Pages

Come and be with me

20121124

teknik HAFALAN

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 5:28 pm
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Semasa saya skewl dulu, teknik HAFALAN sangat diutamakan. Jadi bila mendeklamasi Sajak atau bersyarah, kita dapat melantunkan intonasi dengan baik. Namun saya nampak pelik, saya lihat ramai pelajar sekarang kurang menghafal bait-bait puisi dan juga teks syarahan. 

Mungkin saya tak mengajar subjek bahasa Melayu. Tapi agak pelik pula bila tengok pelajar-pelajar ni tak membaca dan menghafal langsung. 

Di bawah ni saya catitkan sedikit cara / tips untuk mengHAFAL dengan baik dan betul.






PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa

Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.


KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT.

Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.

KETIGA :  Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar

Minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan  letih seperti mata yang mengantuk  dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat  yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.


KEEMPAT :  Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. 

Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa  memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.


KELIMA : Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.  

Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar  dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut  berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.


KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. 

Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.


KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks



Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .
KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal.

 Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan  boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan.
  Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.



KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. 

Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain  amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai  kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian  syafawi ( lisan) kelak.


KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. 

Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.


KESEBELAS :  Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal

Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri  kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya.




 Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak. 

SARAPAN mudah

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:09 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Pagi ni terasa nyaman sangat.. Maklumlah hujan turun dinihari..... Sehingga kini masih terasa kesejukannya. Mungkin inilah rahmat Ilahi..dan juga angin musim tengkujuh. Walaupun tak duduk di Pantai Timur, masih dapat rasakannya...

Ok la.. tak perlu buang banyak masa...
Hari ni saya nak tunjukkan pada kalian satu menu mudah.. terutama untuk anak-anak gadis yang mula memasak.. dan juga ibu-ibu yang punya anak. takde anak pun tak jadi hal. Sebab semua orang boleh makan.

Yang penting kena ada oven / microwave. Nak bagi nama untuk menu ni pun tak reti sangat... tau buat je... untungla kalau ada yang nak bagi nama versi masing-masing.

Bahan-bahan :
  • Kentang (ikut keperluan)
  • Serbuk lada putih (ikut suka)
  • Garam (secubit)
  • Cheese (tambahan - kalau tak nak pun takpe)

Cara;
  1. Kupaskan kulit kentang
  2. Potong kentang ikut suka (nak buat macam french fries boleh, macam wedges pun boleh)
  3. Gaulkan serbuk lada putih, garam.
  4. Letak cheese (keju) di atas - ikut citarasa.
  5. Masukkan dalam microwave.. Cari auto menu untuk kentang. atau 5 - 7 minit dengan api sederhana.
Sebelum


Selepas


Kalau rasa nak makan bersama daging (pattie).. Kat luar pun sekarang ada jual. Nak saiz macam mana, ikut suka. Banyak juga jenamanya.. Yang penting cari perkataan (pattie).




Pattie yang dimasak bersama keju

Anda boleh cipta sendiri... tapi yang itu dalam edisi seterusnya ... OK!


Selamat mencuba!! =)

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea