Pages

Come and be with me

20130214

Aku bukanlah yang TERBAIK

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:33 pm 0 komen dari pembaca


'
 
 
 
 
 
 
 
 

unsung heart

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:16 pm 0 komen dari pembaca
Terkadang aku selalu berfikir di kala sendirian.. Berfikir mengapa diri ini sukar diterima...
Aku selalu terfikir di mana silapku...Aku tak mampu menghalang kuasa Tuhan untuk dipertemukan jika itulah takdir dan jodohku. Aku percaya Tuhan telah memberikan aku sesuatu yang terbaik dalam hidupku.

Dan jika itu ujian buatku, aku terima dan redha dengan apa yang berlaku. Kerana aku pasti ujian Allah itu sangat hebat bagi mereka yang benar-benar hebat. Dan semestinya aku tidak pernah menyangka untuk berhadapan dengan semua takdir Allah ini. Apa pun aku bersyukur.

Aku tidak tahu entah sampai bila penolakan diri ini akan berlaku. Tidak ada yang lebih hebat daripada penolakan ini. Dan aku sering menyalahkan diriku tentang semua ini. Indah khabar dari rupa. Itulah yang aku lalui... Namun, aku tetap berfikiran positif. Positif untuk menghadapi segalanya. Aku serahkan pada Tuhan di saat aku benar-benar merasakan terpukul oleh semua ini.




Segalanya dilalui dengan ekpress. Namun aku belajar.. Belajar untuk menghadapi segalanya. Walaupun bukanlah sesuatu yang mudah, namun aku tekad untuk mempelajari dan melaluinya. Apa yang pasti aku masih belajar untuk melaluinya.

Entah di mana silapku... Hingga ke hari ini bila aku sedar.. Aku baca.. Aku tahu penolakan itu masih ada. Aku ini tidak mahu diwujudkan dalam hubungan ini. Apa yang aku boleh lakukan adalah berdoa. Kerana tidak ada yang mampu untuk memahami keadaan ini. Siapa pun boleh mengatakan apa sahaja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diperlukan dalam sesuatu hubungan.

Sebuah hubungan semestinya memerlukan komitmen, saling percaya mempercayai, memberi kekuatan, melengkapi kekurangan, menyemai benih cinta dan semangat. Kerana itulah kekuatan dalam sebuah perhubungan. Dan tidak semua manusia mampu untuk berusaha ke arah itu. Tidak semua orang juga mampu bertahan untuk itu. Malah ramai yang mencemburui akan hal itu. Ternyata dalam hal ini sahaja banyak yang perlu dilakukan untuk terus bertahan. Tambahan lagi adanya penolakan yang nampak tidak ketara tetapi sebenarnya amat jelas.

Aku tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh orang lain.. kerana pemahaman dan penerimaan kita berbeza-beza. Apa pun aku tetap kuat untuk melalui semua ini kerana aku tahu apa yang aku inginkan. Dan aku tahu untuk apa aku bersusah payah melalui semua ini dan yang jelas-jelasnya penolakan ini. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tidak semua orang mampu menghadapi kenyataan.

Aku bukanlah manusia yang terlalu kuat, namun aku percaya bahawa Tuhan semestinya punya rencana untuk aku. Dan aku yakin aku dapat melalui semuanya dengan izin Mu Ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberikanku ketabahan hati untuk melalui segalanya.


 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea