Pages

Come and be with me

20150723

BOB Cara Atasi Orang yang Gemar Menjatuhkan Kita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:16 pm 0 komen dari pembaca

Copypaste

Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”

” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”


menjatuhkan semangat

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.

Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.

BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.

Don’t simply surrender.

Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.

Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.

Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.

Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)

.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.

Oleh apa yang boleh kita buat?

Buat mereka mereka berasatidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?

Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.

Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.

Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.

Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.

Oleh itu kekal tenang dan senyum.

Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan

Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.

Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.

Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

 

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball.– Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.

Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?

Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

Jangan hilang fokus! | Football bydonielvito

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.

Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.

Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

Masalah yang mungkin timbul

Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.

Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?

Berdirilah atas kaki kita sendiri.

Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

 

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.

Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Remind myself

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:16 pm 0 komen dari pembaca

Remind myself.. Myself.. Myself..

3 SOALAN MAUT

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:58 am 0 komen dari pembaca


Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya.
Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.
Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.
Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah.

Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

Hadiah daripada Allah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:07 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 7

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:06 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 6

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:05 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 5

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:05 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 4

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:04 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 3

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:03 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 Siri 2

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:02 am 0 komen dari pembaca

Murnee 2015 siri 1

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:01 am 0 komen dari pembaca

Ku biarkan gambar berbicara.....

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea