Pages

Come and be with me

20101119

kenapa terlalu berkira?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:39 pm 0 komen dari pembaca
"While i'm drop the words on that monitor,.. tap..tap.tap.."

Agak lama tak mengemaskini keseluruhan blog ini. Mungkin aku saja yang fikir begitu kot.. Di pagi hari Jumat yang cerah, aidiladha ke-3..

Saja tangan ni mengetik blog-blog orang lain.. politik issues.. sound goods.. aku akui tak pernah ambil pengajian Sains Politik. Tapi minat yang mendalam terhadap sejarah dan pemerintahan... Mungkin suatu masa nanti niat aku akan tercapai.

Mataku terarah pada satu kenyataan dari blog yg tak perlu aku sebut. Sekilas aku terfikir akan Islam dan agama2 lain di dunia ini. Negara kita boleh dikatakan liberal dan sekular. Ditambah lagi dengan penduduk Malaysia yang berbilang kaum ni. Dengan slogan 1 Malaysia lagi. Tak boleh la kita nak cerita pasal 1 agama sahaja. Dan tak patut untuk kita mengutuk agama lain. Ia adalah hak manusia untuk menganuti agamanya.

Sebagai muslim yang dilahirkan Islam, kita patut bersyukur kerana dikurniakan agama yang indah ini. Seharusnya kita tidak mengutuk agama lain. Dari sisi Islam, kita tahu hukum hakamnya. Tapi jangan pula mendiskriminasikan agama yang lain. Islam menghormati agama lain di dunia ini. Dan kita duduk di Bumi yang sama.

Jadi, mengapa kita sentiasa persoalkan agama? Mengapa kita pertikai program yang baik dianjurkan walaupun kita memiliki agama yang berbeza? Kenapa kita terlalu memandang tinggi terhadap agama kita walhal, kadang2 kita sambil lewa mengamalkan ajaran agama kita sendiri?

Islam tidak menghalang sekiranya kita boleh mengekalkan kebaikan bersama. Apa yang penting adalah persaudaraan dan sikap saling hormat menghormati. Jadi, mengapa kita terlalu pertikaikan anjuran program yang menyatu padukan bangsa. Cinta kepada tanah air, sama juga cinta kepada agama kerana sanggup untuk mempertahankan agama.

Jangan semudahnya meremehkan hal2 yang sebenarnya kita pun tak pasti. Kita gemar mengutuk dan mencari salah orang lain. Tapi pernahkan kita berusaha untuk mengeratkan hubungan persaudaraan hatta dengan jiran tetangga kita sendiri? Boleh dikira berapa orang yang bertegur sapa dengan jiran sebelah.

Perpaduan bukan boleh dibentuk satu hari. Dan apa yang kita cuba buat hari ini adalah utk seratus tahun lagi. Kenapa kita asyik nak pecah belahkan persaudaraan walaupun tidak seagama? Allah tidak memandang kebaikan kita hanya kerana kita baik dari segi luaran. baik dan buruknya kita ini, hanya Allah saja yang berhak memberi penilaian.

Oleh itu, berbuat baik lah kita kepada semua manusia. Sekiranya kita mengakui manusia ada hak2 masing yang perlu dihormati. Hormati juga agama yang ada di dunia ini. Supaya kita dapat merasa kemanisan persaudaraan itu.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea