Pages

Come and be with me

20100421

Orang semakin sedar siapa Anwar

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:20 am 0 komen dari pembaca
Buatlah penilaian yang sewajarnya.. manusia kan ada akal yang boleh digunakan utk berfikir...
Bukanlah kita semua baik, tapi kalau boleh.. jadila pemimpin yang baik.... 

KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.
Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.
"Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.
"Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan Warga Perkim Peringkat Zon Tengah.
Dr. Mahathir mengulas tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam.
Beliau juga mempersoalkan perjuangan sebenar Anwar sama ada berjuang untuk negara atau untuk menjadi Perdana Menteri.
Ditanya mengenai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang ditohmahkan sebagai peminum arak, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada penilaian pengundi terhadapnya.
"Saya dahulu kena macam-macam, kononnya saya ada seorang isteri di Singapura dan itulah orang politik dan orang yang mendengar itu perlu membuat penilaian sendiri," ujarnya.
Mengenai dakwaan MIC hanya boneka kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata, jika begitu keadaannya, sudah pasti Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu telah lama meninggalkan Barisan Nasional.

Menyamar kelas Elit...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:44 am 0 komen dari pembaca
Baru-baru ini kite digemparkan dengan penyamaran Tuan Muda di Pahang... Mengaku macam kerabat raja Pahang. Perilaku yang ditunjukkan baik. Pelbagai cara orang nak rasa diri 'glamour'.. Kalau ye pun berminat nak jadi orang-orang besar dan Perdana Menteri. Tunjukkan la sesuatu sumbangan yang tidak ternilai kepada negara. Mungkin apa yang si Tuan Muda ni nampak dan lihat adalah apa yag ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita.. Mungkin juga si Tuan Muda ini dah tak sabar untuk mewakilkan dirinya sebagai ahli-ahli pemimpin Malaysia. Sabar dulu dik. Banyak perkara yang kamu kena belajar.

Tak kurang itu pula, dalam Harian Metro 20 April 2010, seorang lelaki menyamar menjadi pegawai MB Perak. Dengan menyamar diri dan mendapatkan imbuhan daripada orang ramai, kemudian bawa dokumen untuk dihantar kepada MB. Macam-macam fiil orang sekarang ni. Dikatakan lelaki ini juga ada rekod jenayah
 "Lelaki yang sebelum ini bekerja di Jabatan Landskap dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Ipoh itu sudah diberhentikan pada 2008 kerana terbabit dalam satu kes rogol dan selepas itu lelaki terbabit membuat pelbagai kerja antaranya tukang 'tarik kereta'." 

Rasanya bukan dua kes ini saja. Malah banyak kes penyamaran yang bermotifkan keuntungan diri sendiri. Kadang-kadang bukan yang nak jadi status elit saja, tapi menyamar jadi pihak berkuasa pun ramai juga. Mengambil kesempatan dan menindas orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Dunia kapitalis hari ini banyak membuatkan hidup manusia terdesak dan terpaksa buat perkara-perkara macam ni agaknya.... 

Mungkin juga ya.....  




 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea