Pages

Come and be with me

20100807

Betul ke kau KUAT?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:30 pm 0 komen dari pembaca
Pada dasarnya betul ke kau ni terlalu kuat?
Betul ke kau ni terlalu hebat? Hebat sangat ke kau?
Pada sebahagian perkara mungkin kau hebat. Tapi aku tak rasa kau ini benar-benar hebat.
Hebatnya kau mungkin kerana rasa bongkak yang terlalu tinggi. Dan mungkin juga kerana apa saja teknologi yang dicipta oleh kau, digunapakai oleh masyarakat hari ini. Kerana terlalu banyak hal yang dirahsiakan.
Tapi kau terlalu penakut hakikatnya. Kau terlalu takut pada dirimu sendiri. Kau mungkin rasakan bahawa apa saja yang kau perbuat untuk kebaikan kau. Tapi sebenarnya kau menunjukkan kelemahanmu yang nyata.
Sesenang hati kau menggunakan kekerasan terhadap orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Mudah sekali kau menjawab pertanyaan media di kala kau membunuh orang awam kerana merasakan bahwa kedudukanmu tergugat. Nyatalah kalau kau memang pengecut.

tapi ada juga perkara yang amat pelik. Kenapa PBB masih tidak memandang penting akan kebejatanmu yang nyata ini.. atau mungkin PBB juga disuap olehmu..atau mungkin kuasamu lebih mengatasi suara yang lain-lain.

Mungkin juga kerana kau rasa kau adalah kuasa besar yang menempel tak ubah seperti parasit kota yang menghisap setiap darah dan mengerah orang lain bagi memenuhi keberhasilan dan keuntunganmu sendiri. Bahkan orang lain tidak sedar akan kerjaanmu.
Sangat licik peranmu sehingga kau mampu mengambil semula harta yang persis milikmu yang telah dipadam oleh kuasa Ilahi. Masih juga kau ingin mendapatkan sesuatu yang bukan milikmu kerana hal yang amat kau takuti..

Kerjaan yang gila dengan tembok besi penghadang setinggi meter-meter yang memang takkan mampu dipecahkan oleh mereka yang lemah itu. Namun, pada dasarnya itulah sikapmu yang sangat penakut.

Kau merangka dan menyusun aktivitimu dengan rapi bahkan bertahun-tahun lamanya kejahatan yang kau lakukan sehingga tidak pernah nampak satu kesilapan yang nyata. Hakikatnya, kaulah yang lemah itu.

Dan semua orang tahu akan "kuasa" yang kau anggap "kuat" itu.
Dan pasti harinya akan tiba bagi KEJATUHANmu..

Ku ucap selamat untuk hal itu.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea