Pages

Come and be with me

20120404

AL KISAH android

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:40 am 0 komen dari pembaca
Sejak cuti sekolah yang lalu shubenku membelikan ku samsung Galaxie Note.
Aku menggodeh-godeh aplikasinya, cara menggunakan internet.\
 Terlalu banyak aplikasi yang ada. Boleh di muat turun lagi. Wah... inilah teknologi masa kini.

 Tapi yang paling best hari ni aku belajar sesuatu yang baru iaitu Wifi. Sebelum ni aku perlu mencari wifi. Namun setelah melanggan Celcom Broadband.
 Aku boleh menjadikan Androidku sebagai wifi.

Wahhhhh.... Mengagumkan!!!! Hehe.. Ketawa kecil ku sendirian. Tak mengapa... Pepatah bahasa inggeris... Better Late Than Never.

 Terima Kasih yang tidak terhingga kepada shubenku. :) I love u so much!!

 p/s: Hargai orang tersayang anda.

Bulan itu datang lagi...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:35 am 0 komen dari pembaca
Bila bulan itu datang ramai yang cuba isi borang. Mereka ingin mencuba nasib. Namun bukan semua manusia dikurniakan segala rezeki pada masa yang sama. Caranya juga berbeza.

Semua perlu akur. Aku juga cuba nasib. Jika ditakdirkan Ilahi, aku juga ingin pergi dari tempat ini. Masing-masing punya alasan tersendiri mengapa mereka mahu keluar dari sini.

 Cuma mereka yang betah tinggal di sini tidak perlu mengisi borang itu. Itu pun tak terlalu ramai yang berbuat demikian. Tiada apa yang lebih membahagiakan bila bersama si dia yang tersayang disisi. Setiap masa. Ketika pulang melihat wajahnya. Itulah doaku, itulah doa yang sangat-sangat ku harapkan. Aku ingin terbang ke kediamanku. Biarpun peluang bulan itu sangat tipis. Tapi apa salahnya mencuba. Itupun hal yang dikatakan USAHA. Yang penting usaha telah dilakukan. \

p/s: Masih berharap.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea