Pages

Come and be with me

20130111

Aku seekor kucing

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:00 am 0 komen dari pembaca
Aku dilahirkan pada penghujung tahun 2012. Setelah dilahirkan, aku ditempatkan di sebuah rumah kondo bersama bapaku. Pada waktu membesar ada banyak perkara yang aku perlu belajar. Ya.... Aku perlu banyak belajar. Terutama untuk membuang air besar dan kecil.

Pada waktu itu, aku tidak mengerti apa-apa.. Aku tidak tahu di mana pasir. Hendakku kuis tak nampak dan tak dapat ku hidu bau pasir. Aku terpaksa membuang najisku ini di atas lantai, di atas permaidani tuan ku itu. Bukan aku sengaja. Aku tidak mengerti. Mungkin tuan ku itu sudah tidak tahan lagi dengan aku. Lalu dia mengeluarkan aku dari rumahnya. Aku pasrah, aku redha kerana aku hanyalah seekor anak kucing yang tidak tahu apa-apa.

Setelah dibuang, aku mula mengenali longkang sebagai kediaman yang paling selesa untukku. Walaupun begitu, aku masih berada di kawasan kondo ini. Aku masih kecil dan tidak tahu hendak ke mana. Bila berjumpa manusia-manusia, aku kerap menyembunyikan diri. Aku tidak mahu diapa-apakan lagi seperti sebelum ini. Walaupun begitu, bapaku masih dapat tinggal di rumah itu. Namun perilaku bapaku pun tak kurang kejam. Bila ia keluar dari rumah, ia akan mengencing di penjuru-penjuru rumah jiran-jiran lain. Mungkin ia rasa ia big boss.

Aku tetap berada di longkang. Longkang sepanjang kondo ini adalah tempat yang paling selamat untukku. Aku gembira di sini walaupun aku terpaksa mencari makan apa sahaja untuk sehari. Aku merasa bahagia kerana tidak ada lagi orang yang memarahiku.

Pada suatu harim ada seorang wanita yang melihatku. Dia suka melihatku bermain sendirian. Dia cuba memanggilku. Namun, aku yang masih takut dengan peristiwa dulu tidak berani untuk mendekatkan diri. Wanita itu cuba memanggilku lagi. Aku tetap menjauhkan diri.

Hari kemudian sekali lagi wanita itu terjumpa denganku yang comot ini. Dia memanggilku sekali lagi. Kebetulan pada waktu itu, bapaku sedang merayau-rayau. Jadi aku mendekatkan diri kepada bapaku. Disebabkan itu, dapatlah wanita itu mengambilku, memeluk dan mengusap kepalaku. Aku berasa sangat nyaman dan senang. Wanita itu kemudian meletakkan aku ke tanah semula. Ah.... Lega...

Hari berikutnya.... Wanita itu mencariku.. Dia memanggil-manggil aku. Aku tercari-cari suaranya. Aku pun mendekatinya kerana perasaan khuatir itu telah hilang. Wanita itu mengambilku buat kali pertama. Dia memberi makan kepadaku. Pada waktu malam, wanita itu telah mengurungku di dalam sangkar kucing yang kecil. Aku menangis sendirian pada malam itu. Sewaktu subuh, aku sudah tidak dapat menahan, aku terbuang najis di dalam sangkar itu. Ah... busuknya. Tapi... aku terpaksa... Tiada jalan lain.

Keesokan paginya aku dikeluarkan oleh wanita itu. Aku tidak tahu mengapa dia berbuat begini kepadaku.

Setelah tiga hari berlalu.. Wanita itu mencariku semula... Aku mengikutinya pulang ke rumahnya. Dia telah menyediakan makanan untukku. Setelah aku makan, wanita itu memandikan aku. Aku berasa sangat sejuk. Wanita itu juga telah membunuh beberapa kutu yang terdapat di badanku. Lega sangat rasanya walaupun sejuk. Wanita itu juga mengeringkan aku menggunakan hair-dryer. Aku takut mendengar bunyi itu. Aku cuba lari daripada dakapannya, namun wanita itu mencengkam aku dan memberi ketenangan kepadaku dengan mengusap-usap bulu badanku.

Selepas itu, bermula lah kehidupanku di rumah tuan ku yang baru. Aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangi aku. Hingga kini, tuan ku ini lah yang memberi makan kepadaku. Aku hanya bermain di dalam rumah. Najisku juga kini terjaga, tuan menyediakan pasir untuk aku membuang najisku di dalam bekas itu. Jadi, aku tidak membuangnya merata-rata.

Inilah kisahku sebagai kucing di kawasan kondo.



 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea