Pages

Come and be with me

20101224

Politik dan goreng pisang .....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:22 pm 0 komen dari pembaca
Politik oh politik...

Memandangkan hari ini jumaat, hari terkahir dalam minggu yang agak akhir di hujung DIsember 2010... dengan keadaan dunia yang terus bergolak oleh kerana tangan-tangan manusia yang bobrok ini....
maka aku terlihat bukti nyata yang diperlihatkan kepada dunia...

hal yang utama adalah tentang perangai manusia.. yang sentiasa ingin dilihat terkehadapan.. tidak kira baik atau pun jahat.. asal saja namanya menjadi sebutan.
Ini lah dunia hari ini yang gemar sangat diprovok..

haha...

sudah la begitu... lidah yang tajam itu juga.. sering gemar memutar belitkan fakta di media2.. di koran, di majalah...

Bukan itu saja, dengan manusia-manusia bejat yang ingin kaya dalam memusnahkan kebedaban dunia masyarakat ini... dimasukkan apa saja yang asal bisa menguntungkan kantungnya sendiri. Sikap tamak yang bermaharajalela....

Disana dicanang kebaikan, ditutup segala keburukan... tetapi masih ada yang keras hatinya.. dan semakin kotor dan gelap.. berjalan segak melihat dunia yang semakin kelam.. asal saja namanya dikenang...

antara kawan dan lawan.. itu hanyalah permainan dunia. sengaja dikotorkan pandangan2 itu, sehingga tidak mampu lagi untuk dibezakan yang mana baik dan mana yang buruk.

Hilang akal kah kita? Ya, mungkin..

Ramai si gila di alam maya ini... semuanya gilakan sesuatu.. bukan sengaja dan bukan tidak sengaja..

Solusinya untuk semua ini.. sentiasa rajin untuk belajar, mengkaji dan bukan hanya menjadi pendengar, memerhati dan membuat analisis. dan bukan copy and paste.
Dalam dunia ini, tidak pernah ada perkara yang mudah untuk digapai. Indahnya diri itu dan dipandang diri itu, bukan kerana ilmunya yang hanya tinggi tetapi penghayatan ilmu itu digunakan sebaik-baiknya dalam melestarikan alam maya pada ini.

Salam.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea