Pages

Come and be with me

20140307

THING THAT I HATE!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:10 am 0 komen dari pembaca

1. Pagi2 lagi dah jena marah. Belum masuk rezeki dah kena marah.

2. Dimarah tanpa sebab yang pasti.. yang tak diketahui punca.. dan menjadi objek kemarahan.

3. Kena tuduh tanpa usul periksa.. dan tanpa bukti yang mengesahkan keberadaan di lokasi yang sepatutnya.

4. Mencari kelemahan sampai terlupa kelemahan diri.

5. Membuka aib (sesuatu yang memalukan diri sendiri) atau membuka aib orang lain.

6. Terlalu memikirkan masalah sehingga lupa penyelesaian.

Aku cuma manusia biasa yang pasti wujud kelemahan yang perlu dibetulkan. Aku memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Peringatan bagi Isteri... jgn sampai nusyuz

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:58 am 0 komen dari pembaca

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud : “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Terdapat tujuh perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah seperti berikut:

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

Ketiga : Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Ketujuh : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya. 

Sahabat yang dimuliakan,

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Peringatan untuk ku

20140305

Mutiara Kata Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:37 am 0 komen dari pembaca


Jika tidak mampu menangis kerana dosa... jangan pula sampai ketawa dengannya!

Mudah-mudahan kita tetap mengamalkan akhlak Rasulullah ketika menegur orang yang tidak berakhlak dengan Rasulullah... kerana begitulah yang ditunjukan oleh Rasulullah sendiri ketika menegur orang yang tidak berakhlak kepadanya! (sekadar satu renungan buat kita sesama umat Muhammad SAW.)

Jangan sampai apa yang kita 'tidak ada'  menghalang kita menghargai apa yang kita ada!

Dosa itu satu yang meresahkan hati kita. Jika kita resah besar kemungkinan banyak dosa. Kita harus jaga hati orang sebagaimana kita jaga hati kita supaya bersih. Hati yang bersih dapat buat pilihan yang baik.

Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!

Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak... kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak.
Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yang Maha Penyayang justeru pemberian nikmat yang tidak mungkin dapat dihitung. Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah sejauh mana dia telah memberi - perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan. Siapa yang paling cinta dialah yang paling banyak memberi!

Kita semua ialah orang 'berada' selagi berada di dunia. Kita sentiasa 'ada' untuk memberi, kerana Allah sentiasa memberi untuk kita boleh memberi!
Dengan doa, kita mengharap sebaik takdir. Dengan usaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik... Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.

Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Sidia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!

ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan cepat... tidak terlambat, sebaliknya Allah dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!

Ya Allah, kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA... bukan di alam maya.

Di kejauhan kelihatan seolah-olah segalanya kerana cintakan Nabi, namun bila didekati... rupa-rupanya hanya kerana kepentingan duniawi. Hasad menjadi lebih buruk, apabila berhujahkan agama!
Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa.

a) Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya.
b) Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya.

Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!

Guru ada dua, pertama yang terserlah kepandaiannya. Kedua, yang ingin 'memandaikan' kita. Pilihlah guru yang ingin 'memandaikan' kita. Bagaimana mengenal antara keduanya?

a) Guru yang terserlah kepandaiannya... diri terasa ingin menghargainya.
b) Guru yang 'memandaikan' pula.... diri terasa dihargai apabila bersamanya!

Kita buat baik, bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik... tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!

Guru yang baik, membuat kita terasa 'kecil' bila melihat keluasan ilmunya. Tetapi guru yang hebat, diri terasa 'besar' bila kita dihargai dengan ketinggian akhlaknya!
Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar.

All is well. Jika hujan, syukur. Jika panas, sabar. Yang penting 'cuaca' diri kita... sejauh mana hati ingat Allah. Ya Allah, bantulah aku sabar dalam sukar. Amin ya Rabb.

Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya.
Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!"Ya Allah, kami malu meminta syurgaMU dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa... namun kami tetap mencintaiMU walaupun cinta itu sering terganggu!"

Perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran menguruskan PERBEZAAN.

Apabila cinta 'demam', tanggung jawablah yang akan menjaga perkahwinan sehingga cinta pulih semula! Perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab.

(terasa kerdilnya diri serba kekurangan.. meminta yg lebih pd Allah tp masih dlm keadaan penuh dgn dosa)

20140302

Aku

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:01 pm 0 komen dari pembaca

Aku bukan wanita yang suka mencari peluang untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain. Aku faham mengapa aku berkahwij dengan seorang lelaki. Aku faham dan aku akui aku juga buka manusia sempurna.

Tapi aku bukan wanita yang sengaja membuka ruang untuk mencari sesuatu.. apapagi untuk mewujudkan hubungan trrlarang. Aku tahu hukum. Aku tak mungkin melakukan hal bodoh untuk seseorang yang aku sayang. Apalagi untuk menghancurkan hati seorang suami. Memang tidak pernah terlijtas dalam hatiku ini...

Aku sedar kau kini melihat aku dari sudut yang berbeza... katamu kerana aku kini bekerja.. sebenarnya aku masih begini.. dari dulu .. dan kini... aku masih tetsp insan yang sama.

Tidak pernah wujud istilah insan ketiga. ...
Aku amat menghormatimu suamiku.. dan kerana aku benar benar menyintaimu apa adanya diriku.

Apa yang aku lakukan tidak pernah ingin membelakangkan kamu. Tidak pernah ada langsung istilah untuk mengambil kesempatan.

Tapi mengapa kepercayaan aku kepadamu seperti dihancur hancurkan oleh mu???
Sedangkan aku benar benar tidak menyembunyikan sesuatu rahsia pun kepadamu....

Seperti tidak ada ruang bahagia lagi untuk kita. Untuk mencari kegembiraan dalam istilah perhubungan.

Mengapa aku terlihat seolah olah mengambil kesempatan? Aku kau lihat mewujudkan hubungan terlarang? Mengapa begitu kejam anggapanmu terhadap ku???

Aku sedih.... merasakan bahawa tidak pernah ada peluang untuk aku cuba menulihkan keadaan. Apakah d9sa aku terlalu besar padamu sehingga kau merasakan aku ini tidak wajar untuk dipercayai???

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea