Semasa saya menonton cerita di tv bertajuk 50/50… saya mula
berfikir sesuatu…
Bagaimana rasanya tiba-tiba mendapat khabar penyakit kronik
datang menimpa? Kanser. Tak siapa mahu tapi kena terima. Bagaimana perasaan
bila mula-mula dapat tahu penyakit tu ditelinga? Bila nak cerita pada keluarga…
bila nak sampaikan perkara macam ni pada orang yang paling disayangi. Mula-mula
macam mana rasanya penerimaan semua? Adakah mereka turut merasa hiba? Erm….
Tentu ia merupakan suatu perasaan yang sukar…. Terlalu
sukar. Sebab dihujungnya kita sendiri tahu ia adalah kematian. Cuma dekat
dengan jauh masih belum pasti.
Berapa lama orang-orang disekeliling kita akan sedar tentang
kita… Mungkin pada mulanya ramai yang shock dan surprise dengan berita itu…
namun lama kelamaan diri sendiri yang perlu lebih kuat untuk hadapi semuanya.
Memang kita dah tau kesudahannya kematian. Tapi rasanya
pengisian yang terbaik adalah masa yang ada dipenuhi dengan amalan wajib.
Selain membuat terapi dan mendapatkan sokongan moral daripada doctor atau pakar
penasihat.
Terkadang bila sakit datang, kita akan lebih dihargai….
Atau… mungkin juga kita akan ditinggalkan pergi oleh insan yang disayangi.
Mungkin kita tak mampu untuk jalani hidup dengan baik jika kita kehilangan
insan tersayang apalagi semasa kita sedang memerlukan sokongan daripada mereka.
Kalau nak cerita pasal tekanan.. of course lah.. tekanan
dari luar kadang-kadang lebih kuat daripada tekanan dalam diri sendiri. Nak
menghadap orang disekeliling yang nampak macam simpati tapi sebenarnya takut
kehilangan kita.
Apa pun terapi perlu diteruskan. Jika ternyata kehidupan ini
sudah sampai masanya. Izinkan semua yang lain pasrah dan redha atas pemergian
kita yang lebih tenang. Cukuplah untuk menanggung penderitaan yang Maha Hebat
daripada Allah.
Apapun dugaan, apapun cabaran, kita tetap perlu kuat untuk
hadapi segala kemungkinan dan terus berjuang untuk hidup. Sebab kita perlu
percaya bahawa ujian ini benar-benar untuk kita. Ya, kita perlu optimis dalam
menghadapi segala kemungkinan. Selagi Allah belum mahu menjemput kita. Selagi
itu kita masih punya peluang yang luas untuk terus berusaha melawan penyakit.
Mungkin jika kita kuat kekal lebih setahun… jika tidak
mungkin tak lebih lima bulan. Yup..
bergantung pada kekuatan diri kita sendiri. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Sebab tiada siapa yang mampu menolak takdir daripada Allah. Cuma bagaimana kita mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan mencari cara yang terbaik.
bergantung pada kekuatan diri kita sendiri. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Sebab tiada siapa yang mampu menolak takdir daripada Allah. Cuma bagaimana kita mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan mencari cara yang terbaik.
0 komen dari pembaca:
Post a Comment