Pages

Come and be with me

20121201

Merapu AADC

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:37 pm 0 komen dari pembaca
Orang kata penantian itu satu penyiksaan.

Memang benar pun. Lagi-lagi bila kita menunggu sesuatu yang diharap menjadi lepas tu seakan-akan tak jadi. Dan akhirnya memang tak menjadi.

Kalau orang lain ada sahabat alias bestfriendforever "bff" boleh la jugak nak berbual-bual hilangkan bosan. Berceloteh dari bukak mata sampai menutup mata. Tapi kalau da sampai tahap ni...

Nak luah kat mana kalau bukan kat sini....

Kalau ada anak kecil, boleh jugak menggomol waktu-waktu macam ni. Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi. Kata orang di usia awal perkahwinan. Normal lagi....

Aduiyaiiiiiii....



Bila sampai tahap macam ni rasa nak tengok lagi filem AADC. Apa AADC??
Filem 'Ada Apa dengan Cinta'?? Ya, memang best filem tu. Kalau tak best, takdelah sampai cakap macam tu. Takdelah sampai tengok filem tu dekat sepuluh kali.

Biarpun bukan orang seberang. Tapi abah memang berdarah Java. Masa kecil-kecil dulu, masa tu astro belum ada lagi. Masa tu memang duduk di Johor Bahru. Cerita paling bagus pun, cerita-cerita dari sana. Sedari kecil dah biasa dengan siaran indonesia. RCTI, SCTV.... itu siaran wajib.. Orang filem cakap... "Wajib Tayang".. hehehe....

Jadi bila tonton tv dari seberang ni dah biasa dengan ayat-ayat mereka. Ternyata bahasa mereka lebih lembut. Kalau sekarang ni siaran Mesia sibuk siarkan cerita seberang waktu petang, dengan siaran Latin lagi.... Pulak tu mesti ada senikata. 

Serius tak suka sungguh bila disiarkan senikata tu. Sebab aku faham. Bukan tak faham. Tu yang bila tengok cerita seberang sekarang di tv Mesia. Bosan. Bosan.... terus tukar siaran lain.

Ok.....

Berbalik semula tentang AADC.
Cerita itu tentang remaja. Ye,,..... cerita tu mengujakan. Sebab waktu tu aku pun remaja. Hehehe...
Masa tu memang masih available lagi ayat-ayat puitis ni. Sesuai lah dengan jiwa ni.

Cerita tu pun banyak moral valuenya. Berkisar tentang persahabatan, kekeluargaan, dan cinta. Entahlah... Biar apa pun orang nak cakap.. Tapi bagiku cerita tu penuh bermakna. Terutama bait-bait puisi Dian Sastro.. Hehe... Lagu pulak .. lagu daripada nyanyian Melly.


Layan je la k.....







Teman Pengganti yang betul-betul kena ganti

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:25 pm 0 komen dari pembaca
Nak tiru Malique??

Bukan senang beb... Nak feel macam Malique... Sure tak sama..
Si pengganti Malique ni kena tengok Malique perform..

Kalau jadi macam Black pun, sure die nak feel yang sama macam penyanyi asal...

Baru datang rasa sedih tu.

Lagu "Teman Pengganti" tu sangat dramatik. Ada maksud sedih.. Ada jalan cerita.
Tentulah bila kita nyanyi, kita dengar, kita nak feel.

Ok la... Harap lagu ni boleh menang.

Cuma kalau penyanyi asal dapat perform, sure lagilah bagus!!!!

Ku menunggu

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:45 pm 0 komen dari pembaca
Pukul 11 tadi aku menjawab panggilan telefon... Terus bergegas aku ke dapur, memotong ayam dan melumurkan ayam itu dengan rempah.

Lalu aku mandi.. dan bersiap-siap ke pasaraya untuk membeli barang keperluan memasak mee hoon goreng.

Sesampainya di Petronas bersebelahan pasaraya itu, aku memakirkan kereta ku. Sempat lagi mengeluarkan not hijau lumut dari ATM RHB bank. Ternyata ramai yang beratur di ATM CIMB. Takkan nak tunggu berbaris panjang. Malaslah!

Setelah itu, aku berjalan masuk ke pasaraya. Mengambil bakul dan terus mencari bahan-bahan untuk memasak. Selesai memilih apa yang perlu dan adakalanya aku gemar menambah barang-barang dapur supaya tidak perlu kerap ke pasaraya.

Seusai beratur dan bayar, aku berkejar pulang ke rumah. Oh lupa, setiap Sabtu kena beli plastik. (langkah pengurangan plastik). Apa-apa je la.

Namun langkah ku perlahan menuju ke rumah. Mendaki bukit..... Kalau jalan kaki mahu.. setengah jam baru sampai.

Nak masuk di pintu pagar perlu guna pas kebenaran masuk. Aku mencari petak parkir kosong yang berdekatan dengan pintu rumah. Namun agak hampa, mungkin ramai yang tidak keluar hari ni. Jauh sikit baru lah ada.

Aku menjinjit 2 beg plastik yang agak sarat dengan bahan-bahan masak.

Sesamai di rumah, terjengul di sofa, kawan anakku, Eyka. Dah bangun pun getus hatiku.
"Jenuh aunt kejut ko tak bangun pun ea... " saja aku tinggikan suara.
Tapi dia buat tak dengar je. Lalu barang-barang tadi aku letak di atas kabinet dapur.

"Dah, pegi kejut Alin dengan Tofik, lepas tu tolong aunt masak" ujarku.

Eyka banyak menolong ku bila ada dirumah ni. Bila dia ada di sini, dia tolong menyediakan bahan memasak, mengangkat kain dan mengemas dapur. Untung ada anak macam Eyka.

Aku sendiri senang meminta tolong Eyka berbanding dengan Alin.


Kami bersama-sama berada di dapur menyediakan bahan memasak. Sambil itu aku mengajarnya cara memasak yang betul. Memberi tips-tips berguna.

Bak kata ibu ku; "Siapa yang pandai masak tak rugi".

Benar bukan? Masakan seorang ibu/ bapa dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang akan menjadikan masakan itu lebih baik dan berkat. Anak-anak mudah mendengar kata ibu. Suami pula boleh mengurangkan belanja makan di luar. Sekali-sekala makan di luar apa salahnya. Kalau setiap hari makan di luar, apalagi di kedai mamak, baik kawin dengan mamak je.

Tambatlah kasih sayang kita dengan masakan. Tidak perlu resepi yang pelik-pelik. Resepi ringkas pun dah memadai. Adakalanya kita boleh menambahbaik masakan kita dengan mencuba resipi-resipi lain. Itu pun dan cukup bagus tu!

Lepas siap menggoreng mee hoon yang penuh berperisa dan perencah. Aku teruskan dengan menggoreng keropok.

Masih lagi berbual dengan Eyka.. Menceritakan kelebihan dan kekurangan keropok yang dibeli.

Ia lebih mudah bercerita bila ada orang yang sudi mendengar daripada kita membiarkan diri bercerita tapi orang tak berminat.


Sampai kini aku masih menunggu panggilan suamiku. Katanya mahu ke Seremban dan Port Dickson. Mungkin juga akan ke Johor Bahru. Tapi entah pukul berapa baru gerak ke sana.
Susah menunggu orang yang sibuk. Masanya sukar ditentukan.

Bila berjanji tentang masa sukar untuk dijangka. Lebih baik tak perlu terburu-buru.

Ini pun aku masih menunggu.......







                       





LOSING IDEA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:09 am 0 komen dari pembaca
Bila aku nak ketik keyboard ni aku selalu hilang idea...
Asalnya dah ade idea yang bagus.. tapi lepas tu.. hilang...

Puffffff....

Menyampah betul la....
Bila baca buku ada saja nak tulis itu.. nak tulis ini...

Bila jari dah mula mengetik....
Hilang semuanya.....

Ni perasaan paling benci.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea