Pages

Come and be with me

20111216

Percayalah!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:16 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Assalamualaikum wmth.


Kali ini saya nak bercerita tentang janji Allah terhadap hamba-hambaNya.

Al-Isra 801-81 – Kebenaran pasti melenyapkan kebatilan;
[80] Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, [81] Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.

1. Allah itu benar.
2. Kata-kata Allah itu benar.
3. Janji-janji Allah itu benar.
4. Pertemuan dengan Allah itu benar
5. Syurga itu benar
6. Neraka itu benar.
7. Para Nabi itu benar
8. Nabi Muhammad itu benar

Benar itu berat, bercakap benar, beramal dengan kebenaran itu susah. Benar itu banyak, orang mencari kebenaran itu sedikit. Rasulullah berkata kepada Abu Zar “bercakap benarlah walaupun pahit”.



Berbalik kepada cerita saya ini, sejauh mana usaha kita sekiranya tidak diizinkan oleh Allah SWT, pasti perkara tersebut tidak akan terlaksana. Jika terlaksana tidak akan sempurna.

Terkadang kita meminta bermacam-macam benda kepada Allah tetapi Allah masih belum mengabulkan permintaan kita itu. Dari itu, janganlah kita lekas untuk berputus asa kerana Allah sahaja yang tahu bila masa permintaan kita itu akan dikabulkan. Bersesuaian dengan keperluan kita, bukan disebabkan kehendak kita itu.

Apabila kita memulakan sesuatu pekerjaan, perbuatan.. Bacalah Basmalah "Bismillah...". Doakan setiap perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan ini mendapat keberkatan daripada Allah.

Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap perkara yang bakal berlaku.... Malam tadi, suami saya dan seorang rakannya telah bergerak dari rumah untuk ke Johor Bahru. Namun, tiba-tiba suami saya mengajak rakannya itu untuk minum di R&R Ayer Keroh. Kini giliran suami saya untuk memandu sehingga ke JB. Semasa dalam perjalanan di KM 138 Jasin telah berlaku satu kemalangan dalam jarak 1500m, sebuah treler panjang yang penuh dengan muatan tiba-tiba diluar kawalan dan terus terbalik melintang atas lebuh raya. Nasib baik waktu itu suami saya berhenti di R&R dan meneruskan perjalanannya kemudian. Jika tidak, saya yakin suami saya juga turut terlibat dalam kemalangan itu memandangkan suami saya seorang yang Speeding Driver.

Alhamdulillah, berkat doa sebelum bergerak ke JB itulah yang membuatkan suami saya selamat. Amin Ya Allah. Sememangnya suami saya jarang berhenti minum di mana-mana R&R.

Percayalah bahawa janji Allah itu pasti Dan kita perlu menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka.

Saya percaya dengan janji Allah. Bahawa kebenaran itu memang menyakitkan dan kebenaran itu selalu datang lewat, tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Dan Allah telah menunjukkan kebenaran bagi orang-orang yang teraniaya.

Sehingga kita bertemu lagi dalam blog yang seterusnya.

Wassalam.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea