Pages

Come and be with me

20110607

Sedih atau ego?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:21 am 0 komen dari pembaca
terkadang aku merasa sedih dan susah.. tapi aku lupa bahawa orang lain juga mengalamni hal yang lebih menderita dan lebih menyayat hati. cuma aku terbaca sebuah buku yang berpesan bahawa usah terus menangisi sesuatu.. wajar untuk menerima dengan redha yang mungkin telah ditentukan TUhan. Dan perlu hadapi semuanya dengan tenang. Sudah tentu ujian itu diberikan kepada manusia-manusia pilihan Tuhan yang Maha Mengetahui akan sesuatu.

Sudah tentu manusia yang dipilih Tuhan itu orang-orang yang tabah dan kuat menghadapinya. Adakalanya dugaan itu dirasakan tidak tertanggung. Tapi kita lupa bahawa Nabi SAW kita diuji dengan ujian yang sangat getir untuk memastikan kelangsungan agama Allah ini terus kekal. Kita sering hanyut dan leka bila merasa senang. Waktu yang ada kita buang begitu saja tanpa rasa bersalah apatah lagi berdosa. Kemudian kita salahkan lagi waktu yang berlalu.

Jika kita terlalu berfikir kesusahan saja tanpa pernah cuba untuk membuat perubahan. Tentulah tidak pernah wujud kesenangan. Berharap sesuatu yang senang tanpa berusaha. Kemudian kita salahkan takdir. Nampak tidak betapa kita terlalu ego dan sombong?

Oleh itu, jangan terlalu merasa sedih dan jangan mudah merasa susah dan menyerahkan takdir itu sebagai ketentuan. Setiap amalan kita akan menjadi ibadah bila kita ikhlas.Kesedihan perlu disedarkan dan dirawat. Bukan terus menerus melayan perasaan. Sedarilah bahawa banyak masa kita akan terbuang hanya dengan melayan kesedihan. Sesuatu perkara yang terjadi tentu ada hikmahnya yang perlu kita pelajari dan insafi. Tidak hanya dengan menangis. Tiada apa yang akan berlaku.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea