akan didenda keesokan harinya.


Akhirnya saya pasrah juga kerana masih terdapat beberapa soalan yang tidak siap. Saya petang bersekolah agama. Bila balik rumah dah sampai lewat petang. Biasanya saya akan tolong mak dulu sebelum saya siapkan kerja sekolah. Saya menyalahkan diri saya kerana tidak mampu menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Saya sangat tertekan.!!!!

Keesokan harinya saya berharap kalau boleh saya pengsan. Tapi saya gemuk waktu itu. Mana mungkin saya akan pitam macam kawan saya yang lebih kurus dan sering hidungnya berdarah.
Semasa kelas matematik, saya dirotan kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Cikgu Matematik itu seperti tidak mempunyai perasaan simpati langsung. Memang sakit bila dirotan. Tapi hati saya sangat sakit waktu itu.

Sejak kejadian itu. Keputusan matematik saya semakin merosot. Saya benar-benar seperti kehilangan kuasa dan kegembiraan apabila belajar Matematik. Kalaulah saya seorang yang berani ponteng kelas. Dah lama agaknya saya buat begitu.



Pada akhir tahun saya mengetahui yang saya dimasukkan ke kelas kelima. Saya semakin hilang upaya untuk terus belajar kerana saya benar-benar rasa tidak dihargai. Keyakinan saya pada waktu itu sudah berada di tahap paling rendah. Kesungguhan saya seperti sudah tidak punya makna apa-apa.

Semasa di darjah enam, saya ditolak masuk ke kelas yang keenam. Kejadian ini membuatkan saya semakin hilang keyakinan dalam usaha untuk belajar dengan tenang. Saya belajar bersungguh-sungguh tapi saya tidak dapat mencapai apa yang saya inginkan. Ia seperti dihalang oleh batu yang amat besar dan berwarna hitam. Saya seperti tidak nampak lagi cahaya yang menerangi diri saya semasa di darjah satu hingga darjah tiga dahulu.

Sewaktu itu saya belajar hanya bergantung kepada keajaiban. Saya amat berharap agar keajaiban dapat berlaku apabila saya menduduki mana-mana meja. Keyakinan saya telah benar-benar tiada. Saya gagal dalam segala aspek. Saya benar-benar hilang dalam diri sendiri.

Mungkin saya tak patut salahkan orang lain. Tapi sewaktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk berbincang dengan keluarga. Saya juga tidak punya kawan yang rapat dan saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berbincang dengan mereka. Sampailah suatu masa…………….. nanti saya cerita.

….


 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea