Pages

Come and be with me

20090925

Anarkisme dan realiti politik baru pakatan pembangkang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:23 pm 0 komen dari pembaca
Oleh KAMARUN KH

Semakin ramai orang Melayu yang cintakan Islam meluat dengan telatah dua orang wakil rakyat. 27 buah NGO di utara mendesak agar ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi meletakkan jawatan kerana mengaitkan syariat Islam sebagai ekstremis. Manakala Ronny Liu, Exco Selangor dan juga Adun Klang dikatakan seringkali menganggu tugas pihak berkuasa tempatan membenteras penjualan arak di kawasan majoriti penduduknya Melayu, juga turut didesak jawatan oleh Dr. Hassan Ali, seorang EXCO Kanan dalam pakatan pembangkang Selangor.

Walaupun keduanya mempunyai kes yang berbeza, tetap terdapat dua persamaan yang ketara iaitu membenci dan tidak memahami Islam di samping menganggotai parti yang sama, iaitu DAP. Mereka berdua seharusnya lebih memahami mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan Islam dan sensitiviti masyarakat kerana warganegara Malaysia telah menerima mengenai budaya masyarakat Islam.

Dengan melihat kedudukan syariah Islam sebagai pendorong kepada keganasan menyifatkan seorang ahli MPPP, Mohamad Razali Abdullah sebagai ektremis Islam kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kasim menggesa supaya Jeff Ooi menarik balik kenyataan tersebut kerana telah menyinggung perasaan umat Islam di seluruh negara.

Jeff Ooi sepatutnya lebih banyak melihat mengenai penduduk Kampung Buah Pala kerana berjiran dengan kawasan yang diwakilinya. Jeff Ooi seharus lebih berani mempertikaikan sikap penduduk Kg. Buah Pala yang terlampau ingin mempertahankan hak yang sebenarnya bukan hak mereka. Mereka perlu sedar bahawa, walau apa pun desakan dilakukan, penempatan tersebut tetap dianggap sebagai kawasan setinggan.

Jika benar sekalipun pemegang warisan Brown memberikan kebenaran tinggal di situ, ia tidak bermakna tanah tersebut merupakan hak mereka yang tidak boleh dipinda. Mereka hanya diberikan kebenaran untuk tinggal dan bukannya memiliki. Oleh itu, Jeff Ooi harus membantu Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan penerangan dan memujuk penduduk Kampung Buah Pala agar menerima tawaran yang diberikan oleh pihak pemaju.

Apa yang berlaku ialah Jeff Ooi hanya “nganga” tanpa sedikit pun rasa ingin membantu kerana takutkan kumpulan yang pernah menyokongnya membuat desakan “meletakkan jawatan” sebagaimana diberikan kata dua kepada Ketua Menteri sebelumnya. Berdasarkan keputusan terbaru, setiap keluarga ditawarkan sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi, mereka masih mempertikaikannya.

Jeff Ooi perlu menyinsing lengan memberitahu penduduk bahawa harga rumah teres tersebut melebihi RM 300,000 berdasarkan harga tanah dan aset di Pulau Pinang. Jika melihat kepada tawaran itu, saya anggap ianya jauh memang berbaloi mereka berjuang mempertahankan High Chapparal yang penuh dengan tahi lembu sebelumnya, di persimpangan masuk Lorong Buah Pala.

Kedegilan penduduk Kg. Buah Pala itu kerana didesak oleh sikap tamak mereka yang melampau. Cuba perhatikan bukanlah ini kali pertama pemaju menghadapi tuntutan penduduk, tetapi sudah banyak warisan estet Brown telah dimajukan, ia tidaklah melampau ke usaha menuntut UNESCO menarik balik pengisytiharan Georgetown sebagai bandar warisan dunia.

Masyarakat Melayu yang pernah bekerja dengan pengurusan ladang Brown yang menganjur dari Bukit Gelugor ke Batu Maung tidaklah menuntut yang bukan-bukan. Sekitar Sg. Ara, ladang estet koko Brown juga telah dijual, tetapi penduduk diberikan rumah gantian. Mereka tidak pun sampai melepaskan lembu membenteng usaha menyampaikan bailif dan menghalang pemaju.

Begitu juga dengan sikap Ronnie Liu yang cuba menyakitkan hati Dr. Hassan Ali. Setiap kali pihak berkuasa MBSA membuat rampasan minuman keras, beliau menghalanginya dan mengarahkan supaya arak-arak yang dirampas itu dikembalikan. Sebelum itu, Ronny Liu telah membatalkan arahan supaya pusat-pusat hiburan mematuhi syarat lesen iaitu beroperasi ikut masa. Pusat-pusat hiburan tidak akan dikenakan tindakan walaupun beroperasi melebih masa yang ditetapkan kerana “menjaga hati pelancong.”

Ramai pihak melihat tindak tanduk Ronny Liu sebagai sesuatu yang akan mengundang masalah dan bakal memaparkan imej beliau sebenar. Ada dakwaan dibuat bahawa Ronnie Liu bertindak demikian kerana ingin “menjaga hati dan perasaan penyokongnya” sebagai “membalas budi.”Jika dakwaan itu berasas, ertinya Ronnie Liu turut menggunakan pengaruhnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri menjaga kepentingan hubungan peribadi dan politik. Ini juga boleh dikategorikan sebagai kronisme dan nepotisme.

Kronisme dan nepotisme merupakan dua konsep yang amat dibenci oleh DAP semasa belum berkuasa. Tetapi, nampaknya apabila mempunyai kuasa dan mentadbir negeri, kronisme dan neopotisme menjadi amalan dan prinsip pentadbiran utama. Tidakkah ini merupakan paradoks dan sesuatu yang menjijikkan kerana bertentangan dengan idealisme perjuangan DAP.

Sikap Menteri Besar Selangor sudah jelas mempertahankan Ronnie Liu, manakala Lim Guan Eng masih lagi membisu. Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan Hassan Ali, sebaliknya memberikan amaran supaya tidak membenarkan desakan itu dibincang secara terbuka.

Berasaskan situasi terbaru itu jelas membuktikan semakin lama pakatan pembangkang memerintah, semakin banyak kecelaruan yang akan timbul dan menyusahkan rakyat. Apa yang jelas ialah sikap parti-parti pembangkang yang lebih cenderung ‘mengherokan’ mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan sebagai anarkisme dalam politik baru Malaysia.

Percubaan parti-parti pembangkang menganjurkan demontrasi membantah ISA pada hari Sabtu (1 Ogos 2009) boleh dilihat sebagai satu lagi bentuk anarkisme dalam realiti baru politik Malaysia. Dengan menggunakan alasan kebebasan bersuara, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat walaupun kaedah itu bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

Orang Melayu mungkin sudah lupa dengan apa yang pernah ditulis oleh Syed Sheikh Al-Hadi di dalam rencanya yang terkenal, Teriakan Yang Sebenar, Al-Ikhwan, Oktober 1926. Dengan keras beliau mengingatkan orang Melayu supaya:

“Janganlah tertipu daya kamu dengan angkatan dan pangkat kebesaran gelaran pembesar-pembesar kamu keana mereka itulah asal segala bala yang telah menimpa ke atas kamu itu dan mereka itulah sehingga masa ini sebesar-besar penolong segala bangsa-bangsa yang telah menindih dan hendak menindih akan kamu.”

Maka kembalilah orang Melayu bersatu dan janganlah terus menerus dijadikan alat oleh mereka yang cuba membudayakan anarkisme dalam negara. Anarkisme akan menghancurkan negara, dan membina semula puing-puing kehancuran itu belum tentu dapat menjamin ketenangan, keamanan dan kesejahteraan. Banyak pelajaran daripada sejarah manusia, setiap kerosakan yang timbul, amat payah untuk dipulihkan.
 

20090709

BILA PADERI BUKA RAHSIA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:30 pm 0 komen dari pembaca
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
>
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut
> masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku  dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
>
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di
tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku  minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

 Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." 

>
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat  tersebut.
>

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,  "Silakan!" Sang paderi pun mula bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada  empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." 

>
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan  sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

>
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

 "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" 

>
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.



Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
 -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

 -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."  (Al-Isra': 12)

 -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


 -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Llapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang  malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).


-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

 -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).



-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,  lalu Kami berfirman, "Pukullah batu  itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).



-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).


 -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

 -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  (Yusuf:98)


-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).



-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).


-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
>


 Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"


 Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. 
>
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

 Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut  kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

 Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah  menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:18 pm 0 komen dari pembaca
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

ada ke bf mcm nie... ishhhhh

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:14 pm 0 komen dari pembaca
Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat. . lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek. ..masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp.. ...!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul.... .......! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain.....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...... ..! ....

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

Kucing & Lelaki...........

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:11 pm 0 komen dari pembaca
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...



Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?



Sila scroll ke bawah:



1) Kucing jantan suka dibelai.

  ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

  Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi

  berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.



2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

  ~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan

  sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

  Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang

  bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau

  tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

  ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,

  bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi

  seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur.

Anda mahu suami anda beralih

  tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.



4) Kucing jantan kuat merayap

  ~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni

  tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,

  kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki.

Agak

sama kan ???

  TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita

  lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.

Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

  ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu.

Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,

  sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

  ~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok

  kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan).

Macam

kucing, kita takleh paksa dia tidur,

  takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

  Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

  ~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka

  mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.

Tengok

sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah

  org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan .... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan .



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

  ~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa

  lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!



9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

  ~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),

  mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan

  lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,

  lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati

  mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

  ~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo

  keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan

  cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang

  conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang

  memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak

  ikut perangai kucing la)




** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya

  juga...

 

Creativity and Innovation

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:49 pm 0 komen dari pembaca

Creativity

Creativity is a mental and social process involving the generation of new ideas or concepts, or new associations of the creative mind between existing ideas or concepts. Creativity is fueled by the process of either conscious or unconscious insight. An alternative conception of creativeness is that it is simply the act of making something new.

From a scientific point of view, the products of creative thought (sometimes referred to as divergent thought) are usually considered to have both originality and appropriateness.

Innovation

The term innovation means a new way of doing something.

It may refer to incremental, radical, and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organizations. A distinction is typically made between invention, an idea made manifest, and innovation, ideas applied successfully. (Mckeown 2008) In many fields, something new must be substantially different to be innovative, not an insignificant change, e.g., in the arts, economics, business and government policy. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea