Pages

Come and be with me

20121117

ANAKKU... HIDUP SEKALI BIARLAH BERERTI

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:42 pm 0 komen dari pembaca
Kali ini saya nak cerita sedikit tentang buku yang saya baca ni...


Ia bukan tentang nasihat semata-mata... tetapi berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Gaya penulisan yang menarik.

Walaupun saya kini telah menjadi seorang isteri... tetapi saya masih punya ibu. Dan saya mengerti apa yang ibu bapa harapkan daripada seorang anak. Selain kejayaan di dunia. Ibu bapa amat berharap kejayaan anak itu dalam kehidupan mereka serta dapat mendoakan kesejahteraan ibu bapa bila sudah tiada.

Buku ini digarap dengan baik. Daripada asal ciptaan anak itu, anugerah-anugerah yang diberi, keinginan, cara bersahabat, cara melawan nafsu. Mengenal kehidupan dunia yang sebenar terangkum di dalam buku ini.

Diselitkan surat terakhir daripada Marilyn Monroe sebelum membunuh diri. Selain itu diceritakan juga tentang pengalaman-pengalaman wanita yang terlibat dalam industri pornografi.

Saya pasti sesiapa yang membaca buku ini akan berfikir dan menyelami erti sebenar hidup ini.

Durian Crepe --> Nak seribu daya

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:21 pm 0 komen dari pembaca
Eceh... ayat dia.. tapi itu lah hakikatnya... Nak buat duria crepe ni punya lah sampai mimpi-mimpi.
Alhamdulillah hari ni dapat jugak buat.
Siapa yag nak resipi Durian Crepe ni senang je... mana-mana dalam internet / blog pun dah ramai yang letak.

Saya ambil kat Penbiru.Com je. Sebab caranya pun senang.

CREPE:Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)


Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk

******

DURIAN FILLINGBahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)


Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

*******

p/s: Tapi ini yang asal. Untuk resipi saya sendiri.. Saya telah gabung tepung gandum+tepung ubi+tepung jagung. Dan jangan tanya pasal sukatan sebab saya memang gemar memasak tanpa menyukat mengikut sukatan gram/kilogram.

Masa mula-mula masak ni saya guna deep frying yang besar, tapi ianya dah terhakis sebab selalu sangat masak dalam deep frying ni. Memang la hasilnya tak jadi. Sekali cuba, GAGAL. Kali kedua cuba pun masih GAGAL.

Kemudian saya tukar pula menggunakan periuk nasi non stick. Cubaan ini pun masih GAGAL. Sebabnya mungkin non stick ni sesuai untuk nasi sahaja.

Akhirnya saya ternampak pan non stick untuk masak telur mata. Walaupun kecik tapi harganya lebih mahal dari yg besar. Kata shuben saya la.....
Bila cuba, alaskan sedikit minyak. Saya masak sampai sedikit kering dan garing... Alhamdulillah...
Percubaan kali ni membuahkan hasil yang baik.

Lepas tu saya cuba lagi dan lagi.... Mula-mula kelepet, sangat lah teruk...
Tapi setelah dicuba dan dicuba... Akhirnya saya berjaya membuat DURIAN CREPE reseipi saya sendiri. Sekarang saya tengah sejukkan doyan tu.

**Dari sudut Motivasi **
Sebenarnya kita boleh letakkan matlamat kita pada awal-awal lagi. Sama ada kita nak BERJAYA atau GAGAL. Siapa pun yang berusaha pasti inginkan KEJAYAAN.  Maka itu, kita perlu BERUSAHA tetapi hasil daripada MATLAMAT yang telah kita IMPIKAN itu.

Insha Allah.. Berkat USAHA yang BERSUNGGUH-SUNGGUH... Pada awalnya usaha kita nampak GAGAL. Tetapi kita mencari CARA TERBAIK. Eksperimen dengan eksperimen. Allah tunjukkan kita jalannya. Akhirnya KEJAYAAN itu dapat dicapai.

bersyukurlah.... :)


Gambar : Yang di sebelah kiri tu mula-mula buat. Sangat la comot dan tebal. Tapi bila dah cuba dan cuba...Akhirnya semakin baik dan baik.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea