Pages

Come and be with me

20100426

ILUSI YANG SANGAT DIPERCAYAI

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:05 pm
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Kamu semua dan 64 juta rakyat Amerika yang lain sedang mendengar saya sekarang!
Kerana kurang 3% daripada kamu semua membaca buku!
Kerana kurang 15% daripada kamu semua membaca surat khabar!
Kerana kebenaran yang kamu tahu hanya melalui apa yang disalurkan oleh tiub ini!

Sekarang juga, terdapat satu generasi yag tidak tahu apa-apa yang selagi mereka tidak keluar daripada tiub ini!
Tiub ini adalah gospel dan revolusi yang paling agung!
Tiub ini juga boleh membuat dan menghancurkan presiden, paderi dan perdana menteri!
Tiub ini adalah kuasa yang paling hebat dalam dunia laknat yang tiada tuhan ini!
Dan dimanakah kita jikalau ia tidak jatuh kepada tangan-tangan orang yang salah?
Dan apabila syarikat ke-12 terbesar di dunia ini megawal paling besar propaganda dalam dunia yang tidak bertuhan ini!
Siapa tahu apa yang akan didedahkan dalam rangkaian ini?
Jadi kamu dengar saya sekarang! Dengar saya!!

TELEVISYEN bukanlah KEBENARAN!!!
Televisyen hanyalah sebuah taman rekreasi! Circus, carnival, sebuah kumpulan acrobat yang bergerak, pencerita, penari, pemain lambung, orang-orang bilazim, penjinak singa dan pemain-pemain bola sepak!
Kita dalam bisnes yang membunuh kebosanan!!
Jadi kalau kamu mahu KEBENARAN,...
Rujuklah Tuhan kamu, Rujuklah guru-guru kamu, Rujuklah diri kamu sendiri!!
Kerana di situ sahajalah kamu akan menemui kebenaran sebenar!
Kamu memag tidak akan dapat kebenaran yang diingini dari kami. Kami akan beritahu apa sahaja yang kami mahu. Kami menipu macam gila!!
Kami akan memberitahu kamu yang Kojackal adalah pembunuhnya, dan tida siapa yang mendapat barah dalam rumah akupuntur. Dan walau banyak mana masalah wira-wira kita hadapi, jangan risau!
Tengoklah jam kamu dan pada bila-bila masa dia pasti akan menang.
Kami akan beritahu apa sahaja benda merepek yang kamu mahu dengar!!
Kami melakukan ilusi di sini! Semua ini tidak benar!!
Tetapi kamu semua duduk di situ hari demi hari, malam demi malam, semua peringkat umur, warna kulit, ..
Kamilah apa yang kamu tahu!!
Kamu telah mula mempercayai ilusi yang telah kami putar belitkan di sini!
Kamu mula mempercayai yang tiub ini adalah kebenaran dan kehidupan kamu semua sebenarnya tidak wujud!!
Kamu buat seperti apa yang tiub itu suruh kamu buat!
Kamu pakai seperti tiub. Kamu makan seperti tiub, kamu membesarkan anak-anak kamu seperti tiub, kamu juga berfikir seperti tiub itu!
Ini adalah kegilaan besar-besaran! Kamu semua ni bodoh!
Demi nama Tuhan, kamu semua adalah apa yang sebenarnya! Kamilah ilusi itu!
Jadi tutuplah televisyen itu SEKARANG juga!!! TUTUPLAH SEKARANG!!!
TUTUPLAH SEMUANYA dan biarkan ia tertutup! Tutuplah juga semasa saya sedang bercakap ini!!!
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea