Pages

Come and be with me

20110511

Sebelum NASI menjadi BUBUR

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:42 am
Reactions: 
2 komen dari pembaca Links to this post
Sudah biasa dengar ayat ini kan??

Memang lah..

Nak diceritakan, ada seorang guru pernah diugut oleh seorang bapa sekiranya murid itu disentuh atau dimarah. Bapa murid itu akan mengambil tindakan dengan memberi saman kepada guru tersebut.

Guru tersebut mengangguk perlahan tanda faham.

Disebabkan oleh ugutan si bapa tadi, anak yang sepatutnya diberi tunjuk ajar sekiranya buat salah itu telah dibiarkan.

Anak itu akhirnya semakin degil, semakin malas dan akhirnya....

Bak kata orang, setiap perbuatan manusia ada balasannya.

Akhirnya, si bapa tadi telah ditendang oleh anaknya sendiri. Sejak perbuatan itu berlaku barulah si bapa murid itu terhegeh-hegeh datang kepada guru di sekolah. Lantas meminta maaf dan meminta guru-guru menegur perbuatan anaknya itu.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur...

P/S: Jika hari ini anda berkuasa, jangan menjadi orang yang zalim.
Kelak kezaliman anda memakan diri sendiri.

Dunia Guru yang Bergolek

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Aku tertarik dengan puisi tingkatan 4 itu. Terkadang aku terfikir mengapa semasa zamanku tidak diperlihatkan kepadaku tentang sajak ini.

Disebalik tingkap bilik ini aku dapat mendengar dengan jelas suara hingar bingar pelajar yang sedang dalam waktu rehat, dan selesai menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun. Aku tidak pasti apa yang mereka fikirkan buat masa ini. Mungkin sekadar menghilangkan tekanan, mungkin juga bising kerana menunjukkan kehebatan masing-masing kepada seseorang yang sangat dikaguminya. Mungkin juga sengaja mencari ruang supaya dilihat hebat oleh rakan-rakan lain.

Harga remaja hari ini mengingatkan aku tentang betapa berharganya usia mereka ini. Entah berapa ramai yang sedar akan keperluan mereka di masa hadapan. Entah apa akan berlaku 10 atau 20 tahun lagi. Tiada siapa yang akan tahu kecuali Tuhan.

Salahkah aku yang mengajar mereka? atau salahkan ibu bapa mereka? Sampai bilakah konflik ini akan berakhir? Adakah guru terlalu menyekat kehendak dan kemahuan pelajar? Adakah ibu bapa juga terlalu bising dengan bebelan sehingga pelajar-pelajar kita memberontak lantas keluar mencari rakan yang lebih baik dan dapat menghiburkan mereka?

Terkadang aku berfikir, di mana silapnya kita? Ternyata dunia hari ini bukanlah jauh berbeza dengan duniaku. Cuma penggunaan teknologi hari ini terlalu pantas lantas memintas segala kebaikan dan keburukan duniawi tanpa batasan.

Pelajar kita hari ini tidak dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Yang baik tidak menjadi teladan dan yang buruk menjadi ikut-ikutan.

Pelajar kita seringkali menyatakan bahawa mereka bosan duduk di rumah. Mereka lebih suka mencari hiburan, menghilangkan tekanan. Siapa yang harus dpersalahkan?

Mereka terkial-kial mencari cinta sejati, erti sebuah kasih sayang. Kenapa zaman ku dulu ibu bapaku walaupun sibuk tetapi mereka tetap mengutamkan pelajaranku. Memang mereka tidak mampu untuk mengajarku sebagaimana guru-guru. Tetapi mereka membelikan buku-buku yang bagus supaya aku dapat gunakan untuk mencari jawapan dalam setiap permasalahan.

Apakah dunia hari ini tidak sama dengan duniaku? Apakah ibu bapa hari ini terlalu bijak? Bukan dipesan mengajar anaknya dengan betul. Tetapi diugut guru itu dengan kata-kata yang menyatakan bahawa dia mempunyai KUASA untuk memberi saman kepada guru sekiranya guru menyentuh pelajarnya.

Itu baru satu perkara yang disebut. Terdapat banyak lagi cerita yang tidak dinyatakan. Apakah lidah penulis (wartawan) kita itu benar belaka? Cuba kita tukar posisi kerjaya. Duduklah seharian di sekolah. Jangan hanya lihat sekolah yang berprestasi tinggi saja. Tetapi cari dan lihat permasalahan di sekolah ceruk kampung dan di pinggir kota.

Kerjaya guru dipandang mudah oleh masyarakat. "Alah, bukan susah sangat jadi cikgu"
"Mengajar saje, bukan susah pun".. .
Pernahkan anda mendengar ayat begitu? Mungkin anda juga pernah berkata begitu.

Tidak ada kerja yang mudah. Dan tidak ada jalan pintas.

Mari kita tukar posisi lagi... Anda cuba la jadi guru.
Sebelum mengajar guru perlu membuat perancangan dari segi alatan dan bahan pengajaran.
Guru menjadi fasilitatior (pembimbing murid)
Guru perlu melihat dan mengkaji keupayaan pelajar yang nyatanya tidak sama. Tidak seperti sebuah mesin.
Guru perlu menjadi penghubung kepada masyarakat
Guru berperanan juga sebagai guru disiplin, kerani bagi pengurusan
Guru bertanggungjawab menghantar pelajar sekiranya ada sukan, sakit atau sbg.
Guru yang baik juga mengetahui setiap latar belakang pelajarnya. Kerana kita ini lahir dalam sosiologi / persekitaran yang berbeza, baka yang berbeza. Sebab itu ada pelajar yang cepat "pick up" dan ade yang "slow".

Bukankah ini tugas guru?

Ya. Memang semua ini menjadi tugas guru. Pernahkah masyarakat kita fikir semua tu?
Memang mudah untuk menuding jari mencari salah orang lain. Tapi itulah juga hakikatnya.

Tidak dinafikan dalam setandan pisang, sudah tentu ada sebiji dua yang tak elok. Sama la juga dengan pelajar-pelajar...

Apa yang penting, masalah pelajar perlu ditangani bersama. Kerana di sekolah, Pelajar perlu diutamakan, Pencapain barulah akan terlaksanakan.

Sebagai guru, semua guru perlu bersama-sama menggembleng tenaga. Harapan agar suatu masa nanti sekolah ini mendapat tittle "Sekolah Berprestasi Tinggi" bakal terlaksana sekiranya kita sama-sama berusaha ke arah itu.

Malahan kita semua akan mendapat habuan. Bukan untuk seorang saja. Tetapi untuk kebaikan semua. Guru, pelajar, pihak pentadbir... Semua akan beroleh manfaat. Apa yang diharapkan adalah usaha dan niat murni kita disamping pelajar faham akan keperluannya. Barulah segala yang diimpikan akan terlaksana.

Insya Allah..
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea