Pages

Come and be with me

20100920

Online conversion of weights and measures, measurement conversion.

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:22 pm
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Online conversion of weights and measures, measurement conversion.

20100910

Kerepek, 31 Ogos dan Kota Singa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:03 pm
Reactions: 
2 komen dari pembaca Links to this post
Nak dijadikan cerita pada tanggal 31 OGos kali ni jatuh pada bulan Ramadhan. Namun, bukanlah penghalang bagi penulis utk pergi mendapatkan barangan keperluan raya. Penulis telah pergi ke Parit Raja, Batu Pahat bersama tunangnya. Setelah mendapatkan kerepek-kerepek yang akan dijual. Penulis pulang semula ke Johor Bahru. Dipendekkan cerita, kami menghantar barang ke rumah penulis dan kemudian terus bertolak utk ke seberang Tambak.

Jam pada waktu itu telah menunjukkan pukul 5.00 ptg. Setelah memasukkan wang di bank. Kami terus ke CIQ. Inilah pertama kali penulis menjejakkan kaki ke Kota Singa ini. Pada pemerhatian penulis sepanjang perjalanan ke sana, terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang masuk ke KOta Singa. Mungkin juga disebabkan cuti am Malaysia. Sesampai di imigresen negara, penulis mendapati pekerja tersebut kurang mesra. Tidak senyum dan langsung tidak mengucapkan apa-apa. Sedangkan kami mengucapkan sejahtera kepadanya. Salahkan utk melemparkan sedikit senyuman di hari yang baik dan di bulan yang baik ini... Tak mengapalah.

Kemudian, kami tiba pula di imigresen Singapura. Didapati pemeriksaan ketat dijalankan di sini oleh pegawainya. Mungkin Malaysia juga sepatutnya mengetatkan sedikit kemasukan warga Singa ke negara ini, sama seperti apa yang dilakukan oleh mereka.

Sesampai di Kota Singa, apa yang dilihat adalah kebersihan yang sangat diutamakan. Pemandangan "kota dalam taman" memperlihatkan keindahan sebenar bandar yang bersih ini.

Selain daripada itu, perjalanan di sepanjang jalan dalam hutan batu ini sangat selamat kerana pemandu di sini tidak akan memandu melebihi 90km/j. Kelajuan ini benar-benar dititikberatkan. Sekiranya anda memandu melebihi had laju, tunggulah nanti tidak lama kemudian anda pasti akan ditahan oleh polis mereka.

Kami tiba di Vivo Plaza pada jam 6.00 ptg. Kami bersiar-siar melihat pemandangan di hadapan pusat membeli belah. Dihadapannya adalah Pulau Sentosa yang kian menyerlah akan pelbagai permainan dan rekreasi.

Kami mengambil gambar pemandangan dan 'photoshot' utk diri sendiri menggunakan kamera Nikon HD 3000. Masih boleh tahan kualiti kamera ni. hehe...

Ada lagi yang dapat aku perhatikan di Kota Singa, kebanyakan mereka yang pulang bekerja terus menghabiskan masa ke kedai makan atau berhibur bersama teman atau juga membuat 'appointment' dengan klien.

Kami keluar daripada VIvo plaza pada jam 8.30malam. Kemudian ingat nak makan di Malaysia sja. Tetapi disebabkan terlalu lapar, kami membatalkan niat tersebut dan makan di medan selera yang paling hampir dengan jalan ke JOhor.

Selepas makan kami melalui Gelang Patah. Hampir seluruh Singapura kami pusing utk mencari jalan keluar. Nampaklah satu hotel paling moden di Kota Singa ini. Sangat mengagumkan ... Hampir terlopong mulut. Namun, penulis sebenarnya agak gayat melihat suasana di kawasan itu.

Akhirnya kami sampai di Johor Bahru pada pukul 11.45mlm. Sangat letih dan mengantuk. Esok kerja. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya penulis dapat juga ke Kota Singa ini.

p/s: tak semua di kota ini baik, dan tak mesti di tempat sndiri tak baik.
apa pun, ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea