Pages

Come and be with me

20121202

Fesyen dan Maksiat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:38 pm 0 komen dari pembaca


"Maaf tpaksa delete awk dr contact list bbm sy sbb profile pic awk sexy sgt. Sy tgk pn malu"

Itulah luahan daripada seorang teman di bbm nya. Memelihara pandangan mata kita adalah hak kita kerana apa jua milik kita adalah milik Allah jua. Jadi pada pendapat saya, tindakan teman saya itu betul. Saya doakan agar teman saya ini dapat menjaga pandangannya.

Kalau di sini, saya tak mampu melakukan hal yang sama dengannya. Berada di kawasan yang agak sibuk dengan hiruk pikuk manusia mengejar liabiliti masing-masing membuatkan mereka sanggup menggadai apa yang dipanggil maruah itu kepada orang-orang yang dianggapnya pemberi rezeki.

Tidak dinafikan pakaian penting bagi kita untuk menutup bahagian-bahagian yang dianggap memalukan untuk dipertontonkan dikhalayak ramai. Pakaian adalah keperluan penting manusia untuk melindungi dan menutup dirinya.

Seiring dengan perkembangan kehidupan manusia, pakaian telah dijadikan sebagai simbol status, jabatan, ataupun kedudukan seseorang yang memakainya.

Perkembangan dan jenis-jenis pakaian tergantung pada adat-istiadat, kebiasaan, dan budaya yang memiliki ciri khas masing-masing.

Pakaian juga meningkatkan keamanan selama kegiatan berbahaya seperti hiking dan memasak, dengan memberikan penghalang antara kulit dan persekitaran. Pakaian juga memberikan penghalang higienis, menjaga toksin dari badan dan membatasi penularan kuman.

Tapi apa yang jadi dengan pakaian hari ini kita istilahkan dengan perkembangan fesyen pulak. Fesyen menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi 4 ialah ,  gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai.


Nampak tak disini sebenarnya fungsi pakaian tu dah semakin kurang. Yang menjadi kegilaan ialah fesyen. Pada masa kini masyarakat Mesia mudah sangat terdedah kepada fesyen. Senang ikut kehendak fesyen. Tapi tak ikut pulak kehendak agama. Pelik bin ajaib. Pelik dan benar. Itulah istilah yang boleh ditulis.

Sanggup membelakangkan agama semata-mata nak ikut perkembangan fesyen. Yang mak pak pun sama. Merasakan perkembangan teknologi adalah membenarkan segala-galanya. Anak nak pakai ikut suka, ...

"Ah, takpe lah. Ini kan zaman moden... Tak payah lah nak konservatif sangat."  --> ini antara ayat-ayat biasa yang sering dilontarkan mak pak masa kini.

Masa anak kecik lagi dah potongkan rambut anak dengan berekor kat belakang. Fesyen sangat lah tu!!! Masa anak kecik, kita dah ajar anak kita jadi orang yang salah.

Dah besar sikit, kita ajar dia macam-macam pasal fesyen. Tak fikir pun nak ajar anak-anak kita pasal kepentingan agama. Tak ajar pun anak kita cara pergaulan yang betul. Jadi bila dah besar, benda yang salah tu dah dianggap biasa.

Mak pak tak kisah anak pakai short, pakai dress yang singkat lagi ketat. Oh... ada juga yang pakai tudung. Tapi baju ketat lagi sendat sampai nampak bentuk tetek. (Memang ada yang sengaja pakai macam tu semata-mata nak suruh lelaki usha tengok bahagian badan dia yang sedap lagi montok tu).
Memang tak rasa bersalah pun.


Eh, jangan pulak cakap takde. Of course lah ada.


Itu belum cerita cara pergaulan... Naik pening kepala. Hari ni rata-rata mak pak biarkan anak mereka nak bergaul dengan sesiapa. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira la dari mana asal usulnya. Anak-anak diberi ruang sebebas-bebasnya untuk bergaul mesra. Sampai dah tak kira dah golongan muhrim dan bukan muhrim.

Makin lama perangai makin teruk sampai nak tegur pun dah tak boleh. Bila ditegur ke arah kebaikan, ada yang menganjing. Ada yang meremeh-remehkan. Tak pernah sedar dengan kesilapan diri. Sering menuding jari pada kesalahan orang lain.

Bergelumang dengan dosa dan maksiat dah jadi macam biasa.


Tengok lah.... daripada mana ia bermula.... Jika tidak dilentur rebung, bila dah besar jadi buluh dah tak guna. Pakaian kita mencerminkan personaliti kita. Bukan setakat personaliti kita, tapi keimanan kita. Iman adalah pakaian bagi muslim. Jangan mengaku Islam kalau tak melakukan amalan-amalan seperti orang Islam.


Sedihnya bila kita nak menegur orang yang melakukan maksiat di depan mata, tapi sukar. Nak ditegur salah, tak ditegur pun salah. Apa yang mampu adalah berDOA. Diharap agar Allah tidak melimpahkan malapetakanya terhadap insan-insan yang tidak berdosa.





Lewat malam

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:05 am 0 komen dari pembaca
Dah lewat malam ni....

Esok la kita sambung lagi... blablabla......


Tunggu celoteh kita esok.

1 Disember 2012.... tak seindah biasa.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea