Pages

Come and be with me

20121213

MEMBACA kah kita?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:34 pm
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Ramai dikalangan kita akan tergelak dan mungkin memandang sinis melihat orang-orang yang membaca buku. Mungkin terlihat pelik pada fikiran mereka. Sukar sungguh kita nak lihat anak-anak muda kita membaca buku. Masing-masing lebih gemar mengadap papan skrin Ipad, Android, telefon pintar yang kini lebih banyak permainan, laman sosial dan sesawang hiburan.

Ya, nampaknya mereka lebih gemar melihat picisan-picisan yang nampak lebih menarik, up to date, melihat perkembangan fesyen-fesyen terkini, malah mungkin juga menghabiskan banyak wang dengan perkara-perkara yang kurang malah tidak berfaedah (tetapi pada sangkaan mereka ini lah kehidupan hari ini, yang lebih trending dan updated). Opssss... Kalau anda fikir ini semua updated.. Serius anda salah! SALAH!!

Sekali lagi saya katakan trending-trending seperti itu SALAH!




Nampaknya kita lebih terlebih gemarkan hiburan, hedonisme. Dalam tak sedar kita terjebak dengan perkara itu.

Entahlah.. Untuk kesekian kalinya.. Nak mengajak manusia melakukan kebaikan sangat-sangatlah sukar. Sesukar zaman ini. Nak mengajak melakukan perkara yang lagha (membuang masa), membazir dan maksiat sangatlah mudah.



Antara Faktor yang dikenalpasti amalan membaca tidak dibudayakan:

Ibu Bapa
Tiadanya pengaruh ibu bapa atau keluarga dalam menitikberatkan perihal budaya membaca terhadap anak-anak mereka. [Dalam konteks ini, ibu bapa tidak pernah menghadiahkan buku kepada anak mereka]
---> bahkan lebih mengeruhkan keadaan sekiranya ibu bapa tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting sebagai medium memupuk minat anak mereka membaca.

Media
Daripada sudut yang berbeza pula, pengaruh media massa yang semakin meluas kini telah menjauhkan masyarakat dengan buku.
Media melunturkan sifat membaca secara evolusi oleh media massa yang bersifat hegemoni dan dominan dalam merubah kerangka pemikiran masyarakat.

Persekitaran
Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca di tempat sunyi sepertimana yang sering kali menjadi amalan dalam sesebuah perpustakaan yang suruh diam.
-->>Tidak salah, tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca dalam kondisi yang sunyi. Justeru, agak sukar untuk kita membudayakan amalan membaca di tempat awam.
Persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca terutamanya di tempat-tempat awam adalah perbuatan menunjuk-nunjuk dan memberi gambaran negatif bahawa
--> ulat buku sukar dibuat kawan (ini status masyarakat yg paling biadap!!) kerana saban hari masa mereka hanya dihabiskan dengan berkepit dengan buku.Ulat buku juga mungkin dianggap antisosial dan antisukan. Persepsi sedemikian amat berbahaya kerana secara jangka panjang akan menjauhkan masyarakat dengan buku.

Meremehkan Kepentingan Membaca
Selain itu, mungkin sifat merasakan ketidakpentingan membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca.
--> Sama ada sebagai seorang bekas pelajar atau seorang bekas mahasiswa universiti, kebanyakan kita telah hilang selera untuk memegang buku apatah membacanya.
-->Hal ini juga satu kemungkinan kerana daripada pemerhatian saya, terutamanya daripada kenalan-kenalan saya, didapati amat kurang daripada mereka yang masih berminat dengan amalan membaca kerana beranggapan bahawa meraka telah melepasi takuk pendidikan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka juga beranggapan bahawa buku tidak akan memberikan sebarang faedah secara langsung lagi kepada mereka jika dibandingkan dengan perkara lain. Di samping itu mereka kelihatan lebih mementingkan kepuasan dari segi nilai estetik dan kemewahan berbanding kepuasan memperoleh ilmu menerusi amalan membaca.

Alasan
Daripada aspek yang lain pula, wujud alasan yang kurang relevan dalam kalangan masyarakat berhubung amalan membaca.
Mereka mempersoalkan tentang kos bahan-bahan ilmiah di pasaran yang semakin meningkat kedewasaan ini (serius orang yang tak suka baca buku memang akan bagi jawapan macam ni). Kemungkinan harga buku meningkat lantaran faktor-faktor lain seperti kadar tukaran mata wang asing yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal di samping kos pencetakan dan penerbitan yang tinggi.
--> Bagi saya kos sesebuah buku tidaklah terlalu mahal sehingga membebankan pembaca tetapi perkara yang boleh dijadikan mauduk utama ialah keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku.
-->>Sesungguhnya jika dibandingkan, kos yang kita bayar untuk membeli sesebuah buku tidak memadai dengan ilmu yang kita peroleh menerusi bahan ilmiah tersebut.



 



Kalau nak diceritakan tentang kelebihan-kelebihan MEMBACA memanglah sangat banyak. Di bawah ni adalah antara kelebihan yang boleh dicapai dengan membaca;
  1. Menambah ilmu pengetahuan
  2. Senaman minda
  3. Mempunyai kelebihan untuk FOKUS
  4. Melatih diri menjadi seorang yang BERDISIPLIN
  5. Mengurangkan rasa bosan
  6. Meningkatkan kemahiran (skill) membaca dan tatabahasa
  7. Membantu berkomunikasi dengan lebih baik

Tapi berapa sangatlah orang yang ambil peduli akan semua benda ni. Masing-masing meremehkan budaya membaca. Kita lebih gemar bergaul dengan kawan-kawan yang kononnya banyak pengalaman. Tetapi disebabkan kurang pembacaan, sebenarnya kita tak mampu untuk berfikir antara yang baik dan yang buruk.

Ye, komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia. Tapi ada banyak buku yag dapat mengajar kita cara berkomunikasi dengan baik. Lihatlah berapa ramai pekerja kita yang terkandas untuk mendapat pekerjaan semata-mata kerana komunkasinya kurang arif dan ilmunya juga kurang untuk menyampaikan sesuatu dengan yakin. Apakah kita masih nak pertahankan hujah-hujah kita jika kita tidak ada bukti yang cukup kukuh?

Tengok, masa pertandingan American Football pun sempat lagi membaca


Lima Kesan Negatif Apabila Tidak Suka Membaca (http://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2010/04/lima-kesan-negatif-apabila-tidak-suka.html)

1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya.
2. Menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.
3. Mudah meniru dan menciplak disebabkan ketiadaan ilmu, sahsiah dan rohani yang mantap.
4. Kekurangan daya yakin akan diri.
5. Bakal menjadi manusia yang paling bodoh di dunia
.





Tak tahu lah di mana silapnya diri kita kalau kita masih tak nak berubah, tak nak sedar-sedar daripada tidur. Dan mungkin sememangnya suka berangan terlebih. Kesannya bila kita tak suka membaca pun dah jelas. Tapi masih ramai kalangan rakyat Malaysia kurang membaca. Buka buku pun masa betul-betul dah nak exam. Masa tu lah terkial-kial nak cari maksud, nak buat akronim, nak belajar secara pantas. Marathon. Mana sempat nak hafal semua, nak kembangkan semua kalau tak ada persiapan dan tak ada pembacaan yang dilakukan terlebih awal. Sampai bila kita nak macam ni??

Saya menjengah blog pengajar saya ...Beliau menceritakan bahawa di negara-negara maju seperti Toronto, tak kira siapa (kanak-kanak, remaja dan dewasa) cukup mengutamakan budaya membaca. Even, berada di dalam LRT (keretapi bawah tanah) atau di mana-mana ada kesempatan, mereka akan membaca buku.


 
Scene di Toronto

Tak perlu pergi jauh, semasa saya membesar di Johor Bahru, saya sering melihat pelajar-pelajar yang menaiki bas untuk ke Singapura (bersekolah di sana). Semasa berada di dalam bas (waktu pagi) mereka membaca buku. Kalaupun tidak membaca buku, mereka tidur. Mereka tidak berbual. Sama jugalah seperti waktu pulang daripada sekolah. Keadaan ini memang tak sama langsung dengan senario pelajar di dalam bas yang bersekolah harian di negeri ini. Memang tak sama.



Macam mana kita nak maju kalau kita tak gemar membaca. Bagaimana kita nak jadi manusia yang celik minda kalau kita sendiri tidak mahu mencari ilmu itu. Tidak ada manusia yang akan dapat ilmu jika dia tidak mencarinya. Samalah juga kalau kita tidak mencari guru, bagaimana kita akan mendapat ilmu.


Fikirkanlah sejenak..... Kalau kita lapar, kita perlu ke dapur, berjalan. Menjengah makanan apa yang ada untuk dimasak. Mungkin kalau ibu sudah memasak di dapur, kita perlu mengambil pinggan. Lalu mengisi nasi. Kemudian kita duduk, dan barulah kita makan. Itu pun perlu menggunakan tangan untuk diisi ke dalam mulut. --> Makanan itu tidak datang sendiri. Makanan itu pun perlu diusahakan untuk sampai ke mulut kita.



Jadi, mengapa kita benar-benar tidak mengambil tahu. Atau lebih mudah kita katakan diri kita ini PEMALAS. Orang yang pemalas memang akan sentiasa mengalami kesusahan. Biarpun orang itu tidak pandai / cerdik, tetapi disebabkan kerajinannya, dia boleh hidup seperti orang lain.

TIDAK ADA MANUSIA YANG BODOH DI DUNIA INI.
YANG ADA HANYALAH MANUSIA YANG MALAS!!!!




Manusia yang MALAS akan sentiasa berada di dalam kerugian. Benar! Telah banyak bukti yang menunjukkan sikap orang yang malas akan sentiasa berada di dalam kerugian yang nyata.

Sedarlah dan berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Berapa lama kita hidup di dunia ini, tetapi kita tidak memperoleh apa-apa pun kebaikan untuk diri kita. Kita hanya menzalimi diri kita sendiri.





 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea